Serigala Jahat Yang Budiman


Selamat Malam!

Tak penah seumur hidup gua buat entri dalam masa beberapa jam ni. Selalu biar, peram entri dalam draft selama berminggu-minggu, kalah prosedur buat ikan perkasam, slurp!

Harini gua ke Big Bad Wolf Books Sale (BBWB) yang berlangsung di Penang Times Square. Ya, TS tempat jin bertandang tu, muehehehe. Memang tempat tu lazimnya sunyi sepi sebab tak banyak kedai yang dibukak. Gua pun jejak kaki ke situ baru hari ni. Kalo tak kerana BBWB ntah bila lah gua nak mencemar duli memijak TS tu kan, hiksss :p

kemain gua terbang bersama si wolfie menuju ke TS, baik kan beliau?

Kisahnya, dah seminggu pun natang BBWB ni berlangsung, tapi memandangkan kesibukkan gua yang tak berjadual maka dua hari sebelum tamat tempoh baru gua berjaya mencilok ke situ. Itupun setelah ditolong oleh Encik Wolfie yang jahat tapi baik hati, kehkeh.

Senanya gua tak bercadang nak beli banyak buku pun. Lebih kepada nak tolong belikan buku-buku yang dikirimi oleh member gua. Malangnnya, buku yang dikirimi tu satu habuk pun tarak. Gua dipahamkan bahawa banyak buku best-seller dah sold out. Yela dah 7 hari ngoiiii gua baru hegeh-hegeh nak pegi. Memang tinggal sisa-sisa kumbahan jelah.

see? betapa jahilnya gua mengenai selok-belok TS ni sampai bergantung harap 108% pada penunjuk arah =.=

setelah puas terkedek-kedek berjalan, sampai lah jugak kedestinasinya hai

Gua respect sama staff-staffnya yang baik budi bahasa. Perkataan welcome, sorry, thank you tak pernah lekang dari mulut memasing. Even dah seminggu berlansung, takda gua nengok ada tangda-tanda fedap di riak masing-masing. Sampai staff yang tengah duduk kat kauter informasi pun berdiri bila jawab soklan gua, haaaa gitu, bagus kan? Gua rasa, kalo gua yang dok kerja susun atur letak beribu-ribu buku selama seminggu, maunya gua yang bertukar jadi wolverine. Ehek ehek ehek :p

amboui haiii, macam nak lemas dalam lautan ilmu aihh *toddia ayat

Agak jakun gua di situ sebab maklom la, baru pestime 'dikidnap' hincik wolfie. Tak macam lu, dah lapan kali pegi, huhuks. Memang gua sedut napas dalam-dalam sebab bau buku merupakan bau feberat gua yang kedua selepas bau makanan. Terkesima kejak gua, maklumla, gua ni boleh dikira sebagai ulat buku jugak walaupun gua tidak berwarna hijau.

comelkan shopping cart gua?

Lalu tanpa berlengah gua pun sambar kotak-kotak yang berlungguk di tepi entrance. Kotak ni menjadi bakul untuk isi buku-buku katanya. Memula memangla gua kendong kotak tu ha, tapi bila beratnya dah ngalahkan kendong anak, gua buat alternatif baru. Gua seret guna kaki bila nak bergerak dari satu meja ke meja yang lain, hiks.

Memang tak sedar langsung masa bila dalam BBWB ni. Sedar-sedar dah berjam-jam jugak gua dok tilik novel-novel kat situ. 


menarik jugak signage depa ni noh.

Dah puas melilau-lilau bahagian politik, bibliografi, fotografi, cooking segala, jeng jejengggggggg... tibalah masa ke bahagian novel, hoi rasa macam takmau balik rumah.

apeke tido pulak encik tu, ishk ishk.

Lalu sesi belek-membelek pun bermula dengan penuh takzimnya. Bak kata orang, mak mertua lalu belakang pun dah tak sedar woi. kakakakakka. errr. ok, diam.


Ok, last round sebelum gua berambus balik. Tak boleh jadi, selagi gua di sini, selagi itu dompet gua terancam. Silap-silap boleh membawak ke makan megi seumur hidup, tsk tsk :p


Wah! Nikmatnya bila dah sampai rumah. Baru sedar urat sarat kaki yang bersimpul siur sebab berdiri lelama tadi. Nak suruh cik abang urutkan, cik abang pulak ke hot air ballon putrajaya tak balik-balik, ehik *gedik tahap cipan baru baligh.


kemain tediber gua dulu saited bukak plastik nengok isi kandung.

Alhamdulillah, walaupun tinggal sisa-sisa toksik je, dapat jugak gua cari 10 novel yang memenuhi citarasa gua, hiks. 10 jelah, kan tengah tight budget, uhuhuhu. David Baldacci meme author feberet gua, nah 4 sekali gua sapu. Dia punya penceritaan sangat lazat dan menyelerakan. Hamboi nak kata gua berlagak ke hapa sebab tak beli buku melayu. Tunggu novel melayu versi thriller yang cambest kuar nanti baru gua beli :)

Bak kata orang kampung gua, last but not least, gua sempat jugak sambar cenderahati bersempena BBWB ni ke Penang sebagai kenang-kenangan, ntah bila pulak kan dapat bersua dengan hincik wolfie yang jahat tu, hihiks. Kenapa gua cakap dia baik? Baik la sebab memurahkan novel tyang gua suka ;)

Penanda aras buku dan badge, cool!

Penuh dengan gambar jek entri kalini? Takpe, buat entri panjang macam tesis pun belum tentu dibaca, kohkoh. Yang pasti gua heeeepiiii. Buku-buku ni semua boleh jugak merangkap hadiah birthday untuk diri seniri :) 

Accchoom birthdaygua2april. Ehh terbersin pulak, heheks, ekskius mi :p


haaaa nak setat baca novel manani?

Memelihara Muka

Salam malam yang basah dari gua, gua harap malam-malam lu kering dan selesa di sana. Tak lupa jugak kepada para perajurit negara di medan sana.

Apakena tetiba gua nak bercakap fasal pelihara muka? Bukanke lagi baik kalau cakap fasal pelihara alam sekitar ataupun pelihara haiwan domestik? Pelis jangan nak politikkan isu gua malamni, kang ada jugak yang kena tibai. Hekhek.

Ingin gua tegaskan di sini yang bahawasanya menjaga kucing itu sesungguhnya lagi mudah dari jaga muka, sumpah. Hilangkan parut jerawat misalnya, mengambik masa berminggu-minggu bahkan boleh mececah ke satu purnama untuk hilang. Tapi tumbuhnya jerawat itu, hanya perlukan masa setengah hari saja, tsk.

Hoi, gua tahulah gua tak seayu atau selembut gegadis lain tapi sapa tamau muka nampak segerrr kan? Segerr lah sangat, ngaku jelah nak nampak chantek. Hiks.

dah macam dr rozmey gaya posingnya


Dipendekkan cerita yang sememangya dah sedia kontot, gua pun mencubalah beberapa cara tradisi. Maapla gua bukan gila sampai nak beli produk ratus-ratus ringgit. Cukuplah berabis dua tiga hengget je, hiks (nak cun tapi dekut)

Eksheli petua-petua ni dah sedia terpahat di sanubari. Dulu time sekolah menengah gua rajin praktikkan. Maklumla, takda menda nak buat selain setadi. Time tu laman sosial sekadar Friendster, itu pun belum  hot lagi aktibiti bersosialnnya. Plan internet pun bulum meluas lagi macam sekarang, serendah seringgit sehari, maka rumah gua memang takde internet sebab time tu internet bukan satu keperluan.

Dah takde koje, dari gua duduk saja korek hidung, baik gua amalkan petua katanya. Baru-baru akhil baligh katakan, jerawat memanglah harum subur di hati. Mujarab jugak petuanya, kalo rajinlah oke, rajin. rajin itu keywordnya. Tapi untuk cantikkan kulit jelah, tak berupaya nak tukar hidung penyek jadi mancung jadi jangan nak expect lu jadi comel macam kak ton setelah muncoba. kehkeh.

Ini semua dah sedia maklum, tomato. Nak comel macam kak ton makanlah, tenyehlah tomato ke muka, kahkah! Memanglah messy gila pakai masker buat sediri ni tapi, no pain no gain lah weh, tahan jelah kejap, kata nak lawa. Lu pegi suntik botox pun sakit jugak, tak caya tanya kak neeeeeta. err.

Masalah timbul bila pakai masker tomato ni, gua rasa nak jilat-jilat muka seniri macam yang kucing selalu buat. Slurrrpp slurrpp. 


Dan dan dan gua jugak bosan tengok muka panda kat dalam cermin tetiap hari. Sekali sekala nak jugak tengok muka comel kan kan kan. Ok, mak gua dulu suka benar suruh gua masak asam pedas sayur timun (dem, kecur liur tetiba). Stok timun tak penah putus dari peti sejuk. So apalagi mula la buat keja lain selain dari masak, kehkeh. Mula la berangan kekunun tengah berehat di spa layaknya.

Selain dari timun, gua jugak guna uncang teh yang dah diguna, tapi pedih woi mata gua kena sisa air teh, jimbai. Karang mata dah tak panda, buta pulak jadinya. Pepandai lu lah nak buat cemana. Jaman sekarang sonang, tenyeh je roll-on Garnier, tapi haram takda efek pun, mati-mati gua ditipu fasha sandha, jimbai lagi sekali :3


Ini setail paling remeh, paling tak selesa, paling paling, ergh! Hahah taktau mana gua ceduk petua ni tapi lagi berhasil rasanya berbanding garnier lisa surihanis, kihkih. Lumurkan aja muka lu itu dengan asam jawa, dah serupa ikan pulak gua rasa, lumur kasi hilang hanyer. Kan semua produk kecantikan gua dedulu datangya dari ceruk dapur je. Perempuan. Dapur. Tanampak lagi ayu gua di situ? Hm hm.

Demikianlah ramuan rejim penjagaan muka gua time gua belajar dulu, sekarang dah keje, dah ada fesbuk, tuiter, insta, blog bagai, masihkah ada masa untuk muka? Ngehngeh. Sekarang makin malas, semua berharabppada tiub sang produk kecantikan. Tah pape je depa taruh dalam tu kan, kita pulak tepek ke muka, hm hm.


Daaaaan, memandangkan gua dan malas itu ibarat aur dengan tebing, heh hehhh.. nasiblah kau muka, dapat tuan begini. Sehangat-hangat tahi ayam, lama kelamaan sejuk juga. Begitulah jugak dengan semangat penjagaan wajah gua, datang semangatnya tak boleh dihalang, berapi-api, tiba datang malass, bagai air yang mencurah ke api itu, mati.

Sebenarnya gua perati dari tadi lagi, lu perasan sesuatu tak? sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita mungkin? Ada perasan? Ceh, doodle gua dah ada DUA bijik mata lah, buat julung-julung kalinya. Muhun sebarkan bunga api barang setitik dua bagi meraikannya, kehkeh.


yang sedang lemas dalam aloevera,
Zyraroxx
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape