Liga Kening Tebal

Yo \m/

Zaman gua remaja dulu girls sibuk cukur-cukur kening kasi nipis.
Sekarang girls sibuk conteng-conteng kening kasi tebal pulak.
Hurm, gua yang perempuan pun kadang tak faham dengan perempuan.

Ada sorang makcik jiran ni kept pestering me,
"dik, cuba la pakai pencil-brow yang makcik jual, sesuai untuk kening adik tu"
Dan ini bukan kali pertama.
Gua rasa kening gua dah cukup hitam, pekat, likat.
Entah kat celah mana lagi gua patut tenyeh menatang tu.

Tahulah gua suka layan cerita kartun Shinchan, Hagemaru..
Tapi tak semestinya gua nak join liga kening tebal mereka.
Gua dah nampak ramai girls yang berkeliaran dengan kening yang macam emmm..
Thanks but no thanks.




Tapi, sometimes gua berharap akan dapat anak berperangai Shinchan.
Dan gua harap dapat jadi Misae versi comel, kelakar dan rajin.

Dan lukisan di atas yang sepatutnya menggambarkan liga kening tebal,
end-up look like a family portrait. 

The father? Well obviously dia tengah ambik gambar. Ngahahahahah!
Pergi berambuslah Zyra.



The biological clock keep ticking 

Apabila Ikon Blogger Dimanusiakan


Yuhuu \m/

Gua rasa lu semua mesti pernah tengok cerita kartun/anime yang dah dimanusiakan wataknya. Contoh gua bagi kat sini Detective Conan. Emm, gua bagi setengah bintang je untuk watak manusia Shinichi dan Ran sebab haram tak hensem dan lawa macam dalam komik, muehehehe. Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Sonoko, Haibara dewasa dan Gin. Closed enough.


Ya, animasi dah banyak yang di-manusiakan. Bukan perkara luar biasa. 
Tapi sekarang gua nak tanya, what if icon blogger yang di-manusiakan pulak?
Err ikon blogger? Entahla, gua pun tak tau nak panggil apa, takkan maskot pulak? 
Kedengaran sarkas pulak bunyiknya.

Zyraroxx kat atas header yang bajet rajin membaca buku sambil dengar muzik tu, nampak?
Haa, itulah 'ikon' yang gua maksudkan. Kekonon tu gua lah, kakakakakapuih.
Kiranya serupa logo sesebuah jenama lah.

Okey, sekarang gua bukan nak cakap fasal penjenamaan. 
Gua ada beberapa kenalan blogger yang mempunyai ikon ala-ala zyraroxx di atas,
yang sering depa guna dalam setiap entri apabila depa nak menggambarkan diri mereka.
So my dear ladies and gentlemen, imagine if our icons are 'humanize', lets get cheeky.. Shall we? ngeee~

Mangsa gua yang pertama adalah Amna Shark a.k.a Gadis Misteri.
Seorang gadis yang berbakat luarbiasa menghasilkan komik.
Korang boleh pergi melawat beliau KAT SINI 
Amna jugak dah hasilkan beberapa buah komik.
Gua suka ikon dia yang comel berambut 
potongan bob-cut ala Cleopatra :D



Mangsa kedua gua adalah seorang lanun yang suka ketawa 'wkwkwkwkwkw'
Gua tak pasti sama ada ikonnya itu menyerupai dia sendiri
Tapi yang pasti gua suka betul dengan rambut beliau.
Blog Lanun Ranggi memang best. First time sampai ke blog tersebut, 
gua terus jatuh cinta talak tiga baqhang, kahkahkah!
Oh ya, Aujinz lah yang menyebabkan gua terjerumus mengenali blogger komik
yang lain. Thanks encik Lanun Ranggi! ^_^
KLIK SINI untuk naik kapal lanun



Mangsa seterusnya adalah Lee-kun. Ada jugak gua kena maki dengan Lee karang, 
sebab manusia tersebut agak girly, ufufufu.
Ampun Lee, ini je yang gua rasa closed-enough >_<
si Lee ni pun berbakat besar jugak.
Lukisan dia selalu buat gua tak keruan dan mengigit bantal,
memang betul setaraf pelukis manga Jepun baqhang.
Tak caya? Pergilah tengok seniri KAT SINI



Yaaa, ini dia mangsa lelaki yang kedua, cEro of cErolian.
Lelaki berambut simpul dan berbaju kuning yang baru je meraikan
ulangtahun blog beliau yang ke-Enam.
Mulanya gua nak search kumpulan 1D sebab gua rasa-rasa ada ahlinya
yang rambut bersimpul gulung macam ikon cEro.
Tapi tak jadi sebab gua anti-1D dan taknak ambik manusia yang dari kalangan retis
Blog beliau: Null & Alternate memang best sebab entri dia ilmiah dan santai dan selalu buat gua tergelak kecil dan besar dengan tidak disangka-sangka, awesome!
TEKAN SINI untuk buat tinjauan lanjut.


Hek elehh, nak jugakkkk budak ni...
Koffkofkoff haruslah beb, inikan blog gua
mestilah ada muka ikon gua, weee
*menari tara kucha*


Amacam, hebat tak kitorang bila dimanusiakan?
Ahem, pembetulan: hebat tak IKON kitorang bila dimanusiakan?
Suka untuk gua tekankan kat sini: Manusia diatas BUKAN lah rupa sebenar blogger
Kitorang lebih hebat dari itu, kakakakaka ><

Anyway, thanks guys for the support
Trimas sebab selalu buat gua tergelak dengan entri lu semua.
Selain diorang, ada lagi Plain dengan DeaDay yang dasyat betul bila melukis
Tapi gua tak tau ikon diorang, maklumlah gua kan pemalu (apa kaitan?)
Hahaha betullah, gua sebenarnya rasa segan sikit bila berada dalam lingkungan manusia-manusia hebat ni


Maaf gua curik gambar ikon hempa tanpa kebenaran, mohon jangan bash 

Manusia Transgender

Yo \m/

Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ni gua selalu ternampak rintihan kaum perempuan di susur masa media sosial mengenai perasaan insecurities mereka dengan kewujudan manusia transgender (baca: maknyah/bapok/pondan etc) yang jauh lebih cantik dan meletops dari wanita semulajadi.



Berdasarkan gambarajah di atas, ternyata gua pun patut rasa insikio, kahkahkah!
Tapi peduli hapa gua. Janji gua tak melanggar hukum alam.
Gua tak peduli kalau pondan nak sembang fasal keagamaan,
Gua tak peduli kalau pondan nak sembang fasal tulang rusuk
Gua tak peduli kalau pondan nak berhijab sekalipun
Cuma gua rasa macam nak terajang dahi mereka bila mereka bagi statement:
"Jadi diri sendiri dan jangan hipokrit"

Tanda-tanda akhir zaman ada disebutkan jumlah perempuan akan melebihi lelaki. 
Nah, ini yang berlaku sekarang.
Selain kelahiran bayi lelaki yang semakin berkurang, 
lelaki yang dah sedia ada pulak sibuk nak jadi perempuan atau sibuk nak jadi gay.

Damn, sebut fasal gay, Facebook asyik dok suggest friends yang gay je dekat gua 
(Woi Mark Zuckerberg! muka gua ada rupa gay ka?)
Atau, mungkinkah gua mempunyai kuasa penyembuhan gay? Kahkah!

Tapi ada satu hal yang gua tak puas hati.
Pondan dah ada yang cun-melecun sampai dah boleh kalahkan perempuan.
Tapi kenapa pengkid belum ada yang hensem, sado dan berbulu-buluan macam Hugh Jackman?
Kemon, alang-alang nak jadi lelaki, jadi lah bebetul. 
Perempuan mesti boleh! Jangan kalah dengan lelaki! *angkat sepanduk*


Harini Rabu, orang lain sibuk dengan entri Wordless Wednesday 
tapi gua pulak membebel tanpa hanti, terasa rebel betul diri ini, hiks.

Lambat Loading


 






Sejak seminggu ni gua rasa kepala hotak gua agak lag.
Lambat betul nak proses data.
Mungkin atas faktor bebanan kerja. Gua sepatutnya ingat benda lain.
Tapi yang menerawang dalam fikiran sekarang ni nama kedai dobi, komik Doraemon yang bertajuk 'mari-mari kucing memikat pelanggan', iklan pencuci Axion, kedai makan kat kampung gua yang diberi nama 'Maju Maju'...
Kalau boleh nampak, mungkin semua tu tengah meleleh keluar ikut telinga sekarang ni.
*sumbat kapas*


Dah hampir lapan minit gua perati skrin ni.
Lepas taip buat apa?
Oh, ya. Publish.


Vanilla Coklat

Yo \m/

Sebelum spekulasi lu meliar teruk, gua nak gitau siap-siap,
ini bukan drama cinta sweet-sweet.
Ini kisah benar yang diadaptasi dari hidup seketul Zyra, fewwwit.

Gua ada empat orang abang. Harini gua nak cerita perihal abang yang bongsu.
Dia mempunyai kulit yang cerah dan gebu yang diwarisi dari emak,
manakala gua memiliki kulit yang gelap dan gulita diwarisi dari ayah,  Daddy's Girl lah katakan. 

Masa kecik, gua sering jugak pertikaikan perihal kulit kami.
Sepatutnya gua lah yang dapat kulit cerah memandangkan gua ni perempuan. Mujur gua belum baligh waktu tu, kalau tak dah lama hangus disambar petir.
Gua stop pertikaian tersebut selepas ayah pergi. Glad I inherited his dark skin. 
Miss him much (ninja sesat mana pulak potong bawang sebelah gua ni?)

Kami juga menggemari perisa yang mewakili warna kulit masing-masing.
Abang gua suka vanilla dan gua pulak suka coklat. Adakah disebabkan pembawakkan genetik yang diperoleh dari kulit? Sampai sekarang abang gua tak suka coklat.
Gua rasa gua dah buat dia mengalami PTSD. Yelah, gua suka coklat, kulit gua pun jadi warna coklat, so abang gua tu maybe dah fobia dengan coklat, kahkahkah.

Dia sebolehnya akan elak coklat dan prefer coklat putih. 
Gua dah cuba makan coklat putih ni tapi rasanya serupa sebuah Genting Highlands tanpa kasino. 
Hambar. Menjelang hari raya, dia request Almond London versi coklat putih
Dah serupa Almond Sepanyol rasanya. Apabila ke Langkawi, dia memesan belikan coklat putih.  
Dan bila abang gua beli aiskrim Neapolitan, confirm perasa coklat ditinggalkan bersendirian. 

Selain racist, abang gua jugak seorang sexist, kahkahkah. 
Menurut cerita arwah emak, semasa gua masih seorang baby, abang gua suruh emak buang gua sebab dia nak seorang adik macam anak jiran gua: lelaki dan putih gebu macam dia, ceit. 
Emak membujuk: "Adik memang tak cerah tapi adik lebih cerdik, pandai senyum dan ketawa bila diagah, kan lagi comel tu?" (Ninja ni keturunan bangla ke potong bawang bayak-banyak?). 
Dan abang gua nampaknya terima pujukan tersebut. Dia tak boleh nafikan, adiknya itu memang comel, ufufufu.

Huh, abang gua tu propa je lebih sebenarnya. Kalau diletakkan kek coklat kat depan mata, licin jugak dilibasnya (menguap).




Air dicincang tak akan putus, biarpun teknologi telah mencipta pisau superhydrophobic. 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape