AMARAN OLEH KERJAAAN MALAYSIA: entri ini berbaur riak dan takabur, muahahahah.
Ekhem.
Harini gua rasa terharu sikit. Terharu sebab blog picisan gua ini medapat tempat jugak di hati pembaca. Malah dipuji pula, sungguh gua tak sangka (lap hidung). Bagi gua, pengikhtirafan ini jauh lebih bermakna daripada dapat masuk dalam akhbar tempatan sebab dapat masuk dalam hati readers ni, dia punya feeling fuh, sangat lain macam.
Tanpa perlu membuang masa dan tenaga elektrik, gua pamerkan di sini komen puji-pujian yang telah menjadi inspirasi dan pemberi semangat untuk gua terus merapu dalam setiap entri:
Thanks guys, you rawks! Lama gua tak jenjalan ke blog rakan taulan tapi lu still datang ke blog gua. Maafff sangat sebab perasan sibuk sampai tak sempat bagi nafkah zahir yang berupa komen dan kutukan yang membina. Maafff perasan sibuk sampai tak terjawab soklan-soklan yang mintak tips berblog (rasa otai sangat bila dapat soklan cenggini tahu?)
Sekali lagi gua nak ucapkan berkoyan-koyan terima kasih kepada geng blogger yang susah payah buat review blog zyraroxx atau mementionkan nama gua dalam entri-entri mereka dan tak kurang jugak yang telah memasukkan nama zyraroxx dalam bloglist. Jasamu dikenang, sumpah tak tipu!
Dan apalah sangat blog zyraroxx ni tanpa pengomen-pengomen setia (even komen spam pun gua terima dengan seadonya). InsyaAllah panjang umur nanti gua nak buat entri khas untuk menyanjungi dan menghargai jasa pengomen-pengomen tegar zyraroxx. Love you guys!
P/S: Entri ini tidak dapat diteruskan ekoran daripada pendarahan hidung yang teruk yang dialami penulis. Sekiranya blog tidak berupdate selepas ini, faham-faham jelah ye - Jiran Admin