Pakaian Wanita Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan

Hai,

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke penghujung tahun 2015. Seperti sedia maklum, bulan November dan Disember merupakan musim cuti sekolah di negara kita di samping musim orang kahwin. Bersusun kad undangan walimatul urus dekat rumah. Kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, taknak lah buat dalam musim cuti sekolah, barulah rare, wahaha!



Aku percaya, soalan lazim yang sering bermain di fikiran kaum perempuan ketika mendapat undangan perkahwinan adalah ‘nanti nak pakai baju apa eh?’ Betul tak? Tipikal kaum perempuan, baju penuh almari pun belum tentu tahu nak pakai yang mana. So, untuk korang yang blurred and have no idea what to wear, berikut aku senaraikan beberapa jenis pakaian wanita terbaik yang sesuai dipakai untuk ke majlis perkahwinan atau sebarang majlis formal:



Pakaian yang paling sesuai dipakai semestinya koleksi baju kurung moden mahupun koleksi kebaya moden. Pendek kata, apa jua koleksi baju kurung sama ada tradisional mahupun moden adalah satu pilihan yang bernas dan selamat. Nampak manis gitu, wanita Melayu terakhir habis. Silap-silap boleh jumpa jodoh pulak dekat majlis, wahaha!



Kalau korang rasa nak beri kelainan, boleh cuba koleksi kaftan yang loose seperti dalam gambar. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan feminine. Sangat sesuai kalau digayakan ke majlis perkahwinan mahupun makan malam.



Selain tu, ramai yang mula beralih kepada jubah untuk ke majlis formal.  Apa kata cuba jubah moden yang tengah in-trend sekarang ni. Boleh serlahkan sisi muslimah korang yang sopan dan ayu di samping menyerlahkan karisma yang tersendiri. Jubah bukan untuk gadis tinggi je tau, yang renek macam aku ni pun boleh pakai jugak, asalkan kena bijak cari potongan/warna yang sesuai.



Atau kalau korang rasa jubah tampak terlalu 'matang' untuk korang, boleh lah tampil bergaya dengan koleksi dress muslimah yang juga sesuai digayakan sebagai pakaian kasual. Aku pun suka pakai dress ke majlis kahwin, lebih selesa dan bebas. Terutamanya kalau  nak berlama dekat satu-satu majlis. Yang penting tampil muda dan riang, hehe!


Tak dapat decide lagi? Baiklah, apa kata korang  mix & match blouse dengan long skirt. Satu lagi kombinasi pakaian terbaik wanita untuk acara seumpama ni. Boleh cuba blouse Muslimah bersama padanan koleksi skirts potongan mermaid. Satu lagi alternatif kepada pakaian two-piece selain dari baju kurung/kebaya. 

Hah kau, walaupun aku rock jangan ingat aku tak tahu menahu fasal fesyen perempuan ni.
Walau apa pun pilihan, pastikan jangan sampai keterlaluan pulak. 
Karang tak ada beza pulak tetamu dengan pengantin, hahahaha. Remember girls, less is more!
Selamat memenuhi undangan dengan penuh bergaya.


Baru berjaya penuhi satu undangan, sobs 

46 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. semua model pinggang ramping mcm ziana zain jeerr ;)

    ReplyDelete
  2. zyraroxx mesti pakai baju kurung dgn kasut converse kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah lah jugak, tp kena pandang sinis jadi tak buat dh :3

      Delete
  3. aku baju kurung je. tu pun utk kenduri ada la berapa pasang je. ulang-ulang yg tu sebab jarang orang yg sama kahwin 2x haha.

    paling best, tak payah pergi, tak payah fikir baju haaha

    ReplyDelete
  4. Majlis Perkahwinan Derpina? hehe

    ReplyDelete
  5. baju kurung biasa .. atau kurung riau .. pernah gak pegi majlis pakai baju mengandung.. hahahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err kurung riau tu cemana kak?

      Delete
    2. alahhh... dek..

      baju kurung pesak gantung tu.. klu pakai kembang setaman... heheeheh...

      lebih kurang kurung pahang..

      (emmm jgn ckp kurung pahang pon adek tak tau...)..

      jgn smpai akak hadiah kan adek baju kurung pulak nnti.. heheheheee.. ( gurau je dek.. :p )

      Delete
  6. maksud ko pakaian nak pegi kenduri kahwin atau naik pelamin? ko nak naik pelamin dah ye? wah2 giteewww hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngengada lah ko ni tokkk, nak kena siku le tuh!

      Delete
  7. semua sweet...hehehe....btul btul...bju dah penuh lemari...xtaw ckap xde bju nak pkai g majlis...

    ReplyDelete
  8. Hahaha..semuanya mengancam!
    Sebab tu bila pergi kenduri ni, best sebenarnya tengok pakaian tetamu, terutamanya yang perempuan. Yang lelaki biasa-biasa je. Siap ada datang pakai jersi lagi. Hampeh!

    p/s: Pssst. Dapat voucher belanja aar. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni takde keje lain lah ni tangan menyuap nasik, mata meliar ke khemah wanita.. hahahaha!


      Lalalala ~
      *tido*

      Delete
  9. Hahah semua cantik..especially kartun ats tu hahah

    ReplyDelete
  10. waa, perunding fesyen terrrr. hihi :3

    ReplyDelete
  11. pakai baju kurung dan kasut sarung lebih kacang. hahahaha

    ReplyDelete
  12. huhuhu.. masalah orang perempuan.. kalau dalam bulan tu banyak undangan perkahwinan, mau berpinau mata nak pilih baju.. ye tak.. koh koh koh

    ReplyDelete
  13. senang berbaju kurung..simple dan selesa..

    ReplyDelete
  14. gua rasa was-was dan tak sedap hati nak pi kenduri sesapa dah sekarang, sebab apa? sebab dalam 5 buah kenduri member2 yg gua pernah hadir, hanya 2 saja yg kekal sehingga ke saat ini... seram lak ai nengoknyer, huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jodoh tak panjang lah tu Plain, nothing to do wth you :p

      Delete
    2. Takde, lu tau dak satu perasaan tu, alaa perasaan yg macam football fan yg rasa bersalah bila dia pi tengok game kat stadium tu, asal dia pi tengok game je, team yg dia sokong tu mesti selalu kalah. Dalam 5 game yg dia pi tengok, 3 daripadanya mesti team dia sokong tu kalah. Lepas tu dia amik keputusan utk tidak pergi tengok game, then team dia sokong tu boleh menang 2 kali terturut-turut. Haha... ya, kebetulan saja, pure coincidence, tapi perasaan 'bersalah tak bertempat' yg mcm tu la yg gua maksudkan. Hahah ;3

      Delete
  15. kita biasa pakai baju kurung je.. senang...
    masa kecik, nak baju kurung ada poket senang nak sumbat telur rebus kenduri kawen, takut abang kite rembat telur rebus kita.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha comelnya! Dulu masa kecik lagi suka kalau dapat gula2 dari telur rebus, hehe

      Delete
  16. baju kurung panas laa,tshirt tak leh ke? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat kg aku, perempuan pakai tshirt ke majlis dipandang serong, hahahaha

      Delete
  17. Pakai jubah pun boleh nampak terlalu 'matang' ke? Aku suka tgk perempuan pakai jubah n baju kurung. A

    Btw, aku setuju less is more. Kalau lebih2 sgt fesyen mungkin boleh nampak mcm alien je kt wedding tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ada lah, kalau tak kena gaya boleh nampak tua.wuwuwuw

      Delete
  18. selalunya suka pakai baju kurung biasa je kalau pergi kenduri. hahahaha

    ReplyDelete
  19. paling mudah aku sarung baju kurung je..jubah jarang² nak pakai...

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape