Daniel mengesot seselo ke arah ibunya yang tua, Makcik Amylea. 'Cemana ni mak? kesian adik tu asik muntah2, cirit birit sampai letih'
Makcik Amylea pandang sayu anak bongsunya, Danish yang terbaring lesu atas tikar usang. "Nak ke hospital kerajaan tu jauh.. nak ke klinik swasta mak tak mampu..' ucap Makcik Amylea perlahan. Kalau boleh biarlah dia je yang sakit, tak sanggup dia tengok anak2nya yang sakit.
"Ginilah, aku ni pun dah nak balik, kejap lagi aku singgah jap ke rumah Makcik Elizabeth dukun kampung tu, dulu anak si Rafael pun penah jadi macamni, kena jampi sikit terus okey' sampuk Pak Cik Zack panjang lebaq.
Makcik Amylea hanya mampu angguk pelan2. Memang tadak opsyen lain lagi, itu je jalan yang ada. Tak sanggup lagi dia tengok Danish derita.
Setengah jam pastu Makcik Elizabeth datang terbongkok2. 'ha mana yang sakitnyee? mmmhhh aku dah agak dah ni, ni mesti lalu kat busut tepi bendang tu kan? kan aku dah cakap budak2 jangan main situ petang2 kan ke dah kena sampuk' ngomelnya sambil tonyoh2 tembakau ke gigi.
'Aku dah jampi budak tu Mylea oih, pengerasnya idok lah banyak, ko bagilah aku cash barang 35 hengget pestu besok petang ko anta pavlova bertaraf otel lima bintang kat busut tu, kalo tak nanti anak ko ni sakit balik'
Makcik Amylea pelan2 kuarkan duit dari celah lemari. Hajat hati duit simpanan tak seberapa tu nak dikumpul pelan2 untuk dibuat belanja kenuri arwah somi tercinta yang pergi nam taon dulu. Dah nam taon, satu kenuri pun belum terbuat. 'Maaf abang, Mylea guna dulu duit ni, Mylea tak sanggup tengok anak kita sakit, abang pun mesti macam tu kan?' Air mata dikesat cepat2.
* * * * *
'Daniel, sini nak, tolong mak hantarkan makanan ni ke busut tu' arah Makcik Amylea lembut. Daniel sambut makanan, terliur sebentar dia menatap pavlova di tangan. 'Mak, Daniel rasa sikit boleh?' Makcik Mylea tersenyum kelat, 'nanti lepas musim menuai yg seken mak belikan lagi yeaa..' Daniel tersenyum nipis, 'baik mak, Daniel pegi dulu' kata Daniel sambil ciom pipi cengkung si ibu kiri kanan.
'Eh tumpang lalu situ Daniel tolong letak racun tikus ni kat bangsal tepi sawah tu ye' sebotol racun tikus dihulur ke Daniel. Makcik Amylea menghantar Daniel dengan pandangan berkaca2. 'Maaf nak.. mak tak penah mampu nak kasi kau orang makan sedap2..' air mata meleleh dikesat dengan lengan baju lusuh.
'Untungla jembalang ni nanti dapat makan sedap' gerutu Daniel dalam hati sesambil berjalan. Tiba2 dia dapat satu akal. Dia berenti tepi jalan lalu menyiram sikit racun cair tersebut ke atas pavlova dan buahan yg berterabur, racun dan sirap buah teradun sebati. 'Ha macamni baru betul, eleh jembalang mana bole mati kan'. Ucapnya sinis.
Sampai di busut, Daniel letak cermat pavlova yang beratnya bole tahan tu lalu berlari balik lintang pukang tanpa menoleh ke belakang lagi...
* * * * *
Esoknya orang kampung terkejut mendapati Makcik Elizabeth meninggal di tepi perigi. Mengucap panjang orang2 kampung bila mengetahui hasil post-mortem menunjukkan bahawa kematian beliau berpunca dari termakan racun tikus...
TAMMAT
Kalau tipu orang, kau sial. Kalau kau tipu orang susah, kau dabel sial, kau jembalang.
kesian...
ReplyDeletehaha xD cian
ReplyDeletep/s : sdp plak tgk pavlova tuhh
aku malas nak baca yang penting aku tau palova sedap...huahua:P
ReplyDeletetu lah makcik elizabeth..balasan ni balasan..gggrrr..
ReplyDelete//terliur bila sebut pavlova
sy pun mcm dysha..malas nk baca..skip nk hayati doodle pavlova tu..:D
ReplyDeletehahaha menipu lagi kan..sial!!jembalang!!puihh!!
ReplyDeleteehh teremo pulak..ni kisah benar ke hape? :p
sian mak cik elizabeth...al fatihah :'(
ReplyDeletemati sudah dukun kampung. haha. tak pasal2. ehem. pavlova tu gile banyak buah. yummmy!
ReplyDeletekahkahkah..nama canggih betul makcik elizabeth..arwah akhirnya makcik elizabeth..
ReplyDeletekemain nama watak ala2 mat saleh semua.. kah3.. kan dah kantoi dia upenye yang makan selama nie. penipu! emo tetiba
ReplyDeletebijak ehh si daniel tu nak bagi jembalang mati, memang mati sungguh la. Hahahaha :D
ReplyDeletekesian.. kesian~! weh, pavlova sedap tau. huhuhu. semalam wa bru buat!! =)
ReplyDeletemintak pavlova.. tak boleh blah. ahaha padan muke dah mati. kehkeh
ReplyDeletepadan muka mak cik elizabeth tu... dahlah tak sedar diri. dukun nama nak sedap.hahahaha
ReplyDeleteTokmoh demand, nak makan pavlova..keke
ReplyDeletemacam cerita betul je ni?macam citer kat kampung aku je?
ReplyDeletecanggih betol nma diaorg.. :P
ReplyDeletepavlova wa musnah T____T
ReplyDeletepavlova wa musnah T____T
ReplyDeleteadoi... punyelah suspen ... nasib baik happy ending haha
ReplyDelete