Debaran Lebaran

Hey guys!

Harapan aku korang semua dah berjaya melakukan amal ibadat dengan khusyuk di bulan barakah ini. Apa yang berdebarnya dengan lebaran? Takde apa, cuma sedap didengar/dibaca.

Aku nak menulis sikit pasal persiapan raya aku dulu dan sekarang. Yelah, nak tulis minggu depan, dah hari raya. Siapa yang nak baca? Wahahahhha. In fact, aku haramkan korang buka blog aku di hari raya ni. Tolonglah minimakan penggunaan gajet dan maksimakan interaksi sesama umat. Simpan kejap rindu dendam korang kat blog ni *batuk keras

Kenapa kita selalu rasa raya dulu lagi meriah dan seronok dari raya sekarang? Adakah faktor umur dan persekitaran? Malam raya aku dulu happening bagi aku. Sebab..

Malam tulah nak pasang tirai..
Aku tak tahu kenapalah tak pasang seminggu awal, atau di awal ramadhan. Dan macam jadi tradisi kena pasang malam raya, kalau tak, kurang meriahnya. Memang meletihkan tapi sangat puas hati bila tengok hasil ruang tamu jadi kemas rapi menawan.


Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.

Sekarang: Dah takda sapa nak rajin pasang tirai malam raya. Kakak aku awal lagi dah pasangkan. Hilang sikit meriahnya. Aneh, tugas yang sangat aku tak suka dulu, kini dirindui pula.

Malam tulah nak buat biskut terakhir..
Masa dulu panjang. Bukan aku mengarut tapi itu satu fakta. Masa semakin lama semakin singkat. Malam raya aku dulu lazimnya mesti ada paling kurang sejenis kuih dan kek yang akan dibakar. Seronok dia lain macam sambil buat sambil dengar lagu raya. Memang keesokan harinya tu para tetamu dihidangkan dengan freshly baked biscuit and cake.



Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.

Sekarang: Meh, sapa ada masa untuk semua tu? Semua biskut dan kek dah tersedia di dalam bungkusan..

Malam tulah nak habiskan menjahit baju raya..
Ini bukan aku, menjahit bukan bidang aku, tapi kakak aku. Dulu aku mana ada beli baju raya, semua kakak buat (kecuali baju raya kasual skirt, jeans, t-shirt lah). Pulak tu bukan baju kurung biasa, ada je dia bereksperimentasi dengan fesyen. Baju kebaya lah, kebarung, kebaya Johor dengan padanan kain yang memang menongkah arus fesyen semasa kat kampung aku masa tu. Seringkali jugak aku dipanggil oleh anak-anak dara kampung bila aku pergi beraya untuk meneliti busana raya pertama aku, hahaha bangga mak nak.



Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.

Sekarang: Kosser kakak nak menjahit baju untuk aku. Baju dia sendiri, suami dan anak-anak pun beli siap di kedai je sekarang.

Bagi aku, memang terasa beza sangat kemeriahan raya dulu dan sekarang. Dulu abang kakak memasing belum kahwin, rumah meriah. Sekarang, tinggal aku je belum kawin, maka aku sorang jelah yang beraya di kampung dengan sorang kakak dan dua anaknya. Siblings lain raya kedua/ketiga baru balik sebab beraya di rumah mertua memasing dulu. Takbir raya yang mendayu sure bring  back memories with arwah ayah dan emak, dan abang sulung.. huhu.

Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.

Dan di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Zyraroxx. Maaf sekiranya ada tulisan yang menggangu, walaupun awal-awal lagi aku dah warn kat atas blog 'read at your own risk' muakakaka. Selamat menyambut lebaran dengan yang tersayang tidak kira di mana anda berada. Buat yang bertugas di hari raya, terimalah salute dari saya. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, kurangkan interaksi di media sosial, bersosial  lah dengan sedara mara rakan taulan sepupu sepapat. Please disconnect to connect more, ewah dah macam iklan. Bencinya.


Pandu cermat, ingatlah orang tersayang 

Mentadak & Misteri Dalam Tidur

Hey!

Zaman aku kecik dulu, ada satu permainan yang agak syirik iaitu Mentadak Mentadu.
Cara naik main dia mudah, kau cari seekor mentadak (praying mantis), letak atas telapak tangan, dan chant:
Mentadakkkk mentaduuuu (masukkan nama orang yang berkenaan) tidoq macamana?

Dan mentadak tersebut akan mengerekot, mengiring, atau apa-apa jelah yag dia suka.
Konon menggambarkan posisi tidur si polan yang disebutkan dalam mentera tadi.

Dan kemudian masing-masing gelak terbahak-bahak bila si mentadak buat aksi tidur yang pelik dan memalukan. Tapi kesahihan posisi tidur tak dapat dikenalpasti melainkan pergi tanya sendiri ahli keluarga si polan tersebut. Kalau ada yang betul tu, eksaited jugak, mula lah percaya si mentadak ada kuasa magis. Tapi aku sangsi dengan pengakuan kawan-kawan yang mengaku posisi tidur mereka sama macam si mentadak sebab mengaku untuk posisi yang senonoh je.

Ada yang tak ambik kisah, macam aku. Do it just for fun sake. I don't need a freaking praying mantis to tell me what to do, hahaha. Tapi ada jugak yang take it seriously. Bila berselisih di sekolah "wehh.. hangpa tau dak Zyra tidoq menonggeng.. hahahaha.." Dan budak tu bila dah besar, dia jadi seorang yang sangat annoying dan berfikiran sempit yang sangat taksub dengan teori konspirasi.

I guess she never growing up.

Sejujurnya, aku pun tak tau aku tidur macamana. Pernah aku nak rakam aksi tidur sendiri (wth?), tapi bimbang kalau-kalau terakam aksi lembaga lain sekali. Jenuh pulak aku nak mencari teman tidur upahan, hahaha. Jadi aku anggarkan posisi tidur aku adalah gaya macamana aku bangun. Jangan risau awak, saya masih tidur setempat tak berguling-guling atau berpusing 360°.
Kau ingat mentadak mampu ke nak buat posisi tidur anggun macamni?
Hahahaha (sebenarnya mampu, penah tengok ia buat -..-)


Dulu penah sekali aku kena 'tindih' masa tidur. Bila tersedar dan mampu mengucap, terus aku berlari ke bilik housemate mintak tumpang tidur, atas lantai pun jadilah, hahaha, Aku ingatkan bila jadi rocker, hati kental dan keras, ilusi je semua tu nak. Sesungguhnya, hanya Roy yang berhati keras, Roxx belum.



Sleep tight 

Kapitalisma

Hey guys!

Anda semua tengah atau sedang atau belum shopping raya? Walau di mana pun anda berada, harap dapat berhemah berbelanja.

Di musim perayaan ini, selain kanak-kanak riang, ada satu lagi kelompok manusia yang gumbira dan teruja: kapitalis. Hasil jualan boleh mencanak-canak naik sampai tembus graf. And somehow, aku rasa kapitalisma ini telah sedikit sebanyak berjaya mencuci otak aku (baca brainwash)..


Sekarang ni aku rasa, kalau baju tanpa jenama yang berharga lebih dari RM30 dah jatuh mahal bagi aku. Tapi, bila baju branded, RM80 pun aku rasa murah. Aku rasa jelah, tapi takde rasa meluap-luap nak memiliki. Still managed to curb that omg-must-have-this feeling. Hohoho.


Dulu (sekarang pun masih sikit) aku lemah bila masuk ke sesuatu kedai, belek barang lama-lama, jurujual layan baik gila. Aku end-up beli atas dasar serba salah, huhu. Sebab tu bila aku masuk kedai, nampak je jurujual datang menerpa, aku terus buat pusingan U keluar kedai. Itu langkah mudah menyelamatkan poket.

Dan sekarang aku rasa aku dah tak mudah dihujani rasah bersalah atau pujuk rayu jurujual. Sebab? Baru-baru ni aku masuk butik baju muslimah. Aku mencuba baju itu ini sampai kakak aku pun jemu. Tapi aku tak berkenan lalu blah lepas mengucapkan terima kasih kepada jurujual yang masam kelat senyumnya. Savagenya hang dik... kata kakak. Saat itu aku sedar. Aku dah berjaya menepis rasa membeli kerana taknak rasa bersalah! Yeah, achievement unlock! Kuasa pengguna kembali berada di tangan! Yadda yadda!

Sekali lagi aku nak tanya, kau orang dah beli baju raya? Haritu aku jalan jalan sekitar Penang. Aku tak tahulah sebab taste orang Penang ke apa tapi mostly baju raya diorang lebih kepada baju pengantin raja sehari. Merelit-merelap, bling bling, renda labuci over-loaded dengan pilihan warna yang meremangkan bulu dada mamak.

Lalu aku pun mengambil keputusan muktamad.
Aku balik beli di kampung halaman jelah.
Cuba teka baju raya aku warna apa?



Jangan membazir, ingatlah orang tersayang 

Menu Sahur Tanpa Dapur

Hey guys!

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan. Sebab aku bosan orang asyik sembang fasal menu berbuka aje, maka aku pun mengambil keputusan sembang sahur. Memang sedari kecik aku diajar bersahur. Malas, ngantuk setara mana sekalipun aku tetap bangun sahur. Walaupun hanya dengan sebiji kurma. Ada orang prefer makan sesiap sebelum tido, itu bukan sahur okey itu supper, supper tak dapat pahala, wee.


Berbalik kepada menu. Atas faktor yang tak dapat dielakkan, masa aku di dapur sangat terhad. Aku agak kureng dengan nasik berlauk di pagi hari (kecuali kalau sahur di kampung, empat pinggan please). Oleh kerana nak makan makanan yang berkhasiat dan menguatkan daya penarik tahan tubuh serta mudah untuk disediakan, maka...taddah!

Menu 1: Overnight Oats (OO)


Dah tak payah aku cerita panjang tentang menu yang dah viral sejak tahun lepas ni. Untuk menyediakan OO, korang perlu guna rolled oats. Bagi yang tak lalu makan oats segera, apakata cuba beralih kepada rolled oats ni sebab ia tak rasa lembik dan melekit/berlendir.

Dan bahan paling mahal: Chia seeds. Mungkin sebab diimport dari Bolivia dan mungkin sebab ia organik maka harganya RM21.79 (168g je..) di Tesco. Memang kalau tumpah aku nangis sampai malam raya, hahaahaha. Chia seeds bukan biji selasih (Basil seeds), jadi jangan salah masuk bahan. Tapi korang jangan gundah gulana, tak wajib pun letak. Cumanya aku terpesona dengan keajaiban bijian ni, itu yang nak try (nasib sesudu sehari sudah memadai).



Bahan asas OO adalah rolled oats, susu, yogurt (preferably greek, tak greek pun takpe), madu sebagai pemanis (boleh gak ganti dengan susu pekat, nutella, tapi kurang sehat). Bahan sampingan untuk menyedapkan tekak yang menelan: Peanut butter, kekacang seperti gajus, badam, buahan masam seperti mangga, stoberi, anggur, segala beri, kiwi, kurma, kismis (pendek kata, ikut selera memasing). 

OO tadi korang masukan dalam peti sejuk semalaman (overnight). Kalau lepas dua hari lagi sedap sebab rasanya dah bersatu padu jitu. Jadi korang bangun sahur takyah bukak mata pun takpe. Grab OO makan sambil pejam. Great untuk yang selalu terlajak tidur dan waktu sahur dah tinggal hujung-hujung.

Apa yang bagus?
- Oats baik untuk turunkan kolestrol dalam diri.
- Hari yang lebih bertenaga dan keletihan yang minimum*
*Hasil berbeza bagi setiap individu. Kalau korang makan oats tapi still lemau, itu bukan salah aku.

Menu 2: Hard Boiled Egg Sandwich



Kata takde dapur? Celah mana nak boil eggs? Hahahaha ye memang tak guna dapur sebab aku guna multipurpose water heater jadi aku rebus guna tu jelah. Rebus telur sebelum tidur. Bangun sahur, kupas telur, cincang, masukkan dalam mangkuk. Gaulkan telur cincang tadi dengan mayo dan taburan lada. Susun salad/tomato (optional) atas roti. Letak campuran telur tadi. Siap.



Testimoni: Aku makan tiga keping sandwich ni pada pukul 5 a.m. dan tak rasa lapar langsung sampai pukul 1.05 p.m. Not bad.

Menu 3: Mi Bandung



Ai makin merepek pulak menu sahur si Zyra ni. Sebenarnya aku jemu dengan ramen/mi segera biasa. Jadi aku pun tukar angin ke mi segera berperisa tempatan. Mi ni dikeluarkan oleh Agromas dan agak susah nak dapat di pasaraya terkemuka. Mujur depan rumah aku ada kedai yang jual produk bumiputera dan muslim sahaja. Masukkan daging dan sayuran kegemaran. Tambah telur rebus yang dah direbus sesiap semalam, taburkan daun bawang. Aku ni kalau ada telur rebus dan daun bawang, terus berselera makan mi apa pun. Nyum!

Oh, tak usahlah korang refresh page sebab memang takde image pun, aku baru makan pagi tadi lalu malas nak ambik gambo, muhuhu..

* * *

Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, cukup setakat itu dulu menu Sahur Tanpa Dapur aku. Nanti kalau post ni mendapat sambutan yang menggalakkan, aku kongsi lagi (harap takde). Sementara itu, aku ulang tiga menu ni je sampai benci. Selamat bersahur. Jangan malas-malas!


Heharap paras kolestrol menjunam turun 

Bersenam Sebelum Bersenang

Hey guys.

Dalam banyak-banyak aktiviti riadah untuk menjaga kesihatan tubuh badan, aku paling suka berjogging. Di samping dapat bersenam, dapat jugak perhati alam sekeliling dan gelagat masyarakat setempat. Tapi suka jelah. Nak melakukannya tu aku rasa teramat payah.

Bukan sebab aku malas!

Okey, mungkin ada sikit malas. Sikit je, sebesar kepak lipas. Kot. Hahahah. Mari aku terangkan kenapa aku rasa amat payah melakukan aktiviti nan satu itu. Eh dengki pun ada dengan blogger Nadia yang istiqomah berjogging, huhu.

Faktor utama: Kawasan perumahan. Sekarang aku menginap di sebuah rumah teres dua tingkat. Aku pun tak pasti situ taman perumahan atau apa, yang pasti, takde disediakan kawasan riadah di kawasan tu. Cuma yang ada satu playground yang kecik beserta alatan outdoor gym yang telah menjadi mangsa vandalism. Celah mananya aku nak berlari-lari riang? Oh lupa pulak, sebelah rumah aku ada padang bolasepak. Agak luas dan amat jarang digunakan. Takkan lah aku nak berlari-larian pusing keliling padang tu serupa budak sekolah yang kena denda pulak.

Faktor kedua: Lone ranger. Aku tak kisah sangat pun nak berjogging sendirian ni, malah aku lagi prefer sorang kot rasanya. Tapi kalau ada geng jogging lagi lah best sebab boleh boost performance, ewah. At least bila hari aku rasa liat macam lintah untuk berjogging, adalah orang yang nagging dan tarik aku dari terus melekat dekat bantal, hahaha.

Faktor ketiga: Prinsip. Aku ada prinsip dalam berjogging iaitu, kalau nak jogging, terus je keluar dari pagar rumah dan berjogging. Kalau nak kena naik kenderaan untuk ke tempat jogging, itu bukan jogging bagi aku, hahahaha. Taman rekreasi untuk kaki jogging yang paling dekat pun memerlukan dalam 20 minit pemanduan, takkanlah aku nak berjogging dari rumah pergi balik ke situ, matilanak.
Makanya, aku hanya melakukan squat di rumah (50 kali sehari). Alternatif lain, aku suka parking jauh dari ofis supaya aku dapat berjalan lebih. Kalau takat dua tiga tingkat, aku lebih suka panjat tangga dari guna lift, disamping dapat cegah penyakit kardiovaskular, aku jugak dapat mengelakkan orang annoying dengan aku yang hanya nak ke tingkat satu, sedangkan mereka nak ke tingkat lapanbelas.

Dulu aku beranggapan sempit bahawa orang kurus tak perlu bersenam. Tapi ada beza antara slim dan slim & fit. Baru sekarang nak timbul kesedaran, rasa malas nak start enjin dah.. hoho.

Manusia yang gagal memang selalu berjaya mencipta alasan Z.
Nak seribu daya taknak seribu dalih!
But first, let me get a jog pants..



Caiyok Z caiyok!! *jeling katil* 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape