Showing posts with label Delicious. Show all posts
Showing posts with label Delicious. Show all posts

Seminggu Berpuasa

Salam,

Kejap betul dan lebih seminggu kita berpuasa. Agaknya dah berapa tan kita bazirkan makanan setakat harini? Mueheheh.

Apa yang gua lalui selama seminggu ni?
Statement bajet artis suam-suam kuku betul.

Sebenarnya gua cedok idea #InkRamadan dari #ComicCoreClub dimana peserta perlu lukis apa yang diorang buat sesuai dengan tajuk yang diberi selama 30 hari.
Tak tak, gua tak join. Sebab:
1. Gua bukan pelukis komik; dan
2. Memang taklah gua nak istikomah melukis tiap hari selama sebulan;

Jadi, gua hanya lukis secara suka-suka ke dalam buku Life Note (lawan kepada Death Note). Buku tu tebal baqhang entah bila nak habis. At least dengan lukis selama 30 hari ni luak lah jugak 30 mukasurat, Kakakakakass.

Gua tadak idea untuk entri so.. layan jelah!









Hangpa agak bakal ada keseinambungan tak untuk hari yang ke-lapan dan seterusnya?
Kalau hangpa readers sejati blog ni, mesti hangpa tahu kesudahannya macamana... hahahahahah.



Belum  ber'date' lagi, err maksud gua belum berkurma 

Nasib Bun KFC

Dalam sepinggan lengkap KFC snack plate mahupun dinner plate, gua rasa bun lah item yang paling dipandang sepi (bagi gua). Salah KFC jugak, time gua kekecik dulu gua cukup suka akan bun mereka, lembut dan liat. Bukan macam sekarang, kering dan berongga kasar, tak sedap.

Acap kali jugak gua perati nasib bun-bun ni yang salu kena tinggal dalam pinggan di restoran kepsi dan kemudiannya masuk dalam perut tong sampah. Kadang gua cuba jugak habiskan bun tu dengan cicahkannya dengan kentang putar, tapi terkadang gua biarkan bun tu jadi makanan tong sampah jugak. Erm, tetiba terasa syaiton menepuk-nepuk belakang gua mengucap syabas. Sob.

So sekarang, gua cari alternatif lain dengan jadikan bun tersebut sebagai appetizer, yakni gua makan bun tu dulu yang gua convert menjadi baby burger, sebelum gua meratah ayam KFC semahu-mahunya, hekhek. Kalau gua ratah ayam dulu nescaya bun tersebut pasti dipandang sepi seperti selalu :3 




Jom elakkan pembaziran dengan penuh bergaya.


taraaa! sebiji beger comel. bulih jadi apetizer, dessert atau bawak balik kasi adik lu
 

Atau gua sorang je blogger yang punya habit tinggal bun? :3

ZyraRoxx & Raya: Biskut Raya All Time Feberet

Assalamualaikum.

Janji Ditepati

Muehehe ini bukan entri patriotik mahupun politikus, ini entri bangga diri. Awatnya gua bangga? Bangga lah sebab boleh buat entri seperti yang gua janjikan dalam entri sebelum ni. *mohon scroll ke bawah sikit kalau nak wusha.

Kata orang lembu dipegang pada talinya dan maknusia dipegang pada janji, so bagi membuktikan yang gua bukan lembu, jom kita berpergian terus ke isi2 entri tanpa merapu dengan lebih lama. 

Kemestian dan tradisi family gua sejak dulu2 adalah buat kuih raya seniri. Beli2 tadak feel, tak dibuat dengan penuh kasih sayang. Dan segala ilmu pembuatan dipeturunkan ke gua. Cheh bukan payah pun resepi melambak sekarang. Tapi gua nak share sikit jela kat sini yakni antara biskut yang harus ada time raya.

 Ini bukan entri resepi biskut raya, kalau gua perturunkan resepi kat sini, mau habes semua chef kat malaysia taleh cari makan, muehehe.

Kemain gua eksaited time nak buat sekut raya ni, dah cukup lengkap semua bahan gua pun mula mengadun sampai jadik doh, pestu tekap, picit bentuk yang gua suka, pestu hias2 kasik menggoda pastu bakar pastu rasa pastu simpan pastu pastu, ok sudah.

buat biskut

Klasifikasi sekut raya gua:-


Biskut yang boring

Hohoho gua panggil biskut boring sebab biskut2 ni salunya main gentel2 je jadik. Biskut boring bagi gua adalah Makmur, Almond London dan seumpamanya. Aduh bosan buat biskut ni sebab tak mencabar kretibiti minda gua. Buat bentuk bola sepak, bola ragbi, bola sepak, bola ragbi, bola... zzzzz...
Boring2 jugak tapi rasanya sangat nyammeh! Part yang gua suka bila buat almond london haruslah part celup cekelat, oh oh oh

Biskut Evergreen

Biskut malar hijau Semperit ni memang dah wujud sejak gua azali lagi. Gua suka biskut ni tapi kakak gua takmo buat time raya2 zaman terkini, tatau kenapa. Gua salu mintak buat tapi dia takmo, grrr. Oleh itu gua pun melampiaskan napsu nak makan semperit di rumah2 jiran tetangga.

semperit

Part gua paling suka time buat adalah time 'preettt preettt' semperit dari acuan ke dulang pembakar dan time letak ceri merah, sehiris letak kat semperit, sebijik masuk mulut gua, hoho.

Biskut buat tapi tak makan

Hahaha ada jugak cemni yek. Diakui, gua jenis yang memang tak suka makan makanan dari air tangan seniri. Entah cemana kakak2 gua boleh tersuka dengan tart nenas bergulung gua pun tak pasti, yang nyata gua kurang gemar, gemar buat je.
tart nenas gulung
Peh gua suka buat biskut ni, rasa macam kilang perusahaan biskut time buat biskut incik tat ah beng ini. Sangat produktif.

Oh, untuk pengetahuan, salunya gua membuat sekut waktu malam, cargas sikit. Part bakar dan simpan memang gua cemuih dan suka ngelat so salunya kakak gua yang kena habiskan keja gua yang tergendala sebab gua pi tidoq tanpa rasa ragu2 lagi.

tidur

Orang cakap buat2 biskut ni leceh, baik beli je, sonang. Heh, bagi gua penat tak terasa tapi kepuasan tu terasa bila orang suka makan biskut yang kita buat sampai habis sebalang, pehh bangga tahu? Apa guna buat open house tapi makanan tu satu haram pun tadak yang tuan rumah buat seniri kan?. Gua bangga, bangga hinss hinsss sebab bukan takat biskut, rendang, sambal pencicah ketupat pun gua mampu buat.

Ok, gua fail buat ketupat, harap ada yang masih sudi amik gua jadik menantu :3

Sebelum gua berpergian, gua nak bagitau yang kali ni gua terbekenan pulak dengan blogger Syakir Rahman. Harap maaf, beliau sudah berpunya, kuh kuh. Kemain suh gua hapdet, rindu benar katanya *tipu

P/S: Gua tingin nak makan biskut Y, awrrrr harap umah makcik timah masih membuatnya.

Rendang Ayam Simple


Hmm. . . tiba2 je teringin pulak nk mkn rendang, tp x best pulak mkn di hari biasa sbb dh terbiasa mkn d hari raya. Tula specialnya hari raya bg family aku ^_^

Anyway, aku x suka mkn rendang ayam yg cm biasa tu, sbb? sbb ada kunyit dan diletakkan daun kunyit sikit. Tak suka bau dia! Huhuhu.. Aku x pasti ramuannya, tp sama je kot dgn ramuan rendang simple aku ni yang turun temurun dr kakak kpd aku. hihihihi. Jom usha bahan2nya:-



Haaa bahan2 siap bergambar lg, so sapa2 yg xkenal bahan2 dapur pun dh bleh wat. Konon nak tulis bahan2 tu dlm 2 versi bahasa, tp panjang pulak. . . Hihihi (malasss)

Okeh, lets start!
1>> Rebuskan cili kering dalam 30 tangkai utk anggaran seekor ayam (huhuhu, sorry sbb aku selalu buat seekor ayam). Nak lagi pedas kaww2 tambah lah lagi. Then, bila cili dh lembut, blend dgn bawang merah (10 ulas), serai (5-7 batang), Halia (5 cm), lengkuas (sebesar ibu jari, agak2 je huhu tp jgn lebih, takut nnt rendang rasa pelik).

2>> Panaskan minyak, tumis bawang merah & putih + bunga lawang + kayu manis + bunga cengkih. (ini bahan utk wangi ye puan2, jgn overdose kang busuk jadinya. huhu)

3>> Lepas tu, masukkan bahan yg di blend td burrrr! ke dalam kuali/periuk. Dan renihkan/biarkan sampai naik minyak. (Anggaran 45 minit) Time ni boleh la korg nk wat kje laen dulu. . . LaLaLaLa. .

4>> Tambahkan kerisik supaya wangi tu datang. Hehehe, masuk la dalam 5 sudu. Kalau tak nak minyak sangat kurangkan kerisik okeh? Then masukkan gula dan garam secukup rasa. MSG tak digalakkan, tambah kasih sayang di bolehkan =]

5>> Masukkan ayam yang telah dipotong mengikut saiz kegemaran anda dan telah dibersihkan ke dalam periuk/belanga. Biarkan lagi. Kaup balikkan setiap 15 menet. hehehe. Agak2 ayam dh nak masak, masukkan santan dalam anggaran 200 ml. Lepastu biarkan sampai agak kering sikit baru matikan api. Taburkan daun limau purut yang dimayang halus. (jgn potong kasar2 sekali dgn urat saraf daun tu, sbb nanti rendang jd pahit!) Kalau x suka daun limau, gantikan dgn daun kunyit. Jgn daun mempelam sudahlah.

Siap!! Anda blh letakkan serbuk cili untuk memerahkan lg rendang, boleh nmpk nnt, rendang ni xmcm rendang2 lain yang nmpk kekuningan. Tak pasti nama rendang ni dan asalnya, kakak aku main belasah ambik je resepi ni. huhuhu, kalau sesapa tau rendang ni ala2 negeri mna sila bgtau aku yek.

Mcm tah hapa2 resepi aku ni kan? Haaa sebab resepi ni main ikut sedap rasa je. Bila dh terbiasa x perlu lg sukatan2 ni. Sbb tu dlm masak memasak ni, kita kena confident. Jgn takut2 nk campak bahan ke dlm masakan kita, dan masak lah dgn penuh kasih sayang, nescaya seisi keluarga akan puji masakkan anda itu sedap!

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape