Hobi Yang Membunuh

Hey guys.

Semua yang kenal aku memang dah sedia maklum hobi utama dalam hidup aku adalah membaca. Namun begitu, baru-baru ni aku telah menceburi hobi baru iaitu menjahit (mak mertua sila take note).
Tapi aku mempunyai satu masalah bila berhobi. Aku tengok orang lain berhobi dengan penuh leisurely, tapi aku take it seriously. Sangat serious aku kira. Mana taknya, kalau datang mood nak menjahit felt-doll, aku akan bertungkus-lumus siapkan dalam masa sehari. Takkan buat kerja lain selagi tak siap. Jadi nampak tak betapa hobi ni jadi satu beban?

Bukan soal menjahit yang merungsikan fikiran tapi soal nak design template doll. Sebagai seorang amatur, ingat aku main gunting je felt tu sesuka hati nurani? Nak kena buat template kepala, badan, mata, tangan, accessories etc. dulu sebelum menggunting and it is so tiresome and time-consuming.

Hobby is supposed to make us feel happy and stress-free. Tapi hobi yang satu ini is killing me softly. Rasa terbeban dan definitely out of fun. Gawd, I'm too old for multi-hobbies. Mana nak membaca (of course, reading is my first priority), nak melukis, nak menjahit, nak tidur, nak mengelamun, phew!
Anyway, masa single macamni lah nak berhobi-hobian pun. Masa kahwin hobinya lain pulak, theehehehehee *kekening

Layankan je lah hasil 'keras tangan' seketul Zyra dengan gambar besar gedabak supaya korang puassszah:-

Cubaan pertama haruslah OC ZyraRoxx, kohkohkoh. Felt warna baby-blue tu habis dekat kedai online jadi aku pergi cari dekat Daiso. Yang saiz besar takde, ada saiz kecik besar sapu tangan je.  Balik rumah tengok felt yang berperekat kat belakang lah pulak. Siksanya nak menjahit dengan gam-gam tu semua terus rambut jadi tah pape. Sapa cakap tak comel ayah dia biru!


Cobaan kedua haruslah pulak cik abiang Optimus Prime. Nampak tak warna-warna kami seakan sama, itu namanya jodoh (kejadah?). Aku tak puas hati, aku design supaya jadik comel tapi hasilnya macam OP pakai two-pieces, cit.


Seterusnya cik abing pujaan hatiku dulu kini dan selamanya. Sayang lebih sikit kat Batman sebab dia manusia, OP tu robot, mana ada perasaan (sebenarnya sebab Batman kaya dan kacak, kbai). 


Ini cobaan yang paling gagal. Benci pulak aku tengok. Sebab biru dia terang sangat kot. Ah aku malas nak order felt kaler biru cair semata-mata untuk si Sadness ni. Tapi aku rasa sebab over-stuffed. Kamon lah Zyra just mengaku jelah kau tak berbakat. Fin.


Okay, family portrait!


Harry Potter ni dah batch lain. Hasil kerja tangan dua ke tiga bulan kemudian. Mood nak menjahit pun dah suam-suam kuku sebelum hilang terus dimamah mentari.


Thats all folks. And now I decided to lay down my thread and needle for another thousand years but first I'm praying for a strength to sew a little Deadpool felt-doll. Sebab felt warna merah hitam ada banyak lagi tapi argh malasnya nak buat template! 
Dulu aku pernah bersungguh-sungguh nak jadikan doodling sebagai hobi. Beli buku kosong, beli pen yang sesuai, beli sketch-book, beli pen colorful. At the end berjaya dapat like 12 pages? Sekarang aku perhatikan pulak sewing box full of threads, tiny scissors, needles and whats-not. Hm, nampak gayanya hanya hobi membaca yang berjaya dan sehati dengan jiwa. I am born to be a leader reader!

Korang ada hobi? Apakata share dekat ruangan komen?


Hot hot chicken sh** 

Buku Dalam Talian

Hey guys.

Aku boleh dikategorikan sebagai seorang manusia yang AGAK suka shopping online. Bulan lepas aku mencuba nasib membeli buku secara online di bookxcessonline.com.

Maka bermulalah satu penantian yang panjang.


Walaupun 4 hari masa yang diambik, tapi aku rasa 4 hari tu macam 4 minggu. Hahaha ngalahkan pasangan bercinta. Pernah je aku order kasut 2 minggu baru sampai tapi I can bear with it tapi bila buku, uh oh. No. I want it like, right NOW. Sebab dah terbiasa beli dekat bookstore cash and carry jadi rasa tersiksa kejap bila cash dah bayar tapi bukunya belum dapat.

Penantian tu sampai terbawak ke dalam alam mimpi. Aku mimpi buku-buku yang aku order sedang dibelit oleh ular Anaconda yang besar dan ganas dan aku hanya mampu memerhati dari kejauhan. Adakah ular itu petanda jodoh aku? (Tiba-tiba). Selain itu, aku jugak check status parcel setiap lima minit selepas dapat tracking number, hahahhahahahaha.. ha.. ha.



Anyway, aku tak salahkan perkhidmatan bookxcess sebab dari awal lagi terms dia dah cakap minimum 3 hari untuk proses. Ditambah dengan faktor aku order hari rabu malam, dan cuti am pada hari Isnin, tu yang menjadikan ia satu penantian yang panjang. Malah, aku cukup berpuas hati dengan packaging buku yang dibalut kemas dengan plastik dan diisi dalam kotak. Dengan itu, berakhirlah kebimbangan aku untuk dapat buku yang cacat akibat dibaling oleh abang courier.

Terkejut aku bila mendapati selain buku yang di order, jugak dapat stickers FREE! Uh oh I love surprises. Pleasant surprises. Aku dapat sticker Batman (love it!), fancy stickers tema Las Vegas dan sticker Barbie yang banyak keping, awak nak sekeping?

Kenapa aku tiba-tiba buang tabiat beli buku secara online? Pertama, sebab seperti barangan jualan online yang lain, ia jauh lebih murah. Kedua, sebab aku tak pernah jumpa buku-buku ni (kecuali Life of Pi) di bookstores atau pameran buku terkemuka. Dan ketiga, because I can.

Okay, berikut merupakan apa yang aku order dari bookxcess:-


1. The House of Silk -- a Sherlock Holmes Novel by Anthony Horowitz
Sebab aku rindu untuk kembali ke Baker Street. Aku harap Anthony Horowitz dapat menulis novel tekaan sehebat penulis asal Sherlock Holmes, Sir Arthur Conan Doyle. Tazzabar!

2. Moriarty by John Gardner
Masih di sekitar Sherlock Holmes. Kali ini berkisar tentang nemesis atau musuh ketat Holmes, Professor Moriarty. Tak cukup dengan kisah protagonis, aku jugak perlu tahu hal-hal berkaitan antagonis, barulah boleh claimed sebagai peminat tegar ye chuolls.

3. Ilustrado by Miguel Syjuco
Sebab jalan cerita yang agak menarik mengikut piawaian aku selain berlatarbelakangkan Filipina. Selain aku masih belum pernah baca novel tulisan seorang Pinoy.

4. Life of Pi (deluxe pocket edition) by Yann Martel
Because don't judge a book by its movie. Hahahaha sejak dulu kini dan selamanya aku tak suka movie yang diadaptasi dari buku sebab jalan ceritanya akan terumbang-ambing. Ambik Harry Potter sebagai contoh. Ramai yang tak faham dan bertanyakan kepada aku sebagai rujukan. Sebab aku dah baca semua novel tersebut dan movie hanya produce like 46% dari cerita asal.

5. The Keeper by John Lescroart
Okay, ini sebab aku terpedaya dengan komen puji-pujian dari orang ramai. Seeing is believing and in this case, reading is believing. Lagipun RM8 for a hard-cover book is really a bargain.

Satu keburukan beli buku online. Satu je. The one and only: shipping cost. Makin banyak beli, makin berat, maka kos penghantaran pun makin tinggi. Kos penghantaran je dah boleh buat beli dua buah buku, grr.


I need a new bookshelf 

ZyraRoxx Versi Unplugged

Hey guys.

Salam demam terok.
Sebab badan masih lemau, takde lukisan aku dilampirkan dalam entri kali ni.
TAPI, aku lampirkan lukisan zyraroxx versi lebih canggih dan menggiurkan, kuahahah!

Kalau korang masih ingat dulu aku pernah tag dua orang blogger untuk lukis watak zyraroxx. Aku tak ingat entri yang mana (argh, aku kan demam!)


Ini lukisan pertama dari Plain83. Pertama kali tengok terus jatuh cinta dibuatnya. Dari hard-rock terus ke balada. Hahahaha, cun! Dan yang paling best dia lukis zyraroxx dengan buku! Buat aku rasa nak ciom-ciom je si Plain ni, muach. Nampak bracelet pink tu? Haha mulamya aku pun tertanya-tanya. Tapi beberapa minggu kemudian, bracelet tu sampai ke opis by post. Awwww bersemutnya dia punya sweet! Teman lelaki upahan pun tak boleh sweet macamni!



Yang ni pulak lukisan dari Budoxe Lee. Kenmain lagi bibir aku kaler pink, hahahaha. Tapi outfit yang dia lukis memang macam pakaian aku in rela life. Sekali pandang ada iras Amy Lee, wahahahah!  perasan nya seorang Zyra. Tapi apa yang penting, tangan tu, yeargh! \m/



Hasil lukisan dari cEro pun boleh tahan ayunya. Apesal entah diorang lukis zyraroxx ayu ayu gini. Nak suruh aku kembali ke pangkal jalan lah tu, hehehehe. Bila dilukis dengan memegang something yellow, terus rasa macam pegang a piece of cEro. Err.. betul ke ayat aku tu? Nvm.



Last but not least, lukisan dari senpai Aujinz. Wow wee junior juice! Okey, kalau zyraroxx adalah seorang manusia, beginilah rupanya 98.7%. Adakah begini rupa Zyra in real life?? Jeng jengg (dengkur). Suka betul dengan tengkorak tu, hensem terus jadinya (emoticon mata love love). Dan rambut tuu, rambut tu is soh sexy ahhh nak berngan kejap.

Memandangkan aku nak berangan kejap, di sini aku nak mendescribe orginal character (OC) zyraroxx (if you care to read) sebagai memnjangkan lagi post kali ni:-

1. Rambut biru
Aku suka warna biru. Dari kecik lagi aku berangan nak berambut biru. Tapi sebagai seorang muslim, itu adalah sesuatu yang mustahil. Aku selalu berangan kalau aku warnakan rambut hitam ni dengan warna biru mesti rambut aku akan jadi warna blue-black. Kalau nak jugak warna biru lembut, aku perlu bleached atau blondekan dulu kot rambut. Tapi sekarang dah canggih, mungkin boleh terus warna biru lembut? Ha demikianlah perician dalam kepala otak aku yang tak mungkin terlaksana. Jadi aku lepaskan gian tersebut pada OC zyraroxx.

2. Mata sebelah
Ramai yang ingat OC aku sejenis emo-girl. Hakikat sebenar adalah ini merupakan salah satu agenda iluminati (gurau gurau!). Sebenarnya aku malas nak lukis dua biji mata. Fin.

3. Tengkorak
Bagi meningkatkan imej rock. Juga untuk memberi kesedaran umum bahawa tengkorak itu bukan sesuatu yang menakutkan.

4. Skirt
Nak buat tight jeans nanti tak shariah-compliant sangat, cukuplah dengan free-hair tu pun dah tak tertanggung dosa. Lagipun aku nak letak elemen realiti sikit pada OC sebab aku memang suka berskirt.

5. Sneakers
Ini pun realiti jugak sebab aku selalu pakai sneakers. Kalau korang perasan aku selalu warnakan sebelah merah dan sebelah blueblack sebab ikut converse edisi superman. Sebenarnya aku nak beli edisi batman tapi stok habis. Sampai sekarang aku patah hati tahu? 

Bila dah kenal secara mendalam, please jangan jatuh cinta.
koffkoff.


Mother-of-fever 

Bunyi Penggera(k)

Hey guys.

Aku percaya rata-rata masyarakat sekarang memilih untuk menggunakan alarm clock phone instead of jam loceng/jam radio. Melainkan kau seorang hipster, masih lagi menggunakan jam loceng yang dipusing dekat bahagian belakang.

Aku teringat satu kisah di zaman silam. Haritu hari awal puasa. Nak dijadikan ceritanya satu rumah tak bangun sebab tak dengar bunyi jam. Maka berpuasalah kami tanpa bersahur. Petang tu kakak geledah almari dan terjumpa jam berbentuk Ultraman hadiah perkahwinan abang aku dulu. Malam tu, jam pun di setkan ke waktu sahur. 

Dan sahur keesokannya satu rumah bangun dalam keaadan terkejut tergempar.
Gila tak bagun. Alarm jam tu bukan bunyik tipikal teett teettt tettt.
Tapi bunyi
kababommmm dushh shrekkkk piupiupiu nenonenonenono eikkkkk dushhhhh booommm!!! 
Perasaan tu macam berada di tengah peperangan keluarga Ultraman dan segala keturunan rasaksa.

Sayangnya jam tu dah hancur dikerjakan anak-anak buah.

Sekarang, bila berkumpul satu famili, macam-macam alarm telefon yang berdendang menjelang subuh.
Bunyi ayam, bunyi hon kereta, bunyi gadis comel jerit "konichiwaaak!", lagu Korea yang mendayu..
Tapi siapa pun tak boleh lawan alarm aku.



Huahahaha jiwa kelajuan lah katakan.
Alarm pun haruslah rancak.
Bunyi/lagu yang slow membuatkan aku makin bersemangat nak tarik selimut.
Anda pula bagaimana?


Wake-up call 

Crush Yang Sebenar

Hey guys.

Hahahah ramai betul orang ingat si Mukhsin dalam entri Kapal Terbang Kertas tu sebagai crush aku. Tapi kau orang semua salah, u uh, not even close, hahaha. Dia langsung tak tersenarai dalam senarai crush aku. Dah lah selalu ejek aku hitam anak keling (sobs).

Jadi harini aku nak cerita fasal first childhood crush yang sebenar.

Nama dia San. Bukan Hassan, bukan Kacang-san, bukan jugak San Diego. Just.. San.
Waktu tu aku rasa dia mempunyai ciri-ciri lelaki ideal.
Tinggi, lebih cerah berbanding aku (sobs lagi), rambut hitam berkilat.
Tapi paling membuatkan aku tertarik adalah matanya..
Ya, dari karena mata yang mempunyai kuasa.. (background muzik klasik).
He has smiling eyes.
Bila dia tersenyum, matanya yang akan senyum dulu sebelum bibir.




Sebelum ni, kami tak pernah sekelas sekali.
Bila masuk darjah enam barulah kami disatukan (batuk batuk).
Aku ingat lagi, haritu lepas tamat peperiksaan UPSR.
Seperti hari-hari merdeka yang lain, suasana kelas riuh-rendah.
Aku pun tak tahu apa lagi fungsi aku ke sekolah.
Mungkin sebab nak habiskan masa dengan kawan-kawan sebelum bawak haluan masing-masing.
Mungkin jugak sebab.. San.

Oh, lupa nak bagitahu. Waktu tu tengah top radio kecik ala-ala iPod.
RM10 je sebiji kat pasar malam. Semenjak habis UPSR, setiap hari aku bawak ke sekolah sebab bosan.
Dan, haritu aku melayan lagu sendu rock kapak sambil memandang ke luar tingkap.
Kemudian terasa kawan sebelah menyiku-nyiku, aku tanggalkan earphone dari bawah tudung.

Woih woih hang ni pasaipa?
Pasaipa apa? Aku yang patut tanya hang pasaipa dok siku-siku aku?
Laaah, tadi tu, San tegur hang, banyak kali, hang buat bodo ja?
Ah? Mana aku tahu, aku tengah layan lagu lah.
Laa, dia mai kat meja hang tadi, ishk.
(dia tak tahu dalam hati dah berapa puluh kali aku sepak diri sendiri).

Kalau lah aku tak dengar radio. kalaulah!

Selepas itu, we drift apart.
Aku selalu jugak ternampak kelibat San denga motor Yamaha RXZ hadiah dari bapaknya.
Masuk sekolah menengah aku selalu dengar-dengar je gosip tentang San yang salin awek macam salin baju.
Dan setiap awek yang diceritakan tu semua cun dan sosial.
Aku tak peduli sangat sebab aku pun tengah dok usha budak lelaki lain, wahahaha.
Tup-tup waktu aku tingkatan 6, terdengar cerita San dah kawen.
Kawen tanpa rela. Pergh, boleh tahan dramanya.
Cerita aku dan San berakhir di situ.

Huh, macam takde point je penulisan aku kali ni?
Sebenarnya banyak, cuma biarlah ini je yang aku utarakan kepada umum.

Ini lah crush aku yang sebenar. Dari kecik membawak ke tua bangka, auchh..


So long, my friend  

Gaya Tudung 'Unik' Selebriti

Hey guys.

Aku tak pasti sama ada aku, atau semua orang perasan. Korang perasan tak asal artis bertudung je, mesti diorang sedaya mungkin buat style tersendiri. Tak kisah lah dari pemilihan jenis selendang/tudung atau cara lipatan tudung. Dan semestinya, jual tudung jenama sendiri.

Dah nama pun artis selebriti. Cantik. Berpengaruh. Kau pakai tudung guni baja pun orang terliur. Apatah lagi kalau buat lipatan 'unik' yang belum pernah dibuat manusia waras. Haha! Cuba orang biasa yang tak 'cantik' mengikut definisi manusia yang menggayakan lipatan 'unik'. Maunya kena keji sepanjang hayat.



Aku nak suggest korang buat gaya ni masa dating. Kalau boyfriend kau tak rasa segan-segan, atau tak suruh kau balik tukar tudung, atau tiba-tiba sakit perut, atau terus mintak putus, he is a keeper. (Terbayang imaginary boyfriend ketawa macam orang gila, then belikan aku aiskrim dan bersembang seolah tiada apa yang berlaku).


Selamat maju jaya 

Kapal Terbang Kertas

Hey guys.

Aku bersekolah rendah di kawasan luar bandar. Jadi banyak aktiviti-aktiviti dan rancangan motivasi diadakan oleh pihak universiti di sekolah aku. 

Menjelang tahun aku UPSR, berpusu-pusu pihak universiti menghantar pelajarnya untuk memotivasikan kan kami. Dua kali kami dimotivasikan oleh student dari Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu semasa kami darjah 5 dan 6 (sebab tu agaknya aku masuk USM).

Aku nak cerita pengalaman di hari terkahir kem motivasi. Seperti biasa semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan seorang abang/kakak USM sebagai mentor (or whatever it is called). Kami berkumpul secara berkumpulan. Buat bulatan gembira dengan kakak USM berada di tengah. Bercerita, memotivasi. Dan ditakdirkan jugak aku sekumpulan dengan pelajar-pelajar nakal sekolah. Jadi aku tak berapa nak berinteraksi sangat, bukan sebab aku berlagak tapi diorang yang taknak layan aku (sniff). 

In the end kakak USM tu bagi sorang sekeping kertas A4 dan suruh buat kapal terbang kertas. Aku mula menggelabah, aku tak reti! (sampai sekarang pun aku tak reti)

"Haaa kakak tahu kamu semua budak kampung kan? Mesti semua pandai buat kapal terbang kertas. Tak payah lah kakak ajar lagi, heheheh"

Celaka apa, cenggini ke motivasi? Hahahaha.. aku pandang kiri kanan cuba-cuba meniru kawan-kawan tapi cepat benar diorang melipat sup-sap-sup-sap dah jadi. Meninggalkan aku terkebil-kebil sendiri. Apa jenis budak kampuang aku ni? Kenapa Abang Chik tak pernah ajar aku? Apasal kakak tu tak suruh aku buat senapang ke, lastik ke, tu baru budak kampung! 

Tiba-tiba, Mukhsin, budak paling nakal syaitonirojim menyapa aku dengan ganasnya:

Hoi! Awat tak buat lagi?!
A..aku tak reti..
Ceh, mai sini!! (merentap kertas di tangan aku)

Dalam sekelip mata aje dia melipat dan taraaa jadilah kapal terbang kertas. Walaupun tak secanggih kapal terbang yang dia buat untuk diri sendiri (siap ada peluru berpandu) tapi aku happy gilaaa. Takdelah aku memalukan diri sendiri di depan pelajar lain dan kakak USM. Kemudian kakak USM tu suruh kami berdiri dan melancarkan kapal terbang kertas secara berjemaah. 

"Anggap kapal terbang tu sebagai satu kapal yang bakal membawa kamu ke masa depan.."

Walau kapal terbang aku tak secantik yang lain, tapi ia antara kapal yang terbang jauh...
Aku tersenyum sambil menoleh ke arah Mukhsin yang sedang mengorek hidung sambil bermuka bosan.

Apa tengok-tengok?!!

Jilake Mukhsin tak accept friend request aku di Facebook.
Tercalar betul ego seorang Zyra.


Thanks Mukhsin  
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape