Hey You, My Other Half

Salam guys,

Wohoho kemain entri gua kali ini yang berkonsepkan geli-geli.
Ini semua gara-gara Bro Nadia lah ni, tak memasal gua turut terjebak sama, kehkeh!

Bukan apa, ramai betul kenalan gua yang buat ramalan dan rumusan sendiri apabila mendapati gua masih sendiri: Memilih sangat.
Gila ko tak memilih? Kita nak hidup selama-lamanya kot dengan orang tu?
Hang TERlalu memilih.
Bajet gua ni Puteri Gunung Ledang ke mende? Gua sedar diri okey, hehari suluh cermin.

Demi nak sedapkan hati semua pihak, gua senaraikan kat sini ciri-ciri suami idaman, suami lah, dah takde zaman untuk boyfie-boyfie ni, zzzzh.
Ada tak ciri cliche seperti taknak lelaki hisap rokok? Mmm takde. Asal jangan hisap vape sudah, bencinya.

1. Tabah
Sebagai manusia biasa gua pun ada kelemahan. Kelemahan gua adalah cemburu. Tapi gua takdelah nak jeles membabi buta sampai ke mak mertua ipar duai pun nak jeles. Harap bertabah dengan perangai gua nan satu ini. Harap luar je rawks, kat dalam manja serupa bayi, hampeh!

2. Tak sembang kencang
Gua cukup tak suka lelaki yang sembang kencang taknak kalah. Lagi-lagi fasal politik, bleargh. Bukan gua tak peka tapi, just keep our opinion to ourselves kay? Pernah jumpa lelaki yang memperlekehkan member sendiri semata-mata untuk nampak gah depan perempuan. Seriously NOT attractive at all, even hang hensem macam David Beckham sekalipun. Dan yang suka cakap besar fasal harta kekayaan, lepastu meroyan cakap perempuan pandang harta, zzzz..

3. Terima seadanya
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Gua tak lemah lembut sopan santun macam perempuan lain, tapi awak jangan risau, saya masih reti lagi bersantun dengan orang tua-tua. Lepastu pulak, gua ni kadang nampak comel, kadang serabai, kadang macam nak makan orang, kadang cun, wahahaha. Dan paling penting, jangan buat remarks "kenapa awak tak macam perempuan lain?" Bij pls, I'm a limited edition.

4. For better or for worse

Ini penting. Gua ni seorang yang rela bersusah-susah dahulu pendapatan, ha gitu. Kalau dah jodoh, duduk dalam rumah kotak pun gua rela. Tapi nanti kalau dapat bertukar ke rumah batu, jangan lah cari bini baru pulak. Harap jangan lah susah bersama tapi bila senang cari lain. Almaklumlah, bak kata Tun M: "Melayu mudah lupa".
Gua sokong lu, lu sokong gua lah beb!
Gelak sesama, nangis sesama, okay?

Dan of course, sedap mata SAYA memandang. Lantaklah kalau orang lain tak berapa sedap nak pandang, wahaha.


Is it too much to ask? 

Kerana Mulut Perut Binasa

Salam guys,

Selamat kembali berkerja. 
Sila jangan perasan, gua bukan ucap dekat lu, tapi gua nak ucap dekat perut lu semua. Selepas sebulan berehat (tak rehat sangat sebab kerja syif malam), kini tibalah hari di mana mereka perlu berkerja keras.



Nah, terimalah natijahnya akibat makan tak ingat dunia akhirat, wahahaahaha. Ketahuilah kalian bahawa gua susah payah siapakan entri ini dengan perut yang memulas-mulas macam mesin basuh separa automatik. 

Di kesempatan ini, gua nak menyeru lu semua untuk berpuasa enam supaya menstabilkan kembali perut yang terkena kejutan budaya di Aidilfitri. Gua nak start Isnin depan, jom lah join nanti boleh raya enam sama-sama, weee.


Selamat berpuasa kembali 

Salam Syawal 1436H

Salam guys,

Kejap je dah hampir sebulan kita berpuasa pada tahun 2015 ni.
Sayangnya 10 malam terakhir ni kita sibuk habiskan dengan pergi ke Low Yat dan PWTC dari pergi ke masjid.
Gua sedih ni. Sedih. Entah dapat rasa lagi ke tidak Ramadhan tahun depan.

Di kesempatan ini, gua nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa saja yang baca blog ni. Gua nak mintak maaf andai ada tulisan-tulisan dalam blog ni yang menyinggung perasaan, sumpah gua tak sengaja, tiada niat lain melainkan sekadar suka-suka semata.


Kepada yang dapat cuti tu, pulanglah ke kampung, jangan dengar sangat saranan pakar motivasi suku masak tu. Gua sedih bila tengok orang tua-tua yang beraya sendirian sebab anak TAK NAK balik. Satu je gua nak cakap:
Hulurkan tangan ketika mereka masih ada untuk menyambutnya.

Dan kepada warga muda-mudi, tinggal-tinggal kan lah gajet anda barang sekejap. Beramah mesra lah dengan sanak saudara jiran tetangga. Apa guna gah dan femes di media sosial tapi in real life saudara sendiri pun tak kenal hangpa. 

Gua ingat tahun ni nak sediakan satu bakul. Sampai je anak-anak buah kat depan pintu rumah di kampuang, gua nak suruh masukkan segala gajet dalam tu. Kalau ingkar, takdak kipas dan kasih sayang untuk hangpa! Muahahaha!!


Selamat bergembira di hari raya di samping insan tersayang 

Ketupat Iluminati

Salam guys,

Pergh, power jugak bila sekali-sekala guna tajuk ala-ala tabloid murahan begini.
Maklumlah orang kita memang minat mengkaji iluminati. Semua benda yang bermata satu dan berbentuk segitiga dikatakan ada unsur iluminati. By the way, hangpa patut baca novel Dan Brown: Angels and Demons yang merungkai tentang iluminati dengan begitu menarik. Yep, ia hanya sebuah cereka fiksyen. Tapi dianyam dengan historical facts yang sangat superb it will take your breath away.

Berbalik kepada persiapan raya.
Kami di utara menyediakan ketupat palas. #TeamKetupatPalas
Negeri-negeri di selatan mungkin sediakan ketupat jawi, atau mungkin ketupat plastik (ketupat segera). Ketupat palas dibalut dengan daun palas (lawak kaitkan daun ni dengan kasut jenama Pallas is so lame). Isinya pulak terdiri daripada campuran pulut santan separuh masak, dimasukkan dalam daun kemudian direbus. Manakala ketupat jawi dianyam dan dibalut dengan menggunakan pucuk daun kelapa (betulkan kalau gua silap). Komposisi isinya pulak terdiri daripada beras.



But of course, kalau nak jadi hiasan dinding, lampu liplap atau dekorasi kad raya, ketupat jawi menjadi pilihan. Bayangkan dekorasi raya digantikan dengan ketupat palas berbentuk segitiga yang simple, plain tanpa sebarang anyaman, hanging limply on the wall.
(krikk krikk krikk)

Gua cuba belajar buat ketupat jawi dulu, guna riben. Waktu nak hias kelas sempena sambutan Aidilfitri di sekolah.
Dan kejadian tersebut berakhir dengan kedua belah tangan gua terbelit lalu memaksa guru kelas menggunting riben tersebut dengan muka separa ikhlas.
Andai ditakdirkan suatu hari nanti gua terer buat ketupat jawi, gua akan hidangkannya dalam bakul anyaman bilah rotan buatan tangan.
Gua akan berdiri di sebelah bakul tersebut dengan sebilah lembing dan bermuka bengis.
DON'T YOU DARE TO TOUCH MY MASTERPIECES!

Berbalik kepada ketupat palas.
Lu jangan tak tahu, ketupat ini mempunyai jantina.
Ya, jantina seperti manusia, tumbuhan dan haiwan. Tapi usah khuatir, ia ada dua jantina je iaitu jantan/betina. Ia tiada masalah transgender. Dan kepakaran gua adalah menghasilkan ketupat palas betina.
Harap maklum ye tuan puan, ketupat betina tidak akan diterima masyarakat setempat.
Sebelum kena hentam dengan puak-puak feminism biar gua jelaskan dekat sini:

Ketupat palas betina, akan ada satu err.. 'bukaan' berbentuk segitiga kecil dibawahnya. Please jangan fikir bebukan, ini makanan kot, show some respect. Manakala ketupat jantan mempunyai satu belitan/lipatan yang smooth tanpa sebarang lubang. Now, lubang ini merupakan satu kritikal point. Kalau hasilkan ketupat betina yang mempunyai lubang, kelak akan jadi masalah ketika proses merebus dilakukan. Air akan masuk ke dalam ketupat lalu ketupat menjadi lembik dan tak sesado, sekental ketupat jantan yang tidak dapat ditembusi air.



Anyway, gua sebenarnya reti 'buka' daun palas je, yakni ambik daun yang panjang tu dan lipat/simpulkan jadi bentuk ketupat.
Jadi, gua tak ambik port sangat mengenai jantina ketupat gua sebab proses memasukkan pulut setelah daun dibuka dilakukan oleh emak/kakak gua. So, mereka lah yang bertanggungjawab menukarkan jantina ketupat gua dari betina ke jantan.
Oh my, baru tadi gua cakap ketupat ini bebas dari masalah transgender..
(tepuk dahi).


Konklusinya, bagi lah gua ketupat apa jenis pun gua akan makan.


Nom nom nom. 

Tanggungjawab Zakat Fitrah

Salam guys,

Selain ingat nak raya, gua harap lu semua tak terlupa bayar zakat fitrah. Itu pun satu kewajipan jugak. Sekarang zaman dah moden dan canggih, boleh bayar pakai online banking, malah SMS. Tapi gua lebih suka bayar secara zahir face-to-face.

Cerita fasal zakat fitrah ni, zaman kekanak riang dulu, mak gua yang akan sediakan zakat fitrah untuk gua 'bayar' iaitu beras yang telah disukat mengikut kadar yang ditetapkan dan dibungkus menggunakan beg plastik (sebelum syarikat beras ada inisiatif untuk pack beras fitrah yang bersaiz comel).

Jadi menjelang dua minggu sebelum raya akan berebutlah gua dengan Abang Chik untuk menghantar beras fitrah tersebut. Jangan salah faham, kami bukan berebut sebab tak sabar nak bayar zakat fitrah, tapi berebut nak hantar kepada penerima yang paling dekat dengan rumah, muahahahaha.

Lepas emak dan ayah dah tak ada, tugas membayar zakat fitrah digalas pula abang dan kakak. Sampailah gua bekerja sendiri. Bayar sendiri. Tapi tahun lepas, lain macam sikit ceritanya..


Sungguh, tiba-tiba gua rasa begitu comel dan anggun, rasa macam budak berumur lima tahun semula.
Kahkahkah! Tapi tahun ini, tak tahu lah macamana pulak ceritanya, mungkin kena bayar sendiri pulak sebab Abang Chik dah ada anak dan isteri. Dan mungkin dah lupakan adik dia nan seorang kat sini, sobs!

Hahahaha jangan salah anggap pulak, it is not about the money (yang tak sampai sepuluh ringgit) tapi perasaan bahagia bila ada seseorang yang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri kita. Terasa diri dihargai gitu haa.

Guys, jangan tak tahu guys, zakat fitrah pun ada #pickuplines yang tersendiri:
"Nak saya bayarkan zakat fitrah untuk awak?"

Somehow, gua rasa ini ayat ngorat yang tak try too hard, simple dan pada masa yang sama kelihatan agak sweet (somebody please punch me hard on the face. Twice.)


Selamat membayar! 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape