Tindik Telinga Guna Senapang

Pada suatu hari, gua ke sekolah dan melakukan rutin harian seperti kekanak umur lapan tahun yang lain. Belajar kenal apa itu darab, bahagi, mewarna, berfoya-foya dan melanggar peraturan sekolah.

Balik dari sekolah, selesai mandi makan, gua berlari terlompat-lompat nak keluar bermain dengan Diah, setahun muda dari gua. Dalam hati tengah dok berkira-kira nak main apa, masak-masak? cikgu-cikgu? power rangers? tiba-tiba


Mak: Harini toksah keluaq main, pi bersiap
Gua: Awat, nak pi mana mak?
Mak: Kita pi Simpang Empat
Gua: Yeyy! 


Sememangnya sejak dari dulu gua suka betul keluar berjalan, tak kisah dekat atau jauh. Pekan Simpang Empat bukanlah macam Pavilion yang menerujakan remaja sekarang. Ia cuma pekan koboi yang kecik namun bagi gua cukup lengkap segala segi dengan kedai-kedai apek yang menjual bermacam jenis barang yang tak sama dengan kedai kampung.

Sampai di pekan, gua perasan abang gua parkir motor depan sebuah kedai emas. Dah nak raya ke fikir gua, atau mungkin mak nak usha rantai? Gua mencongak sendiri dalam hati. Gua menonong ikut mak masuk kedai. Seorang nyonya menegur


Nyonya: mau apa, ada emas mau tukar ka
Mak: Nak tebuk telinga anak ni
Gua: Ahh? (telan liur yang rasa kesat)


Sungguh! Gua tak ready lagi untuk semua ni. Dada rasa berdebar-debar kencang. Boleh tahan mak gua punya seprais. Saat genting cenggitu jugaklah gua teringat perbualan dengan sepupu beberapa bulan lepas..


Wani: Orang tebuk telinga ni sakit wooo 
Gua : *melopong 
Wani: Depa tembak telinga guna senapang..
Gua: * makin bulat mata dan mulut melopong




Beginilah sedikit sebanyak imaginasi gua mengenai tindik telinga time tu (-_-)'



Suara nyonya kedai emas tu mematikan ingatan gua. Gua cemas dan kaget, rasa cam nak lari keluar kedai, tapi nak ke mana? Karang tahu dek orang kampung atau rakan sekelas rosaklah reputasi gua. Tetiba gua didudukkan atas satu bangku depan display case, rambut gua kat telinga diselitkan belakang cuping. Apek yang mungkin suaminya si nyonya sengih-sengih pandang gua. “Manyak berani woo ini budak kecikkk”. 

Mak hanya senyum (oh mak, help!).

Nyonya tu ambik sebatang pen kaler biru berjenama Kilometrico. Fuh, detail sungguh ingatan gua di saat-saat genting begitu. Dia buat titik di telinga gua kiri dan kanan guna pen tu. Entahlah center ke tidak, gua tak peduli lagi, gua tengah nervous menuggu senapang dikeluarkan nih

Siap semua apek tu datang menghampiri gua dengan memegang satu benda. Cuping telinga gua dicalit sesuatu, sejuk. Lalu dia keluarkan sesuatu yang pada gua tak ubah macam sebiji stapler saiz besar. “Tahan sikit naa adik, sikittt saja” lalu tikk! telinga gua di 'stapler'. Tikk, sebelah lagi, serentak itu gua rasa bagai tercucuk jarum, tak sakit sangat cuma lebih kepada terkejut. Siap!

Gua meraba cuping. Telinga terasa panas akibat disentuh jari gua yang sejuk gara-gara takut. Gua masih melopong time tengok cermin yang dipegang apek. Mata gua aje yang terkelip-kelip tengok subang berbatu merah delima. 

Esoknya gua melangkah bangga ke sekolah. Mana taknya, gua dah level up! (namun tak bertahan lama sebab tak boleh pakai subang ke sekolah, lalu ia digantikan dengan lidi, hmph tak vogue langsung)

Tapi dalam hati masih menggerutu tak puas hati dengan kazen gua. Hehh, Guna SENAPANG lah sangat!



Kini, bertindik bukan hanya di telinga

40 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Adohaiii.. Teringat pulak zaman kecik2 masa kena tindik telinga. Hihihi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit tak sakit tak? Sekarang masih wujud lubangnya? Hekhek

      Delete
  2. hahaha. seyes mengimbau kenangan zaman dulu. btw, kak zyra nak tnya ni, pekan simpang empat kt perlis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Er simpang pat kedah. Cek asai dari loqstaq, hekhek Y(^_^)Y

      Delete
  3. aku pun selalu dengar org cerita nak tindik kena "tembak".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusss. Ingat aku sorang je yg over, hokhok o(╯□╰)o

      Delete
  4. hahahah comell gile menipu kite gune senapang ye? hahah okay sgt cool!! ;) kem slm cousin yg idea senapang tu ye. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokhok, banyak tengok cite perang-perang mungkin :3
      dia cakap waalaikumsalam :D

      Delete
  5. Heheheh.. ganaznyer... klu betol la gne senapang, conform xde org y brani bertindik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hok oh, kompom semua pompuan dan laki gay takde telinga :3

      Delete
  6. kemain imaginasi zyra..hahah..nostalgia zaman budak² baru nak up kan.hihi

    ReplyDelete
  7. dulu masa kecik kecik ayah nak bawak pergi tindik. serious taknak. sebab takut tak gangster mcm abang lah konon.
    bila dah besar tengok kawan kawan lain pakai. sigh.
    hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngahahaha patutnya lu mintak tindik sebelah telinga je, baru gengster habes. sekarang dh tindik? hekhek

      Delete
  8. Ahahahhaahaha ingat lagi hihihihi
    thanks lah share ni uhuhuhu <3
    teringat memori dulu yg tak berapa nak ingat dah pun sebenarnya ahahah.
    tapi mmg lawak.
    Terkejut je lebih. Takde lah sakit mana heee~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak ah tak sakit pun. budak punk tindik seniri je guna jarum. brrr.

      Delete
  9. teringat kazen aku..p tindik telinga depa tembak dua2 telinga serentak..haha mak dia takut kalau tembak sebelah2 nanti balik rumah pakai subang sebelah je..haishhh

    ReplyDelete
  10. kahkah! lagi menarik dedua sekaligus :D

    ReplyDelete
  11. Hahaha... Kelakar.... Comei betol, bape umor cousin mse tuh?

    ReplyDelete
  12. simpang empat mana? Balik Pulau, Penang ke?
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Kemain siap nak Counter Strike.. kakakaka

    ReplyDelete
  14. wahh,,,imaginasi sungguh dasyat,,,leh jadi geng ni,,,,,lai lai,,,heheheh :D

    ReplyDelete
  15. Amboi punya imaginasi! Hihi :D

    ReplyDelete
  16. wohooo, style habis kalau tindik pakai senapang. tahan lama sikit. muahaha XD

    ReplyDelete
  17. haha
    MG dlu pakai gun kcik je
    buat skali 2 tlinge terus
    dia datang kat rumah
    tapi tak tahan lama
    jap je pakainya
    pastu smpai skank xd tindik2 der... takuuut! haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ha ah,dulu ada penindik bergerak. dtg naik moto ke kampung, nmpk beliau terus lari mcm bdk laki nmpk tok mudim, khakha :p

      Delete
  18. peh dengar pun dah ngilu beb..

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokhok tu baru dengar belum rasa seniri :p

      Delete
  19. budak kecik suka imagine terlebih..hahah

    ReplyDelete
  20. hahaha...imaginasi tuu. tembak guna senapang...rasa nak berguling-guling pulak

    ReplyDelete
  21. owh org loqstaq ka? cheq org peghelih, geng utagha nih ;3
    oh gua smpai ke tua ni tak brani nak tindik menindik nih, kecik2 takdak sapa nak paksa pi tebuk telinga, syukur hahaha X3

    ReplyDelete
  22. teringat pulak time darjah 4 punyalah takut kena tindik telinga ingatkan sakit rupanya it's okay hahaahahha tapi nak tukar subang baru susah sikit sebab subang first tu ketat jugaklah nak cabutkan hmhmhmhm

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape