Buasir Otak the Komik Kembali Lagi!

Hey guys!

Dengan sukacitanya aku nak maklumkan bahawa projek komik kolaborasi aku yang ketiga telah selamat dilahirkan. Komik Buasir Otak kali ni diberi nama Awakening. Sesuai dengan temanya untuk 'awaken' atau membangkitkan kembali sifat-sifat kemanusiaan.

Menampilkan 56 pelukis (termasuk Zyraroxx), Buasir Otak the Komik: Awakening (BOTK4) sememangnya menyajikan kepelbagaian. 5 mukasurat komik one shot dari 56 pelukis menjadikan BOTK4 sebuah komik 296 mukasurat. Tebal macam kamus dewan! 

Kalau kau jenis sayang nak baca (macam aku), baca sehari satu komik dari seorang pelukis pun dah mengambil masa 56 hari untuk habiskan, hahaha lama tu, lebih dari sebulan. Apatah lagi musim cuti sekolah dah nak mula. Dari korang bagi anak/anak buah/sepupu sepipit main gajet je, baik jugak bagi baca komik kerana komik ini mematuhi piawaian yang ketat lalu sesuai dibaca oleh seisi keluarga.

Buat anda yang sudah memiliki komik BOTK 1, 2, dan 3 memang wajib dapatkan komik yang ke-4 ini. Barulah lengkap koleksi. Buat yang belum pernah memiliki mana-mana komik Buasir Otak, inilah satu permulaan yang sangat sesuai!

- Harga buku BO:TK (AWAKENING): RM25 seunit (tidak termasuk kos penghantaran)
- Caj penghantaran PosLaju: RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
- Jumlah mukasurat: 296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal, berbaloi-baloi)

Cara-cara pembelian:
- Hantar pesanan ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com ; ATAU
- PM Page Facebook Buasir Otak: The Komik ; ATAU
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541
- Servis cash on delivery (COD) di area Putrajaya dan Cyberjaya turut disediakan.
- Jangan lupa mention nama Zyraroxx untuk penghantaran yang lebih pantas,  kahkahkah!




Akhir kata, insyaAllah kualiti komik bermutu tinggi, harap korang semua berpuas hati. Kami amat berharap masyarakat memperoleh manfaat darinya. Sangat sesuai untuk koleksi peribadi atau sebagai hadiah kepada anak murid (tiba-tiba sangat, hahahah).


Tebal macam novel sampai aku boleh letak chop mohor, hahaha..


Selamat melawaskan otak masing-masing!
Terima kasih kerana sudi sokong produk tempatan! 

10 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Aku nak mintak sign haaaannggg, pwease..pwease..! >3<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku beli nak signs semua bolehhh? boleh ? boleh ke tak? *ugutan* hahahah. inshaAllah nnt iolss beli

      Delete
    2. Lee

      Hahahhaha nk sign aku, kena lah jumpa aku *tiup kuku ><

      Delete
    3. Nad


      Hahahaha tak mendaptlah Nad, 56 orang tu betebaran di serata alam Malaya, kalau satu kawasan kejiranan takpe :'))

      Delete
  2. Sentiasa kagum dengan kegigihan Zyra buat setting untuk gambar hehehe.

    Yang baca komen ni beli woooiii BOTK 4.
    Support member ke tak ke kena beli sebab kali ni BOTK sangat luar dari jangkaan hehehehe

    ReplyDelete
  3. Amboi chop mohor ko.. hahaha. Aku nk ko sign botk4 aku tp bila masanya nk mengantor ye x?

    ReplyDelete
  4. Tunggu awak plak turunkan cop mohor di salinan buku saya.. nyiahahahahaha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape