Panggilan Untuk Lelaki Tidak Dikenali

Hey guys!

Aku cukup tak suka nak menyapa seseorang lelaki yang tidak dikenali.

Nak panggil abang, takut lelaki tu get the wrong idea.
Aku pernah kerja sebagai pembantu mini market lepas habis SPM dulu. B
Bos Cina aku memang suruh sapa semua lelaki sebagai abang, walau lelaki tu berkedut seribu.
Seorang auntie India pembantu kedai telah menyapa sorang customer sebagai 'pak cik'.
Pada aku, diorang nampak macam sebaya.
Teruk jugak lah auntie tu kena marah dengan bos kedai.
Auntie tu bela diri dengan mengatakan panggilan 'abang' akan buatkan lelaki jadi gatal.
Alhamdulillah aku tak pernah berada di situasi di mana aku kena acknowledge customer lelaki sepanjang kerja kat situ.




Nak panggil pak cik, nanti kecik pulak hati.
Waktu aku naik sebuah bas ekspress beberapa tahun lepas, ada sorang perempuan ni yang aku kira seorang penuntut IPT.
Dia meminta pemandu bas berhenti di satu kawasan.
Pemandu yang berhemah tu pun akur dan berhenti, pintu bas pun terkuak.
Perempuan tadi berlalu turun sambil mengucapakan 'terima kasih, pak cik'.
Muka pemandu bas tu yang pada tanggapan aku dalam lingkungan 30an terus jadi kelat.

Nak panggil adik? Ego lelaki boleh retak seribu.
Aku penah sekali bergurau dengan seorang kenalan lelaki yang baru dikenali dalam satu program universiti.
Selesai sesi suai kenal, kami beramah mesra.
Disebabkan dia muda setahun dari aku, sengaja aku panggil dia 'adik'.
Dia tersenyum satu macam sambil berkata; 'Hahah.. panggilah lah adik, nanti 'adik bangun' tak tahu..'
Dan aku diam seribu bahasa sepanjang program.

Jadi bagaimana?
Sebagai jalan penyelesaian bilamana keadaan memaksa, aku akan bahasakan orang tu sebagai 'encik'.
Lantaklah korang ingat aku skema ayam ke, formal ke, sombong ke apa janji aku selesa.
Panggilan 'encik' universal.
Tak timbul masalah kalau lelaki tu tua, muda, miskin, kaya, duda.

'Encik, nanti tolong berhenti lepas simpang depan tu ea'
'Encik, tumpang tanya, jabatan perundangan di tingkat berapakah?'

Aku cukup susah nak panggil orang abang.
Pergilah tanya bekas-bekas boyfriends aku dulu mana ada penah aku panggil diorang abang.
Aku hanya guna abang untuk abang-abang kandung darah daging sendiri.
Dan semestinya panggilan 'abang' di reserve untuk suami aku nanti.
*batuk berdarah*


Hai encik! 

Bukan Manusia Kopi

Hey guys!

Semalam aku terbeli kopi kegemaran para hipster.

Ini pertama kali aku hirup kopi mahal.
Banyak betul ekpektasi aku sewaktu membaca bismillah.
Dengan harga begitu, aku sangka akan rasa sedikit syurga.
Tapi hampa. 

disklemer: dia ni pakai inner ketat warna putih. 
maka selamat untuk ditonton oleh anak-anak di bawah umur 18 tahun.


Rasanya sama seperti kopi kebanyakkannya dengan harga jauh lebih murah.
Entah,  mungkin deria rasa aku ni tak berapa artistik dalam menilai seni.
Atau aku mungkin bukan manusia kopi.

Kopi mungkin dapat buat sesorang menjadi bertenaga.
Tapi untuk aku,  kopi hanya melemahkan. Aku jadi lemau seharian.
Itulah, apa yang baik untuk orang lain, belum tentu baik untuk kita #deep

Kalau makan di luar, aku selalu menimbal-balik dua perkara:
Makanan sedap atau minuman sedap.
Sebagai seorang gadis yang mempunyai lapan nafsu makan, pilihan aku mestilah yang pertama.
Aku tak kisah dengan minuman, air putih kosong pun dah memadai.
Minuman sekadar untuk menolak makanan/hilangkan pedas, bukan untuk dinikmati, hahaha.
Tapi bab makan, perlu extravaganza.

Ternyata tindakan aku selama ini membeli makanan instead of over-priced beverages adalah tepat dan munasabah.

Food for life 

Kehebatan Ayah

Harini, 14 September pukul 7.45 pagi aku memandu pulang ke Penang.

Memandu dengan hati yang retak dan perasaan yang berkecamuk.
Aku terluka. Sekali lagi. Harapnya yang terakhir.
Lantas aku teringatkan ayah.
Ayah, satu-satunya lelaki di dunia yang mengasihi anak perempuannya tanpa sebarang syarat.

Bagaikan terhubung-kait, aku melintasi tanah perkuburan para syuhada yang terkorban dalam kebakaran asrama puteri Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. Lantas aku teringatkan cerita tentang ayah yang diceritakan kepada aku oleh abang dan kakak..

***

Tahun 1989.
Pagi itu hampir seluruh negeri Kedah digemparkan dengan tragedi kebakaran asrama puteri Pondok Pak Ya. Hebahan diumumkan di corang radio RTM meminta para waris segera ke kawasan asrama. 

Sekembalinya ayah dari sawah, emak menghampiri ayah yang sedang duduk di atas anak tangga rumah. "Asrama sekolah Yati terbakaq, pi la tengok.." kata emak perlahan. Yati kakak aku nombor empat, merupakan salah seorang penghuni asrama puteri yang hangus dijilat api.

Tanpa berlengeh dan melepas lelah penat di sawah, ayah segera bermotosikal ke rumah Pak Tam di sebelah. Diajaknya Pak Tam yang berkereta ke kawasan asrama. Pak Tam yang masih mamai-mamai baru bangun tidur hanya diam tanpa jawapan.

Melihat Pak Tam yang tidak memberikan respon, ayah nekad bermotosikal ke kawasan asrama. Seketika kemudian ayah kembali ke rumah dengan berlumuran darah. Ayah terjatuh motor di persimpangan jalan. Emak kaget. Manakan dengan nasib anak yang belum diketahui, suami pula ditimpa kemalangan. Seketika kemudian muncul Pak Tam. "Aku tak cakap apa lagi, aku tak cakap pun tak mau pi!" kata Pak Tam menggeleng melihat keadaan ayah.

"Jom pi klinik" kata Pak Tam kepada ayah sebaik ayah memasuki keretanya. Ayah menggeleng, "asrama Yati" kata ayah tanpa menghiraukan keadaanya. Pak Tam memandu. Cuba jugak dia mengajak ayah supaya mendapatkan rawatan terlebih dahulu semasa perjalanan. Tetapi ayah tetap berkeras dengan keputusannya.

Tiba di perkarangan asrama, ayah terus hilang dalam lautan manusia tanpa sempat ditahan oleh Pak Tam. Ayah tercengang-cegang, matanya meliar mencari satu susuk tubuh anak perempuanya. Pak Tam yang lebih tenang dan rasional menuju ke papan kenyataan yang tertulis nama-nama pelajar yang terkorban. Pak Tam terserempak dengan Pak Teh yang lebih awal tiba di lokasi.

Ayah kembali ke perkarangan asrama bertemu Pak Tam dan Pak Teh. Sesusuk tubuh kecil muncul dari belakang Pak Teh. Yati, anak ayah. Melihat anak yang dikasihi selamat, ayah jatuh rebah. Baru ayah terasa sakit di badan sendiri akibat kemalangan tadi. Ayah dan Yati dibawa pulang. Kali ini, ayah bersetuju untuk mendapatkan rawatan.

Syukur kakak aku bukan salah seorang dari 27 orang pelajar yang terkorban.

***

Tanah perkuburan tersebut telah lama aku lewati dan tanpa sedar aku telah pun berada di atas lebuhraya.
Tak banyak kenangan aku bersama ayah.
Kadang aku rasa cemburu apabila mendengar cerita-cerita tentang ayah dari abang dan kakak.

Hanya 10 tahun ayah dipinjamkan kepada aku.
Ayah yang memujuk setiap rajuk dan duka.
Ayah yang mengejutkan aku dari tidur dengan mengusap wajahku.
Ayah yang hanya ketawa dengan setiap marahku.
Ayah yang sabar dengan setiap kenakalanku.

Ayah..

Bersama titis air mata rindu datangnya semangat.
Semangat untuk terus ke depan.
Satu hari nanti inshaAllah, akan ku temui lelaki yang dapat menerima aku.
Dan hebat seperti ayah.

Kuih Loyang

Aku perasan aku kuat.
Macam Kuih Bakul.
Liat,  kental,  padu.
Baling dinding pun boleh melantun-lantun.

Tapi aku sekadar Kuih Loyang.
Rapuh.

Kalau ada ukuran untuk tahap kesakitan yang boleh diterima oleh tubuh badan manusia,  macamana pula dengan hati?
Berapa endurance yang ia boleh terima sebelum mati.
Itupun kalau ia boleh mati.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape