Gadis Berkumis

Hey guys.

Kumis.
Semua orang memilikinya tanpa mengira jantina.
Bezanya cuma lebat/tebal atau nipis/halus.

Aku nak cerita pasal seorang gadis berkumis.
Takkan nak bercerita tentang lelaki berkumis pulak.
Kumis dan lelaki kan bagai aur dengan tebing.
Tapi kumis dan wanita? Itu adalah sesuatu.




Masa sekolah menengah ada classmate aku sorang, Narcissa. Dia gempal tapi putih gebu. Dan dia ada misai halus. Sebab dia putih sangat maka terserlah misainya yang bewarna hitam itu. Waktu tu aku sangat bersyukur berkulit gelap.

Satu hari aku nampak kelainan pada Narcissa. Satu jam matapelajaran Matematik pagi tu aku bazirkan dengan memikirkan apa kelainan pada Narcissa. Persoalan aku terjawab bila dia menghampiri aku untuk duduk bergosip dengan teman sebelahku pada waktu rehat:
Narcissa telah mencukur misainya.

Dua hari kemudian muncul warna kehijauan di sekitar bibir atasnya.
Misai barunya sedang galak tumbuh. Kadang tangannya menggaru-garu tanpa sedar.
Tak cukup dengan itu, kadang-kala digarunya pula menggunakan hujung sebilah gunting logam.
Gatal betul agaknya.

Seminggu kemudian misai Narcissa kembali meraja di atas bibir.
Lebih subur dari sebelum bercukur.
Lebih pekat hitamnya, lebih tebal helaiannya.
Dan lebih panjang.
Bagai dibajai dengan kasih sayang tak berbelah bahagi.

Sejak haritu Narcissa tidak lagi mengendahkan perihal misainya.
Aku pun kurang arif mengenai kondisi Narcissa sekarang.

Ingatan tentang Narcissa termati.

Aku kembali mengadap muka sendiri di cermin. Wax di dalam balang kaca aku selet dengan spatula kayu. Dengan teliti aku sapu wax yang melekat di hujung kayu ke tepi bibir. Kain cotton putih aku tekapkan segera di atas wax. 

Zappp!

Kain putih aku rentap ganas.
Melekat helaian bulu halus di permukaanya bersama sisa wax.
Aku harap Narcissa pun melakukan hal yang sama di rumahnya.

Motif entri?
Ladies,  waxing is so much better than shaving. Bear that in mind. Always.


Entri tanpa modus operandi 

33 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Assalamualaikum zyraroxx! Lama tak snggah blog zyra.. Hehe.. Ada wanita tak kisah bermisai tapi kalau terover lebat tu ermmm mcm peliks sikitlaa.. Huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Rosmiza. Kenapa lama tak singgah, tecik ati tittew.. Huhuhu.

      Tak kisah jugak sbb xnmpk dari jarak jauh, wahahaah

      Delete
  2. Aku salah seorang wanita berkumis sebab aku rasa aku ada banyak hormon testosteron dalam badan (which explains all the coolness and machoness I have.. UvU).. dan ada aku kisah kumis tu? Kalau orang lain kisah, ada aku kisah? Hnnnmm, takle..

    Tapi aku taula, waxing is better than shaving.. thanks anyway for the reminder.. UvUd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke, aku tak penah nmpak pun dlm gambar2 hang? Mebi snap aftershave? Ngahahaha.

      Aku gtau kepada org yg suka shave

      Delete
  3. if you have extra money in your pocket, laser is the permanent solution to this problem. For the time being, I wax my mustache.. Joke.. I don't have a mustache.. I wax my chest hair.. ayy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laser pun tak dijamin permanent. Naik gak sikit2 huhu. Mungkin patut bakar. Sbb kulit lepas kena bakar mmg tak berbulu dh.

      Dem mon, y u soo manly *usap bulu dada*

      Delete
  4. waxing tu seksa sekejap..hahaa

    ReplyDelete
  5. ok kalau kat tempat ehem2 tu macam mana wax?bulu ketiak cemana guys?

    ReplyDelete
    Replies
    1. U mean brazilian wax?
      Itu takleh cerita kat sini, pm kat tepi, wakakakaka

      Bulu tiak pun sama. Wax sama dia

      Delete
  6. Waxing tu sakit.
    Mrs.A takde misai tapi bulu roma banyaklah ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sakit sikit.
      Hahaha bulu roma tu lumrah alam, kalau nk wax satu bada maunya jadi togel cm ayam yg baru lepas dicabut bulus :'))

      Delete
  7. Saya ada seorang kawan perempuan, yang rerambut halus menghiasi atas bibirnya. Tapi saya pun x tahu apakah kondisi beliau sekarang 😄

    ReplyDelete
  8. oo masalah sebegini wujud juga dikalangan wanita..

    kalo lelaki mcmden ni selang 2 hari cukur misai.. janggut je simpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err bagi lelaki ia satu masalah ke?

      Delete
  9. *urut misai*
    Hmmmm.. menarik entry ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan, menarik..
      *urut janggut*

      Delete
  10. Kumis tu forever dah hilang or nnt Kne buat lg waxing or shaving tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk forever hilang boleh opt to laser. Wax dia xhilang selamanya cuma bulu lambat tumbuh dan bila tumbuh dia tak kasar dan tebal

      Delete
  11. Kumis tu forever dah hilang or nnt Kne buat lg waxing or shaving tu

    ReplyDelete
  12. aku pun suka waxing. lebih bersih rasa dia hahahaha

    ReplyDelete
  13. tapikan tak sakit ke ek waxing? nampak macam sakit jeee tak brani nak try..

    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit sakit sedap, eh. hahah sakit kejap je. sbb tu kena rentap cecepat lepastu tekan kat bahagian yg ditarik. huhu

      Delete
  14. saya ada, tapi tak obvious pun. Cuma pernah juga ada lelaki tegur: "eii.. ada misai". Cis! biarlah. saja nak jatuhkan confident orang je. Huhu..

    ReplyDelete
  15. Aku takde masalah seperti itu.. Tak dapat bayangkan kalau ada..
    Tapi setahu aku bercukup ni tak elok tak kiralah bahagian mana nak dicukur tu..
    Macam kau cakap, better buat cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tiak ke, bikini line ke tak elok. selain masalah ingrown hair bulu yg baru jadi kasar dan tebal.

      Delete
  16. Not to be all science-y, tapi orang kata kalau cukur misai/kumis nanti bakal tumbuh lagi tebal sihat dan subur tu semuanya adalah mitos. Hahahaha

    Peranan hormon itu penting. Maybe perempuan yang berbulu muka ni tahap testosteron dia lebih sikit dari perempuan biasa. Macam lelaki juga. Ada je lelaki ada boob, sebab hormon estrogen. Huhuhu

    I'm not fun at party.

    ReplyDelete
  17. hehe, malaih btoi nak berwaxing..kekeke..

    ReplyDelete
  18. hahahhahahahahaha Narcissa, Narcissa.....

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape