A Girl With A Big Heart

Hey,

Hari ini aku nak ceritakan satu kisah yang agak menarik yang kaya dengan subliminal messages:

Tersebutlah kisah seorang gadis. Yang mengendong sekeping hati ke mana saja dia pergi.
Di tengah-tengah kesibukan dan kesesakkan bandaraya kosmopolitan.
Seolah tercari-cari sesuatu dengan mimik muka sedikit ceria, bingung dan confuse.

Sehinggakan malam menjelang. Gadis terduduk termenung.
Hati yang dikendong semakin mengecil.

Tiba-tiba..

Seorang jejaka menegur ramah.
Si gadis sedikit terpana dan gugup.
Is that your heart?
Um..hum..

Lalu mereka berbual mesra. Tentang banyak perkara.
Tak tersangka mereka memiliki kegemaran yang sama.
Hey, I tell you what, why don't we hit the bar and have a drink?
Yea, okay. Cool.

They really have a good time.
Dalam pada itu, hati si gadis semakin mengecil. Sebesar tapak tangan.
Si jejaka menemani si gadis berjalan pulang.
Hey, wanna meet again tomorrow?
Yea, sure. See ya.

Keesokan harinya, wajah si gadis berseri-seri riang dan teruja menanti kedatangan si jejaka.
Yang sebenarnya takkan pernah kunjung tiba.
Melihatkan keadaan si gadis dengan sekeping hati yang sangat besar, si jejaka berfikir sejenak.
Dan berlalu pergi.

Now, korang jangan nak melakolik sangat dan buat spekulasi liar bahawa 'si gadis' tersebut adalah aku. Sebenarnya kisah di atas dipetik dari satu music video yang aku tertengok bertahun lama dulu. Dari jauh. Aku tak ingat di mana. Aku tak tahu lagu siapa. Aku tak tahu tajuk apa. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok video tu. 

Dan aku sangat teringin nak tengok lagi. Boleh tolong? Yup, aku boleh google je. Tapi aku malas. To even lift one finger.. hahaha! Alah, bila lagi aku nak bermanja dengan hangpa semua :3


Jom lah kita tonton sama-sama 

Sick of Motion-Sickness

Hey,
Setiap manusia mempunyai kelemahan. Heck, even Superman pun lemah dengan seketul batu.
Dan kelemahan aku yang paling aku tak suka adalah motion-sickness.


Tak keterlaluan kalau aku cakap motion-sickness ni mimpi ngeri ulat buku seantero dunia. Yelah, bila aku habiskan masa berjam-jam travel sama ada naik bas, feri, train tanpa dapat menggunakan masa tu untuk membaca. Jangan kata mahu baca novel, baca text dalam phone pun tak berapa nak mampu. 

Tapi aku redha jelah. Mungkin aku mempunyai motion-sickness sebab aku dilahirkan sebagai seorang librocubicularist yang sejati. Lagipun, tak berapa nak masyuk kalau membaca sambil travel ni. Hahahaha..

Simply irresistible. 


Selain oksigen, makanan, minuman dan benda asas lain, aku perlukan buku untuk hidup. Tolong bagi aku buku. Eh pernah tak orang bagi dulang hantaran berisi buku?


Abibliophobia: The fear of running out of reading material 

Bauan Yang Patut di-Perfume-kan!

Hai..

Aku sebenarnya seorang yang susah nak cari perfume yang sesuai. Tapi bila dah jumpa, aku akan setia, sama jugaklah macam cari pasangan hidup ni (eh?).
Namun begitu, aku ada beberapa bau kegemaran yang aku harap betul dapat dibotolkan.
Instead of susah payah cari orkid hitam lah, harum sundal malam lah, apa kata pencipta perfume consider these...

Telah menjadi satu ketagihan pada aku untuk cium baju yang baru dibeli.
Hahahah dia punya bau tu priceless sangat. Why not invent pewangi pakaian yang
berharuman pakaian baru? Oleh itu, terasa pakai baju baru setiap hari...
Atau pewangi yang boleh sangkut dalam almari? Hmmm..
WHY WE ARE NOT FUNDING THIS?!


Sebagai seorang ulat buku bajet-bajet, aku suka betul bau buku. 
Dalam bebanyak bookstores, aku paling suka Borders, bau bukunya terserlah betul.
Sebenarnya tak kisah pun buku baru ke lama.
Baunya unik betul dan sometimes, soothing..




Hohoho, ini dulu lah, dulu.. sekarang dah guna 'plastik' untuk cetak duit.
Dah tak best, bau busuk memeningkan kepala walaupun fresh dari bank.
Tapi kalau wang kertas pun tengok jugaklah,
kalau dah lasu dan masam akibat bertukar tangan dengan beribu-ribu orang,
eh tak hingin lah aku nak ciom :3


Bukan bau talkum, losen atau apa-apa produk bayi, tapi bayi itu sendiri.
They have their own cuddly scent.
Sebab tu aku suka gomol baby dan toddlers, hahaha.
Tapi aku lagi suka bau anak buah sendiri, baunya lagi syiok, 
mungkin sebab darah daging sendiri kut.. 
(Macam scary pulak perfume bau bayi, nyiahaha)

Kalau pun dibotolkan, aku rasa aku sorang je kot yang akan beli.. Hehehehe obsess betul :3
Hahaha bau apa yang korang suka? Tolong jangan cakap bantal busuk atau bau cagu..


Can you smell what The Rock is cooking?! 

Etika Menghantar Resume

Haii,

Aku sebenarnya dah lama memendam rasa bila terima email resume dari applicants.
Perkataan pertama yang hadir dalam kepala hotak aku tiap kali buka email mereka adalah: MALAS.
Ehem, fefaham sendirlah ye kalau dah dapat first impression cenggitu.

Wake up people! Penghantaran resume ini bagi aku adalah satu perkara yang sangat penting dalam nak apply kerja. Sebab ia melibatkan first impression majikan. Semoga senarai yang aku bagi kat bawah ni bermanfaat dan aku harap somebody akan PRAKTIKKAN apa yang aku kata ni:




1- Create email for professional purposes please?

Aku tak tahulah sebab malas atau apa tapi tiap kali bukak email resume nampak nama macam: Lan the Todak Slayer, Aminah dolly-molly high school, Shinodu Uke Zika Lubu. I mean, come on lah, kau nak hantar resume cari kerja kot, bukan nak hantar request main game Facebook. Be professional sikit. Create email address bukan kena bayar pun kan? Aku ni masih boleh dibawak berbincang, bukak jugaklah email dan baca. My boss? Nampak je nama pelik terus dia toss in the trash. See?

2- Tulis email bukan sakit pun

98.9% email resume yang aku terima hanya attach resume SEMATA-MATA. Takde salam, hello, hai apa khabar, awak kat mana awak kat mana (eh termenyanyi pulak). Seriously, mak bapak korang takde ajar adab ke kat rumah? Belajarlah buat CV (curriculum vitae) atau cover letter. Tak reti? Eh pakcik Google kesayangan korang kan ada? CV ni basically overview fasal diri kau lah. Memanglah rasa leceh but show your effort! Impress us! Takkan kau taknak terserlah among HUNDREDS of applicants?

3- Check gaya bahasa

Aku bukan nak suruh kau buat bahasa berbunga-bunga lengkap dengan personifikasi hiperbola bagai tapi please check struktur ayat kau betul-betul. Terutamanya bila dalam English. Kalau kau yang baca pun tak faham, habis aku ni nak faham sangat? Contoh: you're early reply I've been waiting (??). Aku bukan nak jadi Nazi Tatabahasa, tatabahasa aku pun ke laut, tapi biar orang faham apa yang kita nak sampaikan tu. Dan belajarlah untuk guna bahasa yang lebih manis. Contoh: I hope to get this job, memanglah menunjukkan betapa kau determined tapi lebih manis kalau: I hope to hear from you soon

4- Jangan serlahkan kebodohan

Kalau pun kau ratu Instagram ke, tuhan Twitter ke aku peduli hapa, tak payah lah kau nak mentioned hal-hal tak educated ni dalam CV/email/resume. Melainkan kalau kau nak apply kerja yang memerlukan kelayakan macamtu. Aku ada dapat email dari seorang gadis dengan English tonggang-terbalik, akhir sekali mentioned: I'm beautiful. Kalau majikan tu lelaki hidung belang mungkin ada potensi dia panggil kau interview. But sorry to say, we don't need a bimbo (beauty without brain) in our team. Bak kata orang sekarang, simpan sikit bodoh tu..

5- Jangan letak gambar 'Selfie'

Entahlah, aku rasa bebudak zaman sekarang takde sense of professional langsung. Ada ke patut letak gambar selfie dalam resmue? Dengan latar belakang pokok bungalah, mangkuk jamban lah. Aku rasa zaman sekarang ni kalau ambik gambar passport dekat kedai, ada disertakan sekali soft copy kan? Atau kau hulur jelah thumb-drive kat diorang, save dalam tu. Takkan itu pun nak kena ajar? Eh apa je yang kau belajar dalam hidup ini?

Akhir nasihat dari aku, tolonglah jangan guna Google Translate dalam membuat CV atau resume atau apa-apa saja sebab ayat kau nanti akan jadi kelakar nak mampos dan membuatkan aku terkekeh-kekeh ketawa macam orang gila depan PC.


Selamat mencari kerja dengan penuh bergaya 

Zyraroxx Sebelum Masihi: Naif

Heyyy!

Bila entah si cEro nak cipta mesin masa.
Aku dah tak sabar nak kembali ke masa silam di mana i'm young, wild and free (wild lah sangat)
Tapi aku lebih teringin untuk kembali kepada zaman kekanak riang yang innocent.

Walupun aptx4869 berupaya menjadikan fizikal je kecik, aku tak kisah! Takpe, nanti aku mintak sendiri kat Haibara!!

Jadi di sini aku nak mengimbau sikit perkara-perkara naif yang aku still ingat sampai sekarang. Kadang-kadang rasa nak tergelak, kadang-kadang I be like oh why...

Pokok berpeluh
Suatu pagi cuti sekolah yang nyaman, aku bersiar-siar dengan kakak di padang.
Kakak perati je aku yg sekejap-sekejap lap lengan yang terkena embun lalang.
Kakak: Awat adik?
Aku: Eee geli lah, peluh pokok lekat kat adik!


Pokok tumbuh dalam perut
Aku rasa most of the kids punyai pengalaman begini

Ada satu hari aku duduk diam di satu penjuru rumah dengan bermuka muram.
Abang yang pelik dengan perangai aku yang serupa ayam berak kapur pantas bertanya:
Abang: kenapa adikku bermuram durja?
Aku: Tadi adik makan buah limau
Abang: Lalu?
Aku: Adik tertelan biji limau, nanti tumbuh pokok dalam perut!


Pokok hitam (apesal semua berkaitan dengan pokok ni?!)

Suatu petang aku tolong kakak tanam pokok bunga.
Aku tolong korek lubang tutup lubang je.
Melihat ketekunan aku, kakak benarkan aku tanam satu pokok.
Bukan main girang aku tanam dan siram.
Tengahari esoknya..
Emak: Adik, masuk! Buat apa tengah-tengah panaih tu??
Aku: Sat mak, nak tudung pokok ni, takut nanti dia hitam sebab kena matahari lama-lama.
Dari dalam rumah aku dengar Abang Chik mengejek: "hitam macam adik.. hihihihi"
*Hitam dalam situasi ini merujuk kepada gelap (kulit)


Doraemon dan lucah


Perkataan 'lucah' agak offensive waktu tu untuk penduduk kampung luar bandar
pada awal 90an tanpa sebarang jalur lebar.


Aku ni suka betul membaca sejak mula kenal abc lagi.
Jadi banyak jugaklah komik yang abang/kakak aku beli untuk menggalakkan aku membaca.
Satu hari tengah aku baca komik Doraemon, Nobita telah menyebut "wah, majalah lucah papa!"
Aku: Kakak, majalah lucah tu majalah apa?
Kakak: Err.. (kali pertama kakak aku teragak-agak bagi jawapan)
Aku: ???
Kakak: Erm.. lucah tu loqlaq!
Aku: Ooo.. (aku iyekan aje, waktu tu aku tak tau apa motif Nobita cakap majalah bapak dia tu loqlaq)
Rupanya aku sama seperti budak kecik lain, suka memberikan awkward situation kepada orang dewasa. kahkah!
(Sejak itu, kakak aku lebih kerap belikan aku komik KAWAN yang merupakan buatan tempatan dan selamat tanpa bahasa pelik)
*loqlaq boleh disifatkan sebagai cemerkap atau tidak senonoh, bergantung kepada situasi.

Hmm, sebenarnya banyak lagi kisah naif aku. Tapi aku malas nak senaraikan semua sebab malas nak melukis, huahahaha kalau takde lukisan korang bukan nak baca pun kan? kan?
Kongsi laa kenaifan engkorang jugak dekat ruang komen, untung aku rajin nanti boleh aku compile kan dalam satu entri.



Thats all folks! 

This Means WAR!!

Hey,

Zaman sekolah tadika, sekolah rendah dulu sapa je yang tak pernah cari fasal/bergaduh dengan kawan-kawan. Kalau kau tak pernah itu bermakna kau tak best atau pun kau jenis yang maha nerd gila. Kahkah! Awww come onnn..

Ini cara paling simple untuk cari fasal. Bagi aku, ini menujukkan tanda kasih sayang, wahaha! I'm such a little rascal..

Lazimnya, diorang akan balas balik, then aku conteng lagi, diorang balas lagi, berulang-ulang macamtu sampailah bosan. Tapi lain ceritanya bila kali pertama aku conteng sikit tapi dia dah balas banyak sekaligus!


War tersebut boleh berkahir dengan kertas yang koyak atau pensel yang patah atau satu mukasurat kertas yang penuh dengan contengan yang tidak lagi mampu dipadam. Itu cara kami menunjukkan tanda kasih sayang dan persahabatan.

Tapi aku rasa tak kisah sangat pun kalau gaduh waktu kecik dulu. Biasalah budak, sifatnya masih naif, jiwanya itu suci, dosanya belum dicatit, maka kami jadi mudah meminta maaf dan pemaaf. Bergaduh waktu pagi, waktu rehat dah berpimpin tangan semula menuju ke kantin. Or worse, 5 minit kemudian dah mintak pinjam pemadam...

Sekarang?
Beranilah cari pasal dengan aku???!!!!
Eh.. (blushing)



*one of my fav song from A7X


Aku kadang declare war dengan diri sendiri. Sebab hati tak sync dengan apa yang otak kata. End-up aku yang merana. Jadi, selagi diorang taknak sync aku akan declare war dengan tidak mengendahkan mereka, huahahahah pada muka aku.


The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting - Sun Tzu 

Four Seasons di Malaysia

Hi! Welcome to Malayziya and lemme be your tour guide.

Walaupun Malaysia beriklim Khatulistiwa, namun itu tidak menghalang beliau untuk memiliki four seasons-nya yang tersendiri (bukan hotel ye). 

Dah nama pun four seasons, mestilah berlaku tetiap tahun kan? Ops, four seasons di sini bukanlah merujuk kepada musin bunga, musim luruh, musim salji atau musim panas, tapi... jeng jeng jenggg..


Musim hujan lebat ribut taufan penyebab kepada banjir di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini lumrah alam dan kuasa Tuhan, takde yang dapat menghalang. Tapi salah manusia jugak, habis bukit-bukau ditarahnya sampai mengamuk si mother-nature. Lepastu apabila terjadi kejadian yang tak diingini, manusia pun meroyan. Tammat.


Musim ini musim buatan manusia. Penduduk dah tak makan saman dengan kempen memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi penyumbang kepada denggi. Kalau penduduk Malaysia pandai jaga persekitaran mereka, besar kemungkinan musim ini akan pupus dari Malaysia. Argh, tapi nanti kan dah jadi three seasons? Takpe, kita cipta musim lain pulak, Malaysia boleh!


Rasanya inilah musim yang paling digemari oleh penduduk setempat. Tak kurang jugak sekelompok penduduk yang tak suka dengan musim ni yang membuatkan mereka berasa pening-pening lalat. Musim ini terjadi secara semulajadi. Salah satu nikmat hidup di muka bumi bagi mereka yang tahu menilai, eceh!

*k, baru perasan 'zyraroxx' tertukar saiz dan font, k PS k..

Musim yang last ni aku malas nak ulas. Musim ni jugak ada keberangkalian untuk lenyap dari Malaysia sekiranya jiran Malaysia nan satu itu berhenti menjadi bangang. 

Jadi, yang mana satu pilihan qalbu?



We had joy we had fun we had season in the sun.. 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape