Siti & Diversiti Universiti

Ada satu peristiwa yang berlaku pada zaman gua study USM dulu. Ceh, tiga tahun belajar situ haruslah banyak peristiwa yang berlaku (menguap), tapi ada satu peristiwa tu gua susah nak lupa. 

**********

Pada suatu hari yang gila heven sebab ada satu kelas je haritu dan kelas tersebut telah dibatalkan. Disebabkan gua baru first year, banyaklah assignment berkumpulan yang kena buat. Jadi bila gua dah puas tido, mengeliat dan berguling, gua pun ambik keputusan untuk ke bilik coursemate gua, Siti Hermione. Duk bilik pun bosan, roommate gua yang berjurusan seni takdak dalam bilik. Entahlah sama ada beliau ke kelas atau merayau cari ilham.

Kebetulan, roommate si Siti Hermione pun ambik course seni dan tiada di tempat kejadian jadi takdalah gua rasa malu-malu kucing bahkan siap buat bilik mereka serupa ana yang punya. Lalu kami pun bergosip, berfoya-foya, tengok movie dan buat assignment (sikit), kendian Siti Hermione mintak diri untuk mandi.

Gua teruskan aktiviti membuat slides untuk presentation.

Meoooww meowww..

Eh kucing? *shrug* sambung buat slides.

Sejurus kemudian, masuk Siti Hermione yang kelihatannya begitu puas dengan mandian yang diterima.

“Cira mu napok anak koci aku? Letak sini tadi” (oh, lupa bagitau dia orang kelate dan gua orang kedah, perfect)
“Err anak kocin?” 
“Ho lah, anak koci aku. Rasa letak sini tadi, abih la nyanyok dah sera”
“Err haa tadi aku ada dengar bunyik anak kocin mu” (cuba kecek klate dan fail)
“EH, mu dengar deh? 
“Ho la, bakpo mu bela anak kocin dalam bilik?" (still broken klate)


sila tenung gambarajah selama 3 saat


Serentak dengan itu, Siti Hermione terjatuh dan terguling-guling atas katil, gua kaget dan cuak. Bertambah kaget bila dia berdekah-dekah ketawa serupa Voldemort mentertawakan Harry (eh apesal ter ramai pulak watak Harry Potter dalam ni?)

“Cira.. Ciraa… buke anok kocing laaaaahh, anok konci, KONCI!!”
“Ohhh..”

Dan gua pun join Hermione berguling atas katil *bad poker face

*********
Dua point kritikal dari peristiwa di atas:

1. Gua tak tahu yang orang Kelantan rajin menyebut anak kunci instead of just kunci. Perkataan ‘anak’ tu sendiri telah mengaburkan pemikiran gua;
2. Ringtone SMS telefon Siti Hermione adalah bunyi anak kucing mengiau yang didengar gua sebelum diaju soalan berkenaan ‘anok kocin’ so, ko rase? 

Jadi, boleh lah disimpulkan di sini bahawa gua terkonfius akibat faktor persekitaran.





Sekian laporan.

Lukisan Datang Mintak Nyawa!

Sedih betul apabila belek-belek draft tapi takdak entri untuk dipublish, sob sob. Selama ini gua perasan adalah dalam nambelas entri sedia untuk dipublish (berangan kalah mat jenin).

Gua takdak modal, so gua bercadang nak buat entri fasal mitos lagi. Walaupun dalam entri lepas gua janji-janji ayam je nak buat entri fasal Lukisan Datang Mintak Nyawa! ni (niat nak nipu je, kahkah).

Seperti mitos dalam entri 'Pensel dan Bayi Berkepala Dua', mitos kali pun berkisar di alam sekolah rendah.


Ditakdirkan, sejak azali lagi gua suka melukis. Boleh kata sejak reti pegang pensel dengan betul. Kat sekolah gua siap simpan satu buku conteng-conteng bawah meja.

Satu benda lazim bagi budak dulu, budak sekarang gua tak pasti lah kut depa simpan iPad bawah meja. Dulu, semua budak suka melukis, menjadi atau tak lukisan tersebut, belakang cerita yang pasti, lukis!

Ada sorang kawan gua, biarlah gua namakan beliau sebagai Napoleon Bonaparte. Matematik memang cekap. Tapi bak kata orang bijak pandai, otak matematik mana mungkin berjalan seiring dengan otak seni. Maka lukisannya sangat teruk. Teruk dia tahap lukis cacing pun nampak serupa sperma.

Kemudian entah dari mana, timbul desas-desus mengatakan setiap lukisan manusia yang dilukis perlu diletakkan tanda 'X' kat leher lukisan sebab takut nanti malam lukisan tu datang mintak nyawa dari si pelukis!

Gua terfikir sejenak, kalaulah sungguh bagai dikata, mesti semua kartunis majalah Gila-Gila dan Ujang dah habis nyawa untuk diberi kat lukisan-lukisan diorang..



Maka, kelam kabutlah bebudak letak tanda 'X' kat leher lukisan memasing. Tak ketinggalan si Napoleon Bonaparte. Walaupun hanya lukis orang lidi yang tidak berleher, itu bukan penghalang. Diletaknya tanda 'X' di dahi orang lidi tersebut... Dan punyalah siksa gua haritu untuk menahan gelak supaya tidak mengecikkan hati beliau, pffttt.

Satu hari, lepas waktu rehat gua ambik buku conteng sebab nak belek balik karya masterpieces gua sambil mengusap perut yang kenyang, kehkeh cekonon.

Tapi gua terkezut beruk apabila mendapati semua lukisan manusia dalam tu ada tanda 'X' merah kaler luna kat leher! Tengah gua membelek in disbelief, datang rakan sekelas gua dari meja depan tersenyum-senyum sambil tangan dikiam ke belakang gaya guru besar.

"Hang takyah lah terima kasih kat aku"

Thanks you for what?? Gerutu gua dalam hati.

"Aku dah tanda semua orang yang hang lukih, depa tak boleh mai mintak nyawa kat hang nanti. Kalau boleh hang jaganlah dok lukis orang lagi, tak baik. Kita ni orang Islam, buat benda lain yang lagi bagi faedah."

Dan gua melopong di situ macam orang utan tercekik pisang. Like Seriously? Kita baru je darjah 3, hello? 9 years old?

*************

Gua tak pasti sama ada kawan gua tersebut dah jadi ustaz atau apa sekarang sebab gua lost contact dengan dia sejak darjah enam.

True, gua pernah baca bermacam jenis penulisan berkenaan hukum hakam lukisan manusia ni menjelang kedewasaan gua. Tapi gua pun tak pasti sebenarnya mana yang betul mana yang propa je lebih, so gua nak mintak penjelasan dari sesapa yang arif.



Gua seram.. Seram baca keseriusan gua dalam entri ini! 
Till we meet again, salam.

Pensel Dan Bayi Berkepala Dua

Pensel.
Tak kisah lah pensel 2B ke, kaler Luna ke, asalkan alat tulis yang berbatang.. erm apa-apa lah.

Bayi. 
Berkepala dua. Atas kepala, bawah pun kepala. 

Persoalannya di sini, apa signifikan pensel dengan bayi dua kepala?

Inilah dia gua nak cerita satu mitos yang tak berapa nak purbakala sangat. Mitos ni wujud semasa zaman gua sekolah rendah dulu. Zaman sekarang ni, andai wujud lagi mitos tu kat memana sekolah, kiranya boleh tahan lejen jugaklah sekolah tersebut.

Cerita dia berlatarbelakangkan zaman 90an. Once upon a time... ehewah





Gua ni memang seorang yang praktikal sejak dari dalam lampin. Semua perkara yang gua buat kalau boleh biarlah menyenangkan gua di masa depan. Sama jugak dengan pensel. Gua akan asah atas dan bawah so bila patah gua hanya perlu pusing dan guna lead yang kat atas pulak, praktikal bukan? Muehehe. Ramai jugak bebudak yang seangkatan dengan gua mempraktikkan cara ni.





Akan tetapi ada je yang dengki dengan gua. Datang sorang kawan sekelas gua yang agak mak nenek sikit perilakunya mendekati gua yang sedang khusyuk menggunakan pensel dua mata tu untuk meyiapkan kerja rumah yang gua terlupa buat semalam.

"Hang tau dak hang dok asah pensel lagu tu, nanti hang kawen dapat anak kepala dua, macam pensel yang hang guna tu!"

Gua menjawab sergahannya sambil tekun menulis kerja sekolah last minute tersebut, lagi lima minit cikgu nak masuk hoi!

"Ok lah tu, nanti aku kerat dua anak tu, bagi kat hang sebelah.."


Mendengar jawapan gua dia pun berlalu pergi sambil menghentak kaki dan menyumpah seranah dengan hidung kembang kempis. Dan Cik Senah PotPet tak pernah bercakap lagi dengan gua sejak haritu kecuali bila perlu, muahaha.






***********


Sejak kecik lagi gua malas layan bullsh*t, sampai lah ke hari ni. Oleh itu, sebelum hangpa forward kan artikel/mesej merepek-merepek kepada gua pastikan mesej tu masuk akal dan yang pentig sahih dan diperakui oleh SIRIM, muehehehh.

Pendek kata, sila bagi gua facts instead of fictions. Perlakuan mengasah pensel dua arah tu ada keburukannya, gua faham, yakni pensel akan cepat habis. Bila cepat habis makbapak kena beli baru, so tercipta lah mitos yang pelik-pelik untuk takutkan budak-budak (rasanya lah). 

Lebih kurang macam situasi di bawah:

Orang puteh - "John! Its dark, come back home or you will catch bacteria and become sick"
Orang Melayu - "Awang! Hari dah gelap ni, balik cepat satgi kena sembunyi dengan Hantu Tetek"

Still wondering kenapa kita sering jauh ketinggalan? HeeHeeHee...

Kepada makbapak, gunakan reasoning yang masuk akal untuk melarang sesuatu perilaku yang buruk. Budak sekarang kan bijak, sel otak saling berhubung katanya. Jangan sampai sel otak tu berselirat dengan benda pelik sampai anak hangpa end up jadi manusia yang tak guna sudahlah.


Coming Next dalam label Mitos: Lukisan Datang Mintak Nyawa! 



P.S. Bila ternampak pen maker Sharpie two tips, gua teringat betul dekat Cik Senah PotPet, zaman dah berubah!

Misteri Syiling Duapuluh Sen

Gua ada satu cerita misteri nak cerita. Tahap misterinya tu, kalau editor majalah Mastika baca mesti kelam kabut dia datang cari gua, muahaha.



Alkisahnya, gua pun pernah merasa bersekolah rendah dan memakai vest skirt kaler blueblack ke sekolah. Amacam, lejen bukan?

Perkara misterius yang gua nak sampaikan ini terjadi waktu gua darjah dua, umur 8 tahun, comel, ranggi dan cemerlang. Seperti anak petani yang lain, gua punya wang saku tidaklah banyak. RM0.40 je sehari. Betul, 40 sen (40 sen sekarang cukup untuk berak je). 30 sen untuk nasik, 10 sen untuk air sirap (gua pemalas bawak bekal air).

Kalau lepas raya atau time kakak gua balik kampung, merasa la duit lebih, muehehe. Nak dijadikan isu, eh cerita, suatu hari yang gua tak ingat hari apa, gua ke sekolah seperti biasa. Pagi tu lepas salam, mak bagi dua keping syiling duapuluh sen seperti lazimnya.

********************

"Kringggggg!!" bunyik loceng waktu rehat memang ditunggu sejak masuk kelas, kehkeh. Macam biasa jugak, gua beli nasik tigaposen, beli sirap seposen. Maka tamatlah duit saku gua haritu. 

Selesai makan, gua kembali ke kelas. Suasana sekolah haritu agak kelam-kabut sebab cecikgu semua sibuk dengan hari persiapan anugerah cemerlang. Seperti yang gua teka, cikgu tak masuk kelas lepas rehat. Sorang member gua, Azwani ngajak gua ke kantin, nokarom tak kenyang lagi budak ni?!

Gua ngikut je dengan niat nak teman, nak membeli tu memang tidaklah sebab gua tahu wang saku gua dah habis. Sementara dok tunggu dia pilih makanan yang sesuai dimakan dalam kelas, tangan gua menerawang ke dalam saku yang gua sangka kosong, tapi tak kosong!

Jengg Jengg Jenggg...

Gua telan liur, dua keping syiling duaposen di tapak tangan, aikk? Tapi hairan gua tidaklah lama, gua dengan gumbiranya join member gua beli makan lagi. Seronok betul haritu dapat makan dua kali, dia punya feeling, macam dapat anugerah Oscar.

Time balik sekolah, gua bersemuka pulak dengan motor yang jual sate ikan. Damn, feberet gua kot. Kalau kat rumah, nampak motor tu dari jauh lagi gua dah tak tentu arah serupa kera kena cacar air, merengek mintak dibeli.

Gua gigit bibir, nyesal pulak guna duit 'extra' tadi. Penyesalan yang sangat abadi gua rasa. Tangan diseluk lagi ke saku, serentak itu gua rasa macam hari raya dah tiba! Dua keping syiling duapuluh sen sekali lagi berada di tapak tangan! Gua toleh kiri kanan, pari-pari wujud ke?

Tanpa pedulik mana datang duit tu, gua menikmati 4 cucuk sate ikan dengan senang hati. Sesampai di rumah gua terus bagitau mak gua tentang apa yang terjadi dengan terujanya. Mak gua hanya senyum-senyum. Tak percaya lah tu, huhu.

Masa tengah tanggal baju sekolah gua rasa saku gua berat lagi, dan macam sebelumnya, dua keping syiling di dalamnya. Gua sampai dah rasa macam takda feel terkejut dah. Gua tunjukkan syiling tu sebagai bukti ke mak gua. Jawapan mak gua:

"Hm baguih lah lagu tu, esok mak takpayah bagi duit lagi" sambil berlalu pergi. Tinggal gua terkebil-kebil dalam keadaan separa bugil...

Esoknya, memang mak gua tak bagi duit saku. Dan gua pun menggunakan syiling 'ajaib' tersebut, dan lepas tu memang takda syiling dalam poket gua lagi. Sampai ke harini, gua tak dapat merungkap misteri yang terjadi. 


Fenomena apakah ini? Apakah ini satu agenda untuk menyesatkan akidah gua sejak kecik? Adakah golongan Freemason telah memerhatikan gelagat gua sejak sebelum baligh lagi? Apakah ini satu petanda harga minyak naik 20 sen pada 2014?



Kahkahkah.



p/s: Sekarang ni kalau lah duit RM50 dalam poket gua membiak serupa syiling 20 sen... Alangkah!

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape