Kisah DIY Dedulu: Pelita Panjut Buluh

Assalamualaikum, hai :D

Sekejap je dah masuk 10 hari kita berposa, yang tak posa tu tayah anguk2 tanda setuju, ptuih. Lagi 10 hari jadi 20 hari, haaa time tu memasing sibuk lah kan nak menghias rumah bagai. Pasang lampu kelip2 lah, lampu ketupat lah, yang tak mampu jangan susah hati, pi tangkap kunang2 atau kelip2 masuk dalam balang jem, osem!

Satu lagi benda yang tak terkecuali gua rasa adalah pelita panjut. Bukan pancut lah, ce mengeja tu bebetul sikittt. Sekarang ni orang main beli je yang plastik, yang kalerful, yang tak tahan lama, yang cair bila kena api, peh tak syok langsung.

Maka dengan itu, gua nak share cecara gua buat pelita panjut dulu2 yang tahan lasak, tahan hujan, tahan jatuh, tahan karat, gunung tahan, ehh. Banyak kelebihan pelita do-it-yourself (DIY) ni. Antaranya: kemeriahan raya lebih feeling, tayah kuar belanja nak beli pelita banyak2 (gua memang suka pasang bebanyak, baru meriah!)

Gua tak reti guna buluh untuk buat lemang, apatah lagik meriam buluh. Gua hanya tau guna buluh untuk buat pelita panjut demi memeriahkan malam tujuh likur :)

Memula sekali cari buluh, bukan buluh lemang oke, guna buluh hijau kuning atau buluh2 lain yang agak keras dan ruas buluh yang sederhana, harap tak terbuka posa sebab penat cari buluh perindu, ehh


Haa lepas dah dapat buluh idaman, potong lah agak panjang mana panjut lu orang nanti. Tapi bagi gua elok lah ada 4 ruas buluh dalam satu panjut, panjang2 sangat nanti susah nak kendalikan, ecehh.


Setiap ruas buluh tu kan dah ada divider so senang nak kira. Pastu buat lah lobang kat tiap ruas tu, jangan besar sangat, agak2 muat sumbu nak masuk udah le, bukannya korang yang nak masuk. kui kui kuih
Then korang ketepikan buluh tu kejap. Ewah dah macam rancangan masak memasak gitu uolls.


Korang amek pulak tin minuman, pastikan minuman kat dalam dah diminum time berbuka semalam. Amik gunting dan potong agak2 boleh digulung macam kuih simpulan kasih, ops tersasul, ahh sila refer gambiaq kat atas lah, gua tak reti nak eksplen :3 


Gua rasa dah macam gambarajah dalam buku sains tahun 4 je kat atas ni, huhu. Ok, untuk sumbu, gua dulu curik mop mak gua je 2 3 helai, malas nak ke kedai punya pasal. Alternatif lain bole guna kain buruk (tak tahan lama). Penggunaan badak sumbu dilarang sama sekali ye adik2.


Kendian, amik balik buluh yang diketepikan tadi dan masukkan minyak tanah ke dalam setiap lobang. Tips dari abang gua: campur sikit minyak diesel dalam pelita tu supaya api pelita tahan dari tiupan angin monsun. Betullah, gua salu buat, dan hasilnya, gua bangun esok pagi pun api pelita masih elok terliuk lentok even sedikit ribut semalaman :)

Pestu tunggu apalagi, sumbat lah sumbu bersalut tin tadi ke dalam lobang2 yang tersedia, pusing2 kasik masuk ketat2. Tulah tadi gua cakap jangan wat lobang besau2 nanti sumbu longgar, tak bersemangat panjut tu jadinya, macam mak nyah je, ehh.


Last but not least ewwah, pandai2 hampa la nak letak cemana panjut tu. Gua salu cari ranting pokok berbentuk Y macam lastik tu untuk letak. Nak gantung pun bole, tapi jangan sampai jatuh atas kepala sudah, gua tak bertanggungjawab kalau korang kena raya kat spital atau dalam tanah, erk.

Lepas tu apalagi, enjoy pelita panjut dengan bermain bunga api, terlompat2 riang sambil nyanyi lagu raya Saloma, yabedabedu! Cantik je memalam nengok rumah jiran2 berkelip2 dengan pelita memasing, berseri2. Serinya tak sama dengan kemilau lampu neon berkuasa letrik. Sangat best raya dulu berbanding sekarang kan :')

Blogger yang gua terbekenan malamni adalah incik puan Razanah Anis yang jinak2 merpati. Habeslah lu.. gua dah terbekenan nak buat calon, kuh kuh kuh

Next entri: DIY kueh raya febret gua *kemain konpiden bagitau awal2, ntah bila tah gua nak hapdet lagi :3

Stereotype Drama Melayu Yang Pfffttt

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah, selamat sudah satu hari posa. Kejiranan gua dan bingit dengan mercun, awai sungguh aktiviti penyeludupan berlaku. Musin romadon ni mesti banyak drama kat tibi kan, gua tak alert drama2 ni sema.

Gua ni seorang yang sangat malas nak nonton drama melayu, apatah lagi drama2 bersiri. Buktinya? Gua tapenah nengok pun cerita vanila cekelat yang gah tu, hewhewhew. Gua bukan tak sapot melayu tapi gua bosan, bosan, bosan! *nada lagu kosong

Kenapa gua bosan? Sebab semua drama lebih kurang je, ada jahat ada baik, ada balak ensem, ada awek cun, ending macam dah boleh agak, krooohhh. Tak mencabar kewibaan gua untuk hadap lelama pun.

Gua bukan jenis yang layan cerita cintan cintun yang sweet, maybe atas dasar itu gua tak berminat nak nonton drama melayu yang 98.75% berkisar pasal cintan *cemano nak jadi gadis ayu ni.

Kat sini gua nak senaraikan teknik2 pendramaan drama Melayu yang macam samaaaa je drama mana pun yang gua nengok, tak tau lah kalau lu orang pun rasa benda yang sama.

1.  Yang cun itu heroin, yang kacak itu hero
o.b.v.i.o.u.s  krohhhh kroohh
 Kamon lah, asal heroin je mesti cun, kacak ke? Awat orang yang tadak rupa taleh bawak watak tu? Ini racis! racis! Eh teremosi pulak, muehehe. Kalau nengok citer mat saleh, ada je yang tak lawa, tak emsem jadik peneraju utama drama dorang, pun laku jugak. Mentaliti masyarakat malaysia masih di takuk lama *pergh, persis ucapan YB kampung pening lalat. 

2. Keja ala kadar tapi tinggal kat rumah mewah
*gua bukan nak hina kerja kilang, kalau tokey kilang umah cemni gua tak heran sangat
Hahah ada satu drama tu gua nengok, keja kilang je tapi duk kat umah homak aih, macam orang bergaji 10K sebulan. Please lah be realistik, dalam dunia nyata ada ke cemtu? Bukan kerja kilang je, keja cleaner, jual kuih pun boleh duk umah teres 2 tingkat. Orang lain sedih nengok drama, gua terbahak2 gelak sebab pengarah ngan produser drama ni memang pandai buat lawak.

3. Asal anak orang kaya je mesti jahat
maap penggunaan imej mustapha kamal, dah dia je salu wa tengok  jadi dato
Yang ni trend drama melayu sejak dahulu kala lagi, sejak zaman antara dua darjat kot. Mungkin mereka ni 'spoil brat' sebab tu jadik jahat. Lepas tu anak2 orang kaya ni mesti nama lebih kurang sama je, Zack, Jeff contohnya. Lepas tu mesti panggil "papa mama" "mummy daddy" kat makbapak, takpenah gua nengok yang panggil "abi ummi". Bukti satu lagi stereotaip: orang kaya takdak yang Islamik.

4. Babak di kampung yang tak berubah-ubah
timah lejen
Kahkah! kadang2 gua terpesona akan kretibiti pengarah drama. Dorang tak sedar ke ni zaman millenium, zaman pak jabir lepak kat kedai kopi ditemani iPad, dah tadak dah anak dara nak bertocang rambut belah tengah pakai baju kurung lusuh. Cuba pi masuk kampung2 sekarang,  yang pakai legging tu ramai lah. Pastu kalau orang kampung yang bertudung, mesti pakai comot2, selekeh, seledang ikat bawah dagu, hapa? ingat orang kampung tak reti bergaya macam najwa latip ke? gua orang kampung, ada masalah? Pastu asal orang kampung je mesti nama2 macam: leha, jenab, dollah, mael tak penah gua jumpa yang pakai nama2 macam: farhana, syafiqah, jeffri, daniel.

5. Mekap tanpa batas waktu dan suasana
bangun pagi muka cam jembalang, pastu cerai, ehhh
Yang ni khas untuk dramatis pompuan. Kalau pi clubbing, pi shoping gua tak heran lah nak mekap nam inci pun. Tapi time solat, time tidoq pun lipstick merah menyala? itu geli. Gua teka depa ni tak boleh ngadap kemera tanpa mekap, banyak sangat cela di muka kot. Ada satu drama dramatis ni jadik orang susah sangat2 sampai baju pun kira macam kain buruklah, makan pun kadang2 tapi bulu mata pelsu mampu pulak beli, heran. Pesen tak menjiwai watak dan peranan.

6. Pi restoran order makan tapi...
koh koh koh
Tapi tak makan la tapi apa lagi, koh koh koh. Dulu gua berharap benar jadik kru drama, leh makan sedap2 sebab pelakon eksyen je dgn makanan tapi tak makan pun so bolehlah kru yang melahap kan, hoho. Eh mana boleh dramatis nak makan, nanti comot lipstick cemana? Pestu order fresh oren sedut sikittttt, gua kira dia buat cemtu saja2 sebab pelakon tu tanak bagi kru amik air dia sebab lepas abes shoot dia nak pelahap semua.

Toddiaa kemain lg kritikan gua. Apa2 hal pun bukan semua drama melayu gua rejek, ada je yang boleh diterimapakai oleh akal cerewet gua ni. Mostly drama2 yang tak terlalu stereotaip dan yang penting dapat diterima logik akal.

Gua tengah tertunggu produser buat drama/filem yang pasal misteri dan penyiasatan. Setakat misteri siasat rumah buruk cari hantu jembalang tak payah lah. Dulu ada RTM siarkan satu kisah penyiasatan ala2 CSI, tapi sayang, kisah dia lebih kurang Gerak Khas je so gua rasa baik gua layan ditektip conan, at least mencabar sikit =.=

Gua mintak maap salah silap, ni bukan entri nak mengondem tapi satu kritikan yang membina, mana tahu pasni drama melayu lebih berdaya saing dari drama kpop, ehh *pun gua tak layan :p

P/S: Lebih suka drama2 80an & 90an macam drama2 lakonan Mr. Os, lejen!
Psstt: alhamdulillah harini gua dapat kawal napsu di bazar :)

 

Dugaan First Time Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sayang Ketat2

Mulai entri ini dan entri-entri polis sentri berikutnya yang akan datang, gua akan bahasakan diriku yang comel ini sebagai gua. Kenapa? Eh suka hati gua lah beb, ni blog gua ke blog lu? muehehehhe. Takdela, sebab gua dah diketegur oleh jembalang sorang reader ituhari (reader lah kot, kalau tak, takkan dia tahu tiap butir pekataan yang gua tulis). Dia cakap penggunaan 'aku' tu macam menggambarkan wa seorang yang sombong dan bongkak, ok, gua sengaja tokok tambah tang bongkak tu. 

Padahal dengan Tuhan pun kita ber'engkau aku' je kan. Tapi takpelah, gua respek semua readers dan  trimas jugak lah sebab amik berat jugak hal2 entri gua yang tah kehape ni. Ahhhh jangan pulak pasni korang nak suruh gua ber 'patik, tuan hamba' pulak, tak kuasa gua nak layan, ptuih!

Hummm, pejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelik dah nak masuk romadon semula, alhamdulillah. Pergh! gua berjaya menaip pejamcelik bebanyak kali dengan laju tanpa tanpa typo! Hinsss bangga.

Buat yang posa tak penuh taon lepaih, berazamlah untuk penuh taon ni ye, yang belom abes ganti, masih ada masa lagi ni. *eh awat sopan semacam ni?

Tengah dok saja2 sambil mengemam cecoki, pikiran gua menerawang jauh ke puluhan tahun nan silam dan gedebuk! Jatuh ke time gua baru belajar2 posa dulu. Humangaih best sangat waktu tu *padahal time gua kecik gua selalu harap bulan romadon berlalu cecepat, tak sabau nak raya.

Gua saspek betui bebudak sekarang ni, umoq nam taon dah pandai posa penuh. Gua dulu? Err err umoq lapan taon pun tak berapa nak penuh lagi, theeeehehe. Tak kisah lah kan even depa posa sebab nak dapat habuan pun, janji dah terlatih untuk berposa. Bukan jadi macam segelintir orang tua2 yang pakai helmet pi masuk kedai makan waktu tengahari buta di bulan posa. Ok, kegunaan lain helmet: kaber malu sebab tak posa.

Ok, gua pasti dan yakin tiap orang ada kisah dan nostalgia terseniri pasal memula belajaq posa ni. Ada yang mengharapkan duit raya lebih, baju lebih, semua lebih lebih lah, sampai dah melebihi had muatan per kapita, muehehe. Bebudak sekarang mungkin habuan dia lebih lagi, tak henfong baru, mesti gajet2 lain yang boleh mencecah 4 angka. Gua dulu? Heh, cukuplah dengan mak gua masakkan gua makanan yang gua teringin nak makan dengan penuh kasih sayang :)

Apa alasan yang selalu korang bagi kalau terkandas dalam peperiksaan berposa? Gua tak main lah alasan2 kuno macam gastrik lah, tak larat lah, sakit perut lah, alasan-alasan yang gua bagi kukuh dan boleh diterima pakai serta diperakui oleh persatuan pengamal perubatan bertauliah tahu?

Berikut merupakan faktor-faktor penyebab yang mengekang gua untuk memenuhkan puasa kepada tigapuluh hari:- *Dah macam soklan kertas peperiksaan Paper Julai.

1. Bau-bauan yang menusuk-nusuk rongga dan pori-pori

Entahlah kenapa, tapi bila time posa je, gua perasan hidung gua ni begitu berlainan dan sangat alert terhadap sebarang bau-bauan. Agak membahayakan apabila bau nasik semalam pun dah rasa macam bau kepsi yang baru keluar dari oven. Tu belum dikira kentut2 abang gua yang berbau petai *yucks.
Dah bau bau nasik tu, apalagi selongkar lah periuk2 yang ada, tengok2 kalau ada lauk. Pergh! ada pulak ayam masak kicap lebihan sahur tadi sepeha. *5 minit kendian.... faham2 jelah cik Jenab oih, muehehe. Alasan gua, peha tu part ayam yang paling seksi gua suka. Hmm, seems legit!
#Mungkin ini lah yang dinamakan cinta 'posa yang yok mangkit pagi bukak periok'

2. Rancangan masak memasak yang semakin menular dalam kalangan masyarakat

Ceh, dah macam ulasan wabak H1N1 pulak, muehehe. Tapi betullah, sekarang gua tapasti, tapi dulu masuk aje bulan posa mesti semua stesen t.v sibuk siar rancangan masak memasak ni. Zaman gua dulu, saham si Chef Wan memang tengah mencanak naik, popular gila. Merata tivi muka dia. Memandangkan tadak pilihan, gua pun nengok jelah sementara nunggu kartun Tomatoman ditayangkan. Tengah tonton tu tetiba boleh pulak si cep wan ni merasa makanan yang dimasak beliau... siap dengan ekspresi mengghairahkan lagi tu. Ahh stress! Kenapa dia tak posa??! Tanya gua dengan tak puas hatinya ke kakak gua. Kakak gua sewenang2nya jawab tu rakaman, dorang buat tu semua sebelom posa lagi. Ahhh alasan semua tu, lalu gua pun bergegas ke dapur dan memakan biskut raya yang kakak gua buat semalam, cekunun macam cep wan merasa masakan beliau. Legit!

3. Gagal mengawal sistem ginjal dan pergerakan motor badan. *pergh, saintipik abes 

Muahahha, gua kalau bab main2 ni memang jora kampung. Cergas dan cerdas tanpa batasan. Jumpa je geng terus main dan main dan main, macam dicas dengan bateri energizer je lagaknya, kihkihkih. Bila dengan kengkawan secara otomatiknya perut gua tak rasan lapiaq langsung, memang shutdown teruih. Akan tetapi... jeng jeng jeng! Lepas je main dan semua geng gua dah berambus balik, otomatik jugak gua jadi lemah gemalai lalu otomatik jugak melangkah ke dapur, otomatik jugak bukak pintu peti ais dan otomatiknya tangan gua mencapai botol lalu... gedegak gedegak gedegak, ahhhhhh nyamannnn... Hoi! tak posa ka?! Denggggg, gua gagal kawal sistem badan gua lah kakkkk,  alang2 dah terbatal posa sebab minum, baik gua bantai nasik sepinggan lengkap. hmm hmm legit!

4. Menu sajian luar biasa

Masuk bulan romadon kemain semua eksen nak tunjuk skill masak memasak dan hantar ke seluruh kawasan kejiranan. Yang jadi mangsanya gua! Kenapa? Sebab bukan main unik dan meyelerakan lagi depa masak. Bulan lain tak penah pulak depa nak merajin buat ciskek, pie apple, muffin, steak medium rare, spaghetti bolognise bagai! Gua yang penuh curious ni pun tak menahan lah nak merasa masakkan yang julung2 kali nak jumpa ni. Selalu gua yang jadi budak penghantar makan ke jiran. So balik je gua kena tahan napsu dengan makanan yang di balas jiran. Apa boleh buat, iman tak kuat, terkandas di tegah jalan. Memang tengah jalan betoi gua melahap karipap daging pemberian Mak Tam, so wat? fikir gua dengan mulut yang separa penuh, gua kan dah lama teringin nak makan karipap daging, salahkan kakak gua yang pandai janji tapi buat2 lupa. Dengan ayat penyedap hati tu, gua habiskan semua sepinggan karipap kat situ jugak, hinss hinsss legit legitt amat!

5. Mengelakkan pembaziran dan seterusnya menyumbang kepada kepesatan ekonomi rumahtangga

Alkisah satu hari di satu sekolah yang dirahsiakan lokasi. Gua derjah dua time tu. Sohabat kamceng gua beli Tora bawak ke sekolah sebab nak main2 dengan gua time rehat. Dia terpengaruh dengan Mat Sentul punya "Tora datang lagi dengan kereta terbang!" katanya. So, kami pun main2lah dengan kereta yang tak berapa nak terbang tu. Gua tengok dalam kotak, ehh? biskut ni ko tak makan ke?  Bazir bazirr (dia tak posa, spoil brat) Aku tak makan katanya, balik nanti mak aku buatkan aku kek chifon cekelat tiga lapis, tambahnya lagi dengan bongkak. Ambiklah, dia kata kat gua dengan manis. Sepanjang kelas lepas tu gua asik tatap je biskut cekelat tora tu sampai balik. Bukanla gua ni jakun sangat tapi posa2 ni biskut tu dah rasa macam heven sangat. Dan gua pun mintak kebenaran nak bukak posa sekembalinya gua ke rumah, pestu masuk bilik sambil menikmati biskut cekelat tora. Kendian gua rasa nyesal tak sudah, bukak posa sebab biskut cekelat tora?! Wadehekkk, not so legit.
(nota kaki size cinderella: biskut cekelat tora sekarang dah tak sedap, rasa macam kunyah polistrin yang di campur cekelat)

Todia, sungguh munasarawaksabah kan gua punya alasan, mohon jangan cilok alasan2 gua yang maha kukuh itu, copyright all rights reserves hokay? Kepada yang tak reti-reti nak posa walaupun dah tua bangka tu, cecubalah rasa malu sikit kat budak2 yang berposa penuh. Hamoihhh, doblas bulan asik nak mencekiiiiik haje, kasi rehat lah penghadaman tu sikit. Belom penah lagi terjadinya kematian akibat berposa. Yang mati akibat main mercun ngan eksiden tu banyaklah, sekian karam singh walia melaporkan untuk aduan rakyat, kami amik berat.

Pemberitahuan: gua suka karipap ngan murtabak di bulan posa ni, saje je nak gtau mana tahu ada yang sudi nak hantaq ke rumah :p Ahhh jangan bagi alasan susah nak hantar makanan sebab jauh, pizza ngan mekdi ada je penghantaran doplohpatjam ke serata alam :p

Hokay, selamat berposa semua, pegi bazar romadon tu beringat2lah sama, jangan jadi macam orang jakun yang baru keluar hutan dan ternampak tutti fruti. Ingat2 sama sedara kita yang kurang bernasib baik yang tak penah dapat makanan lazat & berkhasiat. Yang penting, jangan membazir! Kalau terlebih beli tu, hulur2 lah ke jiran even tak penah bertegur sapa pun, time ni lah nak beramas mesra kan? kalau malu jugak, hulur2 lah ke gua yang tak reti malu bab makan2 ni, muehehehe. Lagi sodap kalau hulur2 duit raya sekali, muehehehe.
Gua dan boipren mengucapkan selamat berposa dengan seikhlasnya *mohon jangan buat spekulasi liar, gua tak curik gambar ni dari sapa2, ini eksklusip tahu.

                                           

Permainan Tradisi Yang Mencabar Keperempuanan

Rasa rasa game Angry Birds susah? Semua level aku dah hapal. Game Counter Strike mencabar? Menang je tiap kali jadik pengganas, muehehe. Game Winning Eleven mencabar kretibiti? Godek2 joystick tanpa nengok skrin pun dah boleh masuk gol, hebat tak aku? Muehehehe mesti korang nyampahkan nengok betapa riaknya aku kan.

Akan tetapi sehebat2 aku sekarang ni, aku still kuciwa dan terkilan ada lagi game yang tadapat nak master di tahun 90an. Game dulu lagi hebat baq hang. Yaa, itu dia, malamni aku nak ceghita fasal game lagi. Aku nak letak tajuk 'yang mencabar kebetinaan' sebenarnya, tapi agak kurang sopan berbanding kejantanan.

Ahhh! Apasal intro aku ni bosan?

Di malam yang indah sambil ditemani lagu 'bo-o-la o bo-o-la kampung (ulang nambelas kali), aku nak share permainan tradisi yang aku gagal master sampai harini. Sekarang memang dah tak boleh nak master, sebab? sebab dah terlalu ayu untuk itu semua, apakah?

Zero point, game takdak punca. Hahaha, jangan memain, game ni pun ada level tahu? Memula level bawah kaki. Biasanya aku langkah tali tu sambil tup mata je, eksen kemaiin. Level kedua, kat lutut pulak, kenalah melangkah sikit. Level ketiga kat pinggang, so kena gostan amek lajak sikit nak melopat. Ok, takat tu je level yang aku mampu. Level advance selepastu adalah bahu dan seterusnya kepala, memang aku lari bawah tali tu jelahh, tinggi sangat kot, mueheheheh. Ada skill terseniri untuk lepasi level atas ni tapi aku tak reti so salu kena marah dengan geng aku yang lain, ades :3



Guli. Seyesli, game yang paling aku tapaham sampai sekarang. Kalau Counter Strike aku boleh main walaupun jadik terrorist tapi game ni maap, angkat topi. Apa terms & conditions game ni? Ecewah, tercakap bahasa melaka jap. Yang aku tau tuju tuju biji guli sampai terkeluar bulatan pestu guli yang keluar tu jadi pemilik si pentuju, ada betul? Bebudak lain memang suka main natang ni dengan aku, bukan sebab aku terorr tapi sebab aku hororr, eh sebab aku tak reti la, so dorang bole dapat guli-guli aku dengan senang lenangnya, asbestos sungguh =.=


Tuju kasut, gaya bahasa, eh gaya permainan gerak tarinya sama macam main tuju tin, kalau tuju tin tak tahu jugak sila bukak kamus dewan bahasa dan pustaka volum lapan mukasurat namratuslima. Kalau tuju tin tu menggunakan bola (sabut yang dibungkus degan plastik sampai membulat), tuju kasut ni guna......... kasutlah! Muehehe, harap maklomat, penggunaan kata kasut bermakna selipar jepong. Karang ada yang ingat pakai kasut Gucci pulak.



Kalo tuju tin berlari-lari sambil susun tin, tapi tuju kasut ni berlari berkejaran sambil cuba susun selipa menjadik piramid. Mencabar sungguh, ingat senang ke memula nak tegakkan dua selipa tu. Baru pegang je dah kena ambush, ahh. Gaya gaya  nak siap tersepak pulak dalam usaha nak melarikan diri, kena ulang semula prosedur nak wat piramid selipa tu. Lepas siap pun tak sah lagi selagi tak langkah piramid tu, hahahah ala-ala selipa piramid kangkang gitu.



See? Sebab tu budak kampung cergas dan cerdas. Tak payah pun nak makan kismis cerdas minda bagai semua tu. Game dulu semua guna minda dan tenaga, baru belen. Game sekarang guna jugak tenaga, tenaga setakat nak klik2 hujung mouse time main game farmville dan game2 fb lain. jadah apa? sekali klik just 0.00017 kalori je digunakan tahu? *aku main bantai je jumlah kalori tu. kah kah kah


 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape