Salam,
Aku rasa kalau budak kampung atau budak yang berasal dari kampung mesti tahu satu tradisi bila tibanya bulan Ramadhan iaitu menghantar juadah masakan ke rumah jiran tetangga. Budak bandar dan pekan pun pernah jugak rasa pengalaman tu, tapi tak banyak lah kot.
Actually, saat-saat ini selalu aku nanti-nantikan. Rasa seronok dapat memberi sesuatu kepada seseorang. Rupanya penyakit ni melarat sampai ke tua. Rasa happy lain macam bila boleh bagi something kat orang, patutlah Santa Clause selalu happy hohohoho.
Tapi sekarang, jangan kata bandar, kat kampung pun dah tak berapa nak wujud lagi tradisi ni. Mungkin faktor sibuk, selfish, atau faktor ekonomi yang tak membolehkan orang kampung untuk masak lebih? Atau adakah orang sekarang self-esteem rendah, takut masak tak sedap utnutk diberi kat jiran? (Nak nak pulak jiran mulut neraka jahanam, kahkah!)
Sekarang ni, walaupun rumah berkongsi dinding dengan jiran kiri dan kanan, berbumbungkan lantai jiran, berlantaikan bumbung jiran, ada yang masih tak kenal jiran. Jauh sekali lah nak menghantar makanan bagai, huhuhu. Tak macam dulu, aku kena ikut short-cut redah semak, lalu dekat paya (sempat jugaklah usha anak-anak ikan) untuk ke rumah jiran-jiran. Tapi still rasa bahagia hidup bermasyarakat.
Mungkin jugak faktor teknologi menyebabkan tradisi ni makin diancam kepupusan. Masyarakat sekarang masih mempunyai rasa untuk berkongsi juadah berbuka, tapi kongsi di Instagram, Facebook dan media sosial yang sama waktu dengannya je lah. Pendek kata, jemput tengok dan terliur sahaja ye chuolls, Kahkahkah!
Now you know why i love karipap