Kejadian Tragis Di Kawasan Parking

Wah lama betul gua tidur dari blogging ni, bangun-bangun udah 2014 dong. Kahkah.

Err..

Bila lama tak menulis ni rasa janggal la pulak, rasa macam newbie jeee, macam comey jeee, macam nak kena lempang jeee.

*krikk krikkk

Err.. Ekhem, kita tinggal part awkward dan kita terus ke tajuk utama jelah. 


Semua dah sedia maklum bahawa kejadian kidnap, rompak, rugul, vandalisma, bunuh, dsb boleh terjadi di kawasan parking, lebih-lebih lagi kawasan parking yang sunyi. Tapi gua taknak cakap fasal kisah-kisah sadis tu semua, gua nak cakap tentang perkara yang selalu jadi kat kawasan parking yang meriah dan padat.

Agak boleh tahan lah kisahnya. Boleh dijadikan tauladan dan ikhtibar.


Kes #1 - Harapan Palsu

Gua rasa kejadian begini sering dialami penduduk tempatan tanpa mengira kaum. Hati mana yang tak girang kalau tiba di kawasan parking yang padat, ketat, sendat, tetiba muncul satu parking space yang kelihatan available. Rasa serupa mahu jerit: "lihatlah donia!"

Tapi sayang nam million kali sayang, ku sangka panas hingga ke petang, tapi rupanya kacil di tengah parking! Deng. Tak kisah lah kancil ke, viva ke, swift ke, mengapa mesti parking masuk sehingga ke hujung dunia? Gua teringin nak tanya dengan pemilik kenderaan sedemikian yang parking secara begitu. Apa motif dan modus operandi parking cemtu, untuk rasa selamatkah? atau memang sengaja nak troll driver lainkah? Sesungguhnya ampa dah berjaya troll gua sebanyak lapanbelasjuta kali, sobsob.

So far, gua pernah jumpa sekali, di ulang suara: SEKALI sahaja keta kancil yang parking dengan memperlihatkan bontot beliau dikhalayak ramai, so orang dapat tahu, ooooo ada keta di situ. Otomatiknya, takdela pasang angan setinggi gunung!







Kes #2 - Bikin Panaszz

Kahkah, pehal dah macam rancangan Melodi je ni. Ok, abaikan. Lu bayangkan begini: Lu dan patbelas kali ronda kawasan parking untuk cari space kosong. Tetiba nampak seseorang menju ke ketanya dengan hasil rompakkan, err hasil belian di mall. Lu rasa teruja, terus kasi signal tunggu dorang masuk keta dan nyah keluar dari situ.

Akan tetapi, (ni kisah benar yang berlaku kat gua di sebuah pasaraya time dekat nak raya) dia tak semudah itu berlalu pergi. Lu tau dia buat apa? Hari itu hari tanpa beg plastik dan gua rasa makhluk tu bukan jenis bawak beg kitarsemula. Dia belek satu persatu barang yang dibeli time transfer dari troli ke bonet keta. Lu bayangkan kalau item yang dibeli berjumlah 79 items, mau berasap gua kat situ. Dan yang lebih sadis lagi, dia boleh dok baca label kicap, ya.. BACA LABEL KICAP. . 2 minit dia belek botol kicap tu. WTF sangat.

Bukan apa der, please be considerate la. Waktu tengah sesak, kau pulak buat-buat rajin mengeja tiap label barang yang dibeli dah kenapa? Gua kalau time camtu, tambah pulak orang tengah tunggu, gua memang main campak semua barang dan cepat-cepat nak keluar. Bukan nak cakap gua bagus ke hapa tapi gua memang tak suka buat orang menunggu

DAN

gua taknak jadi manusia annoying.


Kes #3 - Itik Pulang Petang

Ini kes bila nak parking. Memandangkan gua ni suka parking hulur bontot dulu makanya mestila kena me-reversekan gear. Time tengah bajet-bajet nak masuk space tu laaa ada yang melenggang lenggok lalu belakang keta gua dengan aksi slow motion yang superb. Ingat sorang, ok tunggu, sabaq sat. Rupanya anak beranak lagi berderet kat belakang dalam adegan slow motion yang sama.

Amboi, sakit pulak hati kite ni menuggu keluarga itik ni melintas. Sememangnya keadaan ini bukan salah siapa-siapa. Tapiii bila tengok orang tengah terhegeh-hegeh parking tu, tak boleh ke lalu ikut lain? Ada laluan pejalan kaki kot kat situ. Kalau pun nak lalu tak boleh ke jalan cepat? Sakit urat ye? Penah satu kali time gua seronok reverse tetiba ada orang ketuk keta gua, gua kaget, rupanya itu isyarat dia nak lalu. Zzzz.

Kes #4 - Baik Punya Cilok

Kes ni jadi kat kawan gua, nasib bukan gua, fuhh. Diriwayatkan, kawan gua tu memang dah hangit mencari parking, at last ada pun kereta yang nak keluar. Dia pun kedepan sikit sebab dia pun spisis parking reverse, lalu signal pun dinyalakan.

Namun begitu, sebaik keta tu keluar, zasssss! sepantas kilat keta lain mencilok masuk. Kawan gua hanya mampu terkebil-kebil kat situ. Tuan kereta yang mencilok tu keluar sambil bersiul-siul. Lagi la bakar line beb! Memandangkan kawan gua ni bukan gengster atau pernah membintangi filem gengster, dia pun blah jela dari situ, balik umah makan kuaci lagi bagus, tambahnya lagi.

Tammat.

Gua percaya banyak lagi kisah menyayat hati yang berlaku di tempat letak kereta. Manusia annoying makin ramai, ayuh jangan jadi sebahagian daripada statistik. 



kurangkan melukis, banyakkan menulis (pun annoying?)

23 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. ahaha...gua pun panas tgk itik pulang petang, Pengeja LAbel yang Berjaya, serius bikin gua panas orang camtu. Lain kali gunalah moto. :D

    jemput ke blog gua ye :P

    ReplyDelete
  2. aduh..sedih, panas hati n mcm2 ada..huhu

    ReplyDelete
  3. Adoiyaiiii,, boleh pulak dia baca label kat setiap barang eyh? Kekeke, tak pernah jumpa lagi orang gini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mcm2 perilaku nk sakitkn hati org. Berusaha sungguh :)

      Delete
  4. bab potong parking tu paling sadis

    ReplyDelete
  5. wooooaaaa... kenape tak hon orang yang baca lavel tue... wadepaknye perangai.. kah kah kah

    ReplyDelete
  6. bayak jgk kes ko zyra..tp palang suka bab pakir masuk bontot dulu..

    ReplyDelete
  7. hhhahahaha...stuju2 sgt!lg annoying yg parking smp terlebih spacenye..kotak parking dh buat elok2 nak jugak terlebih2 parking msk kotak sebelah..haishhhhh..slalo terjadi kete2 besar la..kang ckp kete besar, otak kecik kang...pfttttt~

    ReplyDelete
  8. isyh2...kesian :) tak patut-tak patut. Sengih sorang aku bca entry ko Rox *cause calling u zyra is too mainstream... =='

    ReplyDelete
  9. fuhh..boleh bikin gaduh parking2 ni..

    #kartunster

    ReplyDelete
  10. ni ada lagi satu. bila kita nampak orang menuju ke kereta, kita laju-laju bagi signal. tengok-tengok, dia cuma datang nak letak barang / ambil barang tertinggal dalam kereta lepastu blah pergi shopping semula.

    ReplyDelete
  11. kah3, semua ni gua penah alami,...
    n paling meluat, dan masuk keta, tapi dok sibuk belek jerawat kt cermin, cabut bulu hidung la, pebetol tudung la, panas ja tggu kt belekang,..

    ReplyDelete
  12. makhluk yg spesis baik pny cilok tu aku mintak 1 hari dia akan makan penampaq jepon mana2 makcik...adeii spesis korangjar ni..haha

    ReplyDelete
  13. hahahahaha.. bila baca kisah kisah kat atas memang pernah berlaku dan common dlm masyarakat kita, typical malaysian kot .. btw katun zyra omeii angat :)

    ReplyDelete
  14. Makhluk yang annoying, dulu pernah sekali terkena macam membe tu, kena rembat tempat parking :3 sabo jelhaa

    ReplyDelete
  15. parking yang sangat bermasalah..ade je la halangan yang memang boleh buat hangin satu badan neh

    ReplyDelete
  16. wahh...macam ni ek masalah kat parking kereta salu??? okeh, ini dah berapa entri still lekat kat blog zyra, haha. seronok sangat, tak bosan. btw sy follow zyra !!!! suka kat kartun2 tuuu :D :D :D

    ReplyDelete
  17. setakat ni tak pernah lagilah kena macam ni sebab lesen kereta pun takdak. haha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape