Selamat Hari Merdeka! Yey Cuti Lagii

Zyra Roxx
1873, Oxford St.
Penang

Kehadapan Malaysia yang tersayang,

Terlebih dulu gua nak ucap selamat merdeka yang ke-55 buat lu, gua rasa happy sangat mendudukan diri atas perut lu ni, empuk..

Gua bangga jadik rakyat malaysia, biarpun ada je makhluk yang beranak, idup kat malaysia tapi malu jadi rakyat malaysia. Salu kondem barang buatan malaysia, tak penahnya sokong, tapi lu jangan gusar sebab gua yakin amat berlambak lagi yang berbangga dengan lu.

Sekarang ni gua nengok ramai pulak yang berusaha untuk musnahkan kemerdekaan lu. Buat rusuhan sana sini nak kasi orang luar tengok betapa teruknya malaysia ni. Bagi gua makhluk2 ni tatau nikmat aman merdeka, kat sekolah pemalas nak belajar sejarah, tiap kali exam sejarah dapat F tak pun G.

Ya, bagi gua orang2 dungu yang tak reti bersyukur nikmat merdeka ni memang buta sejarah, sebab kalau depa belajar dan fahami sejarah depa akan tau betapa susah payahnya untuk lu nak kecap nikmat bebas merdeka, betapa deritanya lu yang penah dijajah, tak terhitung jumlah air mata dan darah yang tumpah, tak terganti nyawa2 yang melayang percuma. Kalau faham, takkan nak buta2 ganggu gugat keamanan lu kan.

Penah tak tertanya-tanya kenapa orang dulu rela berkorban bergadai nyawa untuk merdeka, dan bukan untuk depa seniri pun! Bukan bukan.. untuk sapa lagi kalau bukan generasi akan datang, yakni generasi gua, tu yang gua malu bila ada yang tak reti hargai. Depa nak generasi baru hidup senang, tayah susah merana macam depa dulu. Depa sangat sayang kat lu malaysia, betul2 sayang. Huhuhu 

Ok, kita lupa sat orang yang tak mengenang budi tu, kita pi pulak kat orang2 yang dah harumkan nama lu bebaru ni, lu pun tau kan Malaysia bawak balik 2 pingat dari Olimpik London itu hari. Satu perak dari Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton ngan satu lagi gangsa dari Pandalela Rinong dalam acara 10M Platform.

Ada jugak yang pertikaikan kenapa tak bawak balik emas, tapi gua tak peduli gua tetap bangga tak hengat, nama lu gah di seluruh dunia, itu lebih utama. Kalau dulu orang luar tatau pun pasal lu, sekarang dah tau. Ada sorang mat saleh yang gua jumpa cakap dia ingatkan malaysia ni macam satu pulau yang penuh dengan pokok kelapa je, tapi rupanya ada KLCC. Ceh, megong kan?

Sekarang gua rasa malaysia tak ketinggalan lagi, kalau sebut asia, mesti malaysia ada dalam senarai. Gua tengok kartun Totally Spies terbitan omputih pun dah dimentioned nama lu, gua baca novel Shopaholic and Baby karya penulis mat saleh pun ada nama malaysia. Gua bangga beb, bangga :)

Gua tau surat gua ni nampak macam mengarut, panjang tak berhaluan, huhu. Gua cuma cuba mengekspresikan betapa gua menyanjungi dan menyayangi lu. Tapi rasanya kasih gua terhadap lu tak terungkapkan. Biar kita2 je yang tau, ewaah.

Gua berharap kemerdekaan ke atas lu ni kekal sampai ke anak cucu gua pulak nanti, insyaAllah.

Terima kasih malaysia, gua sayang lu ketat2. Tima kasih jugak sebab mencutikan gua :p

Yours sincerely,
Zyra ROxx



P/S: Gua harap boipreng gua tak jeles dengan surat ni dan hubungan kita, ehh :p

Tragedi 50 Batang Ais Malaysia

Cuti raya ritu gua berpeluang balik kampung barang semalam dua *awal2 lagi dah nipu. Padahal nengok dari date entri terakhir gua memang jauh jaraknya. Ramai jugak yang nangis meraung2 tak keruan, bimbang gua tinggalkan alam blogging *ewah lepas raya ni banyak pulak nipunya kan

Adik badik gua yang lain berserta anak2 buah yang sederet ketapi pun balik. Depa kalau balik tak sah kalau tak berpergian beramai2 ke rumah Mak Cik Besah, bukan untuk ziarah orang tua tu tapi atas dasar ingin membeli ais malaysia.

Gua tak sebut ais krim sebab memang tadak 'krim' pun pada ais tu yang sekadar minuman yang dibekukan dalam plastik kurus yang selim.

Best betul budak2 tu membeli sampai lima hengget, dapat 50 batang, wahhh! seposeng je sebatang korang hadooo? Yaa hanya sekupang untuk satu ais, tu yang kemain galak mereka membeli tanpa berfikir panjang.

Oh dulu kakak gua yang sulung penah jugak buat ais ni dan letak kat kedai runcit abang gua untuk dipasarkan. Macam2 perasa ada, salunya milo, grape, oren, jagung, sarsi ahhh slurp! terliur gua weh.



Ais untuk gua? haruslah lain dari yang lain dan spesial gitu, kompom2 menjadikan bebudak lain iri hati, hohoho. Korang nak terai pun bulih tapi jangan dikomersialkan, kalau nak jugak kena kasik gua komisyen 43.67% dari hasil jualan, koh koh

Sonang sangat kan nak buat ais osem ni, kalau ada yang tak reti memang gua kasik tempeleng secara percuma. Bersusah payah gua membuat diagram ala-ala buku rujukan sains sasbadi tahun 6 ni, sia2 je kalau lu orang tak peraktikkan.


Gua suka perasa asam dengan sebijik asam kat dasar ais, fuh fuhh sedap dikemam begitu saja. Tapi gua geget ais sebelah yang tadak asam supaya asam tu gua boleh nikmati last sekali, aaaaah terangsang pulak taste-buds gua.

Marilah sesama kita berazam untuk membina ais malaysia berperisa asam dengan meletakkan beberapa bilah asam boi sebanyak mungkin *gua gagal subjek BM sejak tabika kemas lagi.
Ais ni elok dinikmati waktu tengahari sebab beliau bulih jadi penghilang dahaga sebab tak berkrim. Kalau gua makan cornetto kompom2 gua kena pulak pi cari ayaq, dengan adanya ais ni, dahaga bukan satu masalah lagi, tima kasih alamas, ehh

Oh sambung cerita awal tadi. Memandangkan jumlah ais yang seramai 50 batang tu, maka seisi lapisan masyarakat family gua pun memakan tanpa mengira kaum dan peringkat umur dari seawal usia 2 1/2 tahun hinggalah ke 78.34 tahun *tok gua lettew.

Dan, abang ipar gua pun telah dikejarkan ke supermarket berdekatan untuk membeli poliden, ehh silap, sensodyne akibat gigi beliau tetiba menjadi sensitip dan mudah tersentuh dan asik nak marah.

Pesaing tegar ais malaysia: ais pop! Gua suka kepak2, awmm!

Gua yakin benar bebudak kampung yang lain kecewa dengan sikap rakus dan boros anak2 buah gua. Sebab depa dah tak berpeluang membeli belah ais di rumah makcik besah lagi kerana menurut makcik besah semua ais dah sold-out.

Ehhh, baru gua terperasan bahawasanya entri gua kali ni ada iras2 keratan akhbar harian metro. Ok, gua perlu berbuat sesuatu, nak pi bertapa barang sepurnama dua sat, bai.

P/S: Entri raya gua tergendala akibat terkena serpihan bunga api. Beliau kini dirawat oleh Lembaga Penapisan Entri Blog Malaysia (LPEBM) dan akan dipublish beberapa hari lagi. *hari lah sangat.

Tips Elak Kemalangan Di Musim Raya, Yey Raya!

Hi uolls, dah plan nak balik kampung ke yang di perantauan tu? Mihmihmih, kemain gua dengar2 mak jemah beli tiket sejak Jun 2012 lagi, keless uolls.

Gua biasalah, balik ke kampung hari jumaat, bersamaan 17/08/2012, jangan jeloussss yang belum balik waktu tu *ke gua yang paling lambat T_T

Gua cukup anti dengan orang yang tak reti2 nak berhemah kat jalan raya, dah tak sayang nyawa seniri gua tak kisah, tapi nyawa orang lain cemano? Ingat nyawa ada jual kat pasaraya Mydin?

Memang ajal maut tu urusan Tuhan, bukan urusan seri paduka baginda, tapi sebagai manusia yang berakal kita boleh kot cuba yang terbaek untuk elak kan? kan?

Di sini gua nak sarankan beberapa tips elak kemalangan menjelang musim perayaan:-

A. Baca doa sebelum mula perjalanan
*bawak je keta cenggini, selamat dan jimat petrol

Berapa kerat sangatlah nak ingat benda ni kan, memasing saited kemain nak balik kampung. Setat je enjin teruih jalan tak toleh kiri kanan dah. Kalau tak hapal doa pun lekatlah stiker kat cermin depan tu, jangan nak tepek stiker drive-thru mekdi je, ehh. Jangan pulak baca doa, baca yassin bagai tapi bawak sampai 200 km/j, kuh kuh.

B. Tingkatkan saman, yeargh!!


Memasing bising bila nak kena saman sampai RM2000 hengget. Bagi gua, eloklah dinaikkan jumlah saman sehingga mencecah RM1.4 juta so orang takut sikit nak bawak dengan mengkhinzir buta. Barulah nak memandu secara berhemah ngalahkan pelajar memandu lesen L, nak membelok sikit pun siap lambai2 tangan, kahkah!

C. Tayah dengar lagu2 raya sangat lah

kihkih, gua curik jap gambar ni dari Shawn Razaleigh, temkiu ;)

Ni pun satu hal, bila dengar lagu raya semangat nak sampai cecepat tu berkobar2 di dada. Kekunun dengar lagu raya baru ada feel nak drive jejauh. Tambah pulak dengan lagu balik kampung dari arwah Sudir, pehhh rasa cam nak naek roket je balik kampung. Eloklah jangan dengar dulu, takut nanti hilang fokus ke jalan. Simpan dengar bila dah sampai kampung nanti, lebih selamat.

E. Lupakan laman sosial kejap


Ini pulak khas untuk kakitangan online seluruh alam. Kalau kat umah online pakai PC, laptop, dalam keta bawak pulak tab, smartphone bagai. Memang taleh idup tanpa FB, tuiter. Sikit2 nak update status, check-in lah, gambar perjalanan lah. Hati tak senang kalau ada komen yang tak berjawab, ada noti yang tak dibelek. Gua ingat nak bawak satu ipad, bulih buat entri sambil drive, ehh.

Selain dari tu, nasihat2 biasa: tidoq/rehat cecukup, servis dulu kereta, rancang perjalanan etc etc. Yang penting bawak bersabaq bebanyak, nanti kesabaran tu terbalas jugak dengan senyuman orang tersayang yang menunggu kepulangan kita :)

Gua harap tahun ni, statistik kemalangan boleh menurun dengan lajunya.

Raya nanti gua takut tak sempat nak wish so dikesempatan ni jugak gua nak ucap selamat hari raya kat lu orang semua. Mintak maap kalau ada bahasa gua yang buat korang meluat dan tak sonang, kuh kuh, maafkan semua salah dan silap gua yep. Harap lu semua happy beraya bersama family :D


Jumpa lagi!

p/s: Gua sebenarnya dah lukis cecomel untuk entri ni tp sayangnya kabel lappy gua tercabut so ilang semua tanpa sempat gua save, sobs sobs sobs T_T *pengajaran: sebelom buat apa2 pun save dulu! 

Rasional Di Sebalik Tabir Pantang Larang

Hi semua *lambai2 tangan.

Peh gua tau ada yang muntah kek pelangi sebab aksi gua di atas, muehehe. Tertiba semalam gua ada nampak sorang makcik ni tegur sorang budak yang makan sekerim sambil jalan: "tumbuh ekoq kat pungkoq hang satgi baru padan!" Atodiaaa agak berbaur lucah teguran tu.

Gua tergerak hati perut nak mencungkil gigi rasionalisasi di sebalik pantang larang yang kekadang agak ngeri bagi gua ini. Pantang larang dan mitos ni amat terkesan di sanubari gua sampai sekarang, huhu. Zaman sekarang mungkin orang buat gelak jelah kalau diketegur cemtu tapi tidak zaman dulu.

Kenapa? Sebab bebudak dulu reti respek orang tetua. Apa orang tetua cakap tu semua betul, sebab depa lebih dulu makan garam *lelama boleh kena kencing masin, eh.

Ok, abaikan gua dengan emosi gua, kita teruskan ke pantang larang berikut yang agak universal dan digunapakai di merata2 tempat gua kira.

1. Tak boleh nyanyi time masak, nanti dapat suami tua.


Kahkah! Gua rasa tak rasional dah pantang ni zaman sekarang, sekarang semua pepuan gila cari lelaki tua yang kaya raya. Sebab tu lagi ramai yang nyanyi time masak sekarang ni, ehh. Gua tatau apa motif orang suka nyanyi di dapur, tempat yang elok untuk prektis pitching kot.

Rasional: Bukana apa, tanak air liur tertempias masuk dalam makanan time melalak, kan ke najis besar tu, euuuu. Lagipun takut nanti ralit sangat nyanyi sampai ada yang hangus satgi sapa yang rugi?

2. Jangan bersiul waktu malam, nanti ular masuk rumah.


Gua pecaya pantang ni dulu sebab gua tengok cita hindustan, dia guna siul untuk panggil ulaq dia, gementar gua. Gua tatau apa motip orang nak bersiul-siulan ni memalamni. Maybe sebab orang dulu tadak ipod, mp3, radio untuk hiburkan hati so bersiul jelah, takpun bersiul dengan burung peliharaan.

Rasional: Kan ke malam, jadah apa bersiul2?? bising, orang nak tidoq pun tak sonang!

3. Jangah niarap sambil angkat kaki ke atas, nanti mak mati! Erkk..



Fuh fuh ni pantang sangat ekstrim ohh. Gua kira orang tetua sangat serius fasal posisi duduk cemni, sebab tu sampai bagi pantang dasyat supaya tadak yang berani duduk macamni. Gua tau ramai yang salu duk dalam posisi ni bila onlaing depan laptop kan? kan? kan? Jangan nak nafikan, cheh.

Rasional: Orang dulu laki pepuan mostly pakai kain, so nanti kalau duduk cenggitu karang tersingkap kain nampak apa2 yang tak patut kan memalukan, especially anak2 dara, lagilah tak manis, terus orang tamau masuk minang. Weekkk.

4. Jangan makan ubah2 tempat, nanti kawin ramai, ohh ohh


Gua tahu, laki mesti suka pantang ni. Bahkan, sengaja tukar banyak2 tempat time makan kan? Dengan harapan banyak dapat bini, puihh! Salunya budak2 lah yang suka makan ubah2 tempat ni kan, sat depan tv sat kat dapoq *sekarang pun gua masih ada sikit lagi tebiat ni.

Rasional: Biasala time makan kalau tak tumpah tak sah, so kalau asik ubah tempat nanti semuanya terlekat sisa makanan, dahhh satu keja pulak nak mencuci. Tapi apa motip cakap kawin banyak? Mungkin bebudak dulu takut kawin kot? ehh.


Setiap pantang bersebab, bukan sesaja je orang dedulu nak larang. Zaman moden orang dah tak caya sangat pantang2 ni, tapi ada jugak orang zaman moden yang berpatang; pantang nampak makanan, pantang nampak jualan murah. *ok, itu gua :3

Apa pulak pantang dekat tempat lu orang?

Geng ZyraRoxx Yang Ohsemsz

#Kesemua link akan dibuka dalam tab baghu ye :)
#Senarai akan sentiasa diupadate, so dun wury bi hepi :p
#Nama yang tersenarai harusla rela difolow dan merelakan memfolow, niceee!

Jemput terjah dan follow tanpa resah dan ragu sebab depa ni memang sporting tak hengat! ;)

*Tips: nama kaler merah tandanya dah visit, yang biru belums :)



Grup 1
                    Mohd Noor Shawal
         Arra Ahmad
        Eira Aikawa
            Asmar Arafad
Fifie

Grup 2
Princess Syazliyana

Grup 5
Iena_Gie
MK Syahir
Rien Rose
Aini Che Din
Saddila Pelangi Hijau
Ecah
Nur Azura
Cik Gucciey Lavender
Aety Hassan
Mr. Firdaus Windney

Grup 6
Miss BaNu
Cik Kiera
Mimie
Cinta03
Nyamuk Terbang
Syalina Lin
Syikim Kim
Eraz Fadli
MasDiey
Cik Cyida

Grup 7
Priyadarshini
Gadis Milo
Pelangi Senja
Yoyo Dini
I'm Damia
Nanie
Mr. Doctor
dEdEQ dE wIshEs
Ismi Iman
Fafa Kyra

Grup 8
Herma Julianny
ELFarahin
Cik Tyra Lee
Lyana Kamal
Sufi Musafir
Muhammad Asyraf
Areen the Monster
PariPari Putih
Nurul Haidah
Dhia Dirham

Grup 9
KiNa
Lynn Kamarul
Cahaha
CT CoMeL
Ieka Farhana
Budak Khace Mate
Cikeyrah
Zamani
Norul Natheha Mustafa
Kisah Hidup Julie

Grup 10
Nadiah Izzati
Khairunnisa
Slumber Sagun
Ena's Palace
Azney Shamsuddin
Aien
Jue Derella
Eida Shimoda
Dracula Romance
Hafiza Basiruddin

Grup 11
rAIHan
Reyna
Dalila Abdul Razak
Cci
Nieyxzha
Chekgu Azam Aziz
Daiflora
Aswadz
Nurul_Aini
Qiel RQ

Grup 12
Cikgu Ma
Azimas Abdullah
NurYummyCoklet
Farisha Idayu
Rabiatul Raudhah
Cik Rongoks
Amina Jannah
Azielah Rahim
Cik PiJa FiEyZa
Innanie | Ariffin

Grup 13
Kawaii D Y S H A
Lia Azman
Ohh! Aien
Ain
PinkyLady687
Nia Razlan
PeekAChuMey
Syaheera Yusof
Elyna Mirsada
Nurmujahidah Ismail

Grup 14
Eryn Edrina
Venessa Jane
Jaja Sutera
Miss Sue
Khairul Zamri
IsziQA
Sharmaine
Amengs88
Sue PeLik
Ririt Rabbit

Grup 15
IehahFarihah
Tasnem Nem
Khairolina
Majirashid
Dalila Abdul Razak
Fyfy Liew
Noor Fazlina Duanam
Fila Neerza
Iera Balqis
Cik Sakura

Grup 16
Feera Akira
Eyntan Sabrena
Ain Dzaya
Siti Aisyah
Misz Mieza
Deqla Manjew
Lela Maisara
MisS aNt
Aimi Syafiqah
Naju-A

Grup 17
Nadia
Nur Zahidah
Lylalicious
Cahaya Kasih
Panggil Aku Han
Emy|Farid
Amani Amri
Bella Nabilah
Aynora Nur
Eyna Reen


Grup 18
Pha Is
Zack Hazze
AiMi SyAhiRah
Fara Ahin Ali
mi$$ch0c0laTe
Nis
Liyana Jasmi
Shaleena Avieaufa
Lady L
Syila Ila

Grup 19
Nurul Hidayah
Hana
Hadifah Sabri
Rochelle Liong
Bermula Disini
Miss NR
Aida Omar
Sufiana1992
Emas Putih
Sharmiza Shahar

Grup 20
Nazurah
Ayu
Sampaicucuratap
Farah Lina
Maisarah Azmi
Andi Sakinah
Siti Hajar
Yaya Ade
Hartina Arssid
Wann Sury

Grup 21
Eiqa Azra
Zyra1121 (kembar gua?)
Chea
Fatin Nurina
Intan Jue Lyana
Kara =)


Selamat Berblog-walk dan nambah teman yepp ;)


 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape