Pakai Tudung 24/7

Hey guys!

Sekarang ni banyak dah komik-komik islamik yang diterbitkan, alhamduillah. 
Satu cara baru untuk berdakwah.
Tapi ada satu perkara yang aku kurang berkenan.
Pemakaian tudung di dalam rumah.

Kelihatan agak berlebih lah kalau seorang emak bertudung litup di dalam rumah bersama suami dan anak-anak.
Bukanlah aku nak suruh si emak tu dilukis dengan memakai miniskirt atau baju nampak klivej, tapi memadai lah lukis dia sarung anak tudung, takpun free-hair je.
Logiknya ada ke kita nak lilit shawl labuh-labuh bila dalam rumah bersama muhrim?
Yeah yeah, guna common-sense
Malangnya, tak ramai manusia yang dikurniakan dengan common-sense zaman sekarang ni.

Dalam drama Melayu lagi haru. Adegan tidur pun pakai tudung.
Okay, yang ni aku nak gelak. Kahkahkah!!
Aku faham lah pelakon tu memang berhijab in real life, tapi boleh je buang scene bilik tidur.
Tak terjejas pun jalan cerita.
Setakat nak berangan atau bersendu-sedan atas balkoni pun boleh, dalam kereta pun boleh, atau mana-mana tempat yang sesuai dengan imej perempuan bertudung yang dalam kegelisahan.
Tu belum babak isteri bertudung bemesra dengan 'suami' (baca aktor lelaki bukan muhrim) atas katil.
Hm.

Bukan apa, risau nanti orang yang cetek agama, atau orang bukan Islam merasakan yang menutup aurat itu sangat berat.
Mana taknya, dalam rumah, luar rumah, dalam bilik tidur, waktu tidur, semasa berasmara semua kena pakai tudung.
Habis bilanya boleh bukak tudung? Waktu mandi je? Ke dah ada drama Melayu yang menampilkan perempuan berhijab dalam tab mandi? Kuihihih..

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah;
Islam itu mudah. Jangan buat ia nampak susah.


Z makin membosakan 

Tips Supaya Suka Membaca Novel Inggeris (for Beginners)

Hey ya!

Seperti yang sesetengah dari kamu semua sedia maklum, aku merupakan seorang kaki buku/novel. Buku-buku yang aku baca ada ditepek di Instagram @zyraroxx (follow lah terus alang-alang tu) kehkeh. 

Aku dapat banyak komen (sebenarnya dua je) dari adik-adik yang bertanyakan tips macamana nak minat membaca novel-novel Inggeris. Well, aku anggarkan bukan dua orang je yang berminat nak tahu, lalu aku pun buat entri ni dengan harapan dapat memupuk minat membaca amnya, dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khususnya (dah macam ucapan guru besar).



Sebelum aku bagi tips, sila kenalpasti dulu beberapa perkara berikut:-

1. Minat membaca tak?

Ini point penting untuk membaca. Tak kiralah novel Inggeris ke, Jerman ke, kalau takde walau satu iota minat untuk membaca, lupakan ajelah hasrat.

2. Faham bahasa ke tak..

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, faham ke tak bahasa Inggeris ni. Its okay kalau lemah dalam penulisan atau lisan, tapi perlu lah reti dalam kefahaman. Macam aku, penulisan tak berapa nak okey tang grammar. Percakapan so-so aje sebab jarang boleh dipraktikkan, nak speaking 24 jam karang dikata lupa daratan pulak.

3. Nak baca novel Inggeris sebab...?

Kena tahu sebab jugak. Sebab nak menunjuk-nunjuk ke, pengaruh rakan sebaya ke, pengaruh drama ke.. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap pembacaan kau.

Sekarang, aku bagi tips seperti berikut. Harapnya membantu jugak sedikit sebanyak:-

1. Kenal pasti genre kegemaran

Ini adalah satu perkara asas dalam bidang membaca. Jangan pakai sebat je beli novel sebab cover dia lawa, atau sebab crush kau beli maka kau pun kena beli. Contohnya aku tak suka novel cinta atau novel melakolik. Aku pernah beli satu novel konon romance dan.. aku menyesal. Bosan tak sudah, baca pun tak habis. Aku suka genre misteri/penyiasatan/suspense/thriller. Oleh itu aku lebih terarah kepada penulis yang macam Dan Brown, David Baldacci, Jo Nesbo (sekadar sebut beberapa nama).

Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella. 

PENTING: Tolong jangan paksa diri membaca novel yang kau tak suka sebab kebarangkalian untuk rasa bosan dan give-up itu sangatlah tinggi.

2. Mulakan dengan seleksi ‘Young Adult

Nama pun baru nak mula membaca, jangan lah terus hentam pergi beli novel tebal 500 mukasurat dan susah gaya bahasanya. Pilih novel dari bahagian young adults atau teenager (even umur kau dah tak berapa nak young) sebab gaya bahasanya lebih ringkas, mudah untuk difahami. Aku dulu kakak belikan buku bedtime stories untuk baby walaupun waktu tu aku dah berumur 12 tahun! Aku mula baca novel Harry Potter masa umur 14 tahun. Nampak tak? Mulakan dari bawah.

4. Jangan paksa diri

Sebab aku jenis suka membaca, jadi boleh habiskan sebiji novel 300-500 mukasurat dalam masa sehari cuti. Kalau kau jenis tak berapa nak suka membaca, jangan paksa diri untuk habiskan semata-mata sebab tak nak rasa terbeban. Kalau kau paksa diri untuk habiskan baca sebab jalan ceritanya yang menarik dan tak sabar nak tahu ending, itu amatlah dialu-alu kan, hahahah. Jangan sesekali paksa diri sebab nanti automatik membaca jadi satu perbuatan yang dibenci, sedangkan membaca ni sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan. Satu mukasurat sehari pun takpe asalkan hati riang.

5. Buat Imbasan sebelum membeli

Sebelum diimbas oleh scanner cashier, aku sarankan kau imbas dulu novel yang nak dibeli. Kalau dibaluti plastik, baca dulu excerpts dekat bahagian belakang novel. Kalau tak berplastik, lagi bagus, kau boleh tengok gaya penulisannya macam mana. Kalau mudah faham, dan jalan cerita yang sesuai dengan citarasa, baru beli. Aku selalunya akan imbas harga dulu sebelum jalan cerita, wahahaha! Jangan sebab dia tulis ‘No. 1 bestseller author in New York’ kau terus beli. Sebab kekadang novel yang takde tulis puji-pujian itu berpuluh ganda lagi best!

Nah aku tepek kata-kata dari jiran aku sebagai inspirasi. 


Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Lain orang, lain caranya. Kalau cara kita sama, harap ia membantu :)


Bangsa membaca bangsa berjaya 

Ukur Baju di Badan

Hey guys.

Aku tengok bukan main lagi kisahnya bila nak berumahtangga sekarang ni. Sampai tahap pihak lelaki kena buat pinjaman peribadi. Perkahwinan itu satu ikatan suci, sehinggakan dianggap seolah membina masjid. Masjid dibina dengan hutang? Umm.. 

Bertunang
- Pelamin, khemah, banner segala bagai macam kenduri nikah kahwin. Sedangkan seeloknya bertunang itu diam-diam, belum halal pun lagi. Karang tak jadi, kan dah malu sendiri?

Pra-perkahwinan I
- Photoshoot dulu sebelum bertukar status. Apa motif aku pun tak tahu. Lebihan duit melimpah ruah untuk bayar khidmat fotografi mungkin. Pengaruh drama je semua ni *tiba-tiba.

Pra-perkahwinan II
- Adakan bachelorette party. Ala-ala parti enjoy dengan rakan sejantina sebelum kena 'ikat'. I don't get this, lepas kahwin dah tak boleh nak berkawan ke?

Bernikah
- Sehari sebelum majlis kahwin sebelah perempuan. Sepersalinan (atau mungkin 2) baju sewa anggun, solekan dan sudah tentulah khidmat fotografer lagi.

Majlis resepsi perempuan
- Baju sewa lagi sepersalinan (mungkin 2 utuk sesi petang/malam), lagi parah bila pengantin perempuan nak gaun macam pari-pari lah, macam permaisuri agong lah. Lepastu solekan ekstrim sampai sedara-mara tak kenal. Belum campur bridesmaid penyibuk setengah dozen. Flowergirl lagi. Tinggal paderi je missing. Fotografer dilupa jangan.

Majlis resepsi lelaki.
- Lelaki selalu simple sikit. Tapi nasib lah kalau dapat mak dan sedara perempuan yang over excited abang nak kahwin nah kau (ulang babak sebelah perempuan). Khidmat DJ membingitkan telinga lagi.

Aku malas nak masukkan kira-kira karang ada yang trauma taknak kawen pergi nikah kat siam kemudian datang salahkan aku. Cuma aku nak cakap kat sini, kalau kau dari golongan hartawan, terserlah lah kepadamu (suara Ameng Spring). Tapiiii.. kalau kau dengan bakal zaujah pun bergaji bawah RM3,000 sebulan, aku sarankan ukur lah dulu badan korang sebelum beli baju. Kalau badan saiz XXL tolonglah jangan beli baju saiz XS. Tersiksa jiwa.

Eh, kau belum nak kawin senanglah bercakap Zyra. Entah nanti kau lagi teruk majlis lima hari lima malam non-stop sampai pengsan. Hahahaha!

Nope. I don't think so. Mungkin disebabkan usia aku jadi aku masih reti lagi membezakan mana keperluan dan mana kehendak. Kalau aku ditakdirkan kawin di usia muda, yeah, mungkin majlis diadakan dengan gilang-gemilang. Just fikir nak abadikan hari bahagia, fikir glamor untuk jiran gosip selama seminggu. Tapi sebab aku dah tua, aku lebih banyak fikir ke depan lepas fasa bulan madu dah tamat. 

Ya aku tahu kalau gaji bawah 3K pun mampu buat majlis gemlang kalau dikumpul duit. Buat OT siang malam, join Forex, jual kain tudung online. Ya, semua mampu. Tapi, lagi elok duit banyak-banyak tu di simpan for rainy days. Kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di depan. Lagipun dari bayar beribu ringgit untuk sewa pelamin untuk sehari, baik pergi beli set sofa/perabot, decorate sendiri. Dari upah jurufoto beribu ringgit, baik kau pergi beli satu set kamera DSLR dan mintak tolong kawan/sedara yang agak berseni dalam bergambar. At least semua barang tu akan jadi MILIK SENDIRI lepas guna. Ini pandangan peribadi, jangan lah mak andam dengan jurufoto datang libas aku pulak.

Aku tergerak hati nak tulis mengenai hal ini bila aku mendengar keluh kesah seorang makcik. Seorang ibu yang terpancar resah di wajah tuanya. Resah hutang dengan sanak saudara belum terlunas, dek kerana memenuhi tuntutan si anak yang menginginkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Hmm.. sampai bila lah seorang anak tu nak menyusahkan ibubapanya?

Dan kepada masyrakat sekalian alam, kalau pergi majlis kawin orang tu simple, jangan pulak bawak mulut kata macam-macam, mengutuk, mencela. Sebaliknya perkahwinan yang simple itulah perlu disanjung. Melainkan kau baik hati nak tanggung kehidupan pengantin lepas diorang kahwin sampai beranak pinak.
kahkah gambar takde kaitan. jadi lah ada jugak sipi-sipi. Aku sibuk ni haa..


Moral dari cerita aku ni?
Ambik lah jurusan seni fotografi kerana insyaAllah job masuk tak berhenti-henti.


Jangan sukarkan sesuatu yang mudah 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape