Hey guys,
Harini aku tak nak mukadimah pepanjang. Dengan nafas persis lembu jantan Mexico, aku nak bagitau korang bahawa komik aku sudah diterbitkan!
Okay, agak perasan secara melampau di situ, gahgah! Sebenarnya projek komik bawah tanah ni aku usahakan bersama-sama 32 orang pelukis komik indie/blogger yang lain atas inisiatif pemilik blog Buasir Otak, sapa lagi kalau bukan Prince of Noob (tepuk tepuk). Thanks Noob sebab memberi peluang untuk komik picisan aku diterbitkan. Kali terakhir karya aku diterbitkan adalah dalam majalah sekolah dulu, hahaha..
Oh ya, komik ini turut dimeriahkan dengan kehadiran geng blogger yang aku rasa tak asing lagi bagi pembaca blog aku iaitu Aujinz (Lanun Ranggi), cEro, Amna Shark, Plain83 dan of course, Prince of Noob in a Patrick suit, hahaha. Kalau baca blog mereka pun dah best, apatah lagi komik mereka yang eksklusif dan belum pernah diterbitkan di blog. Lagipun, bila lagi nak tengok lukisan aku versi komik kan?
Aku nak kabo awal-awal yang aku ni bukanlah pelukis jauh sekali seorang kartunis, tapi kadang-kala aku suka mengekspresikan fikiran aku melalui lukisan. Melukis komik digital dengan hanya menggunakan mouse laptop agak mencabar kesabaran tapi aku sangat berpuas hati walaupun karakter komik aku kelihatan kaku dan keras (pedulik!). Sebenarnya waktu Noob offer dulu, aku ingat kena buat satu page je, rupanya sepuluh, terus merecik peluh jantan dan betina, hahaha!
Cakap banyak tak guna, apa kata korang beli je komik kolaborasi yang sangat terhad ini sekarang. Diulang suara: stok adalah terhad. Korang juga boleh dapatkan Komik Buasir Otak volume pertama (triple terhad) untuk melengkapkan trilogi Buasir Otak the Komik dekat rak buku korang. Kalau dah habis nanti jangan datang merengek dekat aku atau nak pinjam komik aku sebab aku takkan layan, hahahaha (melainkan kau hensem).
Pakej buku RELOADED dan REVOLUTION
= RM30 (satu RM15 sahaja)
Untuk membeli hantarkan emel kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob:
Tapi kalau kau rasa memalu kucing nak berhubung dengan Noob secara terus, kau boleh hubungi aku malalui Facebook Zyraroxx Inc. so aku boleh jadi medium perantaraan, hahahah. Nanti kejap, aku ada satu berita baik untuk blogger: Aku nak kasi dua buah komik di atas secara PERCUMA kepada dua orang blogger yang bertuah! (dapat sorang satu je). Zaman sekarang bukan senang nak dapat barang baik secara percuma der..
1- Follow blog ini.
2- Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"
3- Tinggalkan link entry di ruangan komen kat bawah.
3- Copy and paste banner di bawah ke dalam entri:
Terma & Syarat (aku tau korang tak pernah baca tapi yang ini tolong baca!)
1- Terbuka kepada blogger yang tinggal di Malaysia sahaja.
2- Merupakan follower blog ini (jangan ingat aku tak tahu!).
3- Pemilihan pemenang 100% terletak di tangan aku tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan.
4- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri yang paling menarik menurut firasat aku.
5- Kalau aku dapat detect sebarang tipu helah dan penipuan, faham-faham sendiri lah natijahnya.
6- Hadiah (komik) tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan aku atau apa-apa sahaja.
7- Blogger yang terlibat dalam penghasilan komik diharamkan dari turut serta (tolong promote dialu-alukan, hiks).
8- Tarikh tutup penyertaan: Rabu| 02 Disember 2015 |11.59 P.M. (jam aku).
8- Tarikh tutup penyertaan: Rabu| 02 Disember 2015 |11.59 P.M. (jam aku).
Akhir kata dari aku: sokonglah industri komik tempatan (cliche nya, hahaha), selamat maju jaya dan selamat membuasirkan otak!
***UPDATED***
- Kini terbuka kepada seluruh warganegara yang tinggal di Malaysia!
- Tarikh tutup penyertaan dicepatkan ke Rabu| 02 Disember 2015 |11.59 P.M. (jam aku)
Jangan cakap kakak tak payung!
