Kelayakan Untuk Menjadi Blogger Retis

Salam,

Selamat malam diucapkan kepada readers, rakan, orang lalulalang, stalker dan tak lupa copycat gua. Harap lu olls sehat sejahtera.

Retis atau artis atau celebriti:

Ternama, terkenal, fofular, digilai, digemari, dicemburui. Sapa yang tanak jadik retis?  Tipula kalo cakap tanak. Rakyat Malaysia ni 127% gila glemer.

Kalo tak tak tercipta lah vokal bukan sekadar rupa, even gua tatau apa motipnya. Dah terang2 rakyat mesia suka rupa je, tolong faham dan tayah terhegeh2 memalukan diri sendiri. Juara musim dulu pun gua tatau sapa, kesian3.

Ok, harini ni gua tanak merepek fasal cemana nak jadi retis nyanyi atau lakon, tapi retis berblog, apa yang perlu ada pada perkiraan gua lah, dan pada pengamatan gua selama 12,896 purnama, pergh.

i) Rupaparas menarik tertarik kau memang de bomb

Kan gua dah kata orang kita papa hal pun mesti tengok muka dulu lahh, kriteria lain belakang kira. Kalau lu orang cun / ensem / comel, ada harapan yang menjulang tinggi untuk jadik retis. Kalau tak, kumpul duit nuffnang dulu untuk plastik surgeri, kuhkuh. Gua tak nafikan bakat atau isi entri tu lagi penting tapi rupa tetap didahulukan, bakat dibelakangkan.

ii) Nama sedap dan mengenyangkan kalah mi sedap

Blogger retis  mana ada yang nama kiah, som, timah, mat rejab. Nama dengan rupa harus seiring dan sejalan barulah kebarangkalian fofular tu meningkat naik. Kalau nama lu orang dah kompom2 sedap dan menggiurkan, ada lah samar2 lu orang bakal terkena tempias gemilau cahaya populariti. Yang nama jeman tekiman, so'od senapi tu, pikir2 lah idea nama yang cambest dulu, kuhkuh. (nama2 ni rekaan semata)

iii) Perlu ada kelebihan / kebolehan / kepandaian

Selain berblog cerita merepek tah kehape2 macam gua ini, lu orang perlu jugak ada kelebihan lain. Contohnya sedang study PHD kat Harvard ke, banyak duit bole melancong merata2 ke, boleh buat tutorial sampai nambelas ribu tanpa kopipes dari blogger lain ke, baru lah ramai yang kagum. Takat keja dok umah garu buntut, rentikan lah berharap, kehkeh.

iv) Perlu rajin menghapdet, mempromotekan diri, mengampu, mengumpul followers

Rajin adalah kata kunci utama untuk apa2 bidang sekalipun. Kalau bukak blog dua minggu satu kali, hapdet entri setahun dua kali, readers ada satu orang (tu pun tersesat), agak ajaib lah kalau tertiba lu jadik retis kan, lain la kalau lu memang retis dah! Kena rajin jugak bertegur sapa dengan jiran tetangga, ehh? Dikecualikan jika lu orang mampu membuat entri malar hijau, yakni orang sentiasa ulang baca selama bertahun2 tanpa jemu (senang cakap, entri best gila kibas punya)

- - - - - - - - - - - -

Hmm, tu jelah kot kritteria yang bole gua dapati. Semuga dapat bantu lu orang yang teringin gilos nak jadi retis ni. Best jadik retis blog ni, income masyuk buta2 je tanpa susahpayah angkat cangkul tanam jagung.

Papehal pun, retis ke, bulu betis ke atau meningitis ke, kalau lu orang punya entri best, dapat curik hati readers, maknanya lu dah ada peminat terseniri, bukan ke tu dah cukup baik? Membuktikan bahawa lu dah dapat diterima masyarakat, dari direjek mentah2. Yang penting tetapkan matlamat untuk berblog. Suka2? tiru orang? buat duit? minat? Tepuk dada tanya napsu.

 Lastly gua nak nyanyik lagu stacy yang dah dijahanamkan oleh gua ini:

ku sedar ku tak seberapa 
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah
dari diri ini..
Apa yang mampu ku berkias
hanyalah entri yang ikhlas
terpendam simpan untuk
siapa yang sudi..

Wah, boleh tahan sora gua, leh lah jadik retis separuh masa pesni, kahkah! 
Bye bye bye. 
why so serious :)

Kopi Kucin



Firstly, maaf kepada penggemar kopi, ini bukan alternatif kepada kopi luak taik musang, kuhkuh.


Kopi
Satu satunya makanan yang taleh memasuki batang tubuh gua. Efek beliau terhadap gua sangat memilukan. Kena seteguk, serasa bagai tertelan sekati syabu atau segengam ice ice baby.

Penah gua tak tidur seharian dan sesak napas gara2 beliau. Starbucks, coffee bean pun gagal menggoda gua dengan aroma kapucino dan seleksi kopi yang lain.

Tak minum kopi pun gua tetap hitam jugak berbanding abang gua yang minum kopi tapi gebus gilos. Tak adil.

Ada banyak pro dan kontra pasal meminum kopi ni. Ada kata memudaratkan, ada kata baik untuk kesehatan, tapi gua tapenah amik pot. Bagi gua kajian dari barat haram taleh pakai.

Kucing

Sejenis hewan yang paling gua suka di dunia fana ini. Kecomelan beliau tak tertandingi oleh mana2 hewan rumah yang lain. Walau otak beliau tak segeliga hanjing, tapi gua tetap suka. Beliau pun hewan kesayangan nabi dan satu ekor binatang yang bersih.

Gua membesar dengan kucing, kecik2 dulu ramai je kucing kat rumah yang dating dan pergi. Sekarang ni bila duk umah sewa, teringin nak bela tapi bimbang kucing tu nanti tak selesa dan kurang dapat kasih sayang, lalu terus jadik remaja liar pulak. 

***

Jadi, apa kaitanya kedua-dua mereka ini?

kopi kucing, coffee cat, coffee kucing, kopi cat, kopi ket, ok dah nak dekat, yaaa itu dia:



copycat.



Noaroommm gua tak suka gila menatang ni. Dan gua rasa bukan gua sorang je kot yang membenci makhluk spisis ini. Kalau buat survey, mau 107% orang tamau hasil kerja depa dicilok, dicurik, dikebas dalam diam.

Buat pengetahuan adik abang kakak mak cik, copycat ni adalah makhluk durjana yang meniru, mengambik, mengolah, memodified hasil kerja orang lain tanpa pengetahuan atau kebenaran tuan punya karya.

Sungguh, entri2 gua banyak yang macam haramjadah. Tapi gua berhempas pulas mikir untuk satu2 entri tahu? Bersengkang mata, buat homework bukan sikit. Tiba2 ada pentiru yang langsung tadak credit ke gua, langsung tak penah bertegur sapa, langsung tanah komen. Dasar pentakut.

Kalau pun terpesona, mintak. Gua bagi, gua bukan dekut taik idung masin, meski gua tapenah rasa taik idung gua senirik. Kalau nak gambar, doodle, infom gua. Gua tau taleh save gambar sebab tadak right-click, motipnya? gua mahu sesapa yang nak tu mintak, bukan sebab gua dekut. Reti?

Tapi faham2 lah kalau nak ambik barang orang tu, kenalah return favor sesikit, adat lah hidup bermasyarakat, memberi dan menerima. Apedia? bukan duit, bukan topup tapi CREDIT kan, BACKLINK kan ke blog zyraroxx.blogspot.ni. Susah? kalau susah berenti lah berblog.

Gua buat entri ni bukan untuk gua saja tapi untuk semua mangsa2 kekejeman copycat yang lain. Pada readers gua, entri2 gua semua idea senirik, tapenah gua mencuri, mak ayah gua tapenah ajar gua cemtu. Andai jumpa entri seakan sama tu, fahamilah bahawa gua adalah mangsa.

Trimas kepada Korn sebab alertkan gua.

Jangan Nak Ciom Bontot Sangat




Hi.

Gua tahu agak tersensasi tajuk entri petang ni. Wah tadi pagi buat entri, petang buat lagi, terasa retis diri ini. Sebenarnya gua mendapat idea ni time drive balik rumah tadik. Jalan yang biasanya smooth seperti smoothie nenas + mangga tetiba diselaputi jem strawberi harini.

Konklusi dalam palotak gua time sangkut dalam jem tu: mesti ada eksiden ni, kalau tak masakan jem tumpah sebegini banyak. Nyesal gua tak bawak roti wholemeal gardenia bersama :3

Dengan hujan renyai2 manja, cuaca sejuk, gua nak balik cecepat sebab bantal selimut semua dah get ready tuggu ketibaan gua, tapi terlemas dalam jem pulak, argh.

Gua pun meninggikan volume radio tanda protes pada jem kunun padahal telinga gua senirik yang menahan siksa. Sebagai seorang blogger sejati, idea senantiasa tercetus dalam keadaan tak terduga. Gua dapat idea bila duk perati gelagat dreba2 yang lain, yang kesabarannya jauh lebih tipis, nipis dari gua. Keji sungguh depa sebab suka ciom bontot kenderaan depan depa tanpa rasa malu.

Tak sanggup gua nak saksikan lelama, gua dapat mengkategorikan dreba2 tersebut kepada:

1. Pencium bontot level beginner

Mereka ni salunya yang baru beberapa hari pegang stereng. Tiap kali nk ciom montot keta depan salu terngiang2 kata2 cikgu memandu yang salu berpesan supaya jarakkan kenderaan sebelum anda dijadikan padang jarak padang tekukur, *wahh merapu teruk. Anyway mereka tetap mencuba2 tunjuk expert dengan membototi rapat2 kenderaan di depan.

2. Penciom bontot level selfish


Yang ni memang merata2 tempat ada terutamanya di penang. Target mereka adalah kenderaan yang suka mencilok, pantang nampak ruang. Tujuan mereka ciom bontot adalah sebab tamau kenderaan lain mendapat nikmat bau bontot kenderaan di depan dorang, agak tamak haloba, tak beri peluang *wahh dah macam eklan Ridsect.

3. Penciom bontot expert


Dreba jenis ni memang berpengalaman dan berinsurans bernilai jutaan ringgit. Mereka dapat menciom bontot laju2 tanpa rasa segan silu akan orang sekeliling. Dekat je nak sentuh bontot orang depan, depa akan brek, jalan brek, jalan brek, jalan brek, sangat tak sabar dan nampak ghairah sekali

4. Penciom bontot kamikaze

Ini memang dreba gabungan jenis expert dan selfish. Ada ke patut bontot ambulans yang innocent tak hengat tu pun diorang ciom beramai2? Mereka mengambik kesempatan atas kelajuan dan priority yang diberikan terhadap ambulans yang berbunyik nyaring. So that depa pun dapat keistimewaan yang dinikmati ambulans

* * * 

Ok, kembali ke alam nyata, memang tepat kata hati gua, memang ada kemalangan melibatkan bontot. Sebuah toyota unser dengan rakusnya telah menghentam bontot sebuah perdana v6 dek kerana gagal mengawal keinginan untuk menciom bontot yang membuak2.

Dah berlambak kempen, dah berbuih mulut instructor kelas memandu kasik ceramah pasal jarak kenderaan ni. Selagi dreba tu senirik tak serik dan taleh bendung ketagihan mereka terhadap bau bau bontot kenderaan lain, selagi tu kes-kes sumbang cemni akan terus jadik kat jalan2 raya malaysia.

Tau tak aktiviti ciom bontot ni satu efek domino? memula ciom, pastu tersondol, pestu eksiden, pestu jem terok, pestu nyusahkan gua jugak, oke, tu je. bye bye bye.

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam



Selamat pagi.

Muhun amik perhatian bahawasanya ni pest time gua buat entri pepagi, harap eksaited. kahkah.

Tapi entri yang tak macam entri sangat lah sebab lebey kepada segmeng, muehehe. Actually gua ni sejenis blogger yang susah nak joing sekmeng. Tapi gua tertarik nak join Segmeng dari MerepkGila sebab beliau memang gila, kuhkuh.

Dan, dan gua jugak nak mengesat hingus hijau kat lengan2 baju lu orang sebab gua tertacing, tacing sebab dia meletakkan gua sebagai blog feberet beliau, sobs sobsss sroooottt.

Dan dan sebab banner segmeng beliau cumil yang amat, sobsss 

>>>> Klik lampu liplap atas untuk joing 

Cengcara nak joinkan diri:
Buat satu entry " Jom tingkatkan followers sampai lebam " -letak banner kat entry
 Letak jumlah followers korang * yang sekarang * - terpulang nak printscreen ke hape ke .
 Letak link entry yang korang buat kat dalam kotak komen di bawah ni .
 Last , follow blog wa *malu* - semua peserta akan difollow back .



Wah gua hanya mampu kopi pes syesyaratnya, mueheh. Maklom la pagi kaaann :3

okeh, berikut merupakan jumlah folower gua pada tika dan saat ini:

1917 orang makhluk tuhan paling seksi

Dah kenapa bersejarah amat gambar gua dia atas? Sebenarnya tahun 1917 merupakan tahun yang penuh bersejarah sebab gua dilahirkan pada tahun tu, ehh gua dah layak dijadikan patung lilin lah kalau cenggitu. Nanti gua usulkan pada pihak pengurusan Muzium Tussauds, London.

Malas gua nak senaraikan sejarah2 pada tahun tu bimbang sejarah mungkin berulang, kehkeh. Gua petik dua (2) sejarah yang menarik untuk diketengahkan sudaa *malas nak mati tanak ngaku :3

Pada taon 1917 Walt Disney telah mengraduatekan diri beliau dari Benton High School. Jangan tanya gua sekolah tu di mana, yang pasti gua bukan sekelas dengan beliau, gua kelas 3 Chempaka manakala beliau kelas 4 Dahlia, kahkah.


Dan dan dan pada taon 1917 jugak Raggedy Ann doll telah diciptakan hasil percambahan biji benih MK Syahir dengan pasangan beliau iaitu (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan). Natang apa ragged ragged ni, ngahahah sejenis spisis anak patung kain benang bulu gua kira. Gua dulu ada satu, kaler pink. Gua tanam beliau hidup2 atas dasar warna beliau itu.
Yang ni versi awal gua kira, haram tak kiuts miuts langsung
Ngahaha, jadah gua termelalut dan terlanjur jauh ni, muhun pimpin gua kembali ke pangkal jalan yang benar. Kata2 terakhir dari gua:
Jangan nak baloq liat sangat
Gua kira entri segmeng gua lah yang paling ke laut berbanding entri blogger lain, harap penganjur tak mark gua sebagai spam, kuhkuh.

Tolong Jauhi Chewing-gum




Malamni gua nak meraban fasal Chewing gum atau gegula getah atau lebih mesra dengan panggilan singgam oleh orang kampung gua. Ok agak racis bunyiknya. Anyway, gua pun tatau jadah apa fungsi singgam ni. Untuk senaman otot muka? Bukan ke lebih afdal kalau senyum je. Bagi gua fungsi singgam ni hanya untuk melenguhkan rahang semata.

Lu orang tau tak bahawasanya Singapura-pura telah mengharamkan singgam ni kat negara depa. Bole kena denda woo kalau didapati memakan singgam. Dulu la, tatau la kalu sekarang dah dirombak atau dimansuh. Kerana menatang singgam ni mampu mencemarkan persekitaran, yela dah makan calit sana sini serupa dengan tahi hidung jugak.

Gua berasakan bahawa dah tiba masanya Malaysia pun amik langkah sama. Sebab? Noarommm banyak sebabnya. Kebanyakkannya nyusahkan hidup gua khasnya dan hidupan laut umumnya. *jadah? Huh jangan memain, ini serius. Tak caya? Baca sampai titisan darah terakhir sebab musabab beliau harus dibuang daerah:

1. Nipu perut lu orang hidup2

Ni fakta dari lecturer gua dulu, tatau la kalau motif beliau untuk nipu gua je, kuhkuh. Time kita ngunyah makanan, perut otomatik merembeskan sejenih cecair untuk menghadam benda yang kita telan. Tapi bila makan singgam, perut terima amaran palsu jelah. Tunggu punya tunggu makanan haram tak turun, cecair dah kuar, bazir betei. Serupa dengan kengkawan janji nak buat parti besaran untuk lu tapi balik umah takde pape pun, bunyik cengkerik je.

2. Mengeluarkan bunyi bunyian yang menjengkelkan

Kalau pengunyah singgam ni megemam dan kunyah dengan penuh sopan santun takpe, gua tarak kisah. Tapi sangat annoy bila ngunyah tu, satu daerah bulih dengar. Serupa dia sorang je makhluk yang mampu kunyah di planet ni. Sumbat telinga dengan ipod, turn volume sampai sehabis tinggi pun tak tenggelam bunyik kunyahan. marveles.


3. Tepek merata-rata

Gua kira atas dasar sebab nilah singapore haramkan natang singgam ni. Dah habis ngunyah tuuu, pepandai la carik port untuk buang. Tak la nyusahkan orang lain, melekat sana sini. Bekas air liur pulak tu, silap2 taik gigi pun ada kat singgam tu. Eeeeeeeeeeeeeeeeeuuww. Dasar habis madu sepah dibuang sungguh. Dan beliau jugak merupakan instrument vendalisma yang murah dan berkesan.


jangan sangka zaman sekarang dah tadak orang guna natang ni.

4. Susah tanggal

Ce bayangkan... ya bayangkannn kalu natang tu lekat setepekk kat kepala. Kalo botak cin tanpa sebarang bulu-buluan takpe, tapi kalau rambut macam alleycats? Harus di 'zassss!' lah kan rambut tersebut. Lekat kat anggota badan, memang payah nak tanggal, habis babyoil gua lumur tak luntur2. Kalau lekat kat baju kesayangan? Arghhhh rasa cam nak bakar kilang wrigley's hidup2.


5. Penyebab utama perasan samseng

Gua tatau samada masih releven ke tak kaitan samseng dengan si singgam ni. Tapi kekununya bila ngunyah singgam ni diri seakan kebal, cool, menggerunkan, macho dan segala fantasi lain. Meski gua tak paham dan tanampak apa yang gengsternya dengan kunyah singgam kat tepi tangga mall sambil ngorat awek lalulalang.



Hahahohohehohh, tu je la kot untuk hari ni, semuga bertemu kembali di lain hari, ehwahh.

Gua pun dah tak hengat bila last gua makan natang tuh. Tapi yang pasti dah puluhan tahun gua tak sentuh natang tu. Bukan best pun, pas makan mulut rasa semacam, rahang rasa lenguh, air liur terbazir percuma, wahhh anti-singgam sungguh gua.

Tips alternatif dari gua untuk dapatkan muka muda remaja selain kunyah singgam selalu:

lebihkan senyuman. Tapi jangan terover pulak takut nanti sukar nak dibezakan antara orang dengan kerang, kehkeh. kbaih.

Robot Dilarang Berblog


Hi uolls, cerianya mood gua harini baru balik dari menjelajah blog rakan taulan yang tak putus2 sapot gua depan belakang atas bawah *hiperbola

Memacam jenis blog gua jumpa, ada yang siap bagi cekelat dengan tedy bear lagi sebagai door gift, kih kih. Tak kurang jugak yang peluk cium gua sebelum gua beransur pulang. *hiperbola lagi

Tapi ada satu masalah yang gua nak suarakan di sini. Memandangkan gua ni manusia separa robot, gua terkecik hati sikit dengan blog2 yang ada word verification kat kotak kumen yang berbunyik:

'Please prove you're  not a robot'.

Kalau roxx yang blogwalking takpela, beliau manusia, tapi cemano kalau optimus prime gua yang cumil tu yang bw? dia kan robot, kecewa beliau tadapat komen sampai tak lalu nak berak *personafikasi



Heh, apa yang gua carutkan tah. Gua ni sesungguhnya agak penyabar. Ada word verifcation pun gua cuba sedaya upaya untuk komen, tapi kalau dah 8.34 kali gua cuba tapi asik tak betul je words yang gua masukkan frust jugak, sudahnya gua tup terus :(

Kemain beriya2 tulis kat blog "jemputlah/silalah/pleaselah komen" tapi bila nak komen jadi cenggini, rasa tak bestlah dan bole bantut napsu gua nak komeng, penat gua susun ayat dalam palotak gua ni :( 
serupa dengan bidalan:

"datang la rumah ada makan2 sikit, tapi sila puasa ye"


Gua faham, pungsi word verification ni untuk elakkan dari spammers. Tapi alahai, sapa je rajin nak spam komen? Depa rajin spam shoutbox je gua rasa. Dan maybe jugak ada blogger yang tak tau pun komen diorang ada verification sebab menda tu otomatik kalau kita seniri tak settingkan. Cara setting sonang je:

Setting > Comments > Show word verification for comments? (tick kat No)

Sila la buat nescaya tiap post lu orang nanti berpusu2 komen masuk dengan riang dan gumbiranya. Maap kalau terasa hati tapi ini hanya pendapat peribadi gua untuk kebaikan bersama :)

P/S: gua rasa komen box tu kalau di 'pop-up' kan lagi memudahkan pengomen untuk mengomen dan mengomel dan perasan comel.


DIY Roxx: Design Cover Handphone Sendirik


Hi semua, dingin sejukbeku macam malamni best jugak kalau dapat hirup megi kari sesudu dua. Dahhhh kenapa ke megi pulak intro gua. *markah pendahuluan dulu salu dapat 1 2/2 je.

Gua sebenarnya tetiba terasa nak tukau henpong, huhu, dasar tak reti bersyukur dengan apa yang ada *sila campak gua ke laut. Memandangkan otak gua cecepat mengklasifikasikan perkara tersebut sebagai tidak perlu, maka gua pun decide nak makeover fon gua tu supaya gua terasa berahi semula terhadap beliau.

Gua pun pergilah pusing2 mall cari cover yang terbekenan di hati. Haram satu pun takdak, balik2 angri bird, helo kiti, angri bird, helo kiti *sila ulang sampai nam kali. Gua teringin la jugak untuk jadik gadis semasa dengan menggunakan casing fon bertelinga helo kiti. Tapi semua untuk model iphone, ahhh gua makin membenci iphone! Senang kata semua cover untuk fon gua ni plain, kosong, tak gojes.

Kecewa dengan pasaran semasa yang bias dan racis, maka gua pun decide nak balik rumah buat seniri jelah. Gua pun membeli satu cover putih bersih lagi suci kat tepi jalan, 5 hengget je baq ang. Pastu balik *balik lah sangat. Dan berikut merupakan aktibiti gua pada malam semalam.

Sharpies tu kidnap kejap dari opis, muga boss memahami


Memula lukih rangka, hik OP jugak menjadik motif utama



Seronok pulak acara warna mewarna2 ni, ewah


wahh jambus gilos OP gua. Ke arah jadik gadis ayu la katakan :3


siap acara kaler mengkaler, taruk outline itam kasik kemas dan kacak


Tadda! nilah hasilnya sebelum ditambah2 watak sampingan, muehehe.
Huh, puas hati gua sebab sekarang gua kembali menyayangi fon gua macam baru memula kenal dulu, ewah.

dan dan dan


baru la ada feel nak snap gambar pavi, whoahh! *harap ini petama dan terakhir :3

Ngahahaha apa maciam, bijak tak gua menangani keborosan gua? hewhewhew bijak lah sangat lepas tu terrrrrrbeli handbag pulak kaan :3

Apa bole buat, lumrah lah jadik perempuan ni, napsu ada semilan! fuh fuh.

nota kaki size cinderella: acara follower datang bertubi2 masih berlangsung dengan jayanya untuk sesapa yang nak juin, kamon mari meriahkannnya! ;)


Tips Sebelum Berjumpa Exam

*sedang berlangsung*

**************************************************************************


Musim perayaan dah habes tiba musim peperangan batin pulak dalam kalangan pelajar sekolah.

Di kesempatan ini, gua dengan setulus dan sepenuh hati nak gelak dulu berdekah2, kahakahkahakahakah!! warghh kah kah kahkahh! kih kih kih!! hik hik hikhikkkss!! keh keh keh kehhh! hiok hiok!! koh koh kohh!

Gua dah bebas seperti burung tuiter, bebas dari ancaman exam ni. Ramai beno gua nengok yang keluh kesah sebab nak exam ni, nasiblah semua mangsa2 UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang sama waktu dengannya, maaplah, gua dah tak hapal tarikh2 exam tu semua, muehehe.

Rilek, rilek, di sini jugak gua nak titipkan tips buat yang berkenaan. Ewah macam lah gua ni segenius Amalina nak kasi2 tips bagai. Gua harap sikit sebanyak dapat jugak membantu, hew hew.

1. Bernazar + berdoa

Gua tak pasti, tapi arwah mak gua salu pesan kalau kita nak sesuatu seeloknya bernazar lah. Kalau nak sesuatu yang elok je, kalau nak merompak dengan jayangya tayah la benazar. Bernazar ni tak semestinya buat kenduri besar, cukuplah pasang niat untuk buat kebaikan dan ibadat. Eh baik rujuk yang arif agama dulu. Nazar gua dulu simple je: nak baca surah al-ikhlas 100 kali kalau dapat masuk U, alhamdulilah tercapai dah hajat :)

2. Seimbangkan aktiviti

Gua paham ramai yang haram tak penah buat dan ikut jadual harian. Tapi gua rasa penting kot menda tu supaya hidup lebih terurus. So nanti tadaklah tido lintang pukang, makan pakai tak terbela dan mandi tak basah, eh yeke. Yang penting rangkaian sosial musti dibuang jauh dari list, harus, wajib, mesti, perlu, ini serius.

padat, tepat, mutakhir. sila jangan ikut

3. Jaga Makan

Bila nak exam bukan semua leh dibedal. Jauhi makan masam2, nanti palahotak lu orang pun jadi kecut macam asam, keh keh. Gua tatau secara saintipiknya tapi tulah pesan orang2 dulu. Jangan jugak makan kepala ikan, organ2 dalaman hewan, semut dan lain2 binatang merbahaya :p

4. Buat nota kecik

Cara ni gua dapati efektif, bagi gua dulu la. Gua suka wat nota kalerful2, kecik, comel dan padat. Sesuai untuk gua bawak ke mana2. So, ada je masa leh belek2 nota, hatta time sopim pun. Amalkan amik point penting je, jangan salin semua sejibik sejibik macam buku teks, tu buang masa namanya, huh. (tak sesuai buat yang pemalas nak mati)

5. Sediakan peralatan lengkap

Cam gampang je tips ni tapi gua nak bagitau jugak. Ada jugak alasan untuk lu orang kuar sopim kaaaaan. Pastikan pensel, pemadam, lampu picit, pembaris, kicap jalen dll ada dan mencukupi. Kat exam nanti bukan boleh pinjam2, walau gua tau tu taktik meniru yang paling ampuh. Harapnya lu orang tak jadi macam Mr. Bean time exam nanti, kahkah!

6. Jaga Kesihatan

Ni di amik dari pengalaman gua selama berkecimpung dalam dunia exam. Nak dekat exam jaga perut, hati, limpa semua. Gua dulu sakit perut gila kibas punya time paper sejarah, mujur dah nak habis so gua gagahkan jugak nulis hingga ke titisan dakwat yang terakhir sebelum lari kuar dewan. Yang ada sakit sawan, amik ubat apa yang patut siap2, kes sawan dalam dewan pun dah penah gua saksikan. Mat rempit, muhon gantung motor kat balkoni dulu, takut nanti terpaksa jawab exam pakai kaki. 

berasa sangat teruja andai sakit gigi/perut time menjawab
Sudah lah kot tips sikit2, nak tulis lagi takut bazir kertas je karang, dah la pengawas peperiksaan tamo bagi gua kertas lebih, kah kah! Wah terindu pulak nak exam :3

Gua dulu pun tak pandai, tiap kali nengok result exam/ujian, rasa nak terjun longkang, tapi gua usaha sungguh2 tanpa jemu. Kalau korang rasa nak givap, tatap lah muka buku mak, ayah, nenek atau sapa2 je yang lu kasih, kompom semangat akan datang berlimpah ruah, tu pun kalau korang benar2 sorang insan lah, hoho.


P/S: Gua dedikasikan entri ni untuk adik tersayang gua Adila Saddam yang bakal dipinang STPM, keh keh. Cintailah exam, nescaya exam akan mencintai anda ;)
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape