Serigala Jahat Yang Budiman II

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak yang sangat suka membaca.
Ketika beliau sedang berjalan-jalan di dalam sebuah hutan untuk cari port membaca, beliau telah didatangi oleh seekor serigala hitam yang besar dan ganas.
Tapi serigala tu tak ganas, sebaliknya baik dan budiman, ia memberikan buku-buku kepada budak tersebut untuk dibaca.

Tammat.


Mukadimah gua kali ni ala bedtime story gitu, kahkah. Aip entri ni belum end lagi. Budak tersebut diatas tentulah gua dan serigala yang dimaksudkan tu tak lain dan tak bukan adalah the Big Bad Wolf Book (BBW) yang telah menganjurkan #BBWPenangSale dekat Penang Times Square bebaru ni.


Seingat gua, ni kali ke-3 BBW datang Penang. First dulu tahun 2013 (jugak kali pertama gua berkenalan dgn BBW). Lu boleh rujuk entri Serigala Jahat Yang Budiman kat sini. BBW untuk tahun 2014 takdak entri memandangkan tahun lepas gua malas gila nak berblog :3



Untuk BBW kali ni gua nekad nak jadi di antara yang terawal. Jadi, biarlah gambar di atas saja yang berbicara. Depa open pukul 10.00 pagi manakala gua sampai pukul 9.30, ingat nak breakfast dulu tapi orang dah start queue up so gua tanak jadi orang terkebelakang. Sakitnya tuh di sini! (tunjuk kaki).

Gua malas nak tulis apa yang gua buat kat dalam tu selama 5 jam, lu larat ke nak baca kalau gua tulih pun? BBW kali ni gua perasan buku dia lebih banyak means lebih banyak choices. Depa jugak sediakan troli yang boleh sorong/tarik instead of just kotak. So apalagi memang sarat lah troli gua sampai dua tiga orang aunties tegur, aiyooo your trolley is bigger than you lah! Wahh so full!

Before this, BBW ada corner untuk sorting, yakni customer boleh pergi bersila sambil pilih buku-buku mana yang diorang nak/taknak, tapi kali ni dah takdak, jadi gua pun join dua orang makcik yang tengah sorting buku-buku resipi kat sebelah tempat Q untuk bayar. Dan Q tersebut is a big mess! Gua habiskan masa selama 1 jam 18 minit hanya untuk beratur!

Q yang tak tersusun membuatkan orang boleh potong barisan sewenangnya tanpa rasa bersalah. And my patient is growing thin. Dengan tak breakfast, dengan letih berjalan dan berdiri selama hampir 4 jam. Ada jugak datang idea nak pura-pura pengsan karang. Tapi berkat kesabaran akhirnya sampai jugak ke cashier, phew!


kiri: fiction. kanan: non-fiction (apa, lu ingat gua takleh nak serius ke?) #BookAddict


So, nindia hasilnya. Memang sejak mula lagi gua target untuk dapatkan lebih buku-buku non-fiction sebab buku jenis ni memang mahal kalau kat bookstore. Tapi buku fiction pun banyak yang melambai-lambai gua, argh! Last sekali gua rembat kedua-dua genre, adil dan saksama kan gua ini? (purse gua masih merajuk sampai ke harini). Ah pedulikkk, janji gua puassszh dan gua anggap ini sebagai my upcoming birthday treats. 




Tapi gua suka betul dengan bookmark BBW kali ni sebab didatangkan dengan DIY wolf cube yang sangat comel nak mati. Gua dapat 4 keping woi, awoooo! Badge button di atas pulak adalah satu accident memandangkan cashier tu cakap gua perlu tambah sedikit pembelian lagi untuk dapat dua keping BBW Voucher. Ceh, kalau tau tadi baik gua rembat sebuah buku awal-awal. Terpaksa lah capai apa yang ada kat kaunter. Nak satu?


menatang ni kena dibuat dengan gam dan kasih sayang, malangnya gua lack of them both

Alahai, apahal gua rasa sangat hambar bila tulis entri-entri cenggini? Agaknya sebab tak dapat merapu kot, huehuehue. Jap, boleh habis ke baca buku banyak-banyak? Gua ni kalau buku tu best dan kena citarasa, dua hari boleh habis so lu rasa? Gua memang ketagih teruk untuk membaca :3


Gua baru tiga kali pergi ke BBW tapi awat bookmark ada 4? Yang paling kanan tu gua rembat dari anak buah yang pergi ke BBW year-end sale kat The Mines tahun lepas, huehuehue gua sememangnya sa-orang mak sedara yang berkaliber kan? ><


Jadi, inilah dia koleksi buku gua so far. Sila abaikan tempat beradu gua yang berkonsepkan 50 Shades of Blue tersebut. Hopefully next next year ruang kosong kat atas tu akan dipenuhi dengan buku. Tapi kan, gua lebih berharap agar ruang kosong atas katil tu akan diisi oleh seorang lelaki bernama suami (eh terkopratasa pulak).

Zeraroks makin gedik :3

49 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. jealous much . tak pernah pegi BBW . mcm mn nk dpt info pasal BBW ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh like fb page depa Big Bad Wolf Books.

      Delete
  2. Oi oi jujur dengan aku.semua buku tu dah habis baca ke belum exclude yg baru beli kat bbw baru2 ni?yg lain dah habis baca??haaaa??bak sini pinjam! Kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain tu dah habis. yg baru beli tu kalau dh habis bapak einstein ah gua ><
      baru habih sa :3

      Delete
  3. amekawwwww..bnyak gila buku dia.......dah lah dalam bahasa mat salleh tuh...........fixi tak minat kaaaaa?

    ReplyDelete
  4. warghhhhh jelesnya kita. teringin jugak tau nak pergi sendiri big bad wolf. *nangis T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap pelajar perlu rasa at least sekali *tetiba

      Delete
  5. hye, singgah malam ke sini, BBW memang awesome sangat gila2 sales..jarang ketinggalan untuk menambah koleksi buku kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, kalau boleh yg buat kat negeri lain pun gua nak gi nyebok sama ><

      Delete
  6. woah.. bnyknyaaaaa.. :) kalau dekat bilik yaya, rak buku tu belum penuh lagi.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, sikit2 lama2 jadi gunung ganang, muahaha ><

      Delete
  7. bestkan kalau buku banyak banyak . stakat ni buku share rak dengn babah . haha

    ReplyDelete
  8. banyak gilaaaaaaaa buku eh. :D
    teringin lak nak pergi jumpa serigala jahat yang budiman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada peluang pergilah, jgn jatuh hati sama dia sudah, merana poket nnt ><

      Delete
  9. Pergh, power ka salenya? Total semua2 tu damage costnya brapa sih? ;3
    Sekali sekala buat la review/summary buku skit, share dengan lu punya readers nih, heheh~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. damage cost tak seberapa jika dibanding dgn ilmu & pengetahuan yg dapat, fuh jawapan berdarah hidung abad ini. Nak buat review? takut lu semua tertidur kebosanan ><

      Delete
    2. OK takpa, gua nak request lu buat review 1 buku je, pendek pun takpe... review this book: The big book of GROSS stuff. Sebab nampak macam menarik dan ada unsur comedy... so nak pastikan betul atau tidak telahan gua ni, gua nak tengok lu punya review sikit, keskeskes ;3

      Delete
  10. Suka betul tgh perempuan suka membaca ni...
    Mana nak isi borang jadi penghuni dlm hati ni? **smooth**

    Tapi banyaknya buku...Aku yg beli satu tahun lepas pon tak habis baca lagi. Wahahahaha

    ReplyDelete
  11. Syiokk ahh pergi BBW... gua kalau pergi pesta buku atau kedai buku, memang tuju ke art and history jer laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. history best! art tu kadang deep sgt, huehue

      Delete
  12. banyaknya buku. klu ai kan, beli je mampu, bacanya.. ops, rasanya BBW akan dtg belum tentu hbis..hhaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bagus lah lu pi beli pastu meh kasi kat gua tlg bacakan ><

      Delete
  13. Byknya buku dia... Bgus2.. Rajin membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku je byk, hati masih kosong. deep tak? ><

      Delete
  14. cait ! nak kena ni, baru nk baca betul2 cita serigala tu xD comel la cube tu, but nampak mcm angsa je kat mata sy. haha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hekhekhek ;p
      Nangis serigala tu lu ckp dia cm angsa ><

      Delete
  15. dah berpuloh kali serigala gemokk ni dtg penang tp x jejak2 jugak... T..T
    busy sgt... HUARGHHH!!!!! TT..TT

    ReplyDelete
  16. pergh!!!!!!! mmg gila buku arrr ni!!

    eh fi pegi jugak ritu..

    duk peneng ke caner?

    harrr?

    harrr??

    jawab cepat!! hahaha

    kbye

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila buku takpe jgn gila talak ><
      hok oh lah dok penang
      dah habis cepat dh ni menjawab ><

      Delete
  17. Sis zyra, izinkan saya rompak kesemua buku tu boleh? Auuuuuuu.

    ReplyDelete
  18. banyak betei buku ko.buku2 aku ntah ilang kemana. kalau ada pon segala macam judul komik berkoleksi kat almari tu.almaklumlah itu je cara untuk aku kekal remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gua pun minat nk kumpul komik jugak. tp dgn anak buah seramai 19 orang, hasrat tu gua padamkan ajelah :3

      Delete
  19. pehh..kalau aku makan tahun jgklah nak baca semua tuh..hauhau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah lu tak ketagih membaca serupa gua ini T_T

      Delete
  20. Dah habis baca tak semua tu... :)

    ReplyDelete
  21. hahhahaha. Tercekik laptop nampak bilangan buku yang dibeli. Hahaha. Teringin nak pi BBW tapi bila pikir diri ini seorang pemalas tahap gaban nak membaca, so dibatalkan niat tu. Hahaha

    Selamat Membaca

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape