Hey ya!
Seperti yang sesetengah dari kamu semua sedia maklum, aku merupakan seorang kaki buku/novel. Buku-buku yang aku baca ada ditepek di Instagram @zyraroxx (follow lah terus alang-alang tu) kehkeh.
Aku dapat banyak komen (sebenarnya dua je) dari adik-adik yang bertanyakan tips macamana nak minat membaca novel-novel Inggeris. Well, aku anggarkan bukan dua orang je yang berminat nak tahu, lalu aku pun buat entri ni dengan harapan dapat memupuk minat membaca amnya, dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khususnya (dah macam ucapan guru besar).
Sebelum aku bagi tips, sila kenalpasti dulu beberapa perkara berikut:-
1. Minat membaca tak?
Ini point penting untuk membaca. Tak kiralah novel Inggeris ke, Jerman ke, kalau takde walau satu iota minat untuk membaca, lupakan ajelah hasrat.
2. Faham bahasa ke tak..
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, faham ke tak bahasa Inggeris ni. Its okay kalau lemah dalam penulisan atau lisan, tapi perlu lah reti dalam kefahaman. Macam aku, penulisan tak berapa nak okey tang grammar. Percakapan so-so aje sebab jarang boleh dipraktikkan, nak speaking 24 jam karang dikata lupa daratan pulak.
3. Nak baca novel Inggeris sebab...?
Kena tahu sebab jugak. Sebab nak menunjuk-nunjuk ke, pengaruh rakan sebaya ke, pengaruh drama ke.. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap pembacaan kau.
Sekarang, aku bagi tips seperti berikut. Harapnya membantu jugak sedikit sebanyak:-
1. Kenal pasti genre kegemaran
Ini adalah satu perkara asas dalam bidang membaca. Jangan pakai sebat je beli novel sebab cover dia lawa, atau sebab crush kau beli maka kau pun kena beli. Contohnya aku tak suka novel cinta atau novel melakolik. Aku pernah beli satu novel konon romance dan.. aku menyesal. Bosan tak sudah, baca pun tak habis. Aku suka genre misteri/penyiasatan/suspense/thriller. Oleh itu aku lebih terarah kepada penulis yang macam Dan Brown, David Baldacci, Jo Nesbo (sekadar sebut beberapa nama).
Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella.
Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella.
PENTING: Tolong jangan paksa diri membaca novel yang kau tak suka sebab kebarangkalian untuk rasa bosan dan give-up itu sangatlah tinggi.
2. Mulakan dengan seleksi ‘Young Adult’
Nama pun baru nak mula membaca, jangan lah terus hentam pergi beli novel tebal 500 mukasurat dan susah gaya bahasanya. Pilih novel dari bahagian young adults atau teenager (even umur kau dah tak berapa nak young) sebab gaya bahasanya lebih ringkas, mudah untuk difahami. Aku dulu kakak belikan buku bedtime stories untuk baby walaupun waktu tu aku dah berumur 12 tahun! Aku mula baca novel Harry Potter masa umur 14 tahun. Nampak tak? Mulakan dari bawah.
4. Jangan paksa diri
Sebab aku jenis suka membaca, jadi boleh habiskan sebiji novel 300-500 mukasurat dalam masa sehari cuti. Kalau kau jenis tak berapa nak suka membaca, jangan paksa diri untuk habiskan semata-mata sebab tak nak rasa terbeban. Kalau kau paksa diri untuk habiskan baca sebab jalan ceritanya yang menarik dan tak sabar nak tahu ending, itu amatlah dialu-alu kan, hahahah. Jangan sesekali paksa diri sebab nanti automatik membaca jadi satu perbuatan yang dibenci, sedangkan membaca ni sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan. Satu mukasurat sehari pun takpe asalkan hati riang.
5. Buat Imbasan sebelum membeli
Sebelum diimbas oleh scanner cashier, aku sarankan kau imbas dulu novel yang nak dibeli. Kalau dibaluti plastik, baca dulu excerpts dekat bahagian belakang novel. Kalau tak berplastik, lagi bagus, kau boleh tengok gaya penulisannya macam mana. Kalau mudah faham, dan jalan cerita yang sesuai dengan citarasa, baru beli. Aku selalunya akan imbas harga dulu sebelum jalan cerita, wahahaha! Jangan sebab dia tulis ‘No. 1 bestseller author in New York’ kau terus beli. Sebab kekadang novel yang takde tulis puji-pujian itu berpuluh ganda lagi best!
Nah aku tepek kata-kata dari jiran aku sebagai inspirasi.
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Lain orang, lain caranya. Kalau cara kita sama, harap ia membantu :)
Bangsa membaca bangsa berjaya 
