Review: Maybelline Rocket Volum'

Harini terasa seperti blogger girls yang manis-manis, comel-comel pula. Ehem, gua memang comel pom, muehehe.

Rock rock jugak, keterampilan sebagai gadis harus dijaga, karang tak pepasal membujang hingga ke tua sebab terlampau maskulin dan ganas, kahkah.

Semalam time merayau kat Queensbay, tersinggah Watson's kejap. Kebetulan nak cari mascara baru. Memang haritu langkah kanan betul sebab mascara Maybelline Rocket Volum' ni memang tengah murah (RM26.90) plus mataganjaran Watson's 500 points lagi kaooo, berbaloi-baloi mak jahh.

Sebagai seorang pengguna mascara Maybelline sejak 2007, gua rasa patut memberi review. Kenmain ayat, ahh pedulik gua nak review jugak.

Apa yang menarik bagi keluaran terbaru Maybelline ini pastilah berusnya (ultra-sonic brush). Sebelum ni gua guna Maybelline jugak, Magnum ngan Falsies. Agak leceh sikit sebab berusnya melengkung then bila apply tu kena ikut lengkuk berus bagi mendapat lentikkan. Tapi dengan Rocket ni, berus dia sekata. Takde lagi mascara bergumpal kat hujung-hujung bulu mata, kalau lu apply kat matalah, kalau apply kat hidung, lantak lu lah.


Jom terbang bersama gua ke angkasa lepas dengan Rocket Volum', Rockk! 



So far gua sangat berpuas hati dengan mascara ni dan akan setia hingga hunjung nyawa dengannya (yelah tu, karang Maybelline keluarkan mascara baru lajuu je berpaling tadah). Eksheli memang gua dari dulu lagi guna mascara dari Maybelline, cuma tukar-tukar nama je. Kadang Magnum, kadang Falsie ikut yang mana ada tawaran lah derr.

Rocket Volum ni sangat best lah. Setiap bilah bulu mata tu tak lagi bercantum, atau melekat-lekat antara satu sama lain seperti selalu. Memang dia meliputi tiap helaian bulu. Sangat cepat, lu apply sambil berlari pun boleh. Takpayah buat ekspresi muka senget-senget lagi untuk pakai mascara, ufufufu.

Gua rasa kali ni rasa macam nak stick to this mascara lah. Sebab rasa senang, smooth yang amat bila apply, serius, kalau korang yang selalu terkocoh-kocoh mekap tu amat sesuai sebab sangat cepat. Sekejap je dah dapat bulu mata lentik memikat tanpa perlu kepit-kepit lagi. Bak kata Maybelline maybe she born with it, maybe its Maybelline tapi dalam kes gua ni separuh born with it separuh its Maybelline, ngeh.


Selain hasil yang menarik, gua jugak suka packaging 
Maybelline yang Funky, tak bosan macam mak nenek.


Memang sejak sekolah rendah ramai kengkawan tegur bulu mata gua panjang, tapi gua tak pernah amik port. Kesah apa bulu mata, kalau bulu hidung tu kena kisah jugak lah, kofkof. Dan dulu gua penah jugak terpotong bulu mata separuh gara-gara main pengetip kuku, habis senget sebelah bulu mata gua, sobs. Kejadahnya lah permainan gua dulu kala.


Panda pakai maskara


Ok, berbalik kepada mascara tadi. Kalau lu memang betul-betul nak mekap mata yang dramatik & menggoda, pilih yang waterproof (try Falsie/Hypercurl dari Maybelline). Tapi kalau guna yang waterproof ni, kenalah ada mekap remover supaya takda sisa yang tinggal time tido. Tak elok tau tinggal sisa mekap ni nanti cepat tua, sama jugak macam tinggal sisa makanan, ehh. Oh, gua difahamkan, kat overseas dah ada Rocket edisi waterproof, tunggu ia 'mendarat' di Malaysia. 


Akhir kata, tak rugi beli!


Rating: 

Fenomena Bijik Mata Sebijik

Ada bau masam tak kat entri ni? Ada? Ahh biasalah, entri peraman selama berbulan-bulan. Asyik tangguh menangguh sebab malas kenmain dan jugak sebab tak sesuai untuk bulan ramadhan, hek.

Ok, berbalik kepada mukadimahnya. Rata-rata manusia normal dilahirkan bermata sepasang. Kalau dilahirkan bermata satu tu memang carca marba lah manusia keliling-kelalang. Mata satu hanya milik satu makhluk - Dajjal.

Akan tetapi, ada jugak makhluk bermata satu ni yang menjadi poojaan hati dan kegilaan semasa. Bahkan makhluk bermata satu ni lagi popular berbanding makhluk cukup sifatnya macam gua. Jeng jenggg. Alahai hambarnya kejutan =.=


No. 1 - Stewart di budak Minion

bananananananana! ok, comel tak gua?


Tak perlu lagi kot gua nak terangkan kegilaan manusia ke budak ni. Pintu-pintu McDonalds yang rabak dan pecah cukuplah sebagai bukti konkrit betapa gilanya manusia ke dia, ufuffufu. Sebenarnya erm ermm, malu lak nak gitau. Erm ok, sebenarnya gua belum tonton lagi cerita tu, ok ok gelak lah gelak =.=


No. 2 - Mike Wazowski si penuntut Unibersiti

Monster University ni pun ada laman web sendiri, ce tengok kat sini real doww. Kalah laman web KLMUC, kahkah!


Natang ijau dari movie Monster Inc ngan Monster's University ni agak kurang popular banding dengan natang kuning kat atas nun. Mungkin sebab tayangan depa hampir serentak. Orang lebih cenderung minat kat Minion yang berbahasa comel dari si Mike ni yang bercakap macam manusia normal. Satu yang gua ingat, awek beliau panggil beliau dengan panggilan Goggly Bear. Awwww sweet sawngat comel sawngat. Hmmm hmm senanya Monster University ni pun gua belum tonton. Hoii Zyraroxx ni takde life ke cemana??!


No. 3 - Plankton si antagonis bersaiz bulu mata

baby plankton dengan babyzyra roxx mana lagi comel? - soklan yang tak perlu dijawab


Penggemar katun Spongebob macam gua mesti kenal amat dengan Plankton ni. Beliau merupakan pesaing terdekat En. Krab. Tak padan dengan kecik, ada hati nak buat jahat. Tapi ada jugak yang kita boleh ambik iktibar dari sifat dia ni, yakni bersemangat dan bercita-cita tinggi, paras rupa bukan halangan, kenmainnnn. Tapi kadang sedih jugak dengan nasib beliau yang beristerikan robot.


No. 4 - Zyraroxx si budak blog

zzzzhhh. kroh krohh


Gua paling comelllllllll!! (usah peduli no. 4 ni, gua bangun pagi tau-tau dah ada. =.=)



iluminati sungguh entri kalini, kahkah

Salam Aidilfitri Dari Zyraroxx

Tinggal lagi berapa hari je Ramadhan nak tinggalkan kan kita, sobs.

Dikesempatan ini gua menyempatkan diri nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca, pemerhati, dan semua semua lah yang kenal gua, ewah.

Di sini gua nak tekankan jugak bahawa "batin" merujuk kepada kesalahan yang bukan zahir, maknanya salah yang kita tak sengajakan, atau tak tahu pun kita buat salah. Bukan merjuk kepada "nafkah batin" pun =.=

Eksheli Aidilfitri tahun ni tak rasa sangat kemeriahannya. Tahun ni adalah tahun kedua gua beraya tanpa ayah bonda. Alfatihah buat mereka. Syukur gua tak sendirian sebab dikurniakan empat orang abang dan empat orang kakak, weee gua yang bongsu (sila jeles). Dan dan dan jugak dikurniakan seramai 18 orang anak buah (ok, kopak) wuwuwu.

Edit secara carca marba, maklumlah di opis ni bukan ada sebarang software potosop T_T

Gua hulurkan tangan dari jauh andai ada salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang penulisan gua, kalau ada perkara yang buat lu terasa, atau apa-apa jelah yang buat lu orang tersinggung. Semoga lebaran kali ni membawak seribu makna buat ampa semua, insyaAllah :)

Kepada yang balik kampung, gua doakan perjalanan lu dirahmati dan dipermudahkan olehNya. Jangan lupa baca doa naik kenderaan:

contohi lah Leman



makin tua makin tak meriah =.=
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape