Gua tak suka telan pill.
Esofogus gua enggan menerima sesuatu melainkan sesuatu yang berupa makanan.
Pharmacophobia? Rasanya tak sangat kot, sebab gua masih belum berlari lintang pukang sejurus selepas terlihat pill.
Sudah ditakdirkan sejak azali gua susah nak menelan ubat berbentuk pill. Tekak gua tetiba terasa mengecik. Bukan sekali dua gua tersedak ketika memaksa ubat masuk ke kerongkong, fuh! nak makan ubat pun seksa.
Dulu gua selalu request untuk ubat syrup. Tapi bila dah tua bangka sekarang ni, takkan nak request ubat syrup berperisa manis lagi kot? Sobs.
Paling gua tak suka haruslah pill antibiotik. Kenapa? Antibiotik ni dah lah rasanya pelik, lepastu habis air kencing turut berbau pelik.
Mujur jugak gua ni jarang ditimpa sakit. Setakat demam biasa boleh jugak dibawak berunding dengan hanya sebiji paracetamol tanpa perlu melibatkan sebarang antibiotik.
Gua teringat satu peristiwa waktu gua dapat pil vitamin warna cokelat sebesar ibu jari dari pihak klinik.
Gua masukkan vitamin tu dalam mulut, kendian cecepat telan air, tapi pil tu tak jumpa saluran ke kerongkong! Ia hanya berlegar-legar di sekitar mulut. Hampir dua gelas air kemudian gua tercekik dan pil bersama sekumpulan air meluru keluar dan terpelanting di atas meja.
Sejak itu, emak gua tak pernah paksa gua makan vitamin tu lagi. Mungkin tak sanggup tengok anak bongsunya mati tercekik pil vitamin..
Gua lebih rela kena inject!
knapa gi cium air kencing nya itu... har har
ReplyDeleteXyah dicium, mmg semerbak baunya ,ergh :/
DeleteSaya dulu kalau nk mkn ubat penadol kena potong empat atau dua...hahahahaha.Skarang dh besar ok pulak ;)
ReplyDeleteGua jalau demam time kekecik dulu kulum adik kepada panadol: cortal. Rasa manis2 pahit
Deletesama je. hahaha. kekadang nak makan paracetamol pun kena hancurkan dulu. wakkaak XD
ReplyDeleteTapi jadi pahit utk ditelan :/
DeleteKak Sha larutkan pil tu dalam air, pehtu telan dengan air yang banyak, hehe :D
ReplyDeletePeh, rasa mcm minum air jampi tak? Hahaha ><
DeleteSaya pun taksukaaaaa pil pil semua ni. Dah try semua cara masuk dalam roti la apa la tapi last last terludah balik pil tu.
ReplyDeleteps : saya tak suka semua jenis ubat. Takut T.T Dan saya pun lagi rela kena cucuk :')
Hahaha, cuba lu try mkn bersama pisang goreng cheese pulak ><
Deletemoh le kita sesama serahkan bontot utk dicucuk =_=
pil yang degil ialah pil yang tak nak masuk ke kerongkong dan akhirnya lidah menderita rasa pahit.
ReplyDelete- Saya yagn pernah tercekik pil
Hahahaha mmg salu jumpa pil yg degil *nangis bwh bantal
Deleteada cara mudah utk telan pills.. masa menelan pills, tunkukkan kepala macam mengangguk tanda setuju. bila pose macam tu.. laluan kt tekak tu akan terbuka. so pills senang je meluncur laju masuk. sebenarnya mendongak utk telan pills tu tak membantu senang menelan pon...
ReplyDeletemoga membantu ya :)
Serius baru tahu cara ni...
DeleteNak try laa nanti. Hehe
Ha ah, mmg mendongak akan lg menutup laluan kerongkong. Malangnya, akan ingat fakta ni bila dah selesai susah payah telan pil T_T
DeleteKecik dulu, bila kena makan ubat bentuk tablet or pil, aku akan suruh mak aku pecahkan dan larut sedikit dalam air atas sudu utk dimakan.
ReplyDeleteTapi cara ni akan sebabkan ubat tu rasa sangat pahit (sbb dah dipecahkan), so sampai sekarang aku prefer telan je terus sbb telan terus tak pahit.
Hehehe
Ha ah,kalau pecah lagi lah azab siksa. Sobs. Gua cuba cara letak pil betullll dekat kerongkong then telan air, so far so good. But still, kalau ada pills yg berbau pelik tu, bencinyaa, kyaaa!
Deletehehehe mujur senang makan ubat
ReplyDeleteKamu adalah di antara orang-orang yang beruntung *jelly
Deletenak telan pil yg dihancurkan ai tak sanggup.. huhu.. tak telan teruslah jawabnya..klu rasa sedap tu ok lagi..hikhik
ReplyDeleteKan kan? KEcik dulu penah kakak gua masukkan hirisan panadol dlm sirap sbb panadol kekanak dah abis :3
DeleteOwh... Jnis ssh nk tlan ubat... Kna bg ubat air je klu cmni..
ReplyDeleteDgn syarat ubat air tu tak pahit, kalau tak better paksa telan pill :3
DeleteSama la zyra..dari dulu tak reti telan pil dan satu2nya pil yg boleh ditelan dengan jayanya ialah pil selesema.keciiikkkkkk gileerrrsssss.
ReplyDeleteKahkahkah! Gua rsa bgga giler bila berjaya telan pil kecik tu dulu, habis canang satu family tp depa buat muka bosan je, sobs
Deletehttp://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2013/01/telan-je-jangan-hancurkan.html
ReplyDeleteada pill boleh dihancurkan, ada yang tak patut dihancurkan, patah 2 pun tak patut buat, kalau tak boleh nak telan jugak, patut request ubat jenis lain dari doktor ;3
Kalau pill jenis bekelongsong tu, boleh je kot hancurkan, sbb ia mmg dh sedia hancur ><
Deletegua suka main pil tu dulu (lazimnya pil antibiotik yg gua xpenah telan). Buka shell dia dan pura2 jual dadah, kahkah! Err :3
Hahaha.. Susah jugak nih kalau tak boleh makan ubat pil. Hmm nasib baik jarang sakit. Saya pulak tak berapa suka ubat cecair sebabnya ada rasa kalau pil telan ja tak ada rasa apa2.. XD
ReplyDeleteEhhh terbalik lah kita, jom tukar identiti nak? Eh ><
DeleteHa ah, manja betul. Akak tolong sepak tekak gua lelaju jap ><
ReplyDeletebile tiap kali nk kne telan ubat pil ni gua bayangkan yang gua makan gula-gula berperisa peria. pastu gua redha je telan.
ReplyDeletehahahahaha perisa peria? *gelak sambil nangis
Deletecomelnya blog ni.. utk pengetahuan awak,, kalau demam saya suka mkn ubat.. :)
ReplyDeleteerr tolonglah makankan utk saya sekali huehuehue
Deletekalau sy.. telan besar2 macam tu ja. haha.. sbb dari kecik makan ubat terus, :'(
ReplyDeletebaguslah dibiasakan dari kecik ><
Deleteselawat dulu baru makan. inshaAllah boleh telan. saya selalu buat macam tu kalau tak boleh telan ubat.
ReplyDeleteoh, mungkin lah. selalu baca doa makan je, huehue
Deletedulu masa bebudak makan panadol mak terpaksa tumbuk bagi hancur XD tapi satu hari ada nurse garang paksa telan ubat pil ajaibnya sampai sekarang tak ada masalah telan ubat pil
ReplyDeleteHahaha sebab trauma kekal kena paksa dgn nurse ><
ReplyDeletehahahhahaha...sama dgn kes saya masa kecik dulu nih..tapi tua bangka dah bole telan macam biasa..
ReplyDeleteP/S:nak oiiiii..cantiknya blogggggg!!boleh tak nak suh design blog kita......wakakakkakakakakak...jatuh hati n cair tgok warna pastle!
kalau dulu sakit demam makan ubat.. tapi sekarang ni... dah tak nak makan. tunggu dia sembuh sendiri. hahaha xD
ReplyDeletehahahhaha, pernah jugak dapat ubat yang hampir saiz duit syiling 5 sen. Time bebudak pulak tu. Apa dia pikir benda tu boleh ditelan oleh seorang kanak-kanak,, nak digigit pahit. Reda jer lah
ReplyDelete