Sehati Sejiwa

Hey guys!

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara tercinta Malaysia yang ke-59 tahun. Yipeee!


Negara dah merdeka dari penjajah, kita entah bila nak bebas merdeka dari hutang piutang, hahaha.. Aku taknak tanya mengenai erti merdeka bagi korang. Aku yakin pembaca blog ni semua dah besar panjang. Dan aku jugak taknak mention betapa 'merdekanya' kita.

Pada suatu malam yang panas, aku ke mall untuk beli kasut jogging (ehem). Puas menjelajah dan meneliti, aku duduk di bangku untuk buat perbandingan. Tiba-tiba terdengar sorakan dan teriakkan yang kuat dari level bawah. Aku kaget, Tsunami kah? Maklumlah, Queensbay Mall memang dekat dengan laut. tapi rupanya pada malam keramat itu, Dato Lee Chong Wei telah mengalahkan musuh tradisinya, Lin Dan. Buat kali terakhir di pentas Olimpik.

Gadis di sebelah aku yang sejak tadi ralit menjilat Baskin Robbins buy 1 free 1 bangun dengan teruja sambil menarik tangan teman lelakinya untuk ke tingkat bawah. Aku juga turut serta meskipun tidak ditarik oleh sesiapa. Dan setibanya di sana, aku rasa sesuatu yang aneh. Something glowing inside me, warm. And I wish it could stay inside me forever.

Di hadapan mata aku orang ramai bertepuk dan bersorak di hadapan sebuah skrin, punching the air, laughing, hugging each others, huge grin pasted on every single face. Mereka gembira bukan sebagai Cina, Melayu, India dan lain-lain. Tapi mereka bersorak dan gembira sebagai satu warga Malaysia. 

I feel proud. 
Bibir aku tersenyum.
Mata aku bergenang. 
Aku pun berlalu pergi ke kedai kasut sebelum aku termenangis kat situ.
Hahah imej kena jaga beb.

Dan aku terfikir, ahli politik selalu melaungkan unity, bersatu-padu, tapi deep down aku rasa mereka bukan peduli. 

Sistem pecah dan perintah. Penah dengar?
Tak pernah? 


Apa sumbangan kita untuk negara selain cukai? 

Bumbung Kereta

Hey guys!

Minggu ni aku ada sebut nak tulis kisah best kan?

Well, I lied.


The unfortunate events of Zyra diteruskan lagi dengan kisah bumbung kereta. Sebelum tu aku nak tanya. Korang penah tak tertengok satu iklan di mana seorang gadis terlupa minum kopi/breakfast or something then tertinggal handbag atas bumbung kereta dan drive. Kemudian ada dua lelaki dalam lori hon dan cuba bagi isyarat but that girl just rolled her eyes sebab ingat lelaki tu semua nak menggatal.

Well, iklan tu ada point.
Tapi point nya pada aku bukan pasal breakfast, tapi:
Jangan.sesekali.letak.barang.atas.bumbung.kereta.

Sepanjang aku berkereta sendiri, baru dua kali aku letak barang atas bumbung kereta dan aku dah berazam takkan letak apa-apa lagi.

Kali pertama aku letak bekas air pagi hari bekerja. Aku rasa aku fumbling for keys or something then terus lupa pasal bekas air. Nasib baru berapa meter berjalan aku tersedar. Botol tu pun tak sempat nak jatuh lagi. Tapi kalau jatuh pun aku hanya perlu kena beli botol baru je, no big deal.

Tapi Khamis lepas, it might cost me my job.

Aku pergi letak kertas penting atas bumbung sebab ada sesuatu yang menyucuk pinggang aku dari dalam beg. Rupanya jarum jahit. Biasalah, beg perempuan 3 dimensi. Kemudian ambik kunci, masuk kereta, jalan dan terus ke jalan raya. Cermin sisi aku kerling dan ternampaklah kertas putih berterbangan di udara.. eh macam kenal.

Aku bagi signal dan berenti tepi jalan secara drastik sambil berdoa jangan lah ada yang hilang atau digilis tayar lori yang basah. Nasib menyebelahi aku bila takde kereta kat belakang. Kelihatan sorang Chinese guy tengah pungut kertas aku. Maka terjadilah scene tipikal drama Melayu kami saling pungut kertas yang bertaburan di atas jalan.


Dalam sibuk nak matey pun sempat lagi berdrama kejap.


Dah macam orang Jepun aku berterima kasih tak berenti sambil bongkok badan dan angguk angguk.
Oh ada jugak lelaki melayu datang tolong.
Tolong tengok dan tolong cakap: "Nasib baik takda kereta!"

Terima kasih ya Allah for sending me that Chinese guy and for amazingly clear traffic at that particular time.


Fokus Z, fokus! 

Menjadi MacGyver

Hey guys!

Minggu lepas ada dua peristiwa berlaku kat aku. Satu best. Satu lagi tak best. Entri kali ni, biar aku cerita pasal yang tak best dulu. Yang best simpan kemudian.

Di suatu senja yang hening, aku ke bawah untuk mengisi bekalan air sejuk. Usai mengisi air dan setibanya aku ke pintu bilik, aku dapati ia.. berkunci. Entah syaiton apa yang menghasut sampaikan minda separa sedar aku menekan kunci tombol pintu sebelum keluar tadi.



Semua harta benda aku dalam bilik. Dan pada waktu kejadian aku hanyalah berkemban tuala, literally sehelai sepinggang. Aku ada simpan kunci spare bilik. Dalam kereta. Kereta berkunci. Kunci kereta ada di dalam bilik. Genius betul seorang Zyra kan? Aku berfikir-fikir. Mungkinkah aku lupa lock kereta harini? Tak mungkin! Masih jelas terngiang bunyi beep waktu aku masuk ke rumah tadi. Jalan penyelesaian yang aku nampak hanya dua; pecahkan pintu bilik, atau pecahkan pintu kereta. 

Aku rasa korang pun boleh agak cara mana yang aku pilih. Lesung batu di dapur aku capai dan tombol pintu aku ketuk dengan penuh semangat yang padu disertakan bersama perasaan marah, kecewa dan sedih. Berkemban sambil pecahkan pintu dengan menggunakan lesung, what a dramatic heroic scene..

Rupanya nak menjahanamkan harta benda yang tak rosak ni bukanlah satu kerja mudah. Salah ketuk, langsung tak boleh bukak pintu kalau sisa tombol melekat ke dalam lubang. Ahhh.. its hard to explain. Selepas beberapa titik keringat yang menghampiri ke titisan air mata kemudian, akhirnya pintu dapat dibukak dengan bantuan sebilah gunting dapur.

Bukan masanya untuk berasa lega dan berkuak lentang atas katil, baju aku sarung, kunci aku ambik dan perlu berjalan lekas ke kedai hardware berhampiran. Kenapa tergesa-gesa bagai tiada hari esok? Sebab aku taknak housemate mulut mak nenek sedar kejadian yang menimpa aku senja itu, hahahah. Nasib aku baik sebab kedai hardware masih terbukak pintu kecik, hampir tutup. RM15 harga yang perlu aku bayar untuk kecuaian diri yang tak munasabah. Tombol aku tukar sendiri dengan jayanya. Tak sia-sia waktu kecik dulu aku tonton cerita MacGyver, hahaha!

Moralnya di sini, aku nak sarankan kepada para gadis. Hidup seorang diri, jauh dari keluarga yang mengasihi, belajarlah hidup berdikari. Kalau aku panggil tukang kunci, rasanya bukan setakat RM15 yang kena keluar. Dan moral kedua, haruslah jangan cuai. Sebenarnya kakak housemate aku dah penah pesan, simpan kunci spare di tempat sulit. Sebab memang pernah terjadi kes macam aku. Tapi setahun berlalu, tempat sulit masih tak ketemu, so what to do? Hahahaha.. alasan.

Tapi takpe, selepas selesai pasang tombol baru, aku terus simpan satu kunci spare di satu tempat yang hanya peminat tegar Detektif Conan je yang dapat cari.


I need to learn Alohomora Charm 

Tagged: Superpower

Hey guys!

Bagi menyahut seruan Daygoon dalam entri Tag: Superpower, maka terhasillah entri angan-angan Mat Jenin pada hari ini. Korang jangan nak tipulah bila lepas menonton cerita superhero takde berangan nak ada kuasa super jugak. Atau korang berangan nak jadi villain?

Sebagai seorang yang agak vigilante macam Batman, aku mestilah nakkan kuasa yang boleh melawan penjenayah. Tapi bila aku fikirkan semula, why bother to fight those scums when I can.. make them destroy themselves? *evil grin* Ya tuan dan puan, kuasa super pilihan aku adalah kebolehan mengawal minda orang lain. Mind Control. Pada mulanya aku nak pilih kuasa Time Control, tapi complicated sangat lagipun apalah guna kuasa mengawal masa sekiranya hanya untuk menambah dosa #deep

Perlukan dua belah mata untuk hasil kuasa yang optimum dan menyeluruh.


Anyway, dengan kuasa ini, aku boleh buat perompak tembak diri sendiri, penyamun Wan Maimunah samun diri sendiri, pembuli membuli diri sendiri, perogol merogol diri sendiri.. err sorry, I got carried away. Berbalik kepada kuasa super aku. Dengan kuasa mengawal minda, aku boleh buat mak cik cafe bagi aku teh O suam dan bukan teh O panas menggelegak neraka jahanam, aku boleh buat pemandu yang tak bagi signal diserang rasa bersalah dan tak lalu makan, and I can make our corrupt politicians 'see some sense'..

Senang cakap, aku boleh punish semua assholes di muka bumi tanpa menggunakan kekerasan yang zahir. Tau tau je dah insaf. Tau tau je dah serah diri ke balai polis terdekat. Tau tau je dah letak jawatan..

Oh, dan aku taknak kontrol minda orang melalui eye-contact. Hell no, people nowadays are hopeless in making eye-contact. Kuasa super aku boleh dilaksanakan dengan hanya melihat manusia tersebut sambil aku fokuskan apa yang aku nak diorang buat (sounds absurd? Biarlah aku nak berangan!). Takde percikan halilintar atau elektrik yang keluar, kuasa aku berlaku tanpa disedari sesiapa, seterusnya mengelakkan aku dari diancam bahaya. Gitu.

Aku sebenarnya suka jugak kuasa teleport macam Day sebab aku suka berjalan-jalan ke seluruh dunia tanpa arah tujuan dan secara percuma. Tapi, dengan kuasa super aku ni pun aku masih boleh pergi ke mana saja aku nak. Macamana? Dengan.. mengawal minda Day. Muahahaha! Awww just kidding, I will not use my superpower around my love ones *cross fingers*

Baik, aku ada satu soalan cepukcemas. 
Menurut hemat korang, aku guna kuasa ke tak dalam situasi di atas?

Seronok kalau aku berada bersama-sama geng yang tahu aku ada kuasa ni. Sebab diorang akan rasa was-was dan sangsi sama ada aku sedang messed-up with their mind or not. Muakaka.. Tapi, nanti aku kena pulau pula, sobs.

Okaaay, lets do some reality check. With great power comes greatest responsibility. Dengan mempunyai kuasa sebegitu bolehkah aku menahan diri dari mengawal minda billionaires seluruh dunia? Am I able to control myself from sending my most hated person(s) to the asylum? Bhahahah! Guys, you better pray I'm not somehow accidentally have this kind of power.

Tapi tulah, tak powernya sebab aku bukan kalis peluru. Kena tembak, mati jugak. Tapi itulah realiti kehidupan, lambat laun akan mati jua #tetiba 

Dan aku dengan ini nak tag Lee-kun! Sambutlah tag aku ni dengan penuh kasih sayang UvU

Berangan itu seronok kerana ia percuma 

Miracles Happen

Hey guys!

Aku rasa aku lebih baik diam dan count my blessings instead of ranting tentang ketidakcukupan dalam hidup.

Minggu lepas aku sibuk macam first lady. Banyak betul deadline nak kena kejar. Dalam pada celah kesibukan tu, memerlukan pulak untuk aku selesaikan satu kes terpencil. Terpencil tapi penting. Aku perlu sampai ke satu destinasi tu dalam masa kurang dari setengah jam. Kurang dari setengah jam, pada waktu puncak, di.. Penang Darul Traffic Jam? Satu keajaiban jika itu berlaku. Sebelum mulakan perjalanan, aku berdoa dalam hati "Ya Allah kau permudahakanlah urusan duniawi ku ini".

Dan keajaiban memang berlaku. 
Aku sampai seminit awal. 
Tetiba hati rasa sebak.
Sungguh Allah sentiasa ada. Manusia je yang kadang berlagak taknak meminta.

Dalam minggu yang sama. Ditakdirkan aku terlupa bawak purse ke ofis. Entah berapa ekor semut yang aku telan sampai lupa nak masukkan purse dalam beg lepas guna malam sebelumnya. Nak beli sarapan baru aku sedar. Mujur belum ambik lagi makanan. Aku pun berlalu ke ofis dengan perut yang berdendang lagu akustik. Sampai di ofis diam diam aku korek beg, jumpa syiling berjumlah RM1.70. 

Jadi aku merancang-rancang apa yang boleh dibeli dengan RM1.70. Perut memprotes inginkan nasik. Nasik lemak mungkin dapat. Perut memprotes lagi nak nasik berlauk, esok! Hahahaha. Aku termenung di depan skrin komputer sambil tangan mengorek-ngorek perut beg. Tetiba tangan aku terasa seperti menyentuh kertas bertekstur duit. Dan alangkah bahagianya bila mendapati ia merupakan note RM20. yang terselit di celah poket beg.

Aku harap jumpa RM1 je, tapi RM20 Dia bagi.

Terus aku tersedar dari lamunan yang panjang. Selama ni aku mencari/meminta sesuatu yang 'besar'. Tanpa aku sedar sesuatu yang 'kecil' yang sentiasa berlaku di sekeliling. Z, please counting your blessings instead of your problems.


Maka, nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang sedang engkau dustakan wahai Z? 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape