DAPATKAN TIKET CATHAY PACIFIC YANG MURAH!

Hey guys!

Siapa yang taknak dapatkan tiket murah untuk flight zaman sekarang ni kan? Especially yang suka travel tu. Dengan keadaan ekonomi yang tak stabil semua nak berjimat. Don't worry guys, kita masih lagi boleh have fun kalau kena caranya (wink).

Korang mesti dah familiar dengan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa yang lain kan, tapi pernah dengar tak pasal Cathay Pacific Airlines dari Hong Kong? Cathay Pacific ni dah wujud sejak tahun 1940an lagi so bayangkan berapa banyak experiences yang diorang ada. Cathay Pacific ni actually satu kebanggaan untuk Hong Kong dan mempunyai penerbangan ke lebih kurang 190 destinasi seluruh dunia.

So, banyaklah tempat yang korang boleh pergi. Okay meh aku cerita sikit pasal features Cathay Pacific. Untuk first class, seatnya boleh ditukar kepada katil dan siap ada massage sekali. Gerenti lah takde jetlag bila dah sampai ke destinasi, hehe. Untuk Business class pulak seat dia pon boleh tukar jadi katil cuma bilangannya dalam satu aircraft banyak sikit dari first class so beza dia kat sini adalah privacy tapi still sangat selesa dan mewah. Takdela nanti asyik ambil gambar tingkap aircraft je kan? Beza antara premium economy class dan economy class biasa pulak ialah seat dia beza 6 inci luas.
 
Ini interior untuk business class. Class ko Jah.

Dah banyak pulak aku membebel pasal feature Cathay Pacific Airlines ni. Korang pun mesti dah tak sabar nak tau mcamana nak dapat harga tiket murah tu.

Tanpa buang masa (since aku tau korang bukan rajin sangat nak membaca haha), kat sini aku nak share cara untuk book Cathay Pacific air tickets secara online. Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Cathay Pacific Airlines, kalau korang tak tau rupa dia macamana korang boleh google Cathay Pacific Airlines.



Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Cathay Pacific Airlines. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, aku suggest korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan nak pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Hopefully dengan cara macam ni korang boleh dapat harga tiket yang murah.

Aku ada idea, apa kata korang pergi ke salah satu syurga dunia iaitu Bali naik Cathay Pacific ni, sebab kat Traveloka korang boleh dapat flights to bali online promo semudah ABC, hehe! Bali ni best sebab ada banyak tempat cantik kat sana. Pergerakan kesenian moden Bali bermula di Ubud. Apa seni moden ni? Seni moden ni adalah apabila karya-karya seni yang dihasilkan mula lari daripada subjek-subjek keagamaan. Terbahagi kepada 4 bahagian, kat bahagian timur bangunan ini dikumpulkan koleksi hasil seni daripada Ubud termasuklah wayang kulit pada zaman abad ke-16. Di bahagian barat muzium ini pula ada karya seni moden yang dihasilkan pelukis-pelukis Bali selepas zaman peperangan. Next, pada bahagian utaranya terletaknya lukisan-lukisan daripada Gusti Nyoman Lempad dan ramai lagi. Last but not least, dibahagian selatannya pula untuk pameran-pameran khas. Banyak juga untuk dilihat kat sini sebenarnya.

Ubud, Bali

Bagi Art lovers, jangan lupa untuk singgah ke Agung Rai Museum of Art di Bali nanti. Bila sampai ke bangunan muzium ini, korang pasti teruja melihat bangunannya yang memiliki reka bentuk tradisional Bali dan dikelilingi oleh taman tropika. Masuk pula ke dalam muzium ini, korang dapat tengok pelbagai koleksi hasil seni abad ke-19, hasil karya dari tahun 1930-an ke 1940-an dan banyak lagi. Bukan hanya karya seni lukisan sahaja yang ada kat sini, korang juga dapat tengok kanak-kanak tempatan berlatih menari tarian tradisional Bali beserta latihan gamelan. Di samping itu, kat sini juga sering diadakan persembahan tarian Kecok dan Legong. Pendek kata, nak tahu lebih banyak tentang aspek-aspek seni masyarakat Bali, datanglah ke Agung Rai Museum of Art.


Agung Rai Museum of Art

Terletak 10 km dari pekan Singaraja, Pantai Lovina ini cukup indah dengan pasir yang kehitaman, air yang tenang tapi jangan terkejut pula, punyalah banyak ikan lumba-lumba yang dapat dilihat menonjolkan kecomelan mereka di permukaan air. Kawasan Pantai Lovina ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan kepada para pelancong seperti kedai-kedai makan, pusat-pusat penginapan, kedai jualan karya seni, bank, dan pelbagai jenis kemudahan pengangkutan. Have fun guys kalau sampai kat Bali nanti! (Jangan lupa ole-ole untuk aku, hihihi)

Pantai Lovina


Ciao,
Zyra

2 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Sejujurnya 1st time dgar cathay pascific ni. Menarik. Seat 1st class dia mmg sesuai lah dgn 1st class tu. Suka la tgok building temple mcm tu. Cantik

    ReplyDelete
  2. Setakat ni, dua Airlines jer saya dah naik.. tapi saya sayang kampeni saya .. koh koh koh

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape