Showing posts with label Kisah Masa Kecik. Show all posts
Showing posts with label Kisah Masa Kecik. Show all posts

How to Tame a Zyra

Hey guys.

Aku tengah consider untuk berhenti beli buku. 
Yah,  ibarat tengah consider untuk menghentikan pengambilan oksigen.

Tapi pada masa yang sama aku jadi gundah-gulana takut penuh satu bilik dan timbul masalah bila nak pindah. Aku pulak bukan jenis yang akan jual buku atau kasi kat orang. Jadi jangan berharap (tetiba).

Aku syak suka membaca ni merupakan satu penyakit yang tak berjangkit. Aku mula detect penyakit ni seawal umur 6 tahun kalau aku tak silap haribulan dan tahun.

***
Sebagai anak-anak yang membesar dalam zaman kegemilangan rock kapak, lagu-lagu hits rock, slow rock waktu tu memang menjadi halwa telinga saban hari. Band boys muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Boleh kata tiap hari ada lah jugak dalam dua tiga kali aku dengar lagu 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' dendangan kumpulan Ukays dari corong radio.

Satu petang, aku melalak lagu tersebut sewaktu terdengarnya sayup-sayup dari radio yang terletak dalam kedai runcit keluarga. Kakak aku yang sedang cuba tidur siang annoying gila dengan adiknya yang satu ini. Risau pun ye. Yelah umur belum akil baligh tapi dah fasih nyanyi lagu cintan-cintun yang sendu. Dengan lingkungan umur pada waktu tu, aku sepatutnya nyanyi lagu 'Anak Itik Tok Wi'.

Kakak aku bangun dan capai satu novel kumal bewarna gelap. "Nyanyi ja tahu, nah baca ni!" Dan aku pun berhenti menyanyi secara terbuka sejak hari itu. I have fallen in love.

Aku tak ingat tajuk novel tu. Jalan cerita lagilah tak ingat, tenggelam dalam memori yang tak digunakan (rujuk kepada filem animasi Inside Out). Yang aku ingat ada satu keluarga miskin. Anak bongsu dia menghidap jantung berlubang.  Ada keluarga kaya nak bantu. Rupanya keluarga kaya tu kelurga asal budak jantung berlubang.  Sort of.

Sejak itu,  aku dapat dijinakkan dengan buku. Sibuk panjat pokok turun pokok, kakak aku hulur buku cerita kanak-kanak terus aku duduk diam bersimpuh sopan. Aku taknak sikat rambut dan sibuk nak berseluar pendek konon jadi laki,  hulur je buku terus aku bertocang dua dan berskirt ropol-ropol.

Haa gitu.

***

Sayangnya. Tak seorang pun kawan aku yang hadiahkan aku buku. Yang diorang tahu, teddy bear. Apa,  aku ni nampak seperti seseorang yang cuddling teddy bear ke pada waktu senggang? 
Aku suka beruang biru.

Ni sendiri beli hadiah untuk diri sendiri. Don't judge me.

Jadi, kalau rasa-rasa aku kelihatan liar dan ganas, korang cuba cuba lah hulurkan buku. Aku mungkin akan bertukar jadi anak kucing yang comel dan manja. Tapi jangan tersalah hulur buku yang tajuk macam: 'Suamikau Mati Pucuk' / 'Isteriku Kening Lukis', kau tengok jelah cemana nanti aku jadi lebih hijau dari Hulk. Hahaha.

Cinta aku kepada buku is kinda creepy. Kalau ada lelaki meminang aku hanya dengan sedulang novel thriller english, I might say yes!!

Itu kisah tabiat aku yang dibawak sejak dari kecik.
Anda pula bagaimana (selain dari tengok kartun)?


Sedang gila beli buku nota 

Mengkarung Dan Semut

Hey guys.

Sejak akhir-akhir ni aku selalu diserang oleh cramps (kekejangan) dekat bahagian jari telunjuk kaki (get it?)
Dekat kampung aku kejang tu dikenali sebagai 'tarik mengkarung'. Aku tak tahu apa kaitan mengkarung (sejenis cicak licin) tu dengan kejang jadi jangan tanya aku. Aku mula kenal frasa 'tarik mengkarung' sekitar usia 5 tahun.

Waktu tu aku sedang mencangkung memerhatikan sorang jiran mengupas kelapa. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan: 'adoi, tarik mengkarung'. Sebelum itu, biar aku bagitahu yang aku memang takut/geli dengan ular, keluarga cicak, biawak dan yang sama kaum dengannya. Mendengar jiran tersebut sebut 'mengkarung' aku terus anxious.

Aku: Mana?
Jiran: Nii..(sambil menjuih-juih ibu jari kaki)
Aku: Takda pun? (Sambil tertinjau-tinjau)
Jiran: Apa yang takdanya, adoi sakitnyaaa..
Aku: Mengkarung lah.
Jiran: Ya tuhannnn.. hahahahahaha bukan mengakarung binatang tu la, adoi hahahahahah!! Adoii!
Aku: (orang dewasa memang pelik)


Selepas kejadian tersebut, aku mendapatkan maklumat lanjut dari emak. Selepas faham konsep tarik mengkarung tu tiba-tiba aku rasa selalu diserang oleh kejang. Its a cursed words (patutnya namakan 'tarik sesumpah'). Korang dah baca ni, tunggulah ia datang serang, muahahaha!

Dan setiap kali kejang aku akan teringat dekat si Patrick Star. Ada satu episod dia asyik kena kejang bontot. Hahaha tak dapat aku bayangkan. Baru kejang jari kaki pun dah rasa macam nak terajang orang di sekeliling. Sangat tak kelakar apabila ia berlaku semasa tengah drive.

Ngilu betul sakitnya weh!


Anyway, aku difahamkan dekat negeri-negeri selatan gejala kejang otot ini dikenali sebagai 'semut-semut' atau 'sesemut', betul ke? Mengkarung lah, semut lah. Apalah yang haiwan ni semua dah buat sampai dapat nama. Swag betul.

Sebagai seorang baby sister yang comel, mestilah aku mengadu fasal gejala kekejangan ni dekat group family.
Kakak A cakap banyakkan makan pisang;
Kakak B pulak cakap minum susu banyak-banyak;
Dan paling best dan murah, mestilah dari Abang Chik: Minum air garam.


Kena minum Pamoga barangkali 

Kapal Terbang Kertas

Hey guys.

Aku bersekolah rendah di kawasan luar bandar. Jadi banyak aktiviti-aktiviti dan rancangan motivasi diadakan oleh pihak universiti di sekolah aku. 

Menjelang tahun aku UPSR, berpusu-pusu pihak universiti menghantar pelajarnya untuk memotivasikan kan kami. Dua kali kami dimotivasikan oleh student dari Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu semasa kami darjah 5 dan 6 (sebab tu agaknya aku masuk USM).

Aku nak cerita pengalaman di hari terkahir kem motivasi. Seperti biasa semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan seorang abang/kakak USM sebagai mentor (or whatever it is called). Kami berkumpul secara berkumpulan. Buat bulatan gembira dengan kakak USM berada di tengah. Bercerita, memotivasi. Dan ditakdirkan jugak aku sekumpulan dengan pelajar-pelajar nakal sekolah. Jadi aku tak berapa nak berinteraksi sangat, bukan sebab aku berlagak tapi diorang yang taknak layan aku (sniff). 

In the end kakak USM tu bagi sorang sekeping kertas A4 dan suruh buat kapal terbang kertas. Aku mula menggelabah, aku tak reti! (sampai sekarang pun aku tak reti)

"Haaa kakak tahu kamu semua budak kampung kan? Mesti semua pandai buat kapal terbang kertas. Tak payah lah kakak ajar lagi, heheheh"

Celaka apa, cenggini ke motivasi? Hahahaha.. aku pandang kiri kanan cuba-cuba meniru kawan-kawan tapi cepat benar diorang melipat sup-sap-sup-sap dah jadi. Meninggalkan aku terkebil-kebil sendiri. Apa jenis budak kampuang aku ni? Kenapa Abang Chik tak pernah ajar aku? Apasal kakak tu tak suruh aku buat senapang ke, lastik ke, tu baru budak kampung! 

Tiba-tiba, Mukhsin, budak paling nakal syaitonirojim menyapa aku dengan ganasnya:

Hoi! Awat tak buat lagi?!
A..aku tak reti..
Ceh, mai sini!! (merentap kertas di tangan aku)

Dalam sekelip mata aje dia melipat dan taraaa jadilah kapal terbang kertas. Walaupun tak secanggih kapal terbang yang dia buat untuk diri sendiri (siap ada peluru berpandu) tapi aku happy gilaaa. Takdelah aku memalukan diri sendiri di depan pelajar lain dan kakak USM. Kemudian kakak USM tu suruh kami berdiri dan melancarkan kapal terbang kertas secara berjemaah. 

"Anggap kapal terbang tu sebagai satu kapal yang bakal membawa kamu ke masa depan.."

Walau kapal terbang aku tak secantik yang lain, tapi ia antara kapal yang terbang jauh...
Aku tersenyum sambil menoleh ke arah Mukhsin yang sedang mengorek hidung sambil bermuka bosan.

Apa tengok-tengok?!!

Jilake Mukhsin tak accept friend request aku di Facebook.
Tercalar betul ego seorang Zyra.


Thanks Mukhsin  

Zyraroxx Sebelum Masihi: 'PaipBesi'

Hi,

Semalam aku terminum air Pepsi. Mind you imbuhan 'ter' yang menujukkan aku tak sengaja. Kahkah!
Sebenarnya aku dah lama tak ambik minuman bergas, strive for a healthy lifestyle konon.
Jadi apa motif aku bagitau aku minum Pepsi? Hek eleh Pepsi je pun, bukan kopi hipster berharga RM35 secawan.

Sebenarnya setiap kali aku minum Pepsi, akan ada satu nostalgia yang datang bersama minuman ringan tersebut...

(Flashback ke zaman 90an)

Aku dalam darjah tiga. Kelas pulak terletak bersebelahan dengan kantin sekolah. Di antara kawasan kelas dan kawasan kantin, terdapat sebaris paip air tegak tanpa sinki untuk bebudak membasuh tangan secara berjemaah.

Hari tu kalau tak salah aku hari Rabu dan ada slot Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) pada pagi nya. Selesai berfoya-foya di padang, kami pun kembali ke kelas untuk salin baju dan bersedia untuk memulakan sesi akademik. Masing-masing meneguk botol air sebelum berlalu ke tandas untuk salin baju. Manakala pelajar lelaki yang tak membawa botol air ke sekolah: "Weh, jom pekena PaipBesi (sebutan ala Pepsi)."  

Mana lagi sumber 'Pepsi' diorang kalau bukan sebaris paip besi di kantin. Waktu tu tak timbul isu sakit perut muntah darah sebab minum air mentah. Mungkin sebab perut memasing dah kebal dan imun, hahaha. Sebelum nak bergerak salin baju, seorang kawan bermurah hati offer aku air 'Pepsi' dan aku dengan bermaruahnya tolak pelawaan beliau. Selesai salin baju aku tengok ada botol Pepsi kosong di atas meja kawan aku tu.

(Pepsi tu memang dah habis, yang hitam tu buntut botol, hahah)


Aku: Wey awat hang tak tinggai kat aku sikit?!
Dia: Aku tanya tadi hang kata tak mau??
Aku: Awat hang tak cakap Pepsi?
Dia: Aku dah cakaaaap, hang nak dak ayaq Pepsi?
Aku: ....

Ini semua salah bebudak lelaki tu lah. PaipBesi.. PaipBesi... sampai telinga aku pun dah tak tahu beza PaipBesi dan Pepsi. Rugi betul tak dapat minum Pepsi secara percuma, saty peluang yang sangat jarang berlaku, haha.


(Kembali ke zaman sekarang)

Kelakar. Dulu masa duit poket sekadar cukup makan, aku asyik teringin nak minum minuman ringan. Sekarang dah ada duit sendiri, tak terasa pulak nak minum sampai kembung.


Tak reti beza Pepsi dan Coke 

Zyraroxx Sebelum Masihi: Naif

Heyyy!

Bila entah si cEro nak cipta mesin masa.
Aku dah tak sabar nak kembali ke masa silam di mana i'm young, wild and free (wild lah sangat)
Tapi aku lebih teringin untuk kembali kepada zaman kekanak riang yang innocent.

Walupun aptx4869 berupaya menjadikan fizikal je kecik, aku tak kisah! Takpe, nanti aku mintak sendiri kat Haibara!!

Jadi di sini aku nak mengimbau sikit perkara-perkara naif yang aku still ingat sampai sekarang. Kadang-kadang rasa nak tergelak, kadang-kadang I be like oh why...

Pokok berpeluh
Suatu pagi cuti sekolah yang nyaman, aku bersiar-siar dengan kakak di padang.
Kakak perati je aku yg sekejap-sekejap lap lengan yang terkena embun lalang.
Kakak: Awat adik?
Aku: Eee geli lah, peluh pokok lekat kat adik!


Pokok tumbuh dalam perut
Aku rasa most of the kids punyai pengalaman begini

Ada satu hari aku duduk diam di satu penjuru rumah dengan bermuka muram.
Abang yang pelik dengan perangai aku yang serupa ayam berak kapur pantas bertanya:
Abang: kenapa adikku bermuram durja?
Aku: Tadi adik makan buah limau
Abang: Lalu?
Aku: Adik tertelan biji limau, nanti tumbuh pokok dalam perut!


Pokok hitam (apesal semua berkaitan dengan pokok ni?!)

Suatu petang aku tolong kakak tanam pokok bunga.
Aku tolong korek lubang tutup lubang je.
Melihat ketekunan aku, kakak benarkan aku tanam satu pokok.
Bukan main girang aku tanam dan siram.
Tengahari esoknya..
Emak: Adik, masuk! Buat apa tengah-tengah panaih tu??
Aku: Sat mak, nak tudung pokok ni, takut nanti dia hitam sebab kena matahari lama-lama.
Dari dalam rumah aku dengar Abang Chik mengejek: "hitam macam adik.. hihihihi"
*Hitam dalam situasi ini merujuk kepada gelap (kulit)


Doraemon dan lucah


Perkataan 'lucah' agak offensive waktu tu untuk penduduk kampung luar bandar
pada awal 90an tanpa sebarang jalur lebar.


Aku ni suka betul membaca sejak mula kenal abc lagi.
Jadi banyak jugaklah komik yang abang/kakak aku beli untuk menggalakkan aku membaca.
Satu hari tengah aku baca komik Doraemon, Nobita telah menyebut "wah, majalah lucah papa!"
Aku: Kakak, majalah lucah tu majalah apa?
Kakak: Err.. (kali pertama kakak aku teragak-agak bagi jawapan)
Aku: ???
Kakak: Erm.. lucah tu loqlaq!
Aku: Ooo.. (aku iyekan aje, waktu tu aku tak tau apa motif Nobita cakap majalah bapak dia tu loqlaq)
Rupanya aku sama seperti budak kecik lain, suka memberikan awkward situation kepada orang dewasa. kahkah!
(Sejak itu, kakak aku lebih kerap belikan aku komik KAWAN yang merupakan buatan tempatan dan selamat tanpa bahasa pelik)
*loqlaq boleh disifatkan sebagai cemerkap atau tidak senonoh, bergantung kepada situasi.

Hmm, sebenarnya banyak lagi kisah naif aku. Tapi aku malas nak senaraikan semua sebab malas nak melukis, huahahaha kalau takde lukisan korang bukan nak baca pun kan? kan?
Kongsi laa kenaifan engkorang jugak dekat ruang komen, untung aku rajin nanti boleh aku compile kan dalam satu entri.



Thats all folks! 

This Means WAR!!

Hey,

Zaman sekolah tadika, sekolah rendah dulu sapa je yang tak pernah cari fasal/bergaduh dengan kawan-kawan. Kalau kau tak pernah itu bermakna kau tak best atau pun kau jenis yang maha nerd gila. Kahkah! Awww come onnn..

Ini cara paling simple untuk cari fasal. Bagi aku, ini menujukkan tanda kasih sayang, wahaha! I'm such a little rascal..

Lazimnya, diorang akan balas balik, then aku conteng lagi, diorang balas lagi, berulang-ulang macamtu sampailah bosan. Tapi lain ceritanya bila kali pertama aku conteng sikit tapi dia dah balas banyak sekaligus!


War tersebut boleh berkahir dengan kertas yang koyak atau pensel yang patah atau satu mukasurat kertas yang penuh dengan contengan yang tidak lagi mampu dipadam. Itu cara kami menunjukkan tanda kasih sayang dan persahabatan.

Tapi aku rasa tak kisah sangat pun kalau gaduh waktu kecik dulu. Biasalah budak, sifatnya masih naif, jiwanya itu suci, dosanya belum dicatit, maka kami jadi mudah meminta maaf dan pemaaf. Bergaduh waktu pagi, waktu rehat dah berpimpin tangan semula menuju ke kantin. Or worse, 5 minit kemudian dah mintak pinjam pemadam...

Sekarang?
Beranilah cari pasal dengan aku???!!!!
Eh.. (blushing)



*one of my fav song from A7X


Aku kadang declare war dengan diri sendiri. Sebab hati tak sync dengan apa yang otak kata. End-up aku yang merana. Jadi, selagi diorang taknak sync aku akan declare war dengan tidak mengendahkan mereka, huahahahah pada muka aku.


The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting - Sun Tzu 

Nostalgia: Tradisi Ramadhan Yang Semakin Dilupakan

Salam,

Aku rasa kalau budak kampung atau budak yang berasal dari kampung mesti tahu satu tradisi bila tibanya bulan Ramadhan iaitu menghantar juadah masakan ke rumah jiran tetangga. Budak bandar dan pekan pun pernah jugak rasa pengalaman tu, tapi tak banyak lah kot.


Actually, saat-saat ini selalu aku nanti-nantikan. Rasa seronok dapat memberi sesuatu kepada seseorang. Rupanya penyakit ni melarat sampai ke tua. Rasa happy lain macam bila boleh bagi something kat orang, patutlah Santa Clause selalu happy hohohoho.

Tapi sekarang, jangan kata bandar, kat kampung pun dah tak berapa nak wujud lagi tradisi ni. Mungkin faktor sibuk, selfish, atau faktor ekonomi yang tak membolehkan orang kampung untuk masak lebih? Atau adakah orang sekarang self-esteem rendah, takut masak tak sedap utnutk diberi kat jiran? (Nak nak pulak jiran mulut neraka jahanam, kahkah!)

Sekarang ni, walaupun rumah berkongsi dinding dengan jiran kiri dan kanan, berbumbungkan lantai jiran, berlantaikan bumbung jiran, ada yang masih tak kenal jiran. Jauh sekali lah nak menghantar makanan bagai, huhuhu. Tak macam dulu, aku kena ikut short-cut redah semak, lalu dekat paya (sempat jugaklah usha anak-anak ikan) untuk ke rumah jiran-jiran. Tapi still rasa bahagia hidup bermasyarakat.


Mungkin jugak faktor teknologi menyebabkan tradisi ni makin diancam kepupusan. Masyarakat sekarang masih mempunyai rasa untuk berkongsi juadah berbuka, tapi kongsi di Instagram, Facebook dan media sosial yang sama waktu dengannya je lah. Pendek kata, jemput tengok dan terliur sahaja ye chuolls, Kahkahkah!



Now you know why i love karipap 

Vanilla Coklat

Yo \m/

Sebelum spekulasi lu meliar teruk, gua nak gitau siap-siap,
ini bukan drama cinta sweet-sweet.
Ini kisah benar yang diadaptasi dari hidup seketul Zyra, fewwwit.

Gua ada empat orang abang. Harini gua nak cerita perihal abang yang bongsu.
Dia mempunyai kulit yang cerah dan gebu yang diwarisi dari emak,
manakala gua memiliki kulit yang gelap dan gulita diwarisi dari ayah,  Daddy's Girl lah katakan. 

Masa kecik, gua sering jugak pertikaikan perihal kulit kami.
Sepatutnya gua lah yang dapat kulit cerah memandangkan gua ni perempuan. Mujur gua belum baligh waktu tu, kalau tak dah lama hangus disambar petir.
Gua stop pertikaian tersebut selepas ayah pergi. Glad I inherited his dark skin. 
Miss him much (ninja sesat mana pulak potong bawang sebelah gua ni?)

Kami juga menggemari perisa yang mewakili warna kulit masing-masing.
Abang gua suka vanilla dan gua pulak suka coklat. Adakah disebabkan pembawakkan genetik yang diperoleh dari kulit? Sampai sekarang abang gua tak suka coklat.
Gua rasa gua dah buat dia mengalami PTSD. Yelah, gua suka coklat, kulit gua pun jadi warna coklat, so abang gua tu maybe dah fobia dengan coklat, kahkahkah.

Dia sebolehnya akan elak coklat dan prefer coklat putih. 
Gua dah cuba makan coklat putih ni tapi rasanya serupa sebuah Genting Highlands tanpa kasino. 
Hambar. Menjelang hari raya, dia request Almond London versi coklat putih
Dah serupa Almond Sepanyol rasanya. Apabila ke Langkawi, dia memesan belikan coklat putih.  
Dan bila abang gua beli aiskrim Neapolitan, confirm perasa coklat ditinggalkan bersendirian. 

Selain racist, abang gua jugak seorang sexist, kahkahkah. 
Menurut cerita arwah emak, semasa gua masih seorang baby, abang gua suruh emak buang gua sebab dia nak seorang adik macam anak jiran gua: lelaki dan putih gebu macam dia, ceit. 
Emak membujuk: "Adik memang tak cerah tapi adik lebih cerdik, pandai senyum dan ketawa bila diagah, kan lagi comel tu?" (Ninja ni keturunan bangla ke potong bawang bayak-banyak?). 
Dan abang gua nampaknya terima pujukan tersebut. Dia tak boleh nafikan, adiknya itu memang comel, ufufufu.

Huh, abang gua tu propa je lebih sebenarnya. Kalau diletakkan kek coklat kat depan mata, licin jugak dilibasnya (menguap).




Air dicincang tak akan putus, biarpun teknologi telah mencipta pisau superhydrophobic. 

Lukisan Datang Mintak Nyawa!

Sedih betul apabila belek-belek draft tapi takdak entri untuk dipublish, sob sob. Selama ini gua perasan adalah dalam nambelas entri sedia untuk dipublish (berangan kalah mat jenin).

Gua takdak modal, so gua bercadang nak buat entri fasal mitos lagi. Walaupun dalam entri lepas gua janji-janji ayam je nak buat entri fasal Lukisan Datang Mintak Nyawa! ni (niat nak nipu je, kahkah).

Seperti mitos dalam entri 'Pensel dan Bayi Berkepala Dua', mitos kali pun berkisar di alam sekolah rendah.


Ditakdirkan, sejak azali lagi gua suka melukis. Boleh kata sejak reti pegang pensel dengan betul. Kat sekolah gua siap simpan satu buku conteng-conteng bawah meja.

Satu benda lazim bagi budak dulu, budak sekarang gua tak pasti lah kut depa simpan iPad bawah meja. Dulu, semua budak suka melukis, menjadi atau tak lukisan tersebut, belakang cerita yang pasti, lukis!

Ada sorang kawan gua, biarlah gua namakan beliau sebagai Napoleon Bonaparte. Matematik memang cekap. Tapi bak kata orang bijak pandai, otak matematik mana mungkin berjalan seiring dengan otak seni. Maka lukisannya sangat teruk. Teruk dia tahap lukis cacing pun nampak serupa sperma.

Kemudian entah dari mana, timbul desas-desus mengatakan setiap lukisan manusia yang dilukis perlu diletakkan tanda 'X' kat leher lukisan sebab takut nanti malam lukisan tu datang mintak nyawa dari si pelukis!

Gua terfikir sejenak, kalaulah sungguh bagai dikata, mesti semua kartunis majalah Gila-Gila dan Ujang dah habis nyawa untuk diberi kat lukisan-lukisan diorang..



Maka, kelam kabutlah bebudak letak tanda 'X' kat leher lukisan memasing. Tak ketinggalan si Napoleon Bonaparte. Walaupun hanya lukis orang lidi yang tidak berleher, itu bukan penghalang. Diletaknya tanda 'X' di dahi orang lidi tersebut... Dan punyalah siksa gua haritu untuk menahan gelak supaya tidak mengecikkan hati beliau, pffttt.

Satu hari, lepas waktu rehat gua ambik buku conteng sebab nak belek balik karya masterpieces gua sambil mengusap perut yang kenyang, kehkeh cekonon.

Tapi gua terkezut beruk apabila mendapati semua lukisan manusia dalam tu ada tanda 'X' merah kaler luna kat leher! Tengah gua membelek in disbelief, datang rakan sekelas gua dari meja depan tersenyum-senyum sambil tangan dikiam ke belakang gaya guru besar.

"Hang takyah lah terima kasih kat aku"

Thanks you for what?? Gerutu gua dalam hati.

"Aku dah tanda semua orang yang hang lukih, depa tak boleh mai mintak nyawa kat hang nanti. Kalau boleh hang jaganlah dok lukis orang lagi, tak baik. Kita ni orang Islam, buat benda lain yang lagi bagi faedah."

Dan gua melopong di situ macam orang utan tercekik pisang. Like Seriously? Kita baru je darjah 3, hello? 9 years old?

*************

Gua tak pasti sama ada kawan gua tersebut dah jadi ustaz atau apa sekarang sebab gua lost contact dengan dia sejak darjah enam.

True, gua pernah baca bermacam jenis penulisan berkenaan hukum hakam lukisan manusia ni menjelang kedewasaan gua. Tapi gua pun tak pasti sebenarnya mana yang betul mana yang propa je lebih, so gua nak mintak penjelasan dari sesapa yang arif.



Gua seram.. Seram baca keseriusan gua dalam entri ini! 
Till we meet again, salam.

Misteri Syiling Duapuluh Sen

Gua ada satu cerita misteri nak cerita. Tahap misterinya tu, kalau editor majalah Mastika baca mesti kelam kabut dia datang cari gua, muahaha.



Alkisahnya, gua pun pernah merasa bersekolah rendah dan memakai vest skirt kaler blueblack ke sekolah. Amacam, lejen bukan?

Perkara misterius yang gua nak sampaikan ini terjadi waktu gua darjah dua, umur 8 tahun, comel, ranggi dan cemerlang. Seperti anak petani yang lain, gua punya wang saku tidaklah banyak. RM0.40 je sehari. Betul, 40 sen (40 sen sekarang cukup untuk berak je). 30 sen untuk nasik, 10 sen untuk air sirap (gua pemalas bawak bekal air).

Kalau lepas raya atau time kakak gua balik kampung, merasa la duit lebih, muehehe. Nak dijadikan isu, eh cerita, suatu hari yang gua tak ingat hari apa, gua ke sekolah seperti biasa. Pagi tu lepas salam, mak bagi dua keping syiling duapuluh sen seperti lazimnya.

********************

"Kringggggg!!" bunyik loceng waktu rehat memang ditunggu sejak masuk kelas, kehkeh. Macam biasa jugak, gua beli nasik tigaposen, beli sirap seposen. Maka tamatlah duit saku gua haritu. 

Selesai makan, gua kembali ke kelas. Suasana sekolah haritu agak kelam-kabut sebab cecikgu semua sibuk dengan hari persiapan anugerah cemerlang. Seperti yang gua teka, cikgu tak masuk kelas lepas rehat. Sorang member gua, Azwani ngajak gua ke kantin, nokarom tak kenyang lagi budak ni?!

Gua ngikut je dengan niat nak teman, nak membeli tu memang tidaklah sebab gua tahu wang saku gua dah habis. Sementara dok tunggu dia pilih makanan yang sesuai dimakan dalam kelas, tangan gua menerawang ke dalam saku yang gua sangka kosong, tapi tak kosong!

Jengg Jengg Jenggg...

Gua telan liur, dua keping syiling duaposen di tapak tangan, aikk? Tapi hairan gua tidaklah lama, gua dengan gumbiranya join member gua beli makan lagi. Seronok betul haritu dapat makan dua kali, dia punya feeling, macam dapat anugerah Oscar.

Time balik sekolah, gua bersemuka pulak dengan motor yang jual sate ikan. Damn, feberet gua kot. Kalau kat rumah, nampak motor tu dari jauh lagi gua dah tak tentu arah serupa kera kena cacar air, merengek mintak dibeli.

Gua gigit bibir, nyesal pulak guna duit 'extra' tadi. Penyesalan yang sangat abadi gua rasa. Tangan diseluk lagi ke saku, serentak itu gua rasa macam hari raya dah tiba! Dua keping syiling duapuluh sen sekali lagi berada di tapak tangan! Gua toleh kiri kanan, pari-pari wujud ke?

Tanpa pedulik mana datang duit tu, gua menikmati 4 cucuk sate ikan dengan senang hati. Sesampai di rumah gua terus bagitau mak gua tentang apa yang terjadi dengan terujanya. Mak gua hanya senyum-senyum. Tak percaya lah tu, huhu.

Masa tengah tanggal baju sekolah gua rasa saku gua berat lagi, dan macam sebelumnya, dua keping syiling di dalamnya. Gua sampai dah rasa macam takda feel terkejut dah. Gua tunjukkan syiling tu sebagai bukti ke mak gua. Jawapan mak gua:

"Hm baguih lah lagu tu, esok mak takpayah bagi duit lagi" sambil berlalu pergi. Tinggal gua terkebil-kebil dalam keadaan separa bugil...

Esoknya, memang mak gua tak bagi duit saku. Dan gua pun menggunakan syiling 'ajaib' tersebut, dan lepas tu memang takda syiling dalam poket gua lagi. Sampai ke harini, gua tak dapat merungkap misteri yang terjadi. 


Fenomena apakah ini? Apakah ini satu agenda untuk menyesatkan akidah gua sejak kecik? Adakah golongan Freemason telah memerhatikan gelagat gua sejak sebelum baligh lagi? Apakah ini satu petanda harga minyak naik 20 sen pada 2014?



Kahkahkah.



p/s: Sekarang ni kalau lah duit RM50 dalam poket gua membiak serupa syiling 20 sen... Alangkah!

Zyraroxx Sebelum Masihi


Harini bukan hari ulangtahun blog ini tetapi hari ulangtahun tuan blog, yakni gua lah. So harap maklum akan ketidakhadiran doodle roxx pada entri kali ni, hekhek. Ulangtahun yang keberapa Tak perlu lah gua ucap sebab umur dah banyak, yang pasti masih belum sebanyak ratu rock ella, eh.

Menjadi anak bongsu bukan satu perkara mudah dan indah dalam kes gua. Tambahan pula bila anak bongsu dari sembilan adik-beradik (4 abang 4 kakak). Ya, satu keluarga besar. Sebagai anak bongsu, expectation terhadap diri gua memang tinggi, baik dari segi pencapaian akademik mahupun sahsiah diri (kenmain, dah macam teks ucapan MB). 

Lewat 80an. Emak mengadungkan gua, anaknya yang kesembilan dan harapnya zuriat yang terakhir. Kandungan emak waktu tu bukan kandungan biasa, mana taknya, emak mengandungkan gua ketika umurnya sudah pun mencecah angka 45 tahun! Ya, satu umur yang sangat bahaya untuk hamil menurut para pengamal perubatan. Komplikasi mendapat anak sindrom-down, atau mungkin nyawa anak dan ibu bakal terancam. Tapi emak lebih percaya pada qada dan qadar Allah dari teori sains manusia.

Sana-sini emak pergi disambut dengan pandangan sinis, terkejut, simpati dari orang sekeliling. Emak hanya tersenyum kelat. Tak kurang juga dijerkah doktor saat melakukan pemeriksaan (belum lahir lagi orang dah tak suka gua, sobsob). 

Tanggal 2 April, emak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin. Waktu tu tengahari, seisi keluarga sedang menikmati lunch (sebab tu gua kuat makan? hekhek). Abang gua entah yang mana meluru memberitahu bapa saudara yang kemudiannya menghubungi ambulan. Lewat 80an, kawasan luar bandar pula, komunikasi bukan sepantas sekarang. Abang gua yang no. 2 ditugaskan menunggu ambulan di depan jalan masuk ke kampung. Dia masih ingat cemana ambulan tu break secara mengejut macam dalam cerita aksi kerana hampir terlepas jalan.

Memang takdirnya kelahiran gua bukan disambut oleh tangan doktor. Pukul 2.20 petang, seorang bayi perempuan yang comel (sampai sekarang *batuk² kecil*) seberat 3.7kg (boleh tahan berat gua) selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. Alhamdulillah, yang penting sihat dan sempurna kata emak yang tak pernah putus mengucap syukur. Kalut dengan kehadiaran orang baru, ayah sampai lupa menjemput kakak gua yang bongsu dari asrama (yang kemudiannya menumpang seorang jiran). 

Susurmasa dalam tahun-tahun awal hidup gua menyaksikan bermacam episod. Macamana gua dah pandai meniarap sedangkan emak masih dalam pantang, bagaimana gua dah betah berlari sedangkan sepupu yang setahun tua dari gua masih dalam dukungan, bagaimana gua terjatuh ke dalam telaga dan hanya berpaut pada rumput sehingga ditemui oleh kakak sulung, bagaiman gua terjatuh dari 12 anak tangga rumah, meninggalkan parut di atas kepala yang jelas terlihat saat rambut disisir ketika basah. Semua tu berlaku ketika gua belum pun mencecah umur 4 tahun!

Dan sekarang, emak dah tiada, ayah, terlebih dulu lagi pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya those memories. Gua seorang fighter sejak belum tahu apa-apa dan akan terus fighting selagi masih bernyawa, dengan izin-Nya.


Happy birthday to me. Have a blast Zyra.

Tindik Telinga Guna Senapang

Pada suatu hari, gua ke sekolah dan melakukan rutin harian seperti kekanak umur lapan tahun yang lain. Belajar kenal apa itu darab, bahagi, mewarna, berfoya-foya dan melanggar peraturan sekolah.

Balik dari sekolah, selesai mandi makan, gua berlari terlompat-lompat nak keluar bermain dengan Diah, setahun muda dari gua. Dalam hati tengah dok berkira-kira nak main apa, masak-masak? cikgu-cikgu? power rangers? tiba-tiba


Mak: Harini toksah keluaq main, pi bersiap
Gua: Awat, nak pi mana mak?
Mak: Kita pi Simpang Empat
Gua: Yeyy! 


Sememangnya sejak dari dulu gua suka betul keluar berjalan, tak kisah dekat atau jauh. Pekan Simpang Empat bukanlah macam Pavilion yang menerujakan remaja sekarang. Ia cuma pekan koboi yang kecik namun bagi gua cukup lengkap segala segi dengan kedai-kedai apek yang menjual bermacam jenis barang yang tak sama dengan kedai kampung.

Sampai di pekan, gua perasan abang gua parkir motor depan sebuah kedai emas. Dah nak raya ke fikir gua, atau mungkin mak nak usha rantai? Gua mencongak sendiri dalam hati. Gua menonong ikut mak masuk kedai. Seorang nyonya menegur


Nyonya: mau apa, ada emas mau tukar ka
Mak: Nak tebuk telinga anak ni
Gua: Ahh? (telan liur yang rasa kesat)


Sungguh! Gua tak ready lagi untuk semua ni. Dada rasa berdebar-debar kencang. Boleh tahan mak gua punya seprais. Saat genting cenggitu jugaklah gua teringat perbualan dengan sepupu beberapa bulan lepas..


Wani: Orang tebuk telinga ni sakit wooo 
Gua : *melopong 
Wani: Depa tembak telinga guna senapang..
Gua: * makin bulat mata dan mulut melopong




Beginilah sedikit sebanyak imaginasi gua mengenai tindik telinga time tu (-_-)'



Suara nyonya kedai emas tu mematikan ingatan gua. Gua cemas dan kaget, rasa cam nak lari keluar kedai, tapi nak ke mana? Karang tahu dek orang kampung atau rakan sekelas rosaklah reputasi gua. Tetiba gua didudukkan atas satu bangku depan display case, rambut gua kat telinga diselitkan belakang cuping. Apek yang mungkin suaminya si nyonya sengih-sengih pandang gua. “Manyak berani woo ini budak kecikkk”. 

Mak hanya senyum (oh mak, help!).

Nyonya tu ambik sebatang pen kaler biru berjenama Kilometrico. Fuh, detail sungguh ingatan gua di saat-saat genting begitu. Dia buat titik di telinga gua kiri dan kanan guna pen tu. Entahlah center ke tidak, gua tak peduli lagi, gua tengah nervous menuggu senapang dikeluarkan nih

Siap semua apek tu datang menghampiri gua dengan memegang satu benda. Cuping telinga gua dicalit sesuatu, sejuk. Lalu dia keluarkan sesuatu yang pada gua tak ubah macam sebiji stapler saiz besar. “Tahan sikit naa adik, sikittt saja” lalu tikk! telinga gua di 'stapler'. Tikk, sebelah lagi, serentak itu gua rasa bagai tercucuk jarum, tak sakit sangat cuma lebih kepada terkejut. Siap!

Gua meraba cuping. Telinga terasa panas akibat disentuh jari gua yang sejuk gara-gara takut. Gua masih melopong time tengok cermin yang dipegang apek. Mata gua aje yang terkelip-kelip tengok subang berbatu merah delima. 

Esoknya gua melangkah bangga ke sekolah. Mana taknya, gua dah level up! (namun tak bertahan lama sebab tak boleh pakai subang ke sekolah, lalu ia digantikan dengan lidi, hmph tak vogue langsung)

Tapi dalam hati masih menggerutu tak puas hati dengan kazen gua. Hehh, Guna SENAPANG lah sangat!



Kini, bertindik bukan hanya di telinga

Erti Sebenar Sebuah Kekecewaan

Ceh, tajuk dah macam chapter novel kekeluargaan. Tapi benar, itu yang gua nak isu kan di sini. Kecewa itu subjektif. Ada yang kecewa bila kucing peliharaan buat 'donno' je, ada yang kecewa bila PTPTN lambat masuk akaun, ada yang yang kecewa bila kawan tanak keluar dan sejuta satu perkara lain yang boleh mengecewakan.

Kekecewaan bukan perkara baru. Menda ni berlaku sejak kecik lagi, sejak belum reti bercinta, kecewa dan dikecewakan. (pergh! gua kah ni?)

Zaman kekecik dulu selalunya kecewa bila tak dapat cekelat, mainan, baju transformers, dan yang sama waktu dengannya. Tapi ada lagi perkara lain yang mengecewakan gua pada zaman keanakkan. Bahkan, gua rasa tak melampau kalau gua kata ia masih mengecewakan gua even bila berlaku time gua dah tua bangka macam sekarang.

Apa dia?


Nampak tak betapa ibu-ibu kita semua berjaya mentroll kita dengan jayanya sejak 1996, kahkah. Walau kerap terkena tapi harapan tu tetap tinggi bila bukak petisejuk dan ternampak bekas aiskrim yang agak 'baru'. Harapan tu tetap ada, ya tetap ada. Nak nak pulak bila tahu emak/kakak baru balik dari pasaraya, lagilah menggunung harapan bila ternampak bekas aiskrim dalam freezer.


Selain itu?



Deng, gua pernah terkena kot. Nampak bekas Danish Cookies atas meja kakak gua yang gemar menjahit. Langsung tak terlintas di benak fikiran bahawa ianya bakal terisi dengan benda lain selain biskut. Pada fikiran gua kakak sengaja tak letak kat dapur sebab nak makan sambil menjahit, begitu naif sekali pemikiran gua pada masa itu. Begitu mudah terpedaya dengan pesona dunia, kahkah.

Tapi situasi di atas tu dah tak berlaku lagi kot pada bebudak sekarang yang dah biasa dengan makanan segera dan kudapan lazat senantiasa di dalam petiais. Yang tak pernah nak rasa kecewa sebab setiap kehendak dipenuhi, so bila kecewa putus cinta mulala pikir nak bunuh diri, WTF betul.


"Harapan, harapan mejadi laaaaayuuu" - nyanyi lagu HyperAct kejap

Turquoise Tortoise

Agak ada terbelit tak lidah bila baca Title di Atas? 

Baguslah untuk kesihatan lidah, lidah juga kepingin senaman selain jadi tukang rasa untuk lu, kofkof. Malam ni gua mencatatkan sejarah baru bila hapdet pakai tab. Makin tua dah laptop gua, harus di bawak pergi ke rumah orang-orang tua, sobs.

Arghh tensennya nak menaip, grrrr. Gua tabahkan diri jugak jugak ni demi lu, muahhh sikit.

Kisahnya begini, abang gua yang bongsu bakal tammatkan zaman bujang tak lama lagi. planning punya planning, terpacul dari mulutnya untuk menggunakan warna turquoise sebagai warna tema cekonon.

Humang aih, warna teqois? Sumpah, warna-warna asas pun gua tak pernah dengar dia sebut, tetiba sebut warna yang bukan-bukan. Dasat penangan bakal kakak ipar gua, kufkuf.

Dan dan dan ini satu penyiksaan bagi gua untuk cari baju yang sesuai. Dah berkenan, takda pulak kaler pilihan abang gua tu. Nak lagi best, gua pulak tercalon dalam kategori buat tempat makan pengantin, haaaaa mula la gua pening mendesign. Gelabahnya lain macam. Tu belum majlis sendiri lagi tu, ufufufu.

Ahem, berbalik pada warna yang menyiksa jiwaraga gua tadi, tekois. Gua kira warna tu boleh diibaratkan warna dua alam, nak kata hijau tak hijau, biru tak biru. Macam maknyah dan pengkid nak kata jantan tak jantan, tino tak tino.

Gua tak pasti kenapa warna ni terpilih sebagai warna 2013 (menurut laporan abang gua, dah sejak bila pulak dia jadi fashionista gua pun kurang arif). Dan gua jugak tak pay attention sangat time kelas seni dulu untuk mengetahui campuran warna apa yang membentuk warna tekois ni.



Bila sebut je tekois, gua otomatik terbayang tortoise (penyu/kura).  Dan dan teringat akan peristiwa gua mancing puluhan tahun nan silam. 

Biasa mancing ikan di bendang, tapi alih-alih haritu tuka port ke kolam terbiar depan rumah makcik Besah. Tunggu punya tunggu, serasa mata kail gua disambar sesuatu, tali kail lurus cekang. Dalam hati dah seronok kemain ingat dapat bapak haruan.

Dengan penuh berhemah gua sentak joran hanya untuk mendapati kura-kura sebesar pring dihujung kail, cisss. Cemano nak buang beliau dari joran ni. Tanpa sebarang opsyen (gua geli dengan amfibia) lalu gua pun balik.

Di pertengahan jalan gua jumpak kawan-kawan dan sepupu laki gua. Saited kemain depa nampak kura tu yang pura-pura inesen. Apalagi, joran di tangan gua terus disambar, dan kura tu diperlakukan tanpa belas. Tak sanggup nak cerita kat sini, 18SG sangat.

Usah khuatir, kura tu akhirnya bosan dan melepaskan kail lalu seslow masuk dalam parit. Happy ending kan? Argh, gua rasa gua dah tersalah beli baju, ah gasaklah baru lain dari yang lain. Hik.

Apake tak relevan lansung entri gua ni, kawen dengan kura. Isu yang berbeda kot, takda keseinambungan katanya. Ah pedulik hapa, publishhh. Yeyy.


Ghindu gua taaaakk?

Dress-Me-Up Kertas

Umum mengetahui bahawa gua ni agak ganas, tak sweet dan yang sama waktu degannya. Hanya sedikit yang tahu bahawa gua kekecik dulu ada jugak unsur-unsur sweetnya, eceh.



Selain aktivi penuh adventure seperti panjat pokok, terjun bendang, main cari harta karun, dan lain-lain (pergh gua dulu lagaknya macam Dora the Explorer), gua jugak turut terbabit dalam bidang permainan kaum hawa, yakni anak patung.



Watlek, tayah nak terkezut sangat oke? Kehkeh. Adapun gua dahulunya tidaklah mampu nak beli set kelengkapan Barbie Doll semua bagai. Kat tempat gua takdak jual Barbie, banyak jual ikan bilis je dan beras je. Oleh itu gua dan kengkawan menghabiskan zaman kekanak ribena dengan bermain....



jeng jeng jenggggg












dilarang memperkotak-katikkan hasil keluaran gua ini, gua malas tahap sardin dalam tin.










Ya, patung kertas. Nak sedap didengar sikit 'dress-me-up paper doll'. Dedulu balik sekolah gua selalu singgah kedai Usop beli sekeping dua. Alah sekeping ada satu set patung dan baju serta aksesori, baru berharga 20 sen, beli 5 set dan cukup buat main parti harijadi, kehkeh. Sweet tak gua dulu? Katalah sweet, cepuk kang.


Kalau agak patung yang dibeli tu design tak menepati citarasa, ataupun tengah sengkek tadak duit, gua dan kengkawan guna alternatif buat seniri patung kertas. Lukis atas kertas yang keras sikit dan gunting, tapi tak best sangat sebab tak cantik macam beli, hukhuk. 



nindia! sajala nak bitau yang gua dulu penah ada patung yang macamni, baju kuning tu febret gua, asik tukaq sampai lasam dan lunyai. anehnya gua tak suka hat kaler biru, semak macam nenek sangat kot. 



Pegi sekolah kira wajib selit set anak patung dalam buku latihan, nanti rehat boleh main. Kadang tayah tunggu rehat, dalam kelas pun curi-curi main, kehkeh. Tak sabar nak tunjuk koleksi baru punya fasal. Kembang kempis hidung bila dapat koleksi yang tidak didapati individu lain. Yang tak bestnya, aksesori kecik macam kasut, riben mudah hilang ditelan arus.


Anak buah gua yang gegirls sekarang mana tahu patung kertas ni semua. Yang depa tau on tenet pastu bukak Barbie online, cehh takda feel langsung, puih. Nyesal pulak gua tak simpan khazanah patung kertas gua dulu untuk tunjuk kat depa, hmm dah dimamah anai-anai gamaknya, macam gua ni yang semakin dimamah usia (ayat macam nenek).


Ternostalgia :')

Tragedi 50 Batang Ais Malaysia

Cuti raya ritu gua berpeluang balik kampung barang semalam dua *awal2 lagi dah nipu. Padahal nengok dari date entri terakhir gua memang jauh jaraknya. Ramai jugak yang nangis meraung2 tak keruan, bimbang gua tinggalkan alam blogging *ewah lepas raya ni banyak pulak nipunya kan

Adik badik gua yang lain berserta anak2 buah yang sederet ketapi pun balik. Depa kalau balik tak sah kalau tak berpergian beramai2 ke rumah Mak Cik Besah, bukan untuk ziarah orang tua tu tapi atas dasar ingin membeli ais malaysia.

Gua tak sebut ais krim sebab memang tadak 'krim' pun pada ais tu yang sekadar minuman yang dibekukan dalam plastik kurus yang selim.

Best betul budak2 tu membeli sampai lima hengget, dapat 50 batang, wahhh! seposeng je sebatang korang hadooo? Yaa hanya sekupang untuk satu ais, tu yang kemain galak mereka membeli tanpa berfikir panjang.

Oh dulu kakak gua yang sulung penah jugak buat ais ni dan letak kat kedai runcit abang gua untuk dipasarkan. Macam2 perasa ada, salunya milo, grape, oren, jagung, sarsi ahhh slurp! terliur gua weh.



Ais untuk gua? haruslah lain dari yang lain dan spesial gitu, kompom2 menjadikan bebudak lain iri hati, hohoho. Korang nak terai pun bulih tapi jangan dikomersialkan, kalau nak jugak kena kasik gua komisyen 43.67% dari hasil jualan, koh koh

Sonang sangat kan nak buat ais osem ni, kalau ada yang tak reti memang gua kasik tempeleng secara percuma. Bersusah payah gua membuat diagram ala-ala buku rujukan sains sasbadi tahun 6 ni, sia2 je kalau lu orang tak peraktikkan.


Gua suka perasa asam dengan sebijik asam kat dasar ais, fuh fuhh sedap dikemam begitu saja. Tapi gua geget ais sebelah yang tadak asam supaya asam tu gua boleh nikmati last sekali, aaaaah terangsang pulak taste-buds gua.

Marilah sesama kita berazam untuk membina ais malaysia berperisa asam dengan meletakkan beberapa bilah asam boi sebanyak mungkin *gua gagal subjek BM sejak tabika kemas lagi.
Ais ni elok dinikmati waktu tengahari sebab beliau bulih jadi penghilang dahaga sebab tak berkrim. Kalau gua makan cornetto kompom2 gua kena pulak pi cari ayaq, dengan adanya ais ni, dahaga bukan satu masalah lagi, tima kasih alamas, ehh

Oh sambung cerita awal tadi. Memandangkan jumlah ais yang seramai 50 batang tu, maka seisi lapisan masyarakat family gua pun memakan tanpa mengira kaum dan peringkat umur dari seawal usia 2 1/2 tahun hinggalah ke 78.34 tahun *tok gua lettew.

Dan, abang ipar gua pun telah dikejarkan ke supermarket berdekatan untuk membeli poliden, ehh silap, sensodyne akibat gigi beliau tetiba menjadi sensitip dan mudah tersentuh dan asik nak marah.

Pesaing tegar ais malaysia: ais pop! Gua suka kepak2, awmm!

Gua yakin benar bebudak kampung yang lain kecewa dengan sikap rakus dan boros anak2 buah gua. Sebab depa dah tak berpeluang membeli belah ais di rumah makcik besah lagi kerana menurut makcik besah semua ais dah sold-out.

Ehhh, baru gua terperasan bahawasanya entri gua kali ni ada iras2 keratan akhbar harian metro. Ok, gua perlu berbuat sesuatu, nak pi bertapa barang sepurnama dua sat, bai.

P/S: Entri raya gua tergendala akibat terkena serpihan bunga api. Beliau kini dirawat oleh Lembaga Penapisan Entri Blog Malaysia (LPEBM) dan akan dipublish beberapa hari lagi. *hari lah sangat.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape