Tragedi 50 Batang Ais Malaysia

Cuti raya ritu gua berpeluang balik kampung barang semalam dua *awal2 lagi dah nipu. Padahal nengok dari date entri terakhir gua memang jauh jaraknya. Ramai jugak yang nangis meraung2 tak keruan, bimbang gua tinggalkan alam blogging *ewah lepas raya ni banyak pulak nipunya kan

Adik badik gua yang lain berserta anak2 buah yang sederet ketapi pun balik. Depa kalau balik tak sah kalau tak berpergian beramai2 ke rumah Mak Cik Besah, bukan untuk ziarah orang tua tu tapi atas dasar ingin membeli ais malaysia.

Gua tak sebut ais krim sebab memang tadak 'krim' pun pada ais tu yang sekadar minuman yang dibekukan dalam plastik kurus yang selim.

Best betul budak2 tu membeli sampai lima hengget, dapat 50 batang, wahhh! seposeng je sebatang korang hadooo? Yaa hanya sekupang untuk satu ais, tu yang kemain galak mereka membeli tanpa berfikir panjang.

Oh dulu kakak gua yang sulung penah jugak buat ais ni dan letak kat kedai runcit abang gua untuk dipasarkan. Macam2 perasa ada, salunya milo, grape, oren, jagung, sarsi ahhh slurp! terliur gua weh.



Ais untuk gua? haruslah lain dari yang lain dan spesial gitu, kompom2 menjadikan bebudak lain iri hati, hohoho. Korang nak terai pun bulih tapi jangan dikomersialkan, kalau nak jugak kena kasik gua komisyen 43.67% dari hasil jualan, koh koh

Sonang sangat kan nak buat ais osem ni, kalau ada yang tak reti memang gua kasik tempeleng secara percuma. Bersusah payah gua membuat diagram ala-ala buku rujukan sains sasbadi tahun 6 ni, sia2 je kalau lu orang tak peraktikkan.


Gua suka perasa asam dengan sebijik asam kat dasar ais, fuh fuhh sedap dikemam begitu saja. Tapi gua geget ais sebelah yang tadak asam supaya asam tu gua boleh nikmati last sekali, aaaaah terangsang pulak taste-buds gua.

Marilah sesama kita berazam untuk membina ais malaysia berperisa asam dengan meletakkan beberapa bilah asam boi sebanyak mungkin *gua gagal subjek BM sejak tabika kemas lagi.
Ais ni elok dinikmati waktu tengahari sebab beliau bulih jadi penghilang dahaga sebab tak berkrim. Kalau gua makan cornetto kompom2 gua kena pulak pi cari ayaq, dengan adanya ais ni, dahaga bukan satu masalah lagi, tima kasih alamas, ehh

Oh sambung cerita awal tadi. Memandangkan jumlah ais yang seramai 50 batang tu, maka seisi lapisan masyarakat family gua pun memakan tanpa mengira kaum dan peringkat umur dari seawal usia 2 1/2 tahun hinggalah ke 78.34 tahun *tok gua lettew.

Dan, abang ipar gua pun telah dikejarkan ke supermarket berdekatan untuk membeli poliden, ehh silap, sensodyne akibat gigi beliau tetiba menjadi sensitip dan mudah tersentuh dan asik nak marah.

Pesaing tegar ais malaysia: ais pop! Gua suka kepak2, awmm!

Gua yakin benar bebudak kampung yang lain kecewa dengan sikap rakus dan boros anak2 buah gua. Sebab depa dah tak berpeluang membeli belah ais di rumah makcik besah lagi kerana menurut makcik besah semua ais dah sold-out.

Ehhh, baru gua terperasan bahawasanya entri gua kali ni ada iras2 keratan akhbar harian metro. Ok, gua perlu berbuat sesuatu, nak pi bertapa barang sepurnama dua sat, bai.

P/S: Entri raya gua tergendala akibat terkena serpihan bunga api. Beliau kini dirawat oleh Lembaga Penapisan Entri Blog Malaysia (LPEBM) dan akan dipublish beberapa hari lagi. *hari lah sangat.

Tips Elak Kemalangan Di Musim Raya, Yey Raya!

Hi uolls, dah plan nak balik kampung ke yang di perantauan tu? Mihmihmih, kemain gua dengar2 mak jemah beli tiket sejak Jun 2012 lagi, keless uolls.

Gua biasalah, balik ke kampung hari jumaat, bersamaan 17/08/2012, jangan jeloussss yang belum balik waktu tu *ke gua yang paling lambat T_T

Gua cukup anti dengan orang yang tak reti2 nak berhemah kat jalan raya, dah tak sayang nyawa seniri gua tak kisah, tapi nyawa orang lain cemano? Ingat nyawa ada jual kat pasaraya Mydin?

Memang ajal maut tu urusan Tuhan, bukan urusan seri paduka baginda, tapi sebagai manusia yang berakal kita boleh kot cuba yang terbaek untuk elak kan? kan?

Di sini gua nak sarankan beberapa tips elak kemalangan menjelang musim perayaan:-

A. Baca doa sebelum mula perjalanan
*bawak je keta cenggini, selamat dan jimat petrol

Berapa kerat sangatlah nak ingat benda ni kan, memasing saited kemain nak balik kampung. Setat je enjin teruih jalan tak toleh kiri kanan dah. Kalau tak hapal doa pun lekatlah stiker kat cermin depan tu, jangan nak tepek stiker drive-thru mekdi je, ehh. Jangan pulak baca doa, baca yassin bagai tapi bawak sampai 200 km/j, kuh kuh.

B. Tingkatkan saman, yeargh!!


Memasing bising bila nak kena saman sampai RM2000 hengget. Bagi gua, eloklah dinaikkan jumlah saman sehingga mencecah RM1.4 juta so orang takut sikit nak bawak dengan mengkhinzir buta. Barulah nak memandu secara berhemah ngalahkan pelajar memandu lesen L, nak membelok sikit pun siap lambai2 tangan, kahkah!

C. Tayah dengar lagu2 raya sangat lah

kihkih, gua curik jap gambar ni dari Shawn Razaleigh, temkiu ;)

Ni pun satu hal, bila dengar lagu raya semangat nak sampai cecepat tu berkobar2 di dada. Kekunun dengar lagu raya baru ada feel nak drive jejauh. Tambah pulak dengan lagu balik kampung dari arwah Sudir, pehhh rasa cam nak naek roket je balik kampung. Eloklah jangan dengar dulu, takut nanti hilang fokus ke jalan. Simpan dengar bila dah sampai kampung nanti, lebih selamat.

E. Lupakan laman sosial kejap


Ini pulak khas untuk kakitangan online seluruh alam. Kalau kat umah online pakai PC, laptop, dalam keta bawak pulak tab, smartphone bagai. Memang taleh idup tanpa FB, tuiter. Sikit2 nak update status, check-in lah, gambar perjalanan lah. Hati tak senang kalau ada komen yang tak berjawab, ada noti yang tak dibelek. Gua ingat nak bawak satu ipad, bulih buat entri sambil drive, ehh.

Selain dari tu, nasihat2 biasa: tidoq/rehat cecukup, servis dulu kereta, rancang perjalanan etc etc. Yang penting bawak bersabaq bebanyak, nanti kesabaran tu terbalas jugak dengan senyuman orang tersayang yang menunggu kepulangan kita :)

Gua harap tahun ni, statistik kemalangan boleh menurun dengan lajunya.

Raya nanti gua takut tak sempat nak wish so dikesempatan ni jugak gua nak ucap selamat hari raya kat lu orang semua. Mintak maap kalau ada bahasa gua yang buat korang meluat dan tak sonang, kuh kuh, maafkan semua salah dan silap gua yep. Harap lu semua happy beraya bersama family :D


Jumpa lagi!

p/s: Gua sebenarnya dah lukis cecomel untuk entri ni tp sayangnya kabel lappy gua tercabut so ilang semua tanpa sempat gua save, sobs sobs sobs T_T *pengajaran: sebelom buat apa2 pun save dulu! 

Rasional Di Sebalik Tabir Pantang Larang

Hi semua *lambai2 tangan.

Peh gua tau ada yang muntah kek pelangi sebab aksi gua di atas, muehehe. Tertiba semalam gua ada nampak sorang makcik ni tegur sorang budak yang makan sekerim sambil jalan: "tumbuh ekoq kat pungkoq hang satgi baru padan!" Atodiaaa agak berbaur lucah teguran tu.

Gua tergerak hati perut nak mencungkil gigi rasionalisasi di sebalik pantang larang yang kekadang agak ngeri bagi gua ini. Pantang larang dan mitos ni amat terkesan di sanubari gua sampai sekarang, huhu. Zaman sekarang mungkin orang buat gelak jelah kalau diketegur cemtu tapi tidak zaman dulu.

Kenapa? Sebab bebudak dulu reti respek orang tetua. Apa orang tetua cakap tu semua betul, sebab depa lebih dulu makan garam *lelama boleh kena kencing masin, eh.

Ok, abaikan gua dengan emosi gua, kita teruskan ke pantang larang berikut yang agak universal dan digunapakai di merata2 tempat gua kira.

1. Tak boleh nyanyi time masak, nanti dapat suami tua.


Kahkah! Gua rasa tak rasional dah pantang ni zaman sekarang, sekarang semua pepuan gila cari lelaki tua yang kaya raya. Sebab tu lagi ramai yang nyanyi time masak sekarang ni, ehh. Gua tatau apa motif orang suka nyanyi di dapur, tempat yang elok untuk prektis pitching kot.

Rasional: Bukana apa, tanak air liur tertempias masuk dalam makanan time melalak, kan ke najis besar tu, euuuu. Lagipun takut nanti ralit sangat nyanyi sampai ada yang hangus satgi sapa yang rugi?

2. Jangan bersiul waktu malam, nanti ular masuk rumah.


Gua pecaya pantang ni dulu sebab gua tengok cita hindustan, dia guna siul untuk panggil ulaq dia, gementar gua. Gua tatau apa motip orang nak bersiul-siulan ni memalamni. Maybe sebab orang dulu tadak ipod, mp3, radio untuk hiburkan hati so bersiul jelah, takpun bersiul dengan burung peliharaan.

Rasional: Kan ke malam, jadah apa bersiul2?? bising, orang nak tidoq pun tak sonang!

3. Jangah niarap sambil angkat kaki ke atas, nanti mak mati! Erkk..



Fuh fuh ni pantang sangat ekstrim ohh. Gua kira orang tetua sangat serius fasal posisi duduk cemni, sebab tu sampai bagi pantang dasyat supaya tadak yang berani duduk macamni. Gua tau ramai yang salu duk dalam posisi ni bila onlaing depan laptop kan? kan? kan? Jangan nak nafikan, cheh.

Rasional: Orang dulu laki pepuan mostly pakai kain, so nanti kalau duduk cenggitu karang tersingkap kain nampak apa2 yang tak patut kan memalukan, especially anak2 dara, lagilah tak manis, terus orang tamau masuk minang. Weekkk.

4. Jangan makan ubah2 tempat, nanti kawin ramai, ohh ohh


Gua tahu, laki mesti suka pantang ni. Bahkan, sengaja tukar banyak2 tempat time makan kan? Dengan harapan banyak dapat bini, puihh! Salunya budak2 lah yang suka makan ubah2 tempat ni kan, sat depan tv sat kat dapoq *sekarang pun gua masih ada sikit lagi tebiat ni.

Rasional: Biasala time makan kalau tak tumpah tak sah, so kalau asik ubah tempat nanti semuanya terlekat sisa makanan, dahhh satu keja pulak nak mencuci. Tapi apa motip cakap kawin banyak? Mungkin bebudak dulu takut kawin kot? ehh.


Setiap pantang bersebab, bukan sesaja je orang dedulu nak larang. Zaman moden orang dah tak caya sangat pantang2 ni, tapi ada jugak orang zaman moden yang berpatang; pantang nampak makanan, pantang nampak jualan murah. *ok, itu gua :3

Apa pulak pantang dekat tempat lu orang?

Bila Bosan: Doodle Miss Marc Dari Marc Jacobs

Hi, nama gua zyra roxx, gua bosan.

Gua suka fashion designer walaupun gua tak faham kenapa mereka harus gay. 

Dan gua terbekenan dengan design dari marc jacob ni. Entah, sebab gua memang suka ada katun2 kot, hewhewhew.

Memandangkan banyak sangat masa gua terluang gua pun mengkacaukanlah dodol inspirasi dari marc jacobs ni *tetiba tingin nak makan sekut jacobs.





Kalau ada sesapa terbekenan nak amik, amik jew, kuh kuh *nak wat hapa?

Gua punya, cute kaaan? ;p *gedik

Techik je clutch ni :3

mih mih mih *awat gedik sangat ni

Kepada yang request buat heder, edit blog maaf dan ampun, gua tak berkesempatan lagi buat servis tu, huk huk. Gua tak reti sebenarnya, citarasa kita tak sama, ewah. Gua perfectionist, gua nak hasil kerja gua perfect, nanti kalau tak perfect gua tension, gua stress nanti gua susah hati sampai tak makan pastu jadi zombi, ehh. Lagipun gua agak sibuk, insyAllah kalau ada masa, gua rajinkan diri edit blog orang :)

ZyraRoxx & Raya: Biskut Raya All Time Feberet

Assalamualaikum.

Janji Ditepati

Muehehe ini bukan entri patriotik mahupun politikus, ini entri bangga diri. Awatnya gua bangga? Bangga lah sebab boleh buat entri seperti yang gua janjikan dalam entri sebelum ni. *mohon scroll ke bawah sikit kalau nak wusha.

Kata orang lembu dipegang pada talinya dan maknusia dipegang pada janji, so bagi membuktikan yang gua bukan lembu, jom kita berpergian terus ke isi2 entri tanpa merapu dengan lebih lama. 

Kemestian dan tradisi family gua sejak dulu2 adalah buat kuih raya seniri. Beli2 tadak feel, tak dibuat dengan penuh kasih sayang. Dan segala ilmu pembuatan dipeturunkan ke gua. Cheh bukan payah pun resepi melambak sekarang. Tapi gua nak share sikit jela kat sini yakni antara biskut yang harus ada time raya.

 Ini bukan entri resepi biskut raya, kalau gua perturunkan resepi kat sini, mau habes semua chef kat malaysia taleh cari makan, muehehe.

Kemain gua eksaited time nak buat sekut raya ni, dah cukup lengkap semua bahan gua pun mula mengadun sampai jadik doh, pestu tekap, picit bentuk yang gua suka, pestu hias2 kasik menggoda pastu bakar pastu rasa pastu simpan pastu pastu, ok sudah.

buat biskut

Klasifikasi sekut raya gua:-


Biskut yang boring

Hohoho gua panggil biskut boring sebab biskut2 ni salunya main gentel2 je jadik. Biskut boring bagi gua adalah Makmur, Almond London dan seumpamanya. Aduh bosan buat biskut ni sebab tak mencabar kretibiti minda gua. Buat bentuk bola sepak, bola ragbi, bola sepak, bola ragbi, bola... zzzzz...
Boring2 jugak tapi rasanya sangat nyammeh! Part yang gua suka bila buat almond london haruslah part celup cekelat, oh oh oh

Biskut Evergreen

Biskut malar hijau Semperit ni memang dah wujud sejak gua azali lagi. Gua suka biskut ni tapi kakak gua takmo buat time raya2 zaman terkini, tatau kenapa. Gua salu mintak buat tapi dia takmo, grrr. Oleh itu gua pun melampiaskan napsu nak makan semperit di rumah2 jiran tetangga.

semperit

Part gua paling suka time buat adalah time 'preettt preettt' semperit dari acuan ke dulang pembakar dan time letak ceri merah, sehiris letak kat semperit, sebijik masuk mulut gua, hoho.

Biskut buat tapi tak makan

Hahaha ada jugak cemni yek. Diakui, gua jenis yang memang tak suka makan makanan dari air tangan seniri. Entah cemana kakak2 gua boleh tersuka dengan tart nenas bergulung gua pun tak pasti, yang nyata gua kurang gemar, gemar buat je.
tart nenas gulung
Peh gua suka buat biskut ni, rasa macam kilang perusahaan biskut time buat biskut incik tat ah beng ini. Sangat produktif.

Oh, untuk pengetahuan, salunya gua membuat sekut waktu malam, cargas sikit. Part bakar dan simpan memang gua cemuih dan suka ngelat so salunya kakak gua yang kena habiskan keja gua yang tergendala sebab gua pi tidoq tanpa rasa ragu2 lagi.

tidur

Orang cakap buat2 biskut ni leceh, baik beli je, sonang. Heh, bagi gua penat tak terasa tapi kepuasan tu terasa bila orang suka makan biskut yang kita buat sampai habis sebalang, pehh bangga tahu? Apa guna buat open house tapi makanan tu satu haram pun tadak yang tuan rumah buat seniri kan?. Gua bangga, bangga hinss hinsss sebab bukan takat biskut, rendang, sambal pencicah ketupat pun gua mampu buat.

Ok, gua fail buat ketupat, harap ada yang masih sudi amik gua jadik menantu :3

Sebelum gua berpergian, gua nak bagitau yang kali ni gua terbekenan pulak dengan blogger Syakir Rahman. Harap maaf, beliau sudah berpunya, kuh kuh. Kemain suh gua hapdet, rindu benar katanya *tipu

P/S: Gua tingin nak makan biskut Y, awrrrr harap umah makcik timah masih membuatnya.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape