Tolong Jauhi Chewing-gum




Malamni gua nak meraban fasal Chewing gum atau gegula getah atau lebih mesra dengan panggilan singgam oleh orang kampung gua. Ok agak racis bunyiknya. Anyway, gua pun tatau jadah apa fungsi singgam ni. Untuk senaman otot muka? Bukan ke lebih afdal kalau senyum je. Bagi gua fungsi singgam ni hanya untuk melenguhkan rahang semata.

Lu orang tau tak bahawasanya Singapura-pura telah mengharamkan singgam ni kat negara depa. Bole kena denda woo kalau didapati memakan singgam. Dulu la, tatau la kalu sekarang dah dirombak atau dimansuh. Kerana menatang singgam ni mampu mencemarkan persekitaran, yela dah makan calit sana sini serupa dengan tahi hidung jugak.

Gua berasakan bahawa dah tiba masanya Malaysia pun amik langkah sama. Sebab? Noarommm banyak sebabnya. Kebanyakkannya nyusahkan hidup gua khasnya dan hidupan laut umumnya. *jadah? Huh jangan memain, ini serius. Tak caya? Baca sampai titisan darah terakhir sebab musabab beliau harus dibuang daerah:

1. Nipu perut lu orang hidup2

Ni fakta dari lecturer gua dulu, tatau la kalau motif beliau untuk nipu gua je, kuhkuh. Time kita ngunyah makanan, perut otomatik merembeskan sejenih cecair untuk menghadam benda yang kita telan. Tapi bila makan singgam, perut terima amaran palsu jelah. Tunggu punya tunggu makanan haram tak turun, cecair dah kuar, bazir betei. Serupa dengan kengkawan janji nak buat parti besaran untuk lu tapi balik umah takde pape pun, bunyik cengkerik je.

2. Mengeluarkan bunyi bunyian yang menjengkelkan

Kalau pengunyah singgam ni megemam dan kunyah dengan penuh sopan santun takpe, gua tarak kisah. Tapi sangat annoy bila ngunyah tu, satu daerah bulih dengar. Serupa dia sorang je makhluk yang mampu kunyah di planet ni. Sumbat telinga dengan ipod, turn volume sampai sehabis tinggi pun tak tenggelam bunyik kunyahan. marveles.


3. Tepek merata-rata

Gua kira atas dasar sebab nilah singapore haramkan natang singgam ni. Dah habis ngunyah tuuu, pepandai la carik port untuk buang. Tak la nyusahkan orang lain, melekat sana sini. Bekas air liur pulak tu, silap2 taik gigi pun ada kat singgam tu. Eeeeeeeeeeeeeeeeeuuww. Dasar habis madu sepah dibuang sungguh. Dan beliau jugak merupakan instrument vendalisma yang murah dan berkesan.


jangan sangka zaman sekarang dah tadak orang guna natang ni.

4. Susah tanggal

Ce bayangkan... ya bayangkannn kalu natang tu lekat setepekk kat kepala. Kalo botak cin tanpa sebarang bulu-buluan takpe, tapi kalau rambut macam alleycats? Harus di 'zassss!' lah kan rambut tersebut. Lekat kat anggota badan, memang payah nak tanggal, habis babyoil gua lumur tak luntur2. Kalau lekat kat baju kesayangan? Arghhhh rasa cam nak bakar kilang wrigley's hidup2.


5. Penyebab utama perasan samseng

Gua tatau samada masih releven ke tak kaitan samseng dengan si singgam ni. Tapi kekununya bila ngunyah singgam ni diri seakan kebal, cool, menggerunkan, macho dan segala fantasi lain. Meski gua tak paham dan tanampak apa yang gengsternya dengan kunyah singgam kat tepi tangga mall sambil ngorat awek lalulalang.



Hahahohohehohh, tu je la kot untuk hari ni, semuga bertemu kembali di lain hari, ehwahh.

Gua pun dah tak hengat bila last gua makan natang tuh. Tapi yang pasti dah puluhan tahun gua tak sentuh natang tu. Bukan best pun, pas makan mulut rasa semacam, rahang rasa lenguh, air liur terbazir percuma, wahhh anti-singgam sungguh gua.

Tips alternatif dari gua untuk dapatkan muka muda remaja selain kunyah singgam selalu:

lebihkan senyuman. Tapi jangan terover pulak takut nanti sukar nak dibezakan antara orang dengan kerang, kehkeh. kbaih.

Robot Dilarang Berblog


Hi uolls, cerianya mood gua harini baru balik dari menjelajah blog rakan taulan yang tak putus2 sapot gua depan belakang atas bawah *hiperbola

Memacam jenis blog gua jumpa, ada yang siap bagi cekelat dengan tedy bear lagi sebagai door gift, kih kih. Tak kurang jugak yang peluk cium gua sebelum gua beransur pulang. *hiperbola lagi

Tapi ada satu masalah yang gua nak suarakan di sini. Memandangkan gua ni manusia separa robot, gua terkecik hati sikit dengan blog2 yang ada word verification kat kotak kumen yang berbunyik:

'Please prove you're  not a robot'.

Kalau roxx yang blogwalking takpela, beliau manusia, tapi cemano kalau optimus prime gua yang cumil tu yang bw? dia kan robot, kecewa beliau tadapat komen sampai tak lalu nak berak *personafikasi



Heh, apa yang gua carutkan tah. Gua ni sesungguhnya agak penyabar. Ada word verifcation pun gua cuba sedaya upaya untuk komen, tapi kalau dah 8.34 kali gua cuba tapi asik tak betul je words yang gua masukkan frust jugak, sudahnya gua tup terus :(

Kemain beriya2 tulis kat blog "jemputlah/silalah/pleaselah komen" tapi bila nak komen jadi cenggini, rasa tak bestlah dan bole bantut napsu gua nak komeng, penat gua susun ayat dalam palotak gua ni :( 
serupa dengan bidalan:

"datang la rumah ada makan2 sikit, tapi sila puasa ye"


Gua faham, pungsi word verification ni untuk elakkan dari spammers. Tapi alahai, sapa je rajin nak spam komen? Depa rajin spam shoutbox je gua rasa. Dan maybe jugak ada blogger yang tak tau pun komen diorang ada verification sebab menda tu otomatik kalau kita seniri tak settingkan. Cara setting sonang je:

Setting > Comments > Show word verification for comments? (tick kat No)

Sila la buat nescaya tiap post lu orang nanti berpusu2 komen masuk dengan riang dan gumbiranya. Maap kalau terasa hati tapi ini hanya pendapat peribadi gua untuk kebaikan bersama :)

P/S: gua rasa komen box tu kalau di 'pop-up' kan lagi memudahkan pengomen untuk mengomen dan mengomel dan perasan comel.


DIY Roxx: Design Cover Handphone Sendirik


Hi semua, dingin sejukbeku macam malamni best jugak kalau dapat hirup megi kari sesudu dua. Dahhhh kenapa ke megi pulak intro gua. *markah pendahuluan dulu salu dapat 1 2/2 je.

Gua sebenarnya tetiba terasa nak tukau henpong, huhu, dasar tak reti bersyukur dengan apa yang ada *sila campak gua ke laut. Memandangkan otak gua cecepat mengklasifikasikan perkara tersebut sebagai tidak perlu, maka gua pun decide nak makeover fon gua tu supaya gua terasa berahi semula terhadap beliau.

Gua pun pergilah pusing2 mall cari cover yang terbekenan di hati. Haram satu pun takdak, balik2 angri bird, helo kiti, angri bird, helo kiti *sila ulang sampai nam kali. Gua teringin la jugak untuk jadik gadis semasa dengan menggunakan casing fon bertelinga helo kiti. Tapi semua untuk model iphone, ahhh gua makin membenci iphone! Senang kata semua cover untuk fon gua ni plain, kosong, tak gojes.

Kecewa dengan pasaran semasa yang bias dan racis, maka gua pun decide nak balik rumah buat seniri jelah. Gua pun membeli satu cover putih bersih lagi suci kat tepi jalan, 5 hengget je baq ang. Pastu balik *balik lah sangat. Dan berikut merupakan aktibiti gua pada malam semalam.

Sharpies tu kidnap kejap dari opis, muga boss memahami


Memula lukih rangka, hik OP jugak menjadik motif utama



Seronok pulak acara warna mewarna2 ni, ewah


wahh jambus gilos OP gua. Ke arah jadik gadis ayu la katakan :3


siap acara kaler mengkaler, taruk outline itam kasik kemas dan kacak


Tadda! nilah hasilnya sebelum ditambah2 watak sampingan, muehehe.
Huh, puas hati gua sebab sekarang gua kembali menyayangi fon gua macam baru memula kenal dulu, ewah.

dan dan dan


baru la ada feel nak snap gambar pavi, whoahh! *harap ini petama dan terakhir :3

Ngahahaha apa maciam, bijak tak gua menangani keborosan gua? hewhewhew bijak lah sangat lepas tu terrrrrrbeli handbag pulak kaan :3

Apa bole buat, lumrah lah jadik perempuan ni, napsu ada semilan! fuh fuh.

nota kaki size cinderella: acara follower datang bertubi2 masih berlangsung dengan jayanya untuk sesapa yang nak juin, kamon mari meriahkannnya! ;)


Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi

Salam semua :)

Gua malu.
Oh gediknya gua harini membuat acara ala-ala segmen bagai, hewhewhew. Saja membuang masa di opis, heh. Jomla join reramai, simple je ;)

Hehehe saja la try buat sementara nunggu entri gua mendapat pelepasan daripada pihak lembaga penapisan entri, kihkih. Gua harap ramai yang sudi menyertai, kamon2 sapot sikit ;)

Syarat? Wah gua tak reti betei skema2 ni. Tapi gua berbesar hati dan lubang idung andai lu orang dapat:-


 Buat entri bertajuk "zyraroxx: follower datang bertubi-tubi" - letak banner kat entri

terpulang nak tulis panjang mana pun entri, nak tepek banner je pun bole :)

letak jumlah follower korang sekarang

letak link entri kat dalam komen post ini

dan dan follow blog gua ini *malu!
Tak rugi jugak kalau folow Rasukan Kentut Gua ni, awrrr

dan like Zyraroxx Inc. di Facebook ^^



tu jelah! Ngeee.

Jemput hebahkan pada kengkawan yang laen yep! :D Gua mengucapi terima kekasih bebanyak siap2 kepada yang sudi bagi sokongan moral, sobs sobs tersentuh hati kecik cinonet gua ini :') *emo tak betempat.

Dah ramai nanti gua buat list so kita bulih kunjung mengunjung ke blog terbuka sempena raya ni, syawal belum abis kan kan ;)

# Acara bermula pada 06/09/2012 sehingga 30/09/2012 (gua baru decide, ngeh)

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape