Rupa atau Bau?

Hey guys!

Kadang-kala, aku akan berbas ke tempat kerja.
Hajat hati tu nak jugak berbasikal, tapi tempat kerja aku agak jauh, dan aku belum beli basikal.

Actually, menaiki bas ni elok untuk kesihatan minda aku.
Takyah stress pasal jalan jem tak kira waktu, boleh tidur, boleh makan aiskrim (tetiba).
Selain itu, ia merupakan satu bentuk terapi.
Sebab bila menggunakan penganggkutan awam ni, aku suka perhatikan gelagat manusia yang pelbagai.
Dari bus-stop sampailah ke atas bas, bermacam jenis manusia dan habitat aku boleh rekodkan, hahaha.

Di Penang ni ada satu jenis bas awam je iaitu RapidPenang.
Aku sangat kagum dengan pemandu wanitanya.
Nampak gagah, waja, agam, manis, cool level Everest.

Kisahnya pada suatu hari tu sedang aku menunggu bas di sebuah bus-stop, aku telah didatangi oleh dua lelaki Caucasian.
Dari jauh aku perhati kelibat mereka yang ber backpack sebesar alam yang aku kira mampu memuatkan seketul Zyra dengan selesa.

Mudah saja aku tertarik untuk perhatikan mereka kerana memang mempunyai ciri-ciri lelaki virtual yang aku suka:-
- Rambut ikal berwarna perang muda paras leher
- Mempunyai facial hairs (tak panjang tak pendek) just nice
- Bertindik
- Sado, tinggi, gagah, apa lagi yang kau nak?
- Hidung terletak, kulit tanned berjemur, mata sorang biru, sorang lagi aqua/kelabu.

Memang sedap mata memandang, apatah lagi bahu yang memikul, eh.

Dari jauh mereka kelihatan macam lost in translation.
Tidak berapa lama kemudian, mereka mendekati aku untuk bertanya.
Dan setibanya mereka dekat aku..

Allahu. Rasa nak pengsan!

Bukan sebab mereka kacak sangat, tapi sebab busuk amat!
Tahap busuknya tu? Kau akan lebih rela duduk sebelah tong sampah atau lori majlis perbandaran.
Aku kerap jugak jumpa foreign backpackers tapi takdelah busuk, malah some of them berbau sangat wangi.

Betapa strugglenya aku kat situ nak menolong diorang dan pada masa yang sama takmau tutup hidung.
Susah weh nak bercakap dan bernapas guna mulut pada masa yang sama.
Nasib kejap je aku cakap diorang boleh paham dan berlalu pergi dengan gembira.
Meninggalkan aku dengan sedikit dukacita.
Eh, bukan sedikit, banyak! Sebab lepastu aku rasa pening-pening lalat.
Hajat hati nak jugak aku suggest hotel terbaik untuk backpackers di Penang ni.
Tapi aku taknak memanjangkan masa kami bersama, lagipulak aku ni bukan nya Trivago.



On the other note. Haritu time aku melintas H&M untuk masuk ke dalam sebuah mall terkemuka, aku berselisih dengan sorang minah salleh. Mak aih tengik, hangit, hapak betul bau badan beliau. Tak padan dengan muka lawa dan seksi. Ke bau tengik tu tengah trending sekarang? Aku slow sikit bab industri fesyen antarabangsa ni.

Selama ni sesetengah dari kita keji Bangladeshi cakap diorang busuk, hina hanya sebab mereka dari negara mundur, berkulit gelap, kerja buruh kasar.
Sedangkan yang kacak kulit putih datang dari negara maju itu lagi busuk! Yakk!

Jadi girls, korang sanggup dan rela tak dapat hubby kacak tapi busuk?
Korang buat cemana pun dia tetap nak busuk, hahahah (bende ntah Z merepek).
Kalau aku tak sanggup kot. Sebab benda hubby ni kita nak peluk tiap hari.
Biarlah rupa buruk sikit, boleh tutup lampu. Daripada kena tutup hidung.. kahkahkah!


Bau lagi penting!  

42 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Pssttt...
    Sebenarnya kan, Omputeh ni malas mandi sebab kat negara diorang sejuk. Aherherher.. Lagi2 backpackers, memang mandi tu dalam list terakhir agaknya. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tapi ramai je backpackers yg wangi. So it is a matter of choice.

      Delete
  2. kalau boleh biar seiring dan paling penting sederhana cuma dalam bab kebersihan..perlu sangat diambil kira kerana banyak perkara yang kita lakukan berkaitan dengan pentingnya kebersihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kebersihan tu sebahagian dari iman, bukan rupa, hehehe

      Delete
  3. Orang putih dah lah jarang mandi, bangun pagi pun tak mandi, berak pun tak cebuk pakai air, no wonder berbau huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Cicicicn pun tak cebuk pakai air gak, hahahaha

      Yang cebuk pakai air ni orang Islam je kan? Huhuhu

      Delete
  4. Hmmmmm, bau.. Aku sensitip bau.. Orang lain tak bau ape pun, aku dah pening2 lalat dah.. Sebab tula aku tak pakai perfume, it's too strong for me..huhu..


    Tapi kalau dapat dua-dua, aku redha dan pasrah, terima seadanya..bahaha.. UvU


    Aku rasa, they couldn't care less sebab selalunya dorang ni backpackers..huhuhu..


    "Sebab benda hubby ni kita nak peluk tiap hari." Hahaha, dah level teddy bear dah hubby, 'benda'.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, hang ada alergik dgn bau ke lee. Aku pening kalau bau perfume yg over. Lagi lagi minyak attar, blh muntah hijo.

      Hahaha pantang nampak lelaki berdahi licin! ><

      Agaknya sbb diorg nk org sekeliling menjauh jd diorg dpt personal space yg luas.

      Hahahaha bukan ke itu sgt comel? .><

      Delete
  5. Well they rarely bathe. Usually just cuci muka and cuci rambut jer. Plus, when you're been at their place, you rarely sweat kot. Even doing sports pun its hard to sweat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, now they are not in their place and they sweat like a pig so common sense will tell them to take a bath once in a while.

      Delete
  6. "biarlah rupa buruk sikit, boleh tutup lampu. daripada kena tutup hidung"... memang WIN :p

    ReplyDelete
  7. hahahaha biar tutup lampu jangan tutup hidung. berdekah weh aku gelak baca.
    man who smells nice is sexy. memang menarik hidung haha. so aku mmg prefer muka biasa-biasa je tapi wangi hahaha. syg oh muka handsome tapi tengik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kaaan.. Biar sedap hidung menghidu dari mata yg memandang, ewah.
      Tp aku tak suka bau cologne kuat sgt menyucuk hidung

      Delete
  8. hahahaha list tu dah memang cool. tapi tulah hakikatnya bau tu penting jugak. bangla sekarang pun dah wangi hokey

    kat sana , dorang bangun tidur makan chewing gum je terus pergi kelas >,<

    rupa dengan bau kena lah seiring. tapi bau tu lagi penting kot. hhaha. rupa boleh adjust. bau? nanti kita yang mati dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha setakat ni baru sekali dua jumpak bangla wangi. Hahaha bau pun bileh adjust, kena titik beratkn kebersihan diri. Tp susah nk ubah tu kalau malas, huhu

      Delete
  9. huh!!memang tak sanggup..deodorant bukan tak pakai pun tak pe tau..ianya wajib pakai walaupun malas mandi..adoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiyaaa betul tu, even kalau mandi pun kena pakai deo, terutamanya mereka yg badan sgt kuat berbau, huhu

      Delete
  10. hahahaha. Kak Zyra make my day betul hahahaha. Dayah pun setuju dgn kak zyra, bia tak hensem tpi jgn busuk, nak buat teman hidup kut. Setakat ni dayah tak pernah lagi jumpa dgn foreign yg busuk hahaha, tapi kalau tanya macam2 tu ade lar . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha im glad :p

      Tulah, inu pun kali pertama encounter foreign busuk, huhu. Selalu wangi perfume memahal je, heheh

      Delete
  11. Hahaha! Pernah sekali masuk panggung dan ada 2 couple duduk sebelah. Awek dia duk sebelah saya. Harap seksi pakai sleveless tapi ketiak pehhhhhh.... Memang hilang fokus dan mood!!

    Lelagi bila dia bergerak-gerak... Arghhh! Sudahlah tengah twngok Suicide Squad, memang nak suicide je rasanya skang. Nasib baik ada bekas popcorn, angkat tinggi2 dan sumbat muka dalam tu. Ah, bau caramel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduiii kalau dlm panggung memng agak neraka lah jawabnya. Huhu nasib belum penah duk sebelah org tiak pahit, hahaha

      Tggi betul self esteem pakai sleeves dgn ketiak gitu :O

      Hahahah Aman dan mcm Mr Bean! ><

      Delete
  12. rietta pown xleh yang berbau...adoi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak hina, tp benda boleh diubah kaan.. Huhu

      Delete
  13. Kat negara diorang cuaca kering so kurang berpeluh walaupun buat aktiviti lasak. Kat malaysia ni lain, lembap panas meruap so senang peluh. Diorang yang dah biasa tak mandi ni kadang x sedar badan bau macam stokin keras berkeping. Mohon bawak febreeze zy. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dang. Stokin keras berkeping.
      Langsung kembang tekak aku, hahahah.

      Delete
  14. Hahhhaaaha... tak sanggup dengan bau busuk.
    Busuk adalah salah satu perkara yang tersenarai dalam list kebencian Mrs. A terutama sekali body odor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah betul tu. Berbeza sekali busuk sampah dgn busuk badan

      Delete
  15. Kalau malas mandi suh dia pergi swimming pool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangannn. Org lain tak lalu nk berenang jgk nnt, haha

      Delete
  16. Replies
    1. Hahah selain jaga muka, kena invest utk ketiak jugak ^^

      Delete
  17. sedih rasanya. hahahhaa. rugi muka hensem tapi berbau sendu.
    part bau2 nie memang sensitip. dorang memang biasa takmandi, atau takpakai deadoran. takboleh brain macam mana la tak mandi bila dah berpeluh panas2. nie negara tropika kot :3

    ReplyDelete
  18. ada driver bas sorang pakcik tu bawak laju gila.. ahaha nak ke escape *tetiba lari topik* ahaha

    ReplyDelete
  19. Hahaha. Dapat bayang camane bau dia sebab dulu ada roomate bangsa asing yang memang suka sangat tak mandi.
    Pagi tak mandi. Petang tak pernah nampak mandi. Mandi pun tetap berbau jugak.

    Oh, by 'bangsa asing' bukan bermakna orang asing tau, tapi 'bangsa' asing. #IYKWIM

    ReplyDelete
  20. Hahahhha..
    Lawak doh..

    Sedap mata memandang apatah lagi bahu yg memikul..

    Banyak betul punchline dlm penulisan awk...suke suke suke
    Baca every single words siap try bercakap sambil bernafas ikut mulut lah..

    ReplyDelete
  21. Halau je orang camtu.. datang malaysia pun buat sakit hati je

    ReplyDelete
  22. Betapa berkesan cara zyra cerita. Saya yang sekadar membaca, macam dapat bau juga.Berkerut muka baca.

    ReplyDelete
  23. Kau baru tahu ke?? Aku dah biasa dah solat sebelah foreigner bau kuat tak hingat ni. Memang struggle la nak settlekan solat tu. So aku tahu camne strugglenya kau tahan masa bercakap dgn diorang tu.

    Yang penting control pernafasan. Insyallah lepas2 ni kau dah boleh masuk dengan bau diorang. Haha..

    ReplyDelete
  24. masa kat train diri betul2 bawah ketiak orang (foreigner) hahahahah...masa tu dah macam nyawa2 ikan dah. tahan nafas 1 minit, tarik nafas guna mulut selama 0.5 saat. masa tu muka dah naik biru rasanya...ahhahaha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape