Diskriminasi Detox

Salam.

Pada suatu hari yang indah, gua telah pergi ke sebuah toko kecantikan dan penjagaan diri. Gua request satu minuman detox yang agak gah di canang ke serata pelusuk negeri.

"Untuk sapa ni dik"
"Er, untuk saya lah" (sambil tahan diri dari nyanyi lagu 'untuk dia, heyy untuk dia, heyy')
"Eh, adik kan dah kurus, buat apa nak minum detox? Ishh tak payah lah. Lainlah kalau adik gemuk dan nak kuruskan badan. Ni dah kurus ni?"
"..."

Diskriminasi apakah ini? Setahu gua, detox adalah istilah yang digunapakai untuk nyahkan toksin (bahan beracun dihasilkan di dalam sel atau organisma hidup) dalam badan. Semua manusia dan organisma hidup mempunyai toksin di dalam badan mereka tanpa mengira rupa, pangkat, darjat, berat dan keturunan. 

Atau ada saintis yang telah mengelurkan fatwa toksin hanya untuk orang gemuk yang gua terlepas pandang? Okey fine, maybe kakak tu misunderstanding. Gua pergi lagi dua kedai. Masih soalan yang sama: untuk siapa, dan memandang gua dengan sangsi. Damn, gua dah rasa serupa ingin membeli sesuatu yang termaktub di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952 pula.

Hak membuang toksin hak kami! Kahkahkah.

Nevermind, I'll just stick to ze lemon 




Mind-set orang kita ni kadang-kala cukup menakjubkan.
   

Perasantation

Seorang random guy flirting dengan gua dalam media sosial. Mungkin dia suka gua? 

Rupanya dia sejenis lelaki yang flirts dengan setiap perempuan.











Moral: Kurangkan perasan, lebihkan tidur.




   

Rambut Rocker


Pada suatu hari yang panaih berbahang:

“Aku nengok ko dan serupa kuntilanak dengan rambut berjela-jela ni, ko tak rasa nak potong ke beb, eh ko yang rambut panjang aku lak yang rasa rimas lah.”

messy is sexy okay

“Tak guna sexy pun kalau takde hubby

Ouch.

Ketika mandi pagi tersebut, gua menimbang-nimbang idea untuk potong rambut. Maklumlah, 78% manusia kan buat keputusan penting semasa tengah mandi, kehkeh. Dengan musim-musim panas dan GST cenggini elok jugak berambut pendek, tak panas sangat dan syampu/conditioner pun boleh dijimatkan 2x ganda. Dan seperti 78% manusia lain, keputusan telah dicapai!

Selesai mandi gua berdiri depan cermin dengan sebilah gunting. Gua pegang rambut yang dah serupa Medusa dalam mitos Greek purba. Sobs, sayang pulak nak berpisah dengan dia, gua harap lu faham wahai rambut, this is for the greater good. Rasa nak nanyi lagu Creed – the Sacrifice pun ada. Gua hesitate, betul ke nak teruskan? Heck, even Eminem pun gunting sendiri rambut beliau. Kendian, zasss!!

4 jam 28 minit kemudian..

“Bebb, aku dah balik nii, ko dah makan k….. Bebb??!! Wohoiii, macam budak sekolah! Haa cenggini lah baru naissssss. Kemas, baru lah nampak rupa ko. Ko pegi salun mana?”

Macam budak sekolah?
Kalau hanya dengan potong rambut boleh nampak 12 tahun lebih muda, gua tak faham kenapa orang perlu bersusah payah dengan botox. Tentang soalan salun mana tu, gua tak pasti sama ada ia sejenis sarcasm atau betul hasil kerja tangan gua nampak pro, wahahah.



Tapi... kenapa gua rasa tak best je berambut pendek ni. Rasa seolah dari seorang rocker menjadi seorang k-poper! Cepat-cepat gua sedapkan hati sendiri dengan mengenangkan beberapa vokalis feberet gua yang pernah berambut panjang dan pendek.


Erm, sesuatu betul lah bila tengok lelaki berambut panjang ni pendekkan rambut, hurm. Erm. Hmm. Nyum.


Tapiiiii, sesuatu sesangat-sangat-sangat-sangatnya bila tengok seorang rocker yang berambut pendek, yang bernama M Shadows, yang hensem, yang sedang membaca, yang sexayy, yang yang.. argh argh arghhhh! (Sawan)



Too much hotness in one picture (drooling sampai banjir)



*

*

*

Belum sempat berbuat apa-apa tiba-tiba gua terjaga. Hari sudah pagi dan gua masih lagi seorang 'Medusa Oblagata' kahkahkah. 

Apahal sejak akhir-akhir ni gua asyik mimpi berambut pendek dan mimpikan M Shadows? Adakah itu petanda beliau nak masuk minang gua? 




Deng, entri paling annoying di muka bumi.


   

Dari Mata Turun Ke Kaki

Dari karena mata
yang punyai kuasa
aku tergoda, aku tergoda, terkeciwa

Yep, gua tahu selalu orang cakap 'dari mata turun ke hati', tapi gua rasa elok juga cakap 'dari mata turun ke kaki'. Jangan la tanya kenapa, tindakan refleks barangkali, hihihi.

Okey, harini gua nak membebel fasal salah satu deria terpenting manusia: mata (harap takda yang kaitkan entri ni dengan iluminati). Seperti sedia maklum, seiiring dengan arus kemodenan, bertambah canggis manggis lah teknologi sekarang, hingga banyak evolusi terhadap mata dilakukan, err evolusi?

Zaman sekarang ni, kalau rabun dan lu malas nak pakai spek, lu boleh buat pembedahan laser in-situ keratomileusislasik (LASIK) asalkan ada duit berkepuk-kepuk dalam bank. Kalau takde duit, cubalah mintak tolong otromen gi laserkan lu punya mata. Tetapi bukan isu tu yang gua nak ketengahkan sekarang (ceh, serupa mesyuarat PIBG pula).

Yang gua nak kisahkan kat sini sekarang fasal kecantikkan mata. Jangan teruja sebab gua bukan nak bagi tips atau petua kasi mata cantik tapi gua nak tanya lu semua kenapa mata besar tu equal comel? ataupun formulanya berbunyi begini:-

mata besar = comel²
(Kahkah cegampang betul formula ini)

Jangan nak menidakkan pertanyaan gua. Kalau tak, takdela diciptakan cara-cara berikut untuk 'membesarkan' mata bagi mereka yang kononnya bermata kecik:-

(1) Pembedahan di kelopak mata (entah le apa nama saintipiknya) bagi mereka yang bermata sepet dan sembam gila sampai orang pun tak berapa pasti sama ada dia celik atau pejam. Lazimnya dilakukan oleh orang Asia, terutamanya golongan retis sebab depa ada banyak duit. Gua syak depa ni terpengaruh dengan anime yang mata besar-besar dan berkilat-kilat.


(2) Kontek lens yang berdiameter lebih besar dari biasa lalu memberi efek mata hitam kelihatan besar secara mendadak tahap alien. Dah boleh mula buat lagu 'besar mata hitamku', hahaha nangis kumpulan Wings kalau depa tahu. Harap berjaga-jaga dengan cara ni sebab silap haribulan lu berkemungkinan boleh jadi buta terus. Tengah elok-elok ada mata, langsung takde. Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau dustakan?



(3) Aplikasi edit gambar di smartfon yang membolehkan pengguna membesarkan mata atau apa saja bahagian tubuh badan yang nak dibesarkan. Kelebihan guna aplikasi cenggini adalah, lu akan diminati ramai dan dapat banyak likes. Keburukkannya pula, lu mungkin akan dicaci maki atau lebih teruk lagi, dibelasah ketika pertama kali bersua muka di alam nyata. Kah.

Nuff said 


(4) Tutorial mekap yang extreme untuk menampakkan mata yang besar. Cara ini boleh lah diibaratkan seperti aplikasi edit gambar in real life. Peratusan untuk kena belasah time jumpa pertama kali tu kurang. Tapi lepas kawen tak tahulah bagaimanan pula ceritanya. Kalau lu rela bermekap 24/7 gua rasa takda masalah sebab mungkin lama kelamaan suami akan ingat lu memang natural cenggitu.


Jadi di sini, gua nak tanya apa hinanya bermata kecik? Entah lah, semua ciptaan Tuhan nak dimodify, sesekali bawak-bawaklah bersyukur. Bukan sekadar mata, boobs, bibir, bontot, penis pun nak dibesarkan. Apa kata kita mula besarkan akal dan amal pulak? 



Terimalah gua apa adanya (motif?)

   

Hi, Saya Seketul Metabolisma


Dengan berat 40 kilo dan tinggi 155 sentimiter, gua sering dianggap kecik tapi gua prefer istilah comel. Di atas merupakan soalan-soalan lazim dan ruji yang selalu gua terima. Kalau malas, gua hanya akan jawab dengan menguap. Kalau rajin (in rare occasion), gua akan explain seperti berikut:
Badan gua mempunyai kandungan metabolisma yang tinggi di mana kadar pembakaran lemak di dalam badan gua sangatlah aktif sehingga membuatkan gua sentiasa lapar. Ya sentiasa lapar dan sentiasa nak makan, malangnya makanan yang gua ambil hanya memberi sedikit sahaja kesan kepada badan. Kandungan metabolisma akan semakin berkurang sesuai dengan peningkatan umur, maknanya gua mungkin akan berisi bila gua makin tua nanti, atau ehem, lepas kahwin.

Most of my friends yang tergolong dalam kategori fatso akan berasa iri hati betul dengan gua yang depa sifatkan sebagai 'memiliki perut stokin'. Makan, makan, dan makan, mana pegi ntah semua makanan, jadi poops semata-mata barangkali. Tapi depa tak tau, gua spend duit untuk beli makanan lagi banyak dari depa spend duit untuk kurus (nangis celah almari).

Tidak kurang jugak yang cakap gua bela saka. Entah apa faedah yang boleh gua dapat dari saka gua pun tak pasti. Pernah gua mengadu pada doktor berkendaan kondisi gua ni time pergi ambik ubat sebab demam (nak MC je sebenarnya, kohkoh). Tau dia jawab apa? "Biarlah masa yang menentukan". Gua syak dia ni banyak sangat tonton drama Melayu. Dan gua tetiba rasa sangsi dengan kredibiliti beliau.


Tapi sejak akhir-akhir ini soalan cepu emas telah bertukar rentak, dari soalan mengenai fizikal, kepada soalan yang lebih spiritual...



Ha.. ha.. ha.. tunggu sat saka gua nak keluar mengamuk!


Gua tak suka pertanyaan yang tak disertai dengan sebarang cadangan atau solution. Contohnya bila tanya kenapa gua kurus, sertai lah dengan satu bucket ayam kepsi ke. Bila tanya kenapa gua masih single, sertai lah dengan bawak dua tiga orang calon suami di sisi.. I'm just a simple person with simple needs

Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang, kalau mulut tempayan tu lain, gua pecahkan je tempayan tersebut, muahaha! Jadi, jangan jadi tempayan. Jalanilah hidup dengan penuh bergaya.


       

Lelaki Dan Nafsu Yang Satu

Perempuan ada sembilan nafsu.
Lelaki ada satu nafsu. Tapi susah dijaga seperti sembilan jugak.

Entri berkaitan 'The Flash' dari cEro membuatkan gua teringat kisah-kisah dari zaman U dahulu kala. Waktu di mana gua young and free, naif dan curious. Kerana curious jugaklah gua gigih enrolled psychology as a minor (sebab lecture prof tersebut cool mampos sebenarnya). Banyak benda beliau hajar gua hinggakan sedikit demi sedikit kenaifan gua berjaya beliau kikis.

Pada suatu hari yang panas serupa waktu begini, gua ambik keputusan untuk ke mall di ibukota Penang. Gua sendirian memandangkan haritu weekday dan member semua di kelas atau malas nak keluar. Gua terpaksa jugak keluar, ketagihan membaca fiction dah tak terbendung.

Time balik, gua tunggu bas di stesen bas kat tengah-tengah kota. Kebetulan dekat situ ada kaunter eksrem mekdi lalu gua pun sambar satu sundae cone (masa tu belum reti boikot) dan settle down kat satu bangku.

Tetiba ada satu mamat tegur, "sedapnyaaaa aiskrim, nak sikit?"
Gua pedulikkan je sebab ingat dia hanya mengusik. 
Kemudian: "Boleh laaa, bagi aiskrim tu.."
Gua pandang dia. Dari segi pakaian yang berkameja siap berseterika dan jam tangan jenama terkemuka yang bukan fake, gua agak dia puyai RM1.05 untuk sebiji sundae cone kat mekdi yang hanya 50 meter di sebelah.
Hati gua tak sedap. Gua teringat tajuk "Fetishism" dalam slides prof.
"Awak... boleh lah.." dengan suara yang satu macam.
Gua tak menoleh lagi lalu angkat kaki blah dari situ.

Apadia Fetishism? Satu perlakuan di mana seseorang itu akan terangsang secara seksual apabila dapat memiliki sesuatu benda yang merupakan 'bekas' orang lain (desired person). Selalunya perangai pelik ni dimiliki oleh stalker. Tapi dalam kes gua, ia lebih creepy sebab gua jatuh dalam kategori desired person at first sight. Jadi jangan rasa teruja sangat dengan benda karut macam love at first sight ni, kahkah.




Okey seterusnya kita pergi pulak dekat hujung-hujung sem. Jadi student USM tak sah kalau balik ke kampung tanpa bawak buah tangan berupa jeruk. Untuk membeli jeruk kena pergi ke pasar Chowrasta yang jugak dekat ibukota. Jadi, kami menunggu di stesen bas yang sama. Disebabkan gua pendek, dah jadi satu habit untuk duduk sambil hayun kaki yang tergantung. Tiba-tiba..

"Adik.. jangan buat kaki macamtu adik.. stim ni.."

Gua terus tarik tangan gua dan berselerak lari dari situ. Even di tengah-tengah kesesakan orang ramai. Damn! Gua baru face to face dengan seorang Podophilia! Gua rasa diri gua ni fit tapi berat jeruk yang dah serupa beras 5kg telah memancitkan gua. Kawan gua masih tercengang hairan sambil tercungap, Gua hanya jawab "orang.. gila....seks...." tiga perkataan tu dah cukup buat dia diam sampai ke hostel.

Kejadah apa pulak Podophila ni? Ia nama lain bagi foot fetish yakni manusia yang terangsang secara seksual bila tengok kaki. Mungkin sebab gua pakai sandal thong cenggitu dia nampak serupa pakai bikini kot. Rasa berdosa gila biarkan kaki separuh bugil cenggitu.

Pengajaran yang gua dapat sejak dua peristiwa di atas: Gua tak lagi makan aiskrim di tempat public yang open. Lagipun gua bukan budak umur 5 tahun lagi, people might get the wrong idea. Sejak dari itu jugak gua selesakan diri dengan memakai sneakers ke mana-mana. Tak tayang dah kontur kaki gua yang 'seksi' sangat tu, kahkah.

Alhamdulillah, sejak dah kerja dan berkereta sendiri gua dah jarang menuggu bas. Tapi gua tau gua hanya berapa persen je yang terbertuah dapat travel dalam keselesaan kereta sendiri. Masih ramai perempuan kat luar sana yang tiap hari kena hadap jantan-jantan serupa Mr Sleek dan Mr Slimeball di atas.



       


Level Up

Birthday semasa kecik:

"Harini adik dah lima tahun.. jadi anak yang baik naa.." (usap-usap kepala) - Emak

"Anak ayah dah besaq!!" (dukung dan lambung) - Ayah

Birthday semasa remaja:

"Happy birthday adik! Nah" (hulur novel harry potter) - Kakak

"Adik nak makan apa harini, Abg Un belanja" - Abang

Birthday semasa di U:

*tepat pukul 12 pagi*
"Happy Birthday Zyraaaaaaaaaaa!!!" (bagi ucapan, hadiah dan nyanyi dengan bisingnya) - Kawan2

Birthday semasa sekarang (2015):



Emak ayah kembali kepada Ilahi
Adik beradik berkeluarga sendiri
Kawan-kawan datang dan pergi
Belum punya calon suami









A few heartbeat later








I feel good, tenenenenene
I know what I want now tenenenenene
(Bagi yang blur, lagu ini penah menjadi lagu tema NTV7 satu masa dulu)


Semakin tua, Birthday jugak akan jadi semakin hambar. Tak seronok okey menjadi dewasa. Buat adik-adik gua, nikmati lah zaman muda lu dengan semahu-mahunya. Takyah nak eksen matured tak bertempat. Ingat, masa muda hanya datang sekali! (Melainkan lu bela hantu raya atau botox).

Bajet bagi ucapan serupa gua ni seorang nenek tua gayaknya. Level berapa tu biarlah rahsia, yang pasti belum advance serupa nenek nenek si bongkok tiga lagi (Followers IG diammah!).

Bukan apa, sorang tweetpemes pernah buat statement lebih kurang: 
Perempuan yang hodoh tu please lah sorok umur tu dengan muka-muka sekali. Perempuan cantik takyah sorok umur pun lelaki tetap suka.
So, memandangkan gua seorang yang sedar diri... hekhek.


Happy birthday to me.
Happy belated birthday to GST. Nyibuk je nak menempel jugak kat birthday gua :3
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape