Text and Drive Untuk Golongan Bangsat

Hey guys.

Aku nak rant pasal kehidupan di atas jalan raya sikit.

Aku tak pernah encounter pemandu mabuk sepanjang aku memandu.
Mungkin sebab aku sebolehnya elak memandu pada malam minggu di kawasan kelab malam.
Tapi aku pernah saksikan bekas-bekas kecelakaan jalan raya yang ditinggalkan oleh pemandu mabuk.
Kereta sodok rumah kedai sampai jadi tin penyek.
Kereta langgar pokok besar tepi jalan.

Walaupun selalu memandu di waktu orang mabuk lazimnya tidak berkeliaran, hakikatnya aku masih tak selamat. 
Sebabnya masih bersepah pemandu 'mabuk' di jalanraya tak kira waktu.
Siang, pagi, malam, petang.
Siapa mereka?
Mereka ini adalah golongan bangsat yang memandu sambil main handphone.

Aku boleh terima kalau kau main fon waktu traffic-jam, yelah kau kan perlu update tentang kesesakan tu dekat Waze, dekat sahabat handai, dekat followers. Faham.
Aku tak kisah jugak kalau nak belek fon kesayangan kau wktu traffic light tengah merah. Yelah, kena bagitahu orang tersayang bahawa kau sedang dalam perjalanan, atau nak confirmkan dengan sahabat handai tempat lepak kejap lagi. Faham. Kau orang popular. Ada life.

TAPI TOLONG JANGAN MAIN FON KETIKA KERETA SEDANG BERGERAK LAJU!!!

Sila sedar diri korang bukan pemandu yang cekap pun walau ada berpuluh tahun pengalaman memandu. 
Melainkan korang ada sepasang mata tambahan atas dahi untuk pandang ke depan semasa sepasang mata lagi pandang fon.
Tahu tak dalam masa 2 saat macam-macam boleh terjadi di atas jalan raya?
Dan aku rasa bukan 2 saat masa yang diperuntukkan bila kau tengah tersengih baca mesej dalam group whatsapp.

Aku hampir berlanggar dengan kereta golongan bangsat ni dua kali.
Aku di lane laju dan bangsat di lane tengah. Dengan tak semena-mena kereta bangsat tu melelong ke arah aku, sebelum melelong masuk ke lane tengah semula.
Bila aku potong dia, sempat aku jeling si bangsat. Tengah tersengih macam orang gila mengadap fon, tangan sebelah terkeluar dari tingkap yang terbuka, santai.
Lagaknya macam tengah lepak atas sofa di ruang tamu rumah.
Langsung tak hirau, tak sedar, yang aku ni separuh nyawa tekan break rapat ke lantai kereta.
Kalau aku terbersin sewaktu dia melelong secara tiba-tiba, mungkin aku dah tak menaip sekarang ni.

Aku rasa panggilan bangsat tu terlalu sopan.

Tak kisah kalau kau text and drive dan kau langgar pokok atau jatuh gaung, mati sorang-sorang.
Aku serius tak peduli. Good riddance.
Tapi masalahnya kau boleh babitkan nyawa orang lain. Dan mungkin bukan satu nyawa je.
Dan lebih teruk lagi, orang lain yang mungkin mati dan kau selamat.
Kalau pun tak mati, mungkin mengalami kecacatan kekal yang perlu menyusahkan orang lain untuk jaga.

Sebelum fikirkan diri kau je, fikirkan orang lain juga.
Jalanraya milik bersama, bukan hanya milik kau dan bapak kau.
Allah bagi akal, tolong fikir.
Macamana kalau kau terlanggar penunggang motorsikal waktu sedang galak bertexting?
Dan orang yang kau langgar tu meninggal?
Macamana kalau orang yang meninggal tu ketua keluarga di mana dialah punca pendapatan keluarga?
Macamana kalau dia anak harapan sebuah keluarga yang miskin?

Tak ada alasan yang munasabah yang membolehkan kau text masa drive.
Emergency? Berhenti tepi jalan.
Awek merajuk? Dump her. Kalau bodoh tak reti bahasa kau tengah memandu, tak guna simpan.
Sibuk? Call terus orang tu, pakai earphone, bersembang lah sampai esok.

Dan guys, dengar lagu tu dengar lah jugak, tapi kadang bila drive tu banyakkan selawat, istighfar, memuji Allah.
InsyaAllah kita akn berada dalam lindungan-Nya.
Bak kata cikgu memandu aku dulu: Bila kita di atas jalan raya, sebelah kaki dah berada dalam kubur.
Kedengaran ngeri, tapi itu lah hakikat.
Sama ada kita jadi mangsa atau kita yang jadi pemangsa.

Please take note 

Pakcik Burger

Hey guys.

Depan rumah aku ada sorang pakcik dan isterinya berjual burger, hotdog dan tak lupa jugak oblong.
Ya, profesion menjual burger ni lazimnya dipelopori oleh golongan lelaki muda. 
Tapi itu tidak menghalang Pakcik untuk menghasilkan buger yang bermutu dan lazat. 
Lebih lazat dari burger Abang Sado.

Sejak aku mula mengamalkan gaya hidup sihat, dah lebih setahun aku tak membeli burger Pakcik.
Kalau dulu, boleh kata tiap hari jugaklah aku melahap burger. 
Pada waktu malam pula tu.
I love to lead a dangerous life.

Pada malam minggu lepas, aku ke kedai Tujuh Sebelas untuk membayar bil. 
Aku melintas kedai Pakcik. 
Ah,  alang-alang dah lalu order lah burger daging sepukul. 
Selepas memberi order kepada Pakcik yang sibuknya boleh tahan,  aku berlalu sambung perjalanan ke kedai.

Selesai urusan di kedai Tujuh Sebelas, aku kembali ke gerai Pakcik.
Mujur jugak aku tak terlupa dan terus berjalan balik ke rumah.
Baru je aku nak melabuhkan punggung atas bangku, Pakcik hulur bungkusan burger aku. 
Fuh pantas! Dan dengan kurang pantas aku membayar harga burger.

Aku sedikit kecewa sebab tak sempat cakap dekat Pakcik supaya letak sos tomato. 
Bukan sebab aku tak tahan pedas, tapi bagi aku burger Pakcik bertambah sedap dengan sos tomato.
Sos tomato dia tak sama dengan sos tomato KFC atau McD.
Mungkin Pakcik menggunakan sos keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Balik ke rumah aku pun membuka bungkusan burger yang masih panas. 
Sambil mata tajam menghadap laptopburger di tangan aku gigit dengan rakus.
Serentak dengan itu aku rasa sangat terharu.
Pakcik letak sos tomato.

(Lalu timbul imaginary conversation dengan Pakcik)

Tak sangka Pakcik masih ingat preference aku. 
Dah lama kot aku tak pegi kedai dia. 
Dan pelanggan dia boleh tahan ramai dan datang dari tiap penjuru daerah.
Aku kagum.
Pakcik memang seorang ahli perniagaan yang berkarisma dan berkaliber. 
Atau,  aku satu-satunya pelanggan dia yang dah tua bangka tapi mintak sos tomato.
Kahkahkah.


Entri ni membangkitkan nafsu makan aku jelah 

How to Tame a Zyra

Hey guys.

Aku tengah consider untuk berhenti beli buku. 
Yah,  ibarat tengah consider untuk menghentikan pengambilan oksigen.

Tapi pada masa yang sama aku jadi gundah-gulana takut penuh satu bilik dan timbul masalah bila nak pindah. Aku pulak bukan jenis yang akan jual buku atau kasi kat orang. Jadi jangan berharap (tetiba).

Aku syak suka membaca ni merupakan satu penyakit yang tak berjangkit. Aku mula detect penyakit ni seawal umur 6 tahun kalau aku tak silap haribulan dan tahun.

***
Sebagai anak-anak yang membesar dalam zaman kegemilangan rock kapak, lagu-lagu hits rock, slow rock waktu tu memang menjadi halwa telinga saban hari. Band boys muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Boleh kata tiap hari ada lah jugak dalam dua tiga kali aku dengar lagu 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' dendangan kumpulan Ukays dari corong radio.

Satu petang, aku melalak lagu tersebut sewaktu terdengarnya sayup-sayup dari radio yang terletak dalam kedai runcit keluarga. Kakak aku yang sedang cuba tidur siang annoying gila dengan adiknya yang satu ini. Risau pun ye. Yelah umur belum akil baligh tapi dah fasih nyanyi lagu cintan-cintun yang sendu. Dengan lingkungan umur pada waktu tu, aku sepatutnya nyanyi lagu 'Anak Itik Tok Wi'.

Kakak aku bangun dan capai satu novel kumal bewarna gelap. "Nyanyi ja tahu, nah baca ni!" Dan aku pun berhenti menyanyi secara terbuka sejak hari itu. I have fallen in love.

Aku tak ingat tajuk novel tu. Jalan cerita lagilah tak ingat, tenggelam dalam memori yang tak digunakan (rujuk kepada filem animasi Inside Out). Yang aku ingat ada satu keluarga miskin. Anak bongsu dia menghidap jantung berlubang.  Ada keluarga kaya nak bantu. Rupanya keluarga kaya tu kelurga asal budak jantung berlubang.  Sort of.

Sejak itu,  aku dapat dijinakkan dengan buku. Sibuk panjat pokok turun pokok, kakak aku hulur buku cerita kanak-kanak terus aku duduk diam bersimpuh sopan. Aku taknak sikat rambut dan sibuk nak berseluar pendek konon jadi laki,  hulur je buku terus aku bertocang dua dan berskirt ropol-ropol.

Haa gitu.

***

Sayangnya. Tak seorang pun kawan aku yang hadiahkan aku buku. Yang diorang tahu, teddy bear. Apa,  aku ni nampak seperti seseorang yang cuddling teddy bear ke pada waktu senggang? 
Aku suka beruang biru.

Ni sendiri beli hadiah untuk diri sendiri. Don't judge me.

Jadi, kalau rasa-rasa aku kelihatan liar dan ganas, korang cuba cuba lah hulurkan buku. Aku mungkin akan bertukar jadi anak kucing yang comel dan manja. Tapi jangan tersalah hulur buku yang tajuk macam: 'Suamikau Mati Pucuk' / 'Isteriku Kening Lukis', kau tengok jelah cemana nanti aku jadi lebih hijau dari Hulk. Hahaha.

Cinta aku kepada buku is kinda creepy. Kalau ada lelaki meminang aku hanya dengan sedulang novel thriller english, I might say yes!!

Itu kisah tabiat aku yang dibawak sejak dari kecik.
Anda pula bagaimana (selain dari tengok kartun)?


Sedang gila beli buku nota 

Gadis Berkumis

Hey guys.

Kumis.
Semua orang memilikinya tanpa mengira jantina.
Bezanya cuma lebat/tebal atau nipis/halus.

Aku nak cerita pasal seorang gadis berkumis.
Takkan nak bercerita tentang lelaki berkumis pulak.
Kumis dan lelaki kan bagai aur dengan tebing.
Tapi kumis dan wanita? Itu adalah sesuatu.




Masa sekolah menengah ada classmate aku sorang, Narcissa. Dia gempal tapi putih gebu. Dan dia ada misai halus. Sebab dia putih sangat maka terserlah misainya yang bewarna hitam itu. Waktu tu aku sangat bersyukur berkulit gelap.

Satu hari aku nampak kelainan pada Narcissa. Satu jam matapelajaran Matematik pagi tu aku bazirkan dengan memikirkan apa kelainan pada Narcissa. Persoalan aku terjawab bila dia menghampiri aku untuk duduk bergosip dengan teman sebelahku pada waktu rehat:
Narcissa telah mencukur misainya.

Dua hari kemudian muncul warna kehijauan di sekitar bibir atasnya.
Misai barunya sedang galak tumbuh. Kadang tangannya menggaru-garu tanpa sedar.
Tak cukup dengan itu, kadang-kala digarunya pula menggunakan hujung sebilah gunting logam.
Gatal betul agaknya.

Seminggu kemudian misai Narcissa kembali meraja di atas bibir.
Lebih subur dari sebelum bercukur.
Lebih pekat hitamnya, lebih tebal helaiannya.
Dan lebih panjang.
Bagai dibajai dengan kasih sayang tak berbelah bahagi.

Sejak haritu Narcissa tidak lagi mengendahkan perihal misainya.
Aku pun kurang arif mengenai kondisi Narcissa sekarang.

Ingatan tentang Narcissa termati.

Aku kembali mengadap muka sendiri di cermin. Wax di dalam balang kaca aku selet dengan spatula kayu. Dengan teliti aku sapu wax yang melekat di hujung kayu ke tepi bibir. Kain cotton putih aku tekapkan segera di atas wax. 

Zappp!

Kain putih aku rentap ganas.
Melekat helaian bulu halus di permukaanya bersama sisa wax.
Aku harap Narcissa pun melakukan hal yang sama di rumahnya.

Motif entri?
Ladies,  waxing is so much better than shaving. Bear that in mind. Always.


Entri tanpa modus operandi 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape