Tips Menjadi Cun, Comel, Cantik

Whoah, tamak benar tajuk di atas.


Ok uolls, kata nak comel kan, amacam menjadi tak tips comel ala helo kiti gua tempoh hari? Pergh, hari ni dengan besar hatinya gua nak bagi lagi tips semulajadi / alami untuk mendapatkan 3C (cun comel cantik) 

Dahh macam bapuk tua je ayat intro gua. ceh ceh. Yang pasti untuk dapatkan 3C lu orang kena nyahkan 3G (gedik gatai gila) kehkeh, jangan bantah cakap tok guru, nanti tak menjadi baru tahu.

Nak dapat 3C harus dimulai dari dalaman, berikut tips yang boleh diaplikasikan hari2 sampai berjaya. apa yang penting jangan putus asa mahupun putus bekalan letrik.


elok nau kalau lu orang mula amalkan memakan buahan yang kaya vitamin C, A, zink, anti-oksidan dan sebagainya. Macam tak percaya bila sorang kawan gua bitau dia tak makan buah. Gila, buah antara makanan terlazat di dunia hoi! Seeloknya ganti buah sebagai snek dan junk food lu, senang cakap makan buah tidur buah main buah, ok dah jauh benar tesasar :3


selain itu lu kena minum air putih paling busuk pun 7 gelas sehari. Maksud air putih tu air kosong kosong kosong bak kata najwa latip, yakni air masak. Bukan air Sprite ke, 7up ke. Bukan jugak air mata air, itu rare sangat. Ulang suara, bukan air 7up walaupun dia ada angka 7 tak bermakna ia umpama minum 7 gelas air, begitu jugak air slurpee dari 7Eleven, arghh! ok gua nak ke 7E sekarang.

Tujuannya untuk nyah toksin dan cepatkan proses salin kulit, so nanti lu orang berseri2, glowing gittu



omputih kata get your beauty sleep. tido yang mencukupi adalah 8 jam. Tapi gua rasa masa gua online lagi lama dari masa gua tido, kuhkuh. Tido jelah, asal lu tak menjadi pemalas yang asik nak tido tido dan tido. Tido mencukupi boleh elakkan lu dari dapat mata panda dan tubuh dapat rehat yang cukup untuk proses pembaharuan sel. kemain lah, pepandai gua je.



Ok, opsyen terakhir kalau dah malas sangat nak buat amalan2 di atas dan terdesak sangat untuk menjadi 3C, maka bolehlah berfikir untuk melakukan pembedahan plastik. Tapi kalau duit topup pun mak ayah tanggung lagi, tak payah nak berangan sebab opsyen ni perlukan beriban duit.



lebih baik jadi 3D

Imaginasi Penimbang Rupaparas

Penimbang gula tepung dah penah tengok

Penimbang emas pun sudah dibelek

Penimbang beras jangan cakap lah siap boleh hapal

Penimbang surat pun ada je kat opis, sebelah sampul

Penimbang berat badan dah lingkup dipijak2 gua sambil melompat

Penimbang dacing/kati pun ada je berkibaran sana sini bila tiba musim PRU.




Gua nak pergi jauh malamni, jauh meninggalkan alam nyata, kemelut perang, politik, urusan duniawi yang tak pernah habis dan puas dan berkesudahan.

Efeknya kunun macam gua terbang ke awan nano tanpa sayap. Bukan mejik, mejik itu sihir, sihir itu syirik. Ini imaginasi. Kekanak yang berimaginasi  bakal jadi manusia hebat. So gua ini bakal jadi orang tua hebat.





Penimbang rupaparas. Itulah imaginasinya.

















Tak banyak sangat bezanya dengan penimbang berat. Nampak sangat unsur plagiat di situ, gua malas nak berimaginasi lebih jauh, bimbang terimagin yang bukan2, errr.



Tapi bila difikirkan balik, tak usah guna penimbang ni kalaupun ianya wujud. Ukurlah rupaparas lu semua dengan menggunakan pendapat manusia. Sebab manusia ada yang hipokrit, pandai mengambik hati, membodek bagi tujuan tertentu. So, kalaupun kita huduh piang, tetap akan dikata lawa, kan?



Ye ye ye ye ye rupa bukanlah segalanya. Ok, lu tutup mata rapat2 pilih pasagan secara random di Petaling Street, lu bercinta dengan orang random itu. Kata rupa bukan segalanya? :O


Mesin tak reti membohong kecuali bila rosak.

Pavlova dan Puaka

Daniel mengesot seselo ke arah ibunya yang tua, Makcik Amylea. 'Cemana ni mak? kesian adik tu asik muntah2, cirit birit sampai letih'

Makcik Amylea pandang sayu anak bongsunya, Danish yang terbaring lesu atas tikar usang. "Nak ke hospital kerajaan tu jauh.. nak ke klinik swasta mak tak mampu..' ucap Makcik Amylea perlahan. Kalau boleh biarlah dia je yang sakit, tak sanggup dia tengok anak2nya yang sakit.

"Ginilah, aku ni pun dah nak balik, kejap lagi aku singgah jap ke rumah Makcik Elizabeth dukun kampung tu, dulu anak si Rafael pun penah jadi macamni, kena jampi sikit terus okey' sampuk Pak Cik Zack panjang lebaq.

Makcik Amylea hanya mampu angguk pelan2. Memang tadak opsyen lain lagi, itu je jalan yang ada. Tak sanggup lagi dia tengok Danish derita.

Setengah jam pastu Makcik Elizabeth datang terbongkok2. 'ha mana yang sakitnyee? mmmhhh aku dah agak dah ni, ni mesti lalu kat busut tepi bendang tu kan? kan aku dah cakap budak2 jangan main situ petang2 kan ke dah kena sampuk' ngomelnya sambil tonyoh2 tembakau ke gigi.

'Aku dah jampi budak tu Mylea oih, pengerasnya idok lah banyak, ko bagilah aku cash barang 35 hengget pestu besok petang ko anta pavlova bertaraf otel lima bintang kat busut tu, kalo tak nanti anak ko ni sakit balik'

Makcik Amylea pelan2 kuarkan duit dari celah lemari. Hajat hati duit simpanan tak seberapa tu nak dikumpul pelan2 untuk dibuat belanja kenuri arwah somi tercinta yang pergi nam taon dulu. Dah nam taon, satu kenuri pun belum terbuat. 'Maaf abang, Mylea guna dulu duit ni, Mylea tak sanggup tengok anak kita sakit, abang pun mesti macam tu kan?' Air mata dikesat cepat2.

* * * * *

'Daniel, sini nak, tolong mak hantarkan makanan ni ke busut tu' arah Makcik Amylea lembut. Daniel sambut makanan, terliur sebentar dia menatap pavlova di tangan. 'Mak, Daniel rasa sikit boleh?' Makcik Mylea tersenyum kelat, 'nanti lepas musim menuai yg seken mak belikan lagi yeaa..' Daniel tersenyum nipis, 'baik mak, Daniel pegi dulu' kata Daniel sambil ciom pipi cengkung si ibu kiri kanan.
entahlah ni pavlova ke mende, banje gua hoihh



'Eh tumpang lalu situ Daniel tolong letak racun tikus ni kat bangsal tepi sawah tu ye' sebotol racun tikus dihulur ke Daniel. Makcik Amylea menghantar Daniel dengan pandangan berkaca2. 'Maaf nak.. mak tak penah mampu nak kasi kau orang makan sedap2..' air mata meleleh dikesat dengan lengan baju lusuh.

'Untungla jembalang ni nanti dapat makan sedap' gerutu Daniel dalam hati sesambil berjalan. Tiba2 dia dapat satu akal. Dia berenti tepi jalan lalu menyiram sikit racun cair tersebut ke atas pavlova dan buahan yg berterabur, racun dan sirap buah teradun sebati. 'Ha macamni baru betul, eleh jembalang mana bole mati kan'. Ucapnya sinis.

Sampai di busut, Daniel letak cermat pavlova yang beratnya bole tahan tu lalu berlari balik lintang pukang tanpa menoleh ke belakang lagi...

* * * * *

Esoknya orang kampung terkejut mendapati Makcik Elizabeth meninggal di tepi perigi. Mengucap panjang orang2 kampung bila mengetahui hasil post-mortem menunjukkan bahawa kematian beliau berpunca dari termakan racun tikus...

TAMMAT






Kalau tipu orang, kau sial. Kalau kau tipu orang susah, kau dabel sial, kau jembalang.

Cara Menjadi Comel

Semua pun nak comel.

secomel helo kitty, heliza helmi, etc etc.

Lu orang sangat terbertuah sebab malamni gua nak ajar cara jadi comel. Memula tu lu kena sediakan:

1) salotep lutsinar
2) sebutir jagung
3) skaf rambut kaler putih
4) riben kaler pink
5) eye more moist

Cecaranya, memula amik eyemore tetes ke mata kasi bersinar. gua tak galakkan pakai kontek lens murah, nanti buta percuma. Pestu amik skaf rambut dan riben pink, sematkan atas kepala. Kendian amik selotep, potong sepanjang 2 inci lebih kurang (buat 6 helai) lekatkan ke pipi, 3 kiri 3 kanan. Lastly lekatkan biji jagung di hidung (gua tak tanggungjawab kalo biji jagung tersekat dalam lobang idung)



Tadda!





Mohon jangan lempar gua dengan telur tembelang, kuhkuh. comel itu bersifat subjektif, pandangan manusia berbeda, ada yang kata mulut itik tu comel sedang gua berkata tidak, tidak sama sekali. See?

Apa yang mampu gua katakan, kalau nak nampak comel, jangan terlalu berusaha untuk nampak comel, jadi diri seniri, sebab tiap orang ada comelnya masing2. betul :)




ke laut.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape