Hey guys.
Aku tengah consider untuk berhenti beli buku.
Tapi pada masa yang sama aku jadi gundah-gulana takut penuh satu bilik dan timbul masalah bila nak pindah. Aku pulak bukan jenis yang akan jual buku atau kasi kat orang. Jadi jangan berharap (tetiba).
Aku syak suka membaca ni merupakan satu penyakit yang tak berjangkit. Aku mula detect penyakit ni seawal umur 6 tahun kalau aku tak silap haribulan dan tahun.
***
Sebagai anak-anak yang membesar dalam zaman kegemilangan rock kapak, lagu-lagu hits rock, slow rock waktu tu memang menjadi halwa telinga saban hari. Band boys muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Boleh kata tiap hari ada lah jugak dalam dua tiga kali aku dengar lagu 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' dendangan kumpulan Ukays dari corong radio.
Satu petang, aku melalak lagu tersebut sewaktu terdengarnya sayup-sayup dari radio yang terletak dalam kedai runcit keluarga. Kakak aku yang sedang cuba tidur siang annoying gila dengan adiknya yang satu ini. Risau pun ye. Yelah umur belum akil baligh tapi dah fasih nyanyi lagu cintan-cintun yang sendu. Dengan lingkungan umur pada waktu tu, aku sepatutnya nyanyi lagu 'Anak Itik Tok Wi'.
Kakak aku bangun dan capai satu novel kumal bewarna gelap. "Nyanyi ja tahu, nah baca ni!" Dan aku pun berhenti menyanyi secara terbuka sejak hari itu. I have fallen in love.
Aku tak ingat tajuk novel tu. Jalan cerita lagilah tak ingat, tenggelam dalam memori yang tak digunakan (rujuk kepada filem animasi Inside Out). Yang aku ingat ada satu keluarga miskin. Anak bongsu dia menghidap jantung berlubang. Ada keluarga kaya nak bantu. Rupanya keluarga kaya tu kelurga asal budak jantung berlubang. Sort of.
Sejak itu, aku dapat dijinakkan dengan buku. Sibuk panjat pokok turun pokok, kakak aku hulur buku cerita kanak-kanak terus aku duduk diam bersimpuh sopan. Aku taknak sikat rambut dan sibuk nak berseluar pendek konon jadi laki, hulur je buku terus aku bertocang dua dan berskirt ropol-ropol.
Haa gitu.
***
***
Sayangnya. Tak seorang pun kawan aku yang hadiahkan aku buku. Yang diorang tahu, teddy bear. Apa, aku ni nampak seperti seseorang yang cuddling teddy bear ke pada waktu senggang?
Aku suka beruang biru.
Ni sendiri beli hadiah untuk diri sendiri. Don't judge me.
Jadi, kalau rasa-rasa aku kelihatan liar dan ganas, korang cuba cuba lah hulurkan buku. Aku mungkin akan bertukar jadi anak kucing yang comel dan manja. Tapi jangan tersalah hulur buku yang tajuk macam: 'Suamikau Mati Pucuk' / 'Isteriku Kening Lukis', kau tengok jelah cemana nanti aku jadi lebih hijau dari Hulk. Hahaha.
Cinta aku kepada buku is kinda creepy. Kalau ada lelaki meminang aku hanya dengan sedulang novel thriller english, I might say yes!!
Itu kisah tabiat aku yang dibawak sejak dari kecik.
Anda pula bagaimana (selain dari tengok kartun)?
Sedang gila beli buku nota
aku pun takkan jual buku2 aku. itulah asset akuuuu. Aku mula minat baca komik dan pembalut makanan yg gunakan paper, bahan2 dekat botol kicap botol shampoo botol pencuci mangkok tandas. reading is a beautiful escape. tapi bak kata kau, tengok tajuk suamiku suamimu jua memang boleh mengundang amarah.
ReplyDeleteHahahha yay geng. Aku pun suka baca semua benda sampai jd tragedi, huhu
DeleteI'm not really a book guy...more to comic guy.. alaaa, hobi aku tengok kartun.. selain tuuuu, tidoq.. Yeah, aku suka tidoq..tak menjana minda langsung hobi aku ni..haha..
ReplyDeleteOk, bak datang tarikh lahir..sorry, kalau hang ada bgtau pun aku tak ingat..huhu..
Habisla, lepas ni mesti berduyun2 lelaki masuk meminang hang bawak sedulang novel thriller english.. Be prepared, Zyra..!
Hahaha i said i might. Tidur pun bagus apa, bokeh mimpi. Kofkofkoff aku oun suka tidur.
DeleteHaha.. Ini macam dalam hati ada taman gitu kan?
ReplyDeleteTang mana taman tu, huhu
Deletekomik kot, suka dedulu kmpul komik kawan ank2 sidek, doraemon, hehe..
ReplyDeleteWoa lejen ni, ada lagi tak sekrg?
Deletebaru nak cadang ksi buku yang byk kt org lain...sharing is caring...hehehe....xpe nnti buat mini lib kt umah...mesti best...
ReplyDeleteHahaha sorry, share makanan boleh hiks. Itulah cita2nya, mini lib. Huhu..
DeleteSecara generalnya, aku pun suka membaca. Just not novel.
ReplyDeleteBaca novel macam kena bagi komitmen baca sampai habis, tapi baca benda lain takpe. Baca satu dua bab kalau decide nak berhenti or sambung seminggu kemudian pun tak ada masalah.
Kalau novel buat camtu, nanti nak baca balik dah lupa dah plot sebelum ni wahahahaha
Yea i know. You comment the same thing whenever i post about books/novel/reading. Hohoho
DeleteMak saya seorang penulis. Jadi saya sudah dididik rapat dengan buku sejak kecil. Malah dibiasakan pergi pesta buku sejak kecil. Tapi saya membesar, menjadi orang yang kumpul buku2 yang penuh dengan visual sahaja. Buku-buku lukisan, buku fine art dan seumpamanya. Tak kisahlah. Masih dikira buku juga kan? Huhu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBuku cerita aku suka jugak sejak habis SPM yelah nak tunggu masuk matrik. Tapi dari sekolah rendah baca buku dari Enid Blyton dan majalah Ujang dan Usop Sontorian. Ohmaigod novel2 tadek eh lol
ReplyDeleteden pulak penuh dgn komik~
ReplyDeletekalo buku bnyk buku2 sejarah, buku2 agama skit, buku2 sahabat nabi, buku2 imam yg 4, buku sejarah perang2 islam.. ahahah semua bahasa melayu
zy punya english
bila la nk ada umah sendiri nk buat bilik khas letak komik & buku
Kumpul buku banyak-banyak, boleh jadi mini library.
ReplyDeleteCantik je tersusun kat sudut bilik ^_^
buku komik...tengok kartun,animasi. komik macam detective conan dan hajime kindaichi..tapi aku baca ja, yang beli abang aku =P
ReplyDeleteselain dari tgk kartun walaupun ayah aku asyik tanya "dah besar pun tgk kartun ke?", habit lain aku sampai besar adala main game. hahaha...
ReplyDeleteSamalah dengan Mrs. A sayanglah nak jual buku.
ReplyDeleteSebab dalam buku Mrs. A ada contengan sendiri ada lukis-lukis gambar smiley muahhaaaa... yang kita sendiri aje faham. Pernah kawan nak beli buku masa study minta harga kasih sayang tapi tak naklah jual kalau nak jugak sila photostate.[tapi dah lama tak beli buku sejak duduk Seremban]
kite ni pulak tak jemu-jemu baca entries dia haaa! :'D
ReplyDelete