Penyalahgunaan Suratkhabar

Suratkhabar. Satu benda yang tak asing lagi bagi kita semua. Kalau tak beli pun, kita masih boleh baca kat alam maya. Tapi gua lebih suka baca yang dia alam nyata, dia punya feel lain sikit, mata gua pun tak sakit.

So, jadah apanya penyalahgunaan suratkhabar tu? Adakah sama dengan salahguna dadah? Sebenarnya banyak benda di dunia ni yang manusia sering salahguna. Isteri misalnya, kadang disalahgunakan sebagai bibik atau lagi teruk, sebagai bola (dushdush).

Di sini gua cuma nak berkongsi satu pengalaman kecik yang gua alami. 

Semuanya bermula dengan seorang makcik dan sebuah Bank CIMB (biarlah gua rahsia cawangan mana, buatnya makcik tu mafia, mati gua). Satu pagi yang hening, gua ke Bank tu untuk berurusan. Kat atas meja depan tu ada betingkek-tingkek paper the Sun edisi percuma. 

Gua berhajat capai satu paper, sambil menunggu boleh selak-selak baca. Tiba-tiba ada sorang makcik datang dengan lajunya. Dia punya laju tu terasa berangin jugaklah sebelah gua. Dengan penuh maskulinnya dia mengangkut semua paper yang betingkek-tingkek tadi keluar dengan lajunya dari Bank. Gua hanya perati dengan mata terkedip-kedip sambil menjeling pak jaga yang tengah menguap.

Dari pemakaian apron dan gaya makcik tu gua tau, paper tu semua bakal jadi pembalut nasik lemak, belacan, putu mayam atau segala makanan yang berbalut-balutan yang beliau jual. Aiyoo biasanya orang guna suratkabar lama, tapi makcik ni lagi advance guna suratkabar baru. Apa yang gua nak bisingkan kek sini bukan fasal perkerjaan makcik tu tapi fasal paper inggeris edisi percuma.




gua pun bukan gangster



Kenapa ada paper inggeris versi percuma? Supaya orang secara tidak langsung belajar bahasa inggeris, nak beli? Heh jangan harapla, baik beli Metro kan, ada kisah tangkap basah, ada iklan somiisteri yang mengghairahkan kehkeh. Pihak the Sun letak paper percuma kat situ dengan harapan ramai yang dapat beroleh manfaat darinya. Jelas sekali manfaat tu diperoleh makcik tu sorang. 

Pffttt.. boleh ke belajar bahasa inggeris dari paper free. Ok, biar gua cerita lagi satu cerita. Sebagai penduduk tak tetap Penang, gua memang tidak asing lagi dengan kelibat pelancong omputih di sana sini. Satu hari, time tengah jalan gua ternampak beberapa orang inggeris bercakap dengan satu orang geladangan (homeless -orang takda rumah, makan, pakai).

Gua terkejut mendengar fasihnya beliau bercakap dengan omputehs tu semua. Lepas derang blah gua tegur orang geladangan tadi, ramah dia beritahu gua dia hanya belajar bahasa inggeris dari paper buangan orang berserta kamus yang dijumpa dalam tong sampah. Bila nak baca cerita baru yang belum basi, dia ambik paper free di kedai runcit. Katanya lagi, kena belajar jugak bahasa inggeris ni, malu omputeh tanya tapi tak reti jawab.

Nampak tak, nampak tak bahawa sesuatu yang kita rasa tak berguna, mungkin berguna pada orang lain. Mungkin makcik tu fikir "ek eleh sapala nak baca paper omputih ni semua, baik aku ambik ada jugak pekdah". Tapi makcik tu tak tau, secara tak langsung dia dah "curi" kepunyaan orang lain jugak. 

Peringatan untuk diri gua sendiri jugak. Jangan fasal benda tu percuma, kita nak rembat ke kita sorang je. Ingat-ingat jugak orang di belakang yang mungkin lebih memerlukan.



katakan tidak pada selfishness.

29 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. baru sdar diri tak thu speak englishh..nk kna blajar nie..hihik

    ReplyDelete
  2. bagus entry BB ni..baru sedar diri x reti bahasa omputih *blushing

    ReplyDelete
  3. jangan a\nak rembat sorang ye makcik..makcik gune utk kepentingan makcik je..lain la kalau makcik amek bile takde orang nak amek..memang salah cara dia ni..yg lain amek iktibar :)

    ReplyDelete
  4. nampak...bagus nye..berguna juga surat khabar ni kan..tapi mokcik tu tak boleh bla ..hehehhe..habis surat khabar baru pon di rembat nye..ehhehehe

    ReplyDelete
  5. ish makcik2. kalau ye pun nak rembat free surat khabar tu tunggulah ptg2 sikit kot2 ada baki lg ke surat khabar tu. blh pakai utk esok. huhu annoying gile

    ReplyDelete
  6. gua terinspirasi dengan cerita gelandangan blaja inggeris tu..wah,kena gtau student wa ni..oh my englsh.>:)

    ReplyDelete
  7. tetiba je aku rasa macam nak salute dekat homeless terrer speaking tu...mihmih:3

    ReplyDelete
  8. mmg betul tu..orang kalu dapat tahu benda2 free nie semua dia nak rembat..mgkn tindakan makcik tu dh biasa bg kakitangan bank serta pekeja berdekatan..jo orang kita pulak tgk benda free juga nak rembat..kalau paper inglis tu..mmg sah2 la x diambilnya..melaikan yang felling2 mat saleh kat malaysia nih..heheh..:)

    ReplyDelete
  9. hari-hari dok selak surat kabar cina free tanpa paham ape2.. nak kene bli kamus cam geladangan tu jugaklah. hehehe

    ReplyDelete
  10. Thankss sharing this story :)

    Makcik tu nak pegi jual balik kot paper tu hehe

    ReplyDelete
  11. mungkin makcik tu dah dpt permission dari pihak bank & pihak theSun kot . haha

    ReplyDelete
  12. mana nak tau mak cik tu amik sebab nak belajar bahasa omputih.. sebab omputih mai kedai dia.. hehe..

    ReplyDelete
  13. amboi amboi seronok ja makcik tu rembat newspapers tu.. cerita pasal gelandangan tu best! boleh dijadikan pengajaran. :D

    ReplyDelete
  14. serius ahh..belajar english drpd paper memang berkesan

    ReplyDelete
  15. wahhh..kena improvekan lagi english mun ni..

    ReplyDelete
  16. mak cik tuh bukak kelas bahasa inggeris lah kt umah die..xde buku..so amek paper free tuh bwk balik..hehe :)

    ReplyDelete
  17. ha ah, cikgu pakai apron bercili. menarik jugak tu utk diketengahkan.

    ReplyDelete
  18. dasar makcik tak tahu malu!!! selaku english teacher tak bertauliah.. saya sangat marah dengan mak cik tersebut! mana anda jumpa gelandangan itu? mahu ku jadikan pelajar ku. kompom dapt A masuk paper. hehe

    ReplyDelete
  19. Tengok, perkara yang kita ambik for granted itulah yag bermakna buat orang lain. Hebatlah dapat bljr English kat newpaper :D

    ReplyDelete
  20. ishh makcik tu dtg kwsn gua gua kasi pusing mcm komtaq huuuu bukan hak dia semua paper tu grrr

    ReplyDelete
  21. tu dia...orang gelandangan pun boleh berbahasa inggeris tanpa ke kelas. fuh. contohilah gelandangan tersebut. kepada makcik tu, harap ada yang tegur. hoho

    ReplyDelete
  22. ehh. kenapa makcik tue rembat semua paper tue?.. ai ai ai...

    kalau gua, gua da sound balik..

    ReplyDelete
  23. erm.. sy pon english berterabo cane ni.. -.-'

    ReplyDelete
  24. hoh.. belajo engluish darpada paper.. hemm.. ok whatt.. heee

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape