Pharmacophobia?

Gua tak suka telan pill.
Esofogus gua enggan menerima sesuatu melainkan sesuatu yang berupa makanan.

Pharmacophobia? Rasanya tak sangat kot, sebab gua masih belum berlari lintang pukang sejurus selepas terlihat pill.

Sudah ditakdirkan sejak azali gua susah nak menelan ubat berbentuk pill. Tekak gua tetiba terasa mengecik. Bukan sekali dua gua tersedak ketika memaksa ubat masuk ke kerongkong, fuh! nak makan ubat pun seksa.

Dulu gua selalu request untuk ubat syrup. Tapi bila dah tua bangka sekarang ni, takkan nak request ubat syrup berperisa manis lagi kot? Sobs.

Paling gua tak suka haruslah pill antibiotik. Kenapa? Antibiotik ni dah lah rasanya pelik, lepastu habis air kencing turut berbau pelik. 




Mujur jugak gua ni jarang ditimpa sakit. Setakat demam biasa boleh jugak dibawak berunding dengan hanya sebiji paracetamol tanpa perlu melibatkan sebarang antibiotik.

Gua teringat satu peristiwa waktu gua dapat pil vitamin warna cokelat sebesar ibu jari dari pihak klinik.

Gua masukkan vitamin tu dalam mulut, kendian cecepat telan air, tapi pil tu tak jumpa saluran ke kerongkong! Ia hanya berlegar-legar di sekitar mulut. Hampir dua gelas air kemudian gua tercekik dan pil bersama sekumpulan air meluru keluar dan terpelanting di atas meja.

Sejak itu, emak gua tak pernah paksa gua makan vitamin tu lagi. Mungkin tak sanggup tengok anak bongsunya mati tercekik pil vitamin..


Gua lebih rela kena inject!

44 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. knapa gi cium air kencing nya itu... har har

    ReplyDelete
  2. Saya dulu kalau nk mkn ubat penadol kena potong empat atau dua...hahahahaha.Skarang dh besar ok pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua jalau demam time kekecik dulu kulum adik kepada panadol: cortal. Rasa manis2 pahit

      Delete
  3. sama je. hahaha. kekadang nak makan paracetamol pun kena hancurkan dulu. wakkaak XD

    ReplyDelete
  4. Kak Sha larutkan pil tu dalam air, pehtu telan dengan air yang banyak, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peh, rasa mcm minum air jampi tak? Hahaha ><

      Delete
  5. Saya pun taksukaaaaa pil pil semua ni. Dah try semua cara masuk dalam roti la apa la tapi last last terludah balik pil tu.

    ps : saya tak suka semua jenis ubat. Takut T.T Dan saya pun lagi rela kena cucuk :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, cuba lu try mkn bersama pisang goreng cheese pulak ><

      moh le kita sesama serahkan bontot utk dicucuk =_=

      Delete
  6. pil yang degil ialah pil yang tak nak masuk ke kerongkong dan akhirnya lidah menderita rasa pahit.

    - Saya yagn pernah tercekik pil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mmg salu jumpa pil yg degil *nangis bwh bantal

      Delete
  7. ada cara mudah utk telan pills.. masa menelan pills, tunkukkan kepala macam mengangguk tanda setuju. bila pose macam tu.. laluan kt tekak tu akan terbuka. so pills senang je meluncur laju masuk. sebenarnya mendongak utk telan pills tu tak membantu senang menelan pon...

    moga membantu ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius baru tahu cara ni...
      Nak try laa nanti. Hehe

      Delete
    2. Ha ah, mmg mendongak akan lg menutup laluan kerongkong. Malangnya, akan ingat fakta ni bila dah selesai susah payah telan pil T_T

      Delete
  8. Kecik dulu, bila kena makan ubat bentuk tablet or pil, aku akan suruh mak aku pecahkan dan larut sedikit dalam air atas sudu utk dimakan.
    Tapi cara ni akan sebabkan ubat tu rasa sangat pahit (sbb dah dipecahkan), so sampai sekarang aku prefer telan je terus sbb telan terus tak pahit.
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah,kalau pecah lagi lah azab siksa. Sobs. Gua cuba cara letak pil betullll dekat kerongkong then telan air, so far so good. But still, kalau ada pills yg berbau pelik tu, bencinyaa, kyaaa!

      Delete
  9. hehehe mujur senang makan ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu adalah di antara orang-orang yang beruntung *jelly

      Delete
  10. nak telan pil yg dihancurkan ai tak sanggup.. huhu.. tak telan teruslah jawabnya..klu rasa sedap tu ok lagi..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan? KEcik dulu penah kakak gua masukkan hirisan panadol dlm sirap sbb panadol kekanak dah abis :3

      Delete
  11. Owh... Jnis ssh nk tlan ubat... Kna bg ubat air je klu cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn syarat ubat air tu tak pahit, kalau tak better paksa telan pill :3

      Delete
  12. Sama la zyra..dari dulu tak reti telan pil dan satu2nya pil yg boleh ditelan dengan jayanya ialah pil selesema.keciiikkkkkk gileerrrsssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah! Gua rsa bgga giler bila berjaya telan pil kecik tu dulu, habis canang satu family tp depa buat muka bosan je, sobs

      Delete
  13. http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2013/01/telan-je-jangan-hancurkan.html

    ada pill boleh dihancurkan, ada yang tak patut dihancurkan, patah 2 pun tak patut buat, kalau tak boleh nak telan jugak, patut request ubat jenis lain dari doktor ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pill jenis bekelongsong tu, boleh je kot hancurkan, sbb ia mmg dh sedia hancur ><

      gua suka main pil tu dulu (lazimnya pil antibiotik yg gua xpenah telan). Buka shell dia dan pura2 jual dadah, kahkah! Err :3

      Delete
  14. Hahaha.. Susah jugak nih kalau tak boleh makan ubat pil. Hmm nasib baik jarang sakit. Saya pulak tak berapa suka ubat cecair sebabnya ada rasa kalau pil telan ja tak ada rasa apa2.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh terbalik lah kita, jom tukar identiti nak? Eh ><

      Delete
  15. hahhaa...kena belah 4 la kalau gitu..tak pun picit2 pil tu dalam air bagi hancur..manja sanagt tekak nya tu...ekekekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, manja betul. Akak tolong sepak tekak gua lelaju jap ><

      Delete
  16. bile tiap kali nk kne telan ubat pil ni gua bayangkan yang gua makan gula-gula berperisa peria. pastu gua redha je telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha perisa peria? *gelak sambil nangis

      Delete
  17. comelnya blog ni.. utk pengetahuan awak,, kalau demam saya suka mkn ubat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err tolonglah makankan utk saya sekali huehuehue

      Delete
  18. kalau sy.. telan besar2 macam tu ja. haha.. sbb dari kecik makan ubat terus, :'(

    ReplyDelete
  19. selawat dulu baru makan. inshaAllah boleh telan. saya selalu buat macam tu kalau tak boleh telan ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, mungkin lah. selalu baca doa makan je, huehue

      Delete
  20. dulu masa bebudak makan panadol mak terpaksa tumbuk bagi hancur XD tapi satu hari ada nurse garang paksa telan ubat pil ajaibnya sampai sekarang tak ada masalah telan ubat pil

    ReplyDelete
  21. Hahaha sebab trauma kekal kena paksa dgn nurse ><

    ReplyDelete
  22. hahahhahaha...sama dgn kes saya masa kecik dulu nih..tapi tua bangka dah bole telan macam biasa..

    P/S:nak oiiiii..cantiknya blogggggg!!boleh tak nak suh design blog kita......wakakakkakakakakak...jatuh hati n cair tgok warna pastle!

    ReplyDelete
  23. kalau dulu sakit demam makan ubat.. tapi sekarang ni... dah tak nak makan. tunggu dia sembuh sendiri. hahaha xD

    ReplyDelete
  24. hahahhaha, pernah jugak dapat ubat yang hampir saiz duit syiling 5 sen. Time bebudak pulak tu. Apa dia pikir benda tu boleh ditelan oleh seorang kanak-kanak,, nak digigit pahit. Reda jer lah

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape