Review: The Big Book of Gross Stuff

Fuh, kenmain lama jugak gua bertapa cari ilham untuk entri kali ni. Gua telah diminta untuk menulis review sebuah buku yang gua tangkap dekat The Big Bad Wold Books sale itu hari.


Zeraroks. Review. BUKU.
This will be a total disaster.

Actually, gua telah disuruh oleh si Plain83 yang begitu curious dengan buku ini walaupun hanya ternampak kulit buku sipi-sipi je dalam gambar yang gua ambik. Bukunya bertajuk The Big Book of Gross Stuff (Buku Besar Mengenai Benda-Benda Jijik). Ok, pelik benar bunyinya dalam bahasa ibunda, maap ye zaman Uni dulu gua tak ambik course Terjemahan & Interpretasi, kuhkuh

Berbalik kepada permintaan Plain83 tadik, gua sebenarnya hampir-hampir abaikan je permintaan beliau tu. Tapi memandangkan gua ni comel dan berhemah tinggi gua cecuba jugak meriviu buku tersebut (di samping tadak idea nak tulis entri). Manalah tau kan tahap ke-curious-an beliau tu dah mencapai tahap tak lena tidur, tak basah mandi dan tak kenyang makan.


The Big Book of Gross Stuff (TBBOGS) merupakan salah satu dari koleksi buku non-fiction gua yang sangat funny dan full of amazing facts! Gross stuff (benda-benda jijik) ni seringkali dipandang enteng dan hina oleh masyarakat. Tapi ada banyak fakta menarik sebalik semua benda tu yang kita tak tau (yelah, tiap ciptaanNya mestilah bersebab). Buku ni mendedahkan banyak fakta menarik di sebalik setiap benda yang kita labelkan sebagai jijik yang berada di sekeliling kita.

Tengah gua belek buku ni masa baru beli haritu gua terperasan bahawa jacket buku ni adalah reversible yakni boleh diterbalikkan lalu boleh menyamar menjadi buku nota yang boleh dibawak ke kelas yang suram atau meeting yang muram, cool kan? (Ye ye Zyra, orang suruh lu review buku, bukan design buku). Oppsy.. Okey berbalik kepada kandungan buku TBBOGS. Mungkin ramai yang berkata, wadehekkk tulis buku fasal benda-benda jijik ni? Takde faedah! Salah salah salah! Sebenarnya (maaf cakap lah ye) buku ni lagi bagus dan berfaedah dari novel-novel Suami Gua Duduk Dalam Gua.




Buku ni pada gua boleh jadi satu pendekatan yang boleh diambik oleh individu yang jijik/geli tahap gaban dengan sesuatu benda. Sebab dalam psychology, salah satu cara untuk overcome atau mengatasi rasa geli geleman adalah dengan cara mendalami/memahami sifat 'benda' yang digeli kan tu. Dan buku ni jugak sangat sesuai buat mereka yang curious dan ingin tahu terhadap apa yang berlaku dengan persekitaran.

Dan lebih menarik lagi, penulisan buku ni sangat santai dan kelakar! Sesuai untuk seisi keluarga. Mungkin fakta-fakta ni pernah didokumentasikan dekat Discovery Channel atau saluran yang sama waktu dengannya tapi bagi gua membaca membuatkan kita lebih faham sebab ia seolah kita grab that cold hard facts.




Cara penulisan dia tu boleh lah gua katakan akan menghilangkan rasa mual yang lu rasa bila membaca. Contohnya time dia bercerita tentang uri (placenta) dalam bab kelahiran bayi. Dikatakan ada sesetengah keluarga yang bawak balik uri yang fresh dan dijadikan sup sebelum dimakan. Lepas tu penulis buat ayat:
"There might be a way for me to figure out WHY people do this, but I'm too busy throwing up right now to concentrate properly."
Seriously gua yang rasa mual time baca berkenaan 'makan uri' terus hilang rasa mual tu sebab tergelak dengan ayat beliau yang gua rasa cukup spontan. Kalau tak salah, dulu gua penah baca Tom Cruise makan uri anak dia. Gua tak tau apa motifnya. Mungkin untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu, anak dan ayah. LOL.




Kalau lu rasa bimbang bosan baca buku-buku ilmiah begini, jangan risau sebab TBBOGS ditulis seringkas mungkin dalam setiap perenggan. Dan boleh dikatakan setiap page ada Fakta Trivia menarik fasal sejarah-sejarah yang berkaitan dengan topik yang jugak sangat kelakar. Selain tu, ada jugak diselitkan ilustrasi yang dilukis untuk hilangkan rasa hambar tatap perkataan je kan. Pendek kata, isi kandungan buku ni sarat tapi tidak terlalu 'berat' dan melarat untuk bacaan seisi keluarga.

Secara jujurnya, gua dapat perspektif baru mengenai apa yang ada dalam badan kita yang kita consider sebagai satu perkara yang jijik macam: hingus, air kencing, poops, cacing kerawet, sendawa dsb. Dan yang paling penting gua kira, buku ni TAK BOSAN. Yelah lazimnya buku-buku yang bagi ilmu dan pengetahuan selalunya bosan dan hambar dan lu akan baca sambil berfikir bila lah nak habis, tapi dengan buku TBBOGS ni, lu akan terus selak dan selak page seterusnya and then lu akan be like: lah, dah habis ke? (Ceh, dah serupa promosi barang)


Hokay, tu je yang gua nak cakap fasal buku ni. Beria je gua review, tapi mana nak cari buku ni pun entah le. Setakat harini gua belum pernah jumpak lagi dekat kedai buku biasa. Mungkin kedai buku berprestij seperti Kinokuniya ada kot. Nak pinjam dekat gua? Sorry, gua dah ada banyak sejarah hitam fasal sistem pinjam meminjam ni, her her her.

Kalau gua cun serupa Fazura, gua mestilah akan cakap: "Saya suka, saya kasi empat bintang" sambil buat gaya manja gitu. Tapi memandangkan gua bukan dia gua hanya nak cakap

Personal rating:



Gua harap Mr/Ms Plain83 berpuas hati dengan review di atas, kalau tak puas hati pun gua peduli hapa, hakhak!


42 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Grossss I geli hokaayyy kahkah

    ReplyDelete
  2. nice lah .. boleh jadi peng review buku .
    sorry bahasa plik , sya bukan orang bahasa . :D

    ReplyDelete
  3. Her her her her... doumo arigatou for the review Zyra-chan, gua ingat lu nak abaikan je permintaan gua tu keskeskes, serius menarik dan tepat dengan jangkaan gua rupanya isi kandungannya, nice. Ayat author yg buat gua gelak: "As this book's author, I face a unique danger". Dia risau orang lain mungkin akan ingat dia seorang pengotor. Hahah, agak ah... nasib baik dia letak disclaimer awal2, keskeskes ;3

    Budaya makan uri tu, I've read an article... dah ada yang guna alternative untuk keringkan uri tu, lepas tu tukarkan ke bentuk powder, after that the powder will be compacted into tablet form, untuk si ibu tu makan demi mengembalikan tenaganya yang hilang selepas melahirkan. Gross? Yes... and disturbing. Eeeeuh... almost like cannibalism.

    Cow's urine as a soft drink (gau jal)? Omaigad help... beware of gau jal X3

    ...dan jacket cover buku jenis dual cover itu sungguh kewl ;3

    p/s: zyra-chan, kenapa jantina gua lu masih conpius sih? bukan ke gua pernah komen (2 kali atau lebih rasanya) yg gua ni sama kaum dgn lu jua? apakah lu tidak pernah membaca reply2 gua itu, atau... lu secara diam2nya masih mengharapkan gua sebenarnya seorang jejaka hensem lg bergaya? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah!!! Kyaaaaa Plain-san! Gua masih dalam denial mode. Bagi gua lu tetap jejaka hensem dan bergaya serta berkarisma tinggi! ><

      Err tapi dalam Islam haram kan makan placenta? Minumlah pati ikan haruan.

      Delete
    2. Harommm makan darah dan najis, uri tu kena basuh elok2, lepas tu ditanam... huhuh

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Gua dah tak kompius dengan jantina plain. Takkan pakwe pakai tudung kot.
      Tapi gua masih kompius dengan jantina Lee Kun

      Delete
    5. bila? mana? Plain ada tunjuk gambo eh?
      Lee Kun memang.. hahaha ><

      Delete
    6. Demm komen reply gua jadi ter-double plak kat atas tu, kena delete 1. Huhuh...

      Jinz, zeraroxx ni baru je start layan blog aku tu, tu yg dia masih in denial tu... wahkahkah ;3... Lee kun tu awex la, kan Lee kan? Cepat mai jawab kat sini... hahah! :B

      Delete
    7. [plot twist]
      cEro seorang perempuan. Wahahahaha

      Delete
    8. Patutla macam terpanggil2 nk baca komen kat sini..haah, rajin sunggoh..! Hahaha.. aku adalah seorang perempuan yang kacak lagi bergaya.. Apa, ingat lelaki jek ke boleh kacak handsome bergaya? Tp aku percaya, Zyra-chan akan tetap berada dalam denial mode..LOL

      Conclusion, antara aku and Cero, aku lagi kacak bergaya.. UvU

      Delete
  4. syoknya buku ni... menepati citarasa, haha

    ReplyDelete
  5. best2. hehe, kalau singgah kedai buku boleh beli. placenta tu ada orang letak dlm capsule utk dimakan. nutritious kalau x silap. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kena hati-hati. dah jatuh soal haram halal, maka pilihlah kapsul tanpa uri

      Delete
  6. Aku ada buku yg lebih kurang sama isinya bertajuk 'Attack of The Killer Facts' bercerita segala benda dlm dunia ni yg boleh bawa maut (penyakit, jenayah, kecuaian)...
    Tapi buku kau ni mcam menarik minat aku sikit, tambahan plak bab jacket buku yg reversible tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwah cambest jekk.. pinjam! ><

      Lu buat lah komik yang ada jaket reversible jugak cEro-san ><

      Delete
    2. mestilah, sbb makan beras bernas ><

      Delete
    3. Hahaha...idea mmg bernas, tapi nak buat tu entah bila ntah...hahah

      Delete
    4. Kalau korang nk buat komik lg, sile ajak aku join..haha.. Tak malu kan aku? XP

      Delete
  7. aku pun puas hati dgn review kau, nnt review lagi. menarik buku ni :) #berdasarkan review kau la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ada yang berpuas hati, mueheheheh! uih mmg menarik baqhang ><
      takmau dah buat review, tak dapat sambutan yg menggalakan seperti merapu :p

      Delete
  8. Alamak x abes baca lagi.. banyak plak tu beli kt BBW haritu..huhuuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk mengelamun je tetiap hari, nantilah marathon buku ><

      Delete
  9. ko bagi 4 bintang tu..inggi tu huhu. ada ke macam buku si mat lutfi dalam versi inggeris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketinggian tu sesuai dgn isinya tokkk. Ada je buku serupa tu, lagi funny pun ada. Tapi kena pandai cari le

      Delete
  10. Masa sekolah dulu, gua ada gak buku macam ni. Antaranya yang gua ingat content dia ialah........ ...................................... ........................ ........................ ...........................


    demn, gua dah tak ingat dah...
    Owh, pasal pisang kot... kalau makan pisang, kaki kita senang bau busuk.
    Dan makan pisang boleh menyebabkan nyamuk suka kat kita... haaa.. gituuu...

    ReplyDelete
  11. macamm best je buku ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam lah kan, muehehe. bagi gua best. lain org lain taste :)

      Delete
  12. riviuuuu yang sgt bagus dan shomel!
    design buku style mcm novel-novel zine atau indie cuma nampak lebih kemas!
    kalau fi lebih suka baca zine atau novel-novel indie beli kat gig je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjam ah satu buku nak terai baca. mohon kasi yg tak deep sgt ><

      Delete
  13. nice sharing. Singgah blogwalking sini .

    ReplyDelete
  14. Ok..untuk review ni makcik bagi 5 bintang...makcik berani cakap gini sebab makcik cun cam fazura giteww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakkahkha! fazura pun tak macam makcik ><
      thanks kak! :'))

      Delete
  15. Aku nak buku ni..! Sangat menarik perhatiankuuuu...ceywah.. dah lama perhatianku terhadap buku tak tertarik..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape