Melukis Secara Tradisional Versus Moden

Hi, Salam tahun baru lagi.

Untuk kesekian kalinya aku nak bagitahu aku melukis dengan menggunakan mouse dalam aplikasi Paint Tool SAI. Bukan aku nak membongkak kat sini tapi ramai sangat orang yang selalu tanya dalam shoutbox tanpa mengambil inisiatif 'search this blog'.

Sejak melukis secara 'softcopy' ni, aku dah jarang sangat nak melukis secara tradisional yakni melukis di atas kertas menggunakan alatan melukis pensil/pen. Sehinggalah aku dapat request berikut dari rakan blogger, Plain83:-

"Lukis secara traditional di atas kertas guna pensel atau pen, lepas tu scan atau snap pics sikit, lepas tu lukis benda yg sama pakai mouse (your usual style)".

Boleh tahan macam seorang pencungkil bakat jugak lah komen dia, hehehe. Lalu aku pun korek balik buku dan pen yang entah kat mana-mana dan mula melukis. Apabila selesai melukis secara tradisional dan moden, dapatlah aku simpulkan bahawa:-


1) The struggle is real sebab tak berupaya nak tekan butang ctrl + Z (undo) bila melukis secara tradisi. Hasilnya lukisan Zyraroxx tersebut bermulut pita pelekat disebabkan aku salah lukis mulut, huahahah, ampun.
2) Time consuming. Yelah bila kau masih amatur, melukis guna pensel, dan kemudian trace balik lukisan tersebut menggunakan pen. Bagi aku macam melukis dua kali, hahaha pemalas.
3) Aku ingat nak warnakan sikit lukisan atas kertas tu, tapi entah berapa kali aku menguap hanya bila memikirkan macamana nak warnakan, sedangkan kalau melukis dalam SAI, aku boleh guna kaedah 'tin tumpah cat' aje, wahahahha pemalas lagi.

Tapi tak dinafikan, feeling melukis di atas kertas tu lain beb. Stroke terasa lebih 'lembut' yelah macam barangan buatan tangan yang lain, lebih halus hasilnya berbanding barangan yang dibuat dengan menggunakan mesin. Dan lebih tinggi pula nilai estetikanya.

Disebabkan sekarang musim orang main tag-tag. Dikesempatan ini aku nak tag dua orang rakan blogger untuk lukis Original Character (OC) aku iaitu Zyraroxx si rambut biru tersebut dengan gaya tersendiri. Be sporting and draw me like one of your French girls.. (posing maut). Kahkah! Mereka yang ditag adalah Plain83 dan cEro.

sebab gua rasa Conan comel sangat bila panggil Ran-neechan, wahahaha ampun P!




sebab saya rasa ciku dan lipas itu comel (err..)


Dua orang blogger di atas juga merupakan antara pengkarya di dalam Buasir Otak: The Komik Revolution dan Buasir Otak: The Komik Reloaded. Untuk melihat dengan lebih mendalam hasil lukisan mereka termasuk lukisan aku, apakata dapatkan komik ini sekarang!

KLIK SINI UNTUK MEMBELI

Dalam komik ni ada bermacam jenis style lukisan. Yang guna pen, yang guna mouse, yang guna graphic tablet, hahaha jangan tak tau yang guna Microsoft Paint pun ada tahu? So kepada yang selalu sangat bertanya macamna nak melukis boleh jadikan komik kami ni sebagai inspirasi, hee.


Uwaaah I'm exhausted 

44 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. pelukis hebat., kipidap ., spt kata spiderman, 'great power comes with great responsibility'., harhar tetibe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum hebat wak. bukan merendah diri yg dh sedia rendah tp tahap ni belum hebat.. huhu

      Delete
  2. zyra why so cute.. Kyyyaaahhh Plain neechan..

    ReplyDelete
  3. Paint tool sai bestt! Tp, saya tak reti sgt pun pakai. :P

    ReplyDelete
  4. pelukis hebat, macamane pun bolehhhh..
    keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. argh, belum hebat lagi awwaa byk lg nk kena belajar, thanks, will do :)

      Delete
  5. Saya sampai sekarang masih tak mampu melukis guna mouse. So, respek kepada mouse masta!

    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah Ojin secara dediam cuba melukis guna mouse? muehehehehehee ala tak payah lah, apa guna tablet RM3K.. hoho

      Delete
  6. dua2 lawa! lukis traditional nampak la ada hidden element yang tangan je boleh buat hihi. keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks Nadia. kan? kan? nampak kan? *lap peluh

      Delete
  7. Hahaha comelnya! Seronoknya pandai lukis kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kadang seronok kadang frustrating, heheh tp lebih byk seronok la :)

      Delete
  8. Replies
    1. hehe thanks, belum hebat lagi, loooooooong way to go

      Delete
  9. Hi Zyra

    i love your artwork and your color choices ! klu nk outline smooth lg boleh cuba manga studio pro .. u will love it !

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey nak menggelabah sat bila the real artist komen cakap love2, hehehe!
      thanks dilla, akan cuba install tapi rasanya it works good with graphic tablet kot, huhu

      Delete
  10. hebatnye....rietta 2-2 pown xpndai lukis...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum hebat, huhu.. ala rietta mensti pandai bab-bab lain yg saya tak pandai, hehehe

      Delete
  11. Wah. Terbaiklah. Heheh. Yg xtag bole ke nak buat gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, dipersilakan dengan segala hormatnya! ><

      Delete
    2. http://budoxesquire.blogspot.my/2016/01/zyraroxx-versi-rockers.html

      Delete
  12. Awwwe zyra-chuwan~ Neechan lurves ittt hahaa awwwe tetiba rasa macam nak bagi hadiah, nanti bila2 Neechan gi pos hadiah bracelet, nak? X3

    Woah, menarik traditional art stroke lu, gua nampak macam tak jauh beza (ada beza, tapi boleh tau ianya hasil lukisan dari orang yang sama) dengan stroke mouse lu, interesting betul style lu ni zygha-chan *thumbs up* ;3

    No prob, tag accepted. Baguih gak lu tag gua ni, gua tengah takde idea nak lukih apa untuk entry first bagi tahun 2016 ni, lulz. I'll draw your OC like one of my French girls gahahahah! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwww terasa comel nya diri ini, hahahaha bracelet? awkk sesusah aje, nak nak nak *clapping hand like a retarded seal*

      hahahah sebenarnya gua berharap benar ada perbezaan ketara antara lukisan tradisional dgn mouse tapi.. hahahaha mcm xde beza sgt, yelah tangan yg sama nak ada beza setara mana sangat :3

      yay! tag accepted. tazzabarnya nak tengok gua berposing like one of your French girls hekhek!

      Delete
  13. lukis balik guna mouse tu tak keras kejung ke jari ?heheh..- soalan dari orang yang tak reti melukis guna mouse -..heheh

    ReplyDelete
  14. CHALLENGE ACCEPTED!

    Tapi jap, sebenarnya dah tiga empat kali dah baca tapi tak dapat brain mana satu challengenya.
    Nak kena lukis OC Zyra ke atau nak kena lukis yg tradisional vs modern tu ataupun both?

    Tag ni boleh buat, tapi bukan sekarang laa yek.
    Sebab dlm draft tgh menunggu beberapa entri lain dah dalam jadual, so maybe akan dischedule ke tarikh beberapa minggu lagi...gittew (alasan si pemalas sebenarnya)

    Hahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay! thanks for accepting.

      hmmm lukis OC Zyra mengikut daya creativity sendiri. Since awk 'sgt rajin' why not lukis secra tradisional sekali? wahahaha!

      its okay, take your time :D

      Delete
  15. Fuhh.. Xde beza pun pakai Mouse dgn lukisan tangan. Memang power la.. Susah giler kot nak lukis pakai Mouse. Menggigil2 tangan aku bila aku try. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itu sbb kau guna mouse, cuba kau guna mouse pad laptop tu, takyah gigil ><

      Delete
  16. selalu sy pakai tradisional..haha..lukis bila free dekat luar dr rumah ke dkt mana2, lpas tu dh ade mse snap gmbar and lukis pakai sai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara tradisional lebih mudah dan cepat waima di mana jua anda berada

      Delete
  17. aku sngt paham the struggle pakai mouse.. seksa kot.. ada smpi st ms tuh, aku terpaksa stop sbb wrist sakit2..huhuhu... dah ada tablet ni, dapat penyakit lain plak..agagaga...malas..XP

    Aku sorg je ke x join buat komik2 Buasir Otak ni??? *nangis ceruk bilik, terpinggir di tepi gantang.* XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, aku tak pakai mouse tu, aku pakai mouse di laptop jadi bokeh melukis tanpa sengal2 hahahah.


      Ala sapa suruh hang asyik hiatus ja :3

      Delete
  18. apa saja hang lukis aku rasa ianya sgt comel dan i likeeee it!! HAHA☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww terharunya saya Puan Mime, ehehehehekk ;p

      Delete
  19. Bagi orang yang tak pandai melukis macam saya ni, dua dua pun nampak cantik je.

    ReplyDelete
  20. adorenyaaa. kenapa lah aku tak kembangkan bakat lukis kartun dari kecik lagi. menyesal T__T

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape