Buku Dalam Talian

Hey guys.

Aku boleh dikategorikan sebagai seorang manusia yang AGAK suka shopping online. Bulan lepas aku mencuba nasib membeli buku secara online di bookxcessonline.com.

Maka bermulalah satu penantian yang panjang.


Walaupun 4 hari masa yang diambik, tapi aku rasa 4 hari tu macam 4 minggu. Hahaha ngalahkan pasangan bercinta. Pernah je aku order kasut 2 minggu baru sampai tapi I can bear with it tapi bila buku, uh oh. No. I want it like, right NOW. Sebab dah terbiasa beli dekat bookstore cash and carry jadi rasa tersiksa kejap bila cash dah bayar tapi bukunya belum dapat.

Penantian tu sampai terbawak ke dalam alam mimpi. Aku mimpi buku-buku yang aku order sedang dibelit oleh ular Anaconda yang besar dan ganas dan aku hanya mampu memerhati dari kejauhan. Adakah ular itu petanda jodoh aku? (Tiba-tiba). Selain itu, aku jugak check status parcel setiap lima minit selepas dapat tracking number, hahahhahahahaha.. ha.. ha.



Anyway, aku tak salahkan perkhidmatan bookxcess sebab dari awal lagi terms dia dah cakap minimum 3 hari untuk proses. Ditambah dengan faktor aku order hari rabu malam, dan cuti am pada hari Isnin, tu yang menjadikan ia satu penantian yang panjang. Malah, aku cukup berpuas hati dengan packaging buku yang dibalut kemas dengan plastik dan diisi dalam kotak. Dengan itu, berakhirlah kebimbangan aku untuk dapat buku yang cacat akibat dibaling oleh abang courier.

Terkejut aku bila mendapati selain buku yang di order, jugak dapat stickers FREE! Uh oh I love surprises. Pleasant surprises. Aku dapat sticker Batman (love it!), fancy stickers tema Las Vegas dan sticker Barbie yang banyak keping, awak nak sekeping?

Kenapa aku tiba-tiba buang tabiat beli buku secara online? Pertama, sebab seperti barangan jualan online yang lain, ia jauh lebih murah. Kedua, sebab aku tak pernah jumpa buku-buku ni (kecuali Life of Pi) di bookstores atau pameran buku terkemuka. Dan ketiga, because I can.

Okay, berikut merupakan apa yang aku order dari bookxcess:-


1. The House of Silk -- a Sherlock Holmes Novel by Anthony Horowitz
Sebab aku rindu untuk kembali ke Baker Street. Aku harap Anthony Horowitz dapat menulis novel tekaan sehebat penulis asal Sherlock Holmes, Sir Arthur Conan Doyle. Tazzabar!

2. Moriarty by John Gardner
Masih di sekitar Sherlock Holmes. Kali ini berkisar tentang nemesis atau musuh ketat Holmes, Professor Moriarty. Tak cukup dengan kisah protagonis, aku jugak perlu tahu hal-hal berkaitan antagonis, barulah boleh claimed sebagai peminat tegar ye chuolls.

3. Ilustrado by Miguel Syjuco
Sebab jalan cerita yang agak menarik mengikut piawaian aku selain berlatarbelakangkan Filipina. Selain aku masih belum pernah baca novel tulisan seorang Pinoy.

4. Life of Pi (deluxe pocket edition) by Yann Martel
Because don't judge a book by its movie. Hahahaha sejak dulu kini dan selamanya aku tak suka movie yang diadaptasi dari buku sebab jalan ceritanya akan terumbang-ambing. Ambik Harry Potter sebagai contoh. Ramai yang tak faham dan bertanyakan kepada aku sebagai rujukan. Sebab aku dah baca semua novel tersebut dan movie hanya produce like 46% dari cerita asal.

5. The Keeper by John Lescroart
Okay, ini sebab aku terpedaya dengan komen puji-pujian dari orang ramai. Seeing is believing and in this case, reading is believing. Lagipun RM8 for a hard-cover book is really a bargain.

Satu keburukan beli buku online. Satu je. The one and only: shipping cost. Makin banyak beli, makin berat, maka kos penghantaran pun makin tinggi. Kos penghantaran je dah boleh buat beli dua buah buku, grr.


I need a new bookshelf 

47 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. wah byknya buku but none of them I have read and heard of (except for Life of Pie kot since the movie's out haha) though :D
    penantian is really satu penyeksaan, enjoy anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe suka membaca jugak? thanks, will definitely enjoy my loot :D

      Delete
  2. thank you !! dah lama cari website utk beli buku yg murah . eng novels can be very expensive sometimes :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeah, tak pernah lagi beli buku eng mahal2 sbb selalu beli dekat big bad wolf, dan sekrg ada option bookxcess :)

      Delete
  3. jarang baca buku . hahaha . jojo suka buku bergambar.. kehkeh

    ReplyDelete
  4. banyaknyaaaaaaaaa wuhuuu tak pernah beli buku online. nak try next time ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ini belum banyak, nak banyak tggu next big bad wolf sales in Penang :p

      Delete
    2. Ommoooo bilaaaa omg i have to go !!

      Delete
    3. selalunya diorg buat dalam bulan Mac :D

      Delete
  5. banyak tu nak baca...good luck on finish it...

    ReplyDelete
  6. Dulu pernah langgan komik daripada publisher, dapat seminggu lebih awal dari tarikh keluar pasaran. Best ooo. Rsanya macam bertuah gila dapat awal. Hehehe

    Tapi komik arr...Novel tak pernah lagi beli online. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, tak pernah lagi langgan apa2. dulu pernah nak langgan komik KAWAN tapi tergendala, hm.

      Delete
  7. Ingatkan nak cerita pasal buku telefon yg yellow pages tu..haha.

    Semalam baru pergi kedai buku nak cari buku mens from mars Women from venus tu la, tapi xde...ada pun yg why mens from mars and Women from venus collide. Tadi pergi lagi, tgk pulak content dia, macam utk org dh kawin je..x jadi beli..

    Aku frust pergi beli buku mat lutfi x pasal2. Haha...
    Tak best betul kedai buku Badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek, aku ingat buku tu orang perempuan je yg minat, hahahahaahahaa...
      aku perempuan, tp aku tak minat. kalau ko beli, mohon review sikit mna tahu aku berminat utk baca dgn lebih lanjut :D

      Delete
    2. Aku bukan minat pun. Lagipun aku x minat sgt baca buku... Tapi org cakap best. Rasa mcm nak tahu apa yg bestnya... X tenteram kalau x tahu. Hahaha...

      Delete
    3. Hahaha aku rasa fasal perbezaan lelaki dan perempuan je.

      Delete
  8. huishh rajinnya sis >_< tapi betul lah kata sis pasal adaptasi buku tu. pasal harry potter memang cha pun tak puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sebab hobi. rajin tu tak sgt pun :p
      harry potter tu byk tergantung sgt sbb byk cut

      Delete
  9. memang betul tuh..kalau barang yang kita order tuh barang yang kitaa suka or minat giler tunggu 1 atau 2 hari pon dah macam 13 tahun. T__T

    ReplyDelete
  10. blom pernah bli buku online..benda lain online byk...sebab buku nak touch nk feel dlu...kihkihkih...tpi.....lebih suka yang free shipping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu nak dapat free sipping tu yg payah. kena sentiasa alert follow diorg dekat FB kot2 diorg announce free shipping promo :3

      Delete
  11. Pergh unbelieveable bile tgok harga die. Serius ke harga die murah? huhu~ Pasni kat sni la cari bku bru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dah tengok?
      itu baru sikit, sometimes diorg buat promo lg murah sampai harga bawah RM10. itu lg juling mata dibuatnya ><

      Delete
    2. hehehe. kan... tpi lagi juling lau pi kedai bku kt kl sentral. Stiap bku die jual rm10 je. Mang bku2 lame la~

      Delete
  12. zyra, hang tau dak mana nak cari original foreign language punya buku? Contohnya bahasa jepun ke.. Bahasa rusia ke. Yang original, bukan yang translate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi, advance sungguh Mona. Aku tak pernah jumpa lagi dan aku rasa takde kot kt Malaysia. Hang kena cari dekat Amazon/eBay lah kot.

      Delete
  13. aku selalu gi kedai buku tu tros kt AmCorp Mall.. tapi bila taw ko dapat sticker bagai terus rasa nak beli online gak hahahahahahahaha

    ok bulu life of pie tu memang best.. aku tgok movie dulu baru beli buku...

    tapi nak puji gak la movie tu agak detail juga.. tapi ofkos la buku lagi banyak ceritanya kan?

    happy reading!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku rasa free gift tu teknik yg paling umph utk pikat pembeli, hehehehe.
      sebenarnya, aku tak pernha lg tengok life of pi, wahahahah!

      duh

      Delete
  14. Walaupun saya tak beli buku online, saya faham perasaan menunggu parcel yang belum kunjung tiba. Apetah lagi barang tu harga yang habis seminggu overtime. Huhuhu...

    Saya rasa nak beli buku Harry Potter aaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi barang apa teuwww, wahahaha.
      beli lah beli, dijamin tak menyesal :D

      Delete
    2. wkwkwkwkw... robot sayalah...


      Dah jumpa dah itu hari, belum sempat beli lagi.. koh koh koh

      Delete
  15. perghh tempting nya tgk buku2 kauuuu. kan weh, beli buku online paling seksa sanubari. kalau aku tambah lagi satu, beli casing online wahahhaa. bila dapat berdebar-debar bukak mcm x tahu isi dalam haha.

    happy reading!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah berdebar2 tu tak tahan, bajet ada org buat seprais :))

      Thanks Nadia!

      Delete
  16. aku suka bacaan ringan² je. kalau novel tetebal gini memang makan tahun nak habiskan baca..;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa boleh buat Mime, dah terlajak minat, sehari dah boleh habis sebuku ><

      Delete
  17. Aku ada pergi bookxcess and beli buku.. Pergi sebab dekat and takyah bayar postage kalau beli online.. Memang murah.. Kalau hang nak apa2, boleh kirim.. Aku balik kedah aku singgah hantar pi kat hang kat penang sana.. tapi aku rasa hang tak sanggup tunggu kot..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah oh Lee my savior! ><
      dengki betul aku apesal diorg taknak bukak cawangan kat penang ni ntah, huhu.
      temptingnyaa hang punya offer tapi aku tak menyusahkan orang U_U
      tapi nanti klau aku nk sangat2 satu2 buku2 tu i'll let you know. lebih kepada nk jumpa hang in person sebenarnya, weeehehe!

      Delete
  18. Bookxcess tmpt peberet aku mase aku asasi di PJ dlu! Selalu pergi amcorp lepak lame2. Buku dia semua bapak murah bnyk dri tmpt lain. Aku pnh consder nak beli yg di online tu. tp aku terfikir cost post dia tu la. sobs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. bila calculate shipping kos terus emptying shopping cart, hahahaha!
      ah impian aku semoga diorg nk bukak satu cawangan kat Penang :3

      Delete
  19. Replies
    1. Belum baca. Currently reading sherlock holmesss ;)

      Delete
  20. Nampak mewah cover Life of Pi tu.

    ReplyDelete
  21. bestnyaaa, sekarang bv macam kurang masa nak baca buku. apatah lagi nak beli buku T^T
    nie tengah menanti baucer buku baru dapat beli buku banyak2. hahahahhaa

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape