Hey guys.
Salam demam terok.
Sebab badan masih lemau, takde lukisan aku dilampirkan dalam entri kali ni.
TAPI, aku lampirkan lukisan zyraroxx versi lebih canggih dan menggiurkan, kuahahah!
Kalau korang masih ingat dulu aku pernah tag dua orang blogger untuk lukis watak zyraroxx. Aku tak ingat entri yang mana (argh, aku kan demam!)
Ini lukisan pertama dari Plain83. Pertama kali tengok terus jatuh cinta dibuatnya. Dari hard-rock terus ke balada. Hahahaha, cun! Dan yang paling best dia lukis zyraroxx dengan buku! Buat aku rasa nak ciom-ciom je si Plain ni, muach. Nampak bracelet pink tu? Haha mulamya aku pun tertanya-tanya. Tapi beberapa minggu kemudian, bracelet tu sampai ke opis by post. Awwww bersemutnya dia punya sweet! Teman lelaki upahan pun tak boleh sweet macamni!
Yang ni pulak lukisan dari Budoxe Lee. Kenmain lagi bibir aku kaler pink, hahahaha. Tapi outfit yang dia lukis memang macam pakaian aku in rela life. Sekali pandang ada iras Amy Lee, wahahahah! perasan nya seorang Zyra. Tapi apa yang penting, tangan tu, yeargh! \m/
Hasil lukisan dari cEro pun boleh tahan ayunya. Apesal entah diorang lukis zyraroxx ayu ayu gini. Nak suruh aku kembali ke pangkal jalan lah tu, hehehehe. Bila dilukis dengan memegang something yellow, terus rasa macam pegang a piece of cEro. Err.. betul ke ayat aku tu? Nvm.
Last but not least, lukisan dari senpai Aujinz. Wow wee junior juice! Okey, kalau zyraroxx adalah seorang manusia, beginilah rupanya 98.7%. Adakah begini rupa Zyra in real life?? Jeng jengg (dengkur). Suka betul dengan tengkorak tu, hensem terus jadinya (emoticon mata love love). Dan rambut tuu, rambut tu is soh sexy ahhh nak berngan kejap.
Memandangkan aku nak berangan kejap, di sini aku nak mendescribe orginal character (OC) zyraroxx (if you care to read) sebagai memnjangkan lagi post kali ni:-
1. Rambut biru
Aku suka warna biru. Dari kecik lagi aku berangan nak berambut biru. Tapi sebagai seorang muslim, itu adalah sesuatu yang mustahil. Aku selalu berangan kalau aku warnakan rambut hitam ni dengan warna biru mesti rambut aku akan jadi warna blue-black. Kalau nak jugak warna biru lembut, aku perlu bleached atau blondekan dulu kot rambut. Tapi sekarang dah canggih, mungkin boleh terus warna biru lembut? Ha demikianlah perician dalam kepala otak aku yang tak mungkin terlaksana. Jadi aku lepaskan gian tersebut pada OC zyraroxx.
2. Mata sebelah
Ramai yang ingat OC aku sejenis emo-girl. Hakikat sebenar adalah ini merupakan salah satu agenda iluminati (gurau gurau!). Sebenarnya aku malas nak lukis dua biji mata. Fin.
3. Tengkorak
Bagi meningkatkan imej rock. Juga untuk memberi kesedaran umum bahawa tengkorak itu bukan sesuatu yang menakutkan.
4. Skirt
Nak buat tight jeans nanti tak shariah-compliant sangat, cukuplah dengan free-hair tu pun dah tak tertanggung dosa. Lagipun aku nak letak elemen realiti sikit pada OC sebab aku memang suka berskirt.
5. Sneakers
Ini pun realiti jugak sebab aku selalu pakai sneakers. Kalau korang perasan aku selalu warnakan sebelah merah dan sebelah blueblack sebab ikut converse edisi superman. Sebenarnya aku nak beli edisi batman tapi stok habis. Sampai sekarang aku patah hati tahu?
Bila dah kenal secara mendalam, please jangan jatuh cinta.
koffkoff.
koffkoff.
Mother-of-fever 








