Masalah Tak Flush Toilet (18PL)

Hey guys,

Kepala hotak aku ni berkebolehan memikirkan tentang kek cheese coklat dan berubah kepada tandas awam dalam masa sesaat.

Dan semalam aku memikirkan tentang isu yang tak habis diperkatakan oleh orang ramai - Masalah tak reti flush (pam) tanda selepas digunakan. Sapa je yang suka apabila masuk bilik kecik tersebut lalu disambut oleh seketul tahi yang ditinggal sepi? Boleh termati terus hasrat nak melepaskan hajat. Persoalannya, kenapa susah sangat manusia ni nak flush tandas lepas guna? Maka aku pun cuba untuk menyelami apa yang mereka lalui..


1- Takde Air
Mungkin diorang masuk tandas lepas orang lain baru guna, then air dalam tangki belum sempat nak penuh, tarik flush pun keluar angin je. Maybe they just shrug their shoulders dan berlalu pergi dengan sedikit rasa bersalah. Nasib baik aku tak pernah jadi macamni. Mungkin sebab aku selalu guna tandas duduk yang kurang digemari orang ramai, maka air dalam tangki sentiasa ada. Mungkin.

2- Flush rosak
Tipikal tandas awam. Tarik flush rupanya flush dah loose. Tak pun picu (picu ke?) dah patah atau tercabut entah ke mana-mana. Again, just shrugging shoulders then berlalu pergi dengan rasa kurang bersalah, hey bukan salah aku, dah flush yang rosak. What to do?

Dua alasan di atas pada aku agak munasabah. Munasabah lah jika nak dibandingkan dengan alasan seperti: nak cepat, terlupa, pemalas, pengotor, bukan hal aku, nanti makcik cleaner takde kerja dan 1001 alasan lain. Sejujurnya, bila dah melepaskan hajat dan terjadi salah satu (atau kedua-dua) perkara di atas, apa korang akan buat?


Adakah korang akan memikirkan untuk cari gayung atau sesuatu yang berupa bekas, tadah air kat sinki, kendian flush secara manual? Tapi melalui pengalaman berak selama lebih 20 tahun, untuk melupuskan tahi, memerlukan kuantiti air yang banyak dan tekanan air yang tinggi. Kalau siram sikit-sikit ni umpama mencurah air ke daun keladi je. 

ATAU

Bagi kes (1), kau boleh tunggu sampai tank penuh balik, lalu tarik flush. Penantian itu satu penyiksaan. Buatnya sejam kemudia baru tank penuh, membusuk lah kau dalam bilik kecik tu. Atau sekumpulan pasukan bomba dan penyelamat datang memecahkan pintu sebab menerima laporan orang ramai yang menunggu giliran untuk guna tandas.

ATAU

Kau buat tipu muslihat sikit kekonon macam David Copperfield. Kau ambik tisu tandas (kalau ada), kalau takda kau ambik tisu sendiri je lah (kalau ada), kalau takda juga lantak kau lah. Kemudian kau selimutkan hasil masghul tadi dengan tisu. Taddaa! Takde tahi kelihatan. 

ATAU

Cubalah untuk berak di kediaman sendiri instead of tandas awam. Jangan keluar rumah jika kau makan makanan pedas, nyiahahah! Cuba paksa berak sebelum keluar rumah.

Entri kali sangat menjijikkan bukan? Tapi mari lah berfikir sejenak. Kebenaran itu memang pahit. Sampai bila isu tandas awam ni nak berleluasa? Tahun 2020 tak lambat lagi dah, empat tahun je lagi. Takkan kita masih nak hidup seperti cavemen?


Selamat bertinja dengan bergaya 

Terima Kasih Cikgu!

Hey guys,

Entri bersempena dengan Hari Guru 2016.

Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Jah (panggilan mesra orang kampung), cikgu tadika KEMAS aku dulu yang membuat aku kenal apa itu twinkle twinkle little star dan baa baa black sheep ketika aku berumur 5 tahun. Juga yang sabar melayan kerenah aku yang tak suka mengira syiling plastik. 

Tidak aku lupa jasa Cikgu Ramli yang sabar dan tekun mengajar aku dalam kelas matematik aku yang pertama di darjah satu. Terima kasih kerana sabar menunjukkan kepada aku bahawa sepuluh ditulis sebagai 10 dan bukannya 01.

Terima kasih juga kepada cikgu Rosli, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas aku selama 3 tahun berturut-turut. Terima kasih kerana mendorong aku dalam akademik dan bidang seni (melukis dan mewarna, bukan seni suara). Telah diadakan pertandingan mewarna besar-besaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan ketika aku di darjah tiga. Cikgu Rosli kelihatan resah mencari-cari dalam lauatan pelajar. Rupanya mencari aku. “Buat yang terbaik!” katanya bersemangat. Dan petang itu, hidung aku begitu kembang sekali bila merangkul title juara.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang sangat sabar dengan kerenah aku yang rebellious di awal remaja. Terima kasih kerana memahami dan bukan sekadar menghukum.

Dasar pemalas tahap sloth. Main recycle komik page FB je. Huhu.
Selamat Hari Guru Disiplin!

Dan akhir sekali, jutaan terima kasih kepada guru-guru tingkatan enam aku, Cikgu Basir, Cikgu Rosli, Cikgu Hasnah, Cikgu Helmi, Cikgu Maryam dan ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan. Terima kasih kerana tak pernah putus harapan dan sentiasa menggalakan, memberi sokongan padu dan perhatian tanpa sempadan sehinggalah dari C- menjadi A+

Terima kaseyyyh!!!
(Dah macam Alleycats..)

Ajar anak kau menghormati guru 

Gentelmen v Gentleman

Hey guys.

Baca tajuk betul-betul.

Minggu sudah aku rasa muscle lengan aku ni naik dengan mendadak. Mana tidaknya kalau terpaksa angkat motor dua hari berturut-turut. Okay, 'angkat' motor tu rasa macam hiperbola sangat. Terma yang tepat adalah 'seret'.

Tempat aku parkir memang sangat sempit. Kereta diparkir sebaris secara sisi. Sengaja aku tinggalkan ruang yang agak luas di bahagian depan bagi memudahkan aku untuk keluar. Dan ruang tersebut telah digunakan oleh seorang penunggang motorsikal ni sebagai tempat meletak motornya.

Nak reverse bukan lah satu pilihan bila kereta belakang hampir french-kissing bontot kereta aku dan kereta aku pulak belum canggih untuk bergerak mengiring macam ketam. Jadi terpaksa lah aku berbuat sesuatu dengan motor tersebut. Dengan mengumpul segala kudrat aku seret dan ubah motor sedikit ke tepi. Untung jugak motor Honda Wave, dibuatnya Ducati superbike maunya aku tido dulu dalam bonet.


Aku tak kisah nk kena seret motor tu. Tapi aku menyampah bila aku diperhatikan je bila terhegeh-hegeh dengan motor tu. Kawasan tu memang ramai lelaki. Tapi setakat tahu buat bunyi cencurut jelah. Takde rasa nak datang tolong the damsel in distress, kahkahkah. Agaknya konsep gentlemen bagi diorang adalah dengan memakai tuksedo dan minum di hotel lima bintang. Atau adakah aku ini kelihatan seperti seorang penyokong tegar feminism? Tak tahu ke aku penyokong kuat meninism?

Tak kisah lah taknak tolong pun.
Tolong jangan tengok pun dah cukup bermakna bagi aku.

Berbeza pula sewaktu aku pergi membeli belah keperluan rumah di Tesco tempoh hari. Dengan kayu mop/penyapu bersilang, rak buku tiga tingkat dan groceries so yeah, its quiet heavy. Time tu jugaklah perut aku menjerit mintak disumbat KFC. Dalam KFC tokleh bawak troli. Takkan aku nak tinggal barang-barang semua kat luar, aku insecure macam Kak Mah. Karang orang sorong troli aku tak ke melopong hisap tulang ayam..

Setelah kenyang menjamu selera aku mendapati troli aku tadi dah dikutip oleh perkerja Tesco yang berdedikasi. Great. Aku angkat semua barang dan cuba menyusup keluar dari pintu kaca KFC yang sedang ditolak oleh seorang amoi. Tapi tak sempat. Dalam pada aku berkira-kira nak tolak pintu guna bahu atau kaki, seorang lelaki Cina yang sedang mendukung anak meluru laju dan tolong buka kan pintu sambil tersenyum. Tersentuh hati ini, sobs.

After thanking him profusely, aku beredar dengan penuh kepayahan dengan muatan yang melebihi had tersebut sambil menjeling troli liar yang ditinggalkan sepi. Tiba-tiba satu suara menyapa, "Are you okay? Can you manage?" lelaki Cina tadi. Tiba-tiba aku rasa nak menagis kat bahu dia, hahaha betapa concern-nya seorang stranger. Rasa macam nak selfie dengan dia sebab kindness from a stranger sangat rare zaman sekarang.

Aku harap anak yang didukung itu satu hari nanti meneladani bapanya.
Kita memerlukan lebih ramai gentlemen.
Bukan 'gentelmen' kaki cencurut.


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke dalam pinggan nasik aku, nyum! 

Mood Marvel & DC

Hey guys,

Aku bukan peminat Captain America mahupun sekutunya tapi aku suka layan movie superheroes. Jadi 28hb April lalu aku pun pergi menontonnya. Seperti biasa, hari pertama tayangan memang fullhouse tinggal seat depan skrin aje. Untung jadi orang single, tetiba ada satu seat kosong no.13  dekat tetengah panggung. Memang khas untuk aku lah tu.

Captain America Civil War (CACW) best. Padat dengan aksi, emosi, dan humor yang bersahaja  (harap ini bukan spoiler). Terhibur jugak para penonton dengan jenaka spontan. Memang enjoy habis walaupun aku duduk sebaris sdengan mamat yang suka kentut. Vibrate jugak lah seat tiap kali dia kentut, nasib baunya tak sampai ke aku. Manakala Batman v Superman (BvS) bagi aku lebih kepada dark, damp and intense. Oh ya, aku bukan fan DC Comic, aku fan Batman (ewah dah macam Lois cakap I'm not a woman, I'm a journalist). 

Mood Marvel


Bagi aku tak kisah lah theme dark ke colorful ke, apa yang penting adalah plot dan jalan cerita. Aku cakap CACW best sebab plot dia digarap dengan baik dan lebih aksi yang memukau berbanding BvS. Manakala BvS tu jalan cerita banyak sangat lompong sana sini yang buat aku jadi macam "aikk?" dan ada sesetengah scene tu macam takde motif, nasib Ben Affleck bawak watak Batman dengan jayanya (bagi aku lah). Boleh lah diibaratkan baca buku karya Dan Brown dan Faiz Ibrahim perbezaanya.

Mood DC

Anyway, aku bukanlah orang yang layak nak komen lelebih pasal filem apatah lagi komik. Komik Marvel dan DC punya tarikan memasing, mungkin apabila difilemkan ia jadi lain. Sebenarnya aku cuma nak kaitkan mood komik-komik ni dengan mood aku je. Hahaha. 

Tolong jangan kecam, aku buntu takde idea menulis selama hampir sepurnama ni guys.
Sokong lah ciked, nyahahah!


Next, Suicide Squad, weehu! 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape