Harini terasa seperti blogger girls yang manis-manis, comel-comel pula. Ehem, gua memang comel pom, muehehe.
Rock rock jugak, keterampilan sebagai gadis harus dijaga, karang tak pepasal membujang hingga ke tua sebab terlampau maskulin dan ganas, kahkah.
Semalam time merayau kat Queensbay, tersinggah Watson's kejap. Kebetulan nak cari mascara baru. Memang haritu langkah kanan betul sebab mascara Maybelline Rocket Volum' ni memang tengah murah (RM26.90) plus mataganjaran Watson's 500 points lagi kaooo, berbaloi-baloi mak jahh.
Sebagai seorang pengguna mascara Maybelline sejak 2007, gua rasa patut memberi review. Kenmain ayat, ahh pedulik gua nak review jugak.
Apa yang menarik bagi keluaran terbaru Maybelline ini pastilah berusnya (ultra-sonic brush). Sebelum ni gua guna Maybelline jugak, Magnum ngan Falsies. Agak leceh sikit sebab berusnya melengkung then bila apply tu kena ikut lengkuk berus bagi mendapat lentikkan. Tapi dengan Rocket ni, berus dia sekata. Takde lagi mascara bergumpal kat hujung-hujung bulu mata, kalau lu apply kat matalah, kalau apply kat hidung, lantak lu lah.
Jom terbang bersama gua ke angkasa lepas dengan Rocket Volum', Rockk!
So far gua sangat berpuas hati dengan mascara ni dan akan setia hingga hunjung nyawa dengannya (yelah tu, karang Maybelline keluarkan mascara baru lajuu je berpaling tadah). Eksheli memang gua dari dulu lagi guna mascara dari Maybelline, cuma tukar-tukar nama je. Kadang Magnum, kadang Falsie ikut yang mana ada tawaran lah derr.
Rocket Volum ni sangat best lah. Setiap bilah bulu mata tu tak lagi bercantum, atau melekat-lekat antara satu sama lain seperti selalu. Memang dia meliputi tiap helaian bulu. Sangat cepat, lu apply sambil berlari pun boleh. Takpayah buat ekspresi muka senget-senget lagi untuk pakai mascara, ufufufu.
Gua rasa kali ni rasa macam nak stick to this mascara lah. Sebab rasa senang, smooth yang amat bila apply, serius, kalau korang yang selalu terkocoh-kocoh mekap tu amat sesuai sebab sangat cepat. Sekejap je dah dapat bulu mata lentik memikat tanpa perlu kepit-kepit lagi. Bak kata Maybelline maybe she born with it, maybe its Maybelline tapi dalam kes gua ni separuh born with it separuh its Maybelline, ngeh.
Selain hasil yang menarik, gua jugak suka packaging
Maybelline yang Funky, tak bosan macam mak nenek.
Memang sejak sekolah rendah ramai kengkawan tegur bulu mata gua panjang, tapi gua tak pernah amik port. Kesah apa bulu mata, kalau bulu hidung tu kena kisah jugak lah, kofkof. Dan dulu gua penah jugak terpotong bulu mata separuh gara-gara main pengetip kuku, habis senget sebelah bulu mata gua, sobs. Kejadahnya lah permainan gua dulu kala.
Panda pakai maskara
Ok, berbalik kepada mascara tadi. Kalau lu memang betul-betul nak mekap mata yang dramatik & menggoda, pilih yang waterproof (try Falsie/Hypercurl dari Maybelline). Tapi kalau guna yang waterproof ni, kenalah ada mekap remover supaya takda sisa yang tinggal time tido. Tak elok tau tinggal sisa mekap ni nanti cepat tua, sama jugak macam tinggal sisa makanan, ehh. Oh, gua difahamkan, kat overseas dah ada Rocket edisi waterproof, tunggu ia 'mendarat' di Malaysia.
Akhir kata, tak rugi beli!
ooo..kena beli ni..hoho
ReplyDeletesaya pun guna maybelline yang hyper curl tu,maybelline memang terbaik kan,lepas ni cuba ni pulak la :)
ReplyDeletetak pernah pakai mascara XD haha
ReplyDeletemesti jimat guna mascara kan..mata satu je gune..kehkehkeh..
ReplyDeletepergh! cepat dan tangkas nye buat review. laju g beli. rasa nya baru je lagi iklan maybelline rocket volume ni kat TB. SY pakai maybelline mascara cat eyes. berus macam sikat. memang menyikat bulu mata la jadik nya. hahahahahahhahaha~ i like maybelline. bedak compact die pon sangat bagus.
ReplyDelete@luqman zakariahahahahahaha! betulll >_-
ReplyDelete@Sufinah Yussof (SY)yup, gua pun gunakan bedak kompak beliau :)
ReplyDelete@NFcubala pakai :p
ReplyDelete@mirza syazwina cuba jgn xcuba, lepasni kita lawan pedang bulu mata, kahkah :p
ReplyDelete@Cik Munbeli lebih sikit kasi ke gua :p
ReplyDeleteguwa tak penah pakai maskara . mohon buat tutorial . hahaha
ReplyDeletetips guna apa-apa maskara pun, jangan masa pakai dok biar terbuka masuk angin. tu yang kasi efek dekat berus then jadi masalah bila kita nak pakai . Setakat ni paling suka magnum duit tak hado nak beli maskara baru. tsk
ReplyDelete@Noor Atikah Ramlisila rujuk blog shon utk tuto, kahkah
ReplyDelete@Sis Iejabetulll, jgn 'pam-pam' maskara dgn applicator nnt masuk angin kuar asap. msa memula luar gua pun xmampu tp bila tgh murah, sambarr
ReplyDeleteDah lama tak beli mascara baru.. Yang laman punya dah kering.. Siap tambah air kat dalam nak suh cair balik.. Kahkahkah!
ReplyDelete@Rosmiza Ali seeloknya letak babyoil :D
ReplyDeletefuyoh fuyoh dah gegirl...plg benci pakai maskara..asyik bergumpal gumpal..buang masa jelah gua beli maskara silkygal kt watsons. dh la ambil masa berjam jam buat keputusan pilih maskara tuh grrr
ReplyDeleteI bought the yellow one for my friend who requested it as birthday present and she's loving it.
ReplyDeleteTiey xpandai nak apply benda ni. Sekarang pandai pakai eyeliner je.heheh
ReplyDeleteSalam perkenalan, Done follow sini #2719
nasib baik gua tak reti pakai maskara..kakakkaka
ReplyDeletehaha dok pakai hat nie gak, dulu pakai hat silky girl tak syok sikit
ReplyDeletebleh try beli nie..sebelom nie tak pernah try plak pakai maskara..heee
ReplyDeletedah usha2 maskara tu tapi tak beli lagi..:P
ReplyDeletePergh, sepantas roket pegi beli, muehaha
ReplyDeletekalau dah promote,kena try jugak ni..tapi kan..my mata so sepet.bulu mata pendek,tak pernah jadi kalau pakai..huhu..sedey =_='
ReplyDeleteamboiii..buat iklan ke apa ni..kihkihkih.. cantik mata . :P
ReplyDeletebr tadi pergi drugstore semata2 nak try mascara ni. tgk review kat youtube pun menarik n mascara ni bjaye pnjgkan bulu mata sy yg hidup segan mati tak mau ni. haha btw ur doodle siyes kiut gila!
ReplyDeletegua bulu mata panjang ala ala babyzyra roxx tapi gua pakai cermin. mata pendua gua. pernah try bermascara, habis cermin mata gua. letk nak lap crmin gara2 mascara kuajar dok melekat kat dia. so, eye liner je selamat bagi gua.
ReplyDeleteps- contact lens ada. leceh. kesah lak gua nak pakai, ehehehe
Elie paling tak reti pakai maskara. Cukuplah eye liner je. Tu pun kalau rajin nak calit kat mata. Haha.
ReplyDeleteCAM NAK TRY JE .. HEHEHEHE
ReplyDeleteLukis pakai application ape eh dear?
ReplyDelete@Era paint tool SAI :)
ReplyDelete@muja gua pun rabun muja, jadi gua menidakkan semua tu T_T
ReplyDeletekite pun pakai maybelline jugakkk. omeyy gile illustration tu siyes :)
ReplyDeleteok.
ReplyDeletecomel doodle tu. nak gigit je rasa. hahaha
ReplyDeletehm.
ReplyDeletekite xpakai mekap la.
mcm mana ni... >.<
cpt la ajar!!
zyra, xtau knpa bila bc entry zyra, kina dok bayang muka zyra dok semangat crita bnda yg zyra tulis ni,..sbb pnah jmpa kot,..kohkohkoh,..lawak betoiii.
ReplyDeletenak try jugaklahh, kehkeh.
ReplyDeletewahh cantikk..kena tryyy nii >.<
ReplyDelete