Mukasurat Yang Ke-365

Hey guys,

Sebagai seorang ulat buku, aku tak ada masalah untuk habiskan ribuan mukasurat novel/buku dengan jayanya.
Tapi aku rasa aku tak berupaya untuk habiskan 365 mukasurat novel berjudul 'Zyraroxx Dalam 2015 Masihi' dengan cemerlang.


Ya, aku belum bersedia untuk selak ke mukasurat 365.
Banyak lagi perkara yang aku rasa belum sempat aku buat di mukasurat sebelumnya.
"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian".
Dan aku adalah di antara manusia yang rugi tersebut.
Bersedia atau tak, masa akan terus berjalan.
Terpaksa lah aku selak jugak mukasurat tersebut dalam keterpaksaan.
Buku yang aku maksudkan adalah buku kehidupan, bukan Buku Amalan Roqib dan 'Atid
(Hey future Zyra, jangan banyak bunyik kalau kau dapati banyak ruang-ruang kosong dalam buku ni).




hajat hati nak buat collage yang awesome tapi *dengkur


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2015 aku diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka.
Yang baik aku ambik untuk diteruskan dalam tahun-tahun mendatang.
Yang buruk pulak aku jadikan pedoman, iktibar dan rujukan.
Kalau buruk tu datang dari aku, akan aku usahakan supaya ia menjadi lebih baik (hoi future Zyra, ingat ni!).
Terima kasih daun keladi aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir mewarnakan hari-hari aku.
Tak kisah lah kau warnakan dengan warna pastel atau warna hitam pekat, tetap aku hargai.
Dan, banyak jugak pengajaran yang dapat aku kutip untuk dimasukkan ke dalam karung berlabel 'peringatan'.

Dengan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut 2016 masihi kepada sekalian pembaca.
Selamat tersilap tulis 2016 sebagai 2015.
Selamat membina azam tahun baru yang tak pernah tercapai.
Selamat bercount-down dan menikmati percikan bunga api (aku dah lama bersara dari aktiviti ni).
Aku taknak mintak maaf kalau ada tulisan aku yang mengguris hati, sebab tahun depan aku akan buat lagi.
(evil laugh)


Lupa pulak letak ayat: Pejam celik pejam celik 

Ekspresi Muka Harian

Hey!

Sapa baca tajuk di atas dengan bacaan 'Ekspresi Muka Hairan' sila angkat kaki!
Duh, hambarnya seorang Zyra.

Sebelum bercuti minggu lepas, aku ada baca entri Plain83 tentang ekspresi wajah yang selalu diekspreskan setiap hari sambil tag art-blogger friends beliau untuk lukis ekspresi wajah harian memasing. Memandangkan aku perasan yang aku ni seorang art-blogger selain perasan bahawa aku ni friend beliau, maka aku pun sambut tag tersebut, kofkof. Well, boleh dikatakan inilah dia 86.9% dari ekspresi muka harian aku:





Orang selalu sifatkan rupa zahir aku ni sebagai sombong, pecah amanah, piss-off, kerek, takde perasaan, jahat, garang yadda yadda. Tapi percayalah hakikatnya aku ni sebenarnya seorang gadis yang comel dan pemalu, kofkof. Aku syak orang yang mencipta pepatah 'tak kenal maka tak cinta' mesti pernah lalui apa yang aku lalui.

Rata-rata kenalan baru akan bagi remarks yang lebih kurang: "Masa mula-mula dulu ingatkan engko ni sombong, tak berani aku nak tegur. Rupanya engko ni kelakar nak mampos, hahah!!" Aku tak pasti tang mana kelakarnya aku ni. Entah lah sama ada mereka dari golongan #MudahTerhibur atau aku berkebolehan melawak tanpa sengaja atau aku ada aura Ben Stiller yang berupaya buat lawak dengan muka ketat.

Hasil pemantauan sendiri, dapat aku simpulkan bahawa muka 'berlagak' aku ni terhasil daripada bentuk bibir aku yang melengkung ke bawah atau kekonon 'pouty lips'. Kalau aku seorang yang cun, mungkin pouty lips ni akan jadi menggoda. Tapi memandangkan aku tak berapa nak cun, maka pouty lips terus menjadik 'potty lips' kofkof.

Aku tahu senyum itu satu sedekah. But you know, tipikal lelaki Melayu. Kalau perempuan senyum nanti cakap nak menggatal atau lebih haru jika senyuman di salah tafsir sebagai 'inviting' (jangan tanya invite apa). Oleh itu, jarang ada manusia yang nak approached aku kecuali kucing. Hey, kucing kan makhluk jujur yang sensitif dan ada masalah trust-issues so aku rasa I'm not that bad. Meow.

*kofkof = batuk #Pray4Zyra


Everybody have their own mask 

10 Soalan Dari Hanie

Hi,

Untuk pengetahuan korang aku telah di tag oleh Hanie untuk menjawab 10 soalan. Walaupun dah berzaman kena tag, baru harini aku jawab, huhu maaf sebab perasan sibuk. Memula aku rasa tak nak jawab, tapi aku bukan jenis manusia yang suka mengabaikan soalan. Thanks ye sebab tag. Terharu betul bila berada dalam ingatan seseorang, hiks.

Cakap banyak tak guna, aku lampirkan kat sini soalan 10 soalan beserta jawapan:-

1) Apa nama awak?
Nama saya Zyra. Atas faktor keselamatan dan privasi saya tak boleh nak bagi nama betul seperti yang tertera di dalam surat beranak. Kecuali kalau awak nak lafazkan depan tok kadi nanti, eh.

2) Apa penyebab awak sertai dunia blog?
Sebab nak rosakkan hari-hari orang dengan entri saya, muahahaha! Takde lah, sebab kita sebagai manusia perlu keluarkan apa yang kita rasa dari sistem badan, tak elok simpan buat pekasam. Saya rasa blog lah medium yang paling sesuai untuk itu, haha. Di samping nak berkongsi pendapat dengan khalayak.

3) Masa bila awak luangkan waktu untuk berblog?
Masa malam. Sebab siang sibuk mencari nafkah zahir. Pernah cuba buat entri pada waktu siang, tapi tak boleh, jadi blurred dan hilang arah tujuan di depan skrin laptop. Agaknya sebab dah terbiasa dengan suasana malam bertemankan bunyik cengkerik.

4) Suka makan apa?
Oh my god soalan ni susah macam algebra, hahaha. Sebagai seorang manusia yang kuat makan, saya suka makan semua jenis makanan yang halal kecuali itik, ikan sungai dan belut. Kadang bila makan western food, rasa masakan kampung lah yang paling sedap. Bila makan masakan kampung, tetiba rasa sushi pulak sedap, hahaha. Tapi ada satu sajian yang saya paling suka di kampung: Nasi putih + Sambal belacan buah kuinin + ikan kembung fresh digoreng = perghhhh!!! AKJHAJKSHGDJDWRGWY

5) Apa pendapat awak tentang blog saya?
Err.. saya tak padai bab memberi pendapat ni sebab selalu pendapat saya lari dari persoalan pokok, hahaha. Tapi saya cuba ye. Blog awak kemas, tak serabut dan cepat load, please keep it that way tak payah nak letak widget bling-bling dan widget yang tak diperlukan dalam blog, hehe. Cuma itulah, header awak simple sangat sampai saya rasa nak conteng, je, wahahahaha! Gurau je :p

6) Apa movie latest yang awak dah tengok setakat ini?
Inside Out dengan anak-anak saudara. Punyalah ignorance nya seorang Zyra sampaikan bila my nephew suggest cerita tu dalam whatsapp, saya ingat itu cerita seram, hahahah! Kami berlima menonton midnight movie di the Curve. Beginilah contoh seorang ibu saudara yan ideal, kehkeh. Filem ni bagi saya not bad lah memandangkan takde sorang pun anak sedara yang tertido. Bapak lama tak tengok movie, huhu. Takpe, simpan untuk tahun 2016 sebab banyak movie best!

7) Apa gadget pilihan hati awak? Kenapa?
Tak pasti gadget ni merujuk kepada yang dah ada atau belum ada. Takpelah saya jawab gadget idaman yang belum ada lah, hehe. Saya idamkan nak beli MacBook Pro dan drawing tablet. MacBook sebab nak ganti laptop purba ni yang dah selalu semput. Drawing tablet of course lah untuk saya melukis dengan penuh bergaya tanpa perlu terkial-kial guna mouse.

8) Beli kereta dulu ke atau rumah?
Memandangkan dah ada kereta so jawapannya kereta dulu lah, hehehehe. Jangan tiru aksi ini, sebaiknya beli rumah dulu, itu satu pelaburan. Biarlah bersusah-payah naik pengangkutan awam asal dapat bersenang-lenang di dalam rumah sendiri, eceh,

9) Impian yang pernah tercapai dan belum tercapai  awak apa ya?
Suatu masa dulu di bawah sinar matahari yang terik memancar dan disertakan dengan angin monsun yang berbahang panas, seorang gadis gigih mengayuh basikal di tengah-tengah kawasan sawah padi. Basikalnya enggan bergerak walau pedal ditekan kuat akibat tekanan angin yang jauh lebih kuat. Saat itu, dia kuatkan gengaman handle dan memasang impian: Satu hari nanti dia akan berjaya memasuki universiti dan memiliki kenderaan sendiri yang boleh melindunginya dari hujan panas dan angin. 

Alhamdulillah impian tu dah tercapai. Impian yang belum tercapai: Selesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan dan pinjaman bank.

10) Hobi terhebat awak apa ye? ^_^
Wow, terhebat ye? Saya ada hobi baru iaitu menjahit felt doll yang saya rasa hebat, kot, hahaha. Nantikan kemunculan update saya mengenai hobi terbaru saya itu di zyraroxx.blogspot.com! (Amboi retisnya statement).

Seronok pulak main jawab-jawab soalan ni. Aku dulu penah jugak jawab soalan dalam Liebster Award yang telah di tag oleh Namy. Tapi dulu aku kurang matang jadi korang jangan lah gelak kalau baca, huhu.

Akhir kata, thanks kepada blogger yang tag zyraroxx dengan ingatan tulus ikhlas, hehehe. Aku ada rasa nak senaraikan 10 soalan untuk blogger lain jawab. Tapi disebabkan aku takut kecewa soalan-soalan aku bakal dijawab dengan bunyi cengkerik, maka aku matikan hasrat tersebut. Lagipun aku bukan manusia yang suka bertanya (seret bagasi). Ciao Malaysia.


Selamat menikmati cuti panjang Zyra! 

Kepercayaan Kepada Kedai Online

Hai,

Harini aku bukan nak cakap fasal keburukan/kelebihan membeli secara online.
Korang dah besar, takkan benda macamtu pun nak kena ajar.
Harini aku nak cakap fasal kepercayaan, trust issue bak kata moyang aku.

Aku yakin shopping online dan trust issue berpisah tiada.
Itu aku, tapi Abang Chik aku lain pulak ceritanya.
Beliau adalah pembeli online tegar.
Sangat tegar.
Sampai lampin pakai buang anak pun dia beli secara online!
Hahahaha.. ha. ha.

selain lampin, beliau suka membeli gadget, perkakas rumah etc. nasib baik bini pun tak order online 
(tapi aku rasa depa memula jumpak secara online), kah!


Sebagai seorang yang skeptikal dengan barangan online (di samping pernah jadi mangsa), aku kerap jugak argue dengan dia. Tapi hujah yang dia bagi berdasarkan lojik akal. Contohnya kalau di Lelong.my (tempat shopping kegemaran beliau), terdapat paparan reputasi dan prestasi setiap sellers. Kalau dah beribu-ribu orang dah membeli dengan seller tu, takkan lah dia penipu?

Lepastu dia kutuk aku ni yang tengok handbag dekat Mudah.my terus beli,
Tanpa usul periksa kredibiliti seller. 'Mudah' sangat percaya. Lepastu meroyan kena tipu.
Beli beg dengan cari pasangan sama je, mudah tertipu (err).

Jadi sekarang, kalau aku terliur dengan memana barang online, aku akan suruh abang kesayangan aku tu yang belikan (duitnya aku laa yang kasi, zzz). Kecuali kalau di Zalora.

Hahahaha bukan nak promote okey, tapi aku sangat berpuas hati dengan sistem dan perkhidmatan diorang.
Boleh Cash on Delivery (COD) jadi tak payah nak menggelabah duit kau kena tipu.
Boleh tukar saiz. Kalau kedai biasa, mau kena jelingan tajam dan muka masam!
Boleh tukar dengan duit balik kalau tak berkenan. Kedai lain? Sorry, not refundable.
Mana nak cari seller macamni woi?!
Sebab tu dah banyak kali jugak aku 'menyoping' dekat Zalora sejak 2014.

aku rasa tugas seorang adik perempuan adalah meng-annoying-kan abang mereka,
huahahahah!


Satu je yang tak best bila beli secara atas talian: Tak dapat paper bag.
Entahlah kenapa, tapi aku suka kumpul paper bag, price tag, buku, penanda buku..
Orang cakap manusia berbinatang berbintang Aries memang suka mengumpul dan sangat setia (motif?)


Yay! Dapat baju Levi's FREE! 

Pakaian Wanita Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan

Hai,

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke penghujung tahun 2015. Seperti sedia maklum, bulan November dan Disember merupakan musim cuti sekolah di negara kita di samping musim orang kahwin. Bersusun kad undangan walimatul urus dekat rumah. Kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, taknak lah buat dalam musim cuti sekolah, barulah rare, wahaha!



Aku percaya, soalan lazim yang sering bermain di fikiran kaum perempuan ketika mendapat undangan perkahwinan adalah ‘nanti nak pakai baju apa eh?’ Betul tak? Tipikal kaum perempuan, baju penuh almari pun belum tentu tahu nak pakai yang mana. So, untuk korang yang blurred and have no idea what to wear, berikut aku senaraikan beberapa jenis pakaian wanita terbaik yang sesuai dipakai untuk ke majlis perkahwinan atau sebarang majlis formal:



Pakaian yang paling sesuai dipakai semestinya koleksi baju kurung moden mahupun koleksi kebaya moden. Pendek kata, apa jua koleksi baju kurung sama ada tradisional mahupun moden adalah satu pilihan yang bernas dan selamat. Nampak manis gitu, wanita Melayu terakhir habis. Silap-silap boleh jumpa jodoh pulak dekat majlis, wahaha!



Kalau korang rasa nak beri kelainan, boleh cuba koleksi kaftan yang loose seperti dalam gambar. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan feminine. Sangat sesuai kalau digayakan ke majlis perkahwinan mahupun makan malam.



Selain tu, ramai yang mula beralih kepada jubah untuk ke majlis formal.  Apa kata cuba jubah moden yang tengah in-trend sekarang ni. Boleh serlahkan sisi muslimah korang yang sopan dan ayu di samping menyerlahkan karisma yang tersendiri. Jubah bukan untuk gadis tinggi je tau, yang renek macam aku ni pun boleh pakai jugak, asalkan kena bijak cari potongan/warna yang sesuai.



Atau kalau korang rasa jubah tampak terlalu 'matang' untuk korang, boleh lah tampil bergaya dengan koleksi dress muslimah yang juga sesuai digayakan sebagai pakaian kasual. Aku pun suka pakai dress ke majlis kahwin, lebih selesa dan bebas. Terutamanya kalau  nak berlama dekat satu-satu majlis. Yang penting tampil muda dan riang, hehe!


Tak dapat decide lagi? Baiklah, apa kata korang  mix & match blouse dengan long skirt. Satu lagi kombinasi pakaian terbaik wanita untuk acara seumpama ni. Boleh cuba blouse Muslimah bersama padanan koleksi skirts potongan mermaid. Satu lagi alternatif kepada pakaian two-piece selain dari baju kurung/kebaya. 

Hah kau, walaupun aku rock jangan ingat aku tak tahu menahu fasal fesyen perempuan ni.
Walau apa pun pilihan, pastikan jangan sampai keterlaluan pulak. 
Karang tak ada beza pulak tetamu dengan pengantin, hahahaha. Remember girls, less is more!
Selamat memenuhi undangan dengan penuh bergaya.


Baru berjaya penuhi satu undangan, sobs 

Perhatian Buat Peminjam PTPTN!

Hi,

Bagi menjadikan blog ini lebih bermanfaat, harini aku nak kongsi tips (ke?) kepada peminjam PTPTN di luar sana. Khususnya yang mula meminjam sebelum kewujudan sistem Ujrah.


Bapak serius mukadimah aku kali ni, seram pula rasanya. Aku nak kongsi entri ni kepada mereka yang berusaha dan berniat nak bayar, kepada yang taknak bayar langsung tu terpulang lah. Aku malas nak cakap apa. Hutang tetap hutang walau dengan siapa pun kita berhutang. Ops.

Pertama,
Kepada yang belum bertukar kepada sistem Ujrah (1%), aku merayu supaya engkorang pergi buat pertukaran sekarang (RM20 untuk setem hasil). Kenapa aku merayu? Aku dapat komisen ke? Tak, aku tak dapat apa pun, cuma aku tak sanggup tengok engko habiskan sisa-sisa hidup kau dengan bayar "bunga" pinjaman SAHAJA. 

Kedua,
Dah kau bertukar kepada Ujrah, jangan terus pergi berfoya-foya bayar macam biasa. Sebabnya, bila kau bertukar, jadual bayaran balik kau akan diselaraskan semula. Jadi, kalau kau terkurang bayar dari jadual tu, maka terciptalah tunggakkan. Tunggakkan ni kalau dibiarkan akan melarat bulan demi bulan. Macam kes aku, nasib ada staff PTPTN yang mention aku ada tungakkan. Mula tu memang aku menyirap, tapi bila dia eksplain seperti di atas, aku terima. Itulah, malu bertanya sesat jalan dan padan muka aku (nasib tak banyak, kalau tak maunya menangis bawah kereta).

Jadi penyelesaiannya, kau perlu apply pulak Penstrukturan Semula (PS) Jadual Bayaran Balik (lagi RM20 untuk setem hasil). PS ni bagus sebab kau boleh tetapkan bayaran bulanan ikut kemampuan dan ikut suka hati kau. Contoh, kau nak bayar balik  RM100 je sebulan. Staff tu akan buat pengiraan pantas dalam sistem diorang dan akan bagitau kau mungkin kena bayar RM112 sebulan (jumlah yang hampir) selama 10 tahun.

Tapi, permohonan bergantung kepada approval dari PTPTN lah. Kalau gaji bulanan kau RM15,000 sebulan tapi kau mintak nak bayar balik RM100 je sebulan, agak berat lah kot untuk dapat. Bagi aku PS ni bagus sebab kau tetapkan sendiri bayaran bulanan. Kalau dah tetap sebulan RM112, kau bayar lah berapa kau nak sebulan, asalkan jangan kurang dari jumlah tu. Mengerti?

Kalau kau tak faham, kau pergi lah tanya dekat kaunter PTPTN yang terdekat. Aku dulu pun macam malas nak ambik  kisah, bayar je ikut suka konon kalau tak ambik kisah, hutang makin berkurang dengan sendirinya, hidup dalam denial mode, hahaha. Jangan takut untuk bertanya. Banyak kes tunggakkan yang peminjam langsung tak tahu menahu sebab diorang malas nak ambik tahu. Masa aku pergi tu, ada seorang peminjam sebelah aku tengah dimaklumkan bahawa beliau mempunyai tunggakkan sebanyak RM3K++.....

Aku juga nak nasihatkan para peminjam yang baru grad atau yang baru mula kerja, eloklah kiranya enkorang pergi mintak nasihat mengenai pinjaman dan pembayaran balik pinjaman. Jangan tunggu sampai surat saman atau surat mahkamah sampai ke dalam peti surat, atau tunggakkan dah berkepuk-kepuk baru nak menggelabah.

Aku harap perkongsian ni berguna kepada nusa dan bangsa.
Sebelum kau tanya sebarang soalan, suka untuk aku nyatakan kat sini bahawasanya aku bukan kerja dengan PTPTN, aku takde kaum kerabat, sahabat handai yang kerja dengan PTPTN. Hubungan aku dengan PTPTN hanyalah sekadar peminjam dan pemberi pinjam, tak lebih dari itu, hahahah.

DISCLAIMER: Apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman sendiri. Aku tak bertanggungjawab sekiranya kes kau tak sama dengan kes aku atau kau mengalami kerosakkan harta benda, perceraian, kehilangan nyawa, muflis etc. akibat dari entri ini. Tagline blog fully applied.


Pitih pitih no end 

7 Jenis Sikap Manusia Terhadap Signal Kereta

Hey,

Umum mengetahui bahawa penggunaan isyarat membelok atau lampu signal amatlah penting dan digalakkan bagi mengelakkan kecelakaan jalanraya atau 'dicelakakan' (dimaki) pengguna jalan raya yang lain.


Cara yang betul menggunakan signal adalah dengan memberikan (yakni menyalakan lampu signal) kira-kira 200 meter (yeke?) sebelum membelok. Namun begitu, sangat sedikit jumlah manusia yang tahu menggunakan signal dengan betul.

Terdapat beberapa kategori pemberi signal di jalan raya seperti berikut:-

1) Asshole Madafaka
Golongan ini memang tak pernah bagi signal. Tidak kiralah sama ada ketika memotong kenderaan, membelok ke persimpangan dan apa-apa jelah yang memerlukan isyarat. Mereka mungkin menyifatkan orang yang memberi signal sebagai loser. Bagi mereka, the signal stick hanya berfungsi sebagai penyangkut pewangi kereta atau kadang-kala teh ais ikat tepi.

2) Guilty Conscience
Golongan ini pula hanya tahu memberikan signal SELEPAS selesai membelok. Yakni, selepas selesai di maki hamun oleh pemandu di belakang mereka. Mungkin mereka memberi isyarat di sebabkan terbitnya rasa bersalah. Atau memang di ajar memberi isyarat selepas membelok, itu kurang pasti. Yang pasti, memberi isyarat selepas membelok begitu menyakitkan hati.

3) Blink Baby Blink!
Golongan yang ni pulak sejenis manusia yang suka bagi signal sepanjang jalan. Jangan terkejut andai mendapati mereka ini memberi signal sepanjang jalan sejauh 8 kilometer tapi tak belok sampai ke sudah. Mungkin pemandu jenis ini ada tanda-tanda awal Alzheimer. Anda dinasihatkan supaya jangan mengekori di belakang kenderaan mereka sebab golongan ini sangat unpredictable dan merbahaya.

4) Confuse AF
Entahlah macamana nak describe golongan ini. The force of stupidity is too strong in this one. Dia bagi signal ke kiri, tapi beloknya ke kanan! Yang menerima natijahnya tentulah para pemandu di belakangnya. Benar kata cikgu memandu aku dulu: Bila kita berada dalam kenderaan di atas jalanraya, selangkah kaki sudah berada di dalam liang lahat. Sama ada atas kecuaian kita, atau sebab kebodohan orang lain.

5) Last Minute Jerk
Ini selalu terjadi terutamanya di jalan-jalan yang sesak. Bagi signal 2 saat lepastu terus belok atau masuk ke lane pemandu lain secara mengejut. Maafkan lah mereka kerana "at least mereka masih tahu menggunakan signal".

6) Selfish Scum
Dah nama pun selfish, mestilah pentingkan diri sendiri. Manusia kategori ini reti bagi signal hanya apabila perlakuan tersebut mendatangkan faedah kepada mereka. Contohnya, tiba-tiba tahu guna signal bila nak potong barisan dalam traffic-jam. Tiba-tiba tahu guna signal bila berhentikan kereta di bahu jalan (zon tunda), siap pasang lampu kecemasan lagi. Tiba-tiba reti guna signal bila pemandu lain tak kasi peluang mencelah.

7) Rare & Collectibles
Golongan ini sedang di ancam kepupusan. Mereka tidak pernah lekang memberikan isyarat setiap kali ingin membelok. Malah ketika ingin keluar dari ruang parkir pun masih boleh memberikan isyarat kepada pemandu lain. Jika jumpa golongan ini, doakanlah kesejahteraan ke atas mereka. Semoga keturunan mereka mewarisi sifat mulia ini hendaknya dan terus bercambah ke seluruh pelusuk alam serata-rata.


Begitulah sedikit sebanyak jenis-jenis pemberi signal yang aku perhatikan sepanjang pemanduan. Aku tak kisah kalau kau nak eksiden dan mati terkejung di tempat kejadian. Tapi macaman kalau sifat asshole dan kebodohan kau tu mengorbankan insan lain yang tak bersalah?

Jadi, anda golongan yang mana? 
Jadilah manusia bertamadun yang sedang menuju ke tahun 2020.


I'm not too rare and collectibles 

Single Bell Single Bell

Hi,

Sebenarnya aku bukan suka sangat menggelabah buat luahan perasaan dalam entri fefeeling sendu atau self-pity.
Okay, promise this is the last (cross finger).
Tapi harini aku nak tulis tentang soalan paling 'agung' di muka bumi: Kenapa single?

Kalau aku dalam mood mudah terhibur, pasti aku akan jawab:-
- sebab belum terima tawaran untuk buat rakaman album.
- sebab lelaki treat aku macam kawasan rehat dan rawat, sebelum teruskan perjalanan.


Tapi kalau aku serius dan dalam mood rajin untuk melayan curiosity seorang rakan, maka..

Dia: Aku takde niat nak buat kau terasa tapi aku cuma nak tahu kenapa kau masih single?
Aku: (senyum) Takda manusia waras yang nak hidup single.
Dia: Kau memilih sangat kottt?
Aku: Memilih? Men keep avoiding me..
Dia: Care to explain? Aku rasa kau sweet.. 
Aku: Kadang aku sour.
Dia: Kau comel..
Aku: Tapi gelap.
Dia: Kau pandai buat rendang..
Aku: Tapi aku tak reti buat ketupat! See the pattern? Kau nampak satu kelebihan aku tapi kau belum nampak sepuluh kekurangan aku. Mungkin lelaki nampak kekurangan aku, jadi mereka menjauh.
Dia: *sigh* Jodoh tak datang kalau tak dicari. Dan Allah pun suruh kita berusaha..
Aku: Jadi usahakanlah untuk aku sorang. Takkan kau takde kawan lelaki single, abang kau dah kawen? Oh ya, kuota husband kau ada lagi tiga kan? Kan? Kan?
Dia: *#*$*%##+

Dan kami pun bercerita tentang topik lain selepas itu. Hahaha..

Aku bukan cuba nak lari dari bercakap soal hati dan perasaan ni.
Kalau bercakap fasal ni, sampai esok lusa pun belum tentu habis. 
Lagi pun aku takkan dapat jawab semua persoalan sebab jodoh itu sendiri adalah satu perkara misteri. Begitu jugak dengan ajal.
The point is, there is no point to pursue this subject. 
Lebih baik fikir: What if ajal yang datang dulu instead of jodoh? (Gulp!)


Macam aku cakap: Tak ada manusia normal yang sihat ingin hidup sendirian di muka bumi.
Allah knows what best untuk hamba-Nya yang hina dina ini.




Just enjoy the show.. 

Dan Calon-Calonnya Adalah..

Hey,

Alhamdulillah, tamat sudah mini giveaway Komik Buasir Otak yang berlangsung selama satu minggu (fuh, lap peluh). Aku ingat dua orang je yang akan join sebab ada dua hadiah cuma, tapi sambutan amat menggalakan, terharu betul aku ini. Thanks guys, you rawks!

Jujur aku akui, nak memilih pemenang is the hardest decision ever. Ramai yang tunjuk effort dalam entri masing-masing. Oh ya, lupa pulak nak bagitahu yang semua peserta akan dimasukkan ke dalam geng Rakan Subahat. Jadi, braced yourself for my daily dose of blogwalking and silly comments, muahahah!


Hasil dari tilikan dan firasat aku, terdapat 12 orang blogger yang telah di-senarai-pendekkan daripada 42 orang pserta. Mereka terdiri daripada:-

1) Ct Cheery
2) Izyan Cinnamon
3) Leya Yeolly
4) Khairul Nisya
5) Mrs. A
6) Riana Little Cuties
7) Zakie Azid
8) Sabrina SA
9) Wawaabdulhadi
10) Little Rant
11) SuzieLAWAti
12) Tiga Lalat

Dan kemudian, aku perlu struggle pulak untuk memilih hanya dua dari senarai di atas! Kalau lah aku anak taukeh kilang percetakan memang aku akan pilih semua (ah, sudah lah ko Zyra). Aku harap keputusan yang aku buat ini adil dan saksama serta dapat diterima oleh semua pihak. Adat pertandingan, ada menang ada kalah (dah lah hadiah sikit, lagi nak sakitkan hati dengan ayat cliche!)

PEMENANG PERTAMA: SuziLAWAti



Aku tergelak besar bila bukak link entri beliau. Kenmahen hakak yakuza kita ni berposing dengan rambut pelesu. Mujur jugak rambut dia kaler hijau, kalau kaler biru bayi memang dah lama aku rembat. Memula aku ingat hakak ni dah beli komik Buasir Otak, rupanya itu hanyalah ilusi optik hasil percetakkan mesin pencetak. Kreatif dan inovatif! Hahahaha tahniah hakak, you are truly rawks

PEMENANG KEDUA: Tiga Lalat


Blogger ni yang mesra disapa dengan panggilan wak membiarkan aku speechless sebentar dengan effort beliau menghasilkan gambar ala-ala komik superheroes gitu, sangat mengikut tema. Hahahahaha terhibur betul diri ini dan terharu benar dengan wak yang komited dalam membuat entri. Tahniah wak! Aiseh, teringin betul nak tahu sambungan komik tersebut sebab ada tulisan 'to be continued' di situ.. (blushing Thor cakap aku lawo, wahahahh!)



ARAHAN KEPADA PEMENANG:
1) Emelkan butiran peribadi anda (nama, alamat, no. telefon) ke ctnazira@gmail.com
2) Komen SUDAH EMAIL di ruangan komen kat bawah dengan menggunakan ID Blogger. Aku taknak nanti orang lain yang menang, orang lain yang bagi details. Tak ke haru.
3) Sila berbuat demikian dalam masa tiga (3) hari dari tarikh pengumuman pemenang. Kalau lambat, aku pilih orang lain. Ini bukan cobaan, ini betul-betul.
4) Hadiah akan dipos menggunakan Pos Express pada hari bekerja berikutnya dan tracking number akan diberikan melalui email (wah dah macam peniaga online pula).


Tahniah dan jangan sedih, ada rezeki aku buat lagi  

Maroon 5 & Macaroon

Hiya,

Sebenarnya dua nama di atas takde kaitan. Saja aku letak sebab ada rhythm dan berunsur hipster.

this image is so.. wrong, but who cares *yawn


Last weekend entah berapa kali mp3 player aku asyik jump randomly kepada lagu dendangan Maroon 5: She will be Loved. Agaknya laptop purba aku pun cuba untuk meyakinkan bahawa aku akan dicinta satu hari nanti, wahahaha!

Beralih ke macaroon, atau makaron atau wth you pronounce it. Ia sejenis dessert yang berbentuk bulat dua lapisan bersaiz lebih kurang syiling lama 50 sen (atau besar sedikit) dan berwarna warni mengikut perisa. Comel dan sempurna untuk golongan hipster muat naik dalam Instagram.

Masalahnya di sini bukan aku dengki dengan macaroon yang jauh lebih comel berbanding aku tapi harga dia yang tak patut padan. Okey, aku akui aku pentingkan jenama when it comes to electronic appliances, gadget, garments. Tapi bila tiba soal makan, aku tak pandang langsung jenama tapi keenakan.

Buat apa pergi restoran makanan segera kalau kau boleh dapat burger yang lagi sedap di tepi jalan dengan harga dua kali ganda lebih murah? Buat apa masuk air-conditioned cafe with crappy and overpriced food kalau kau boleh rasa nikmat cendol di gerai tepi jalan? Itulah aku.

Berbalik kepada macaroon. Aku belum hilang pedoman lagi untuk bayar RM5.00 untuk satu (1) biji macaroon. Dengan nafsu makan seperti gajah mengawan, apa sangat yang sebiji macaroon tu dapat lakukan? Aku bertambah kagum bila ramai je yang beli. Bukan dua, bukan empat, tapi sepuluh biji ke atas. You do the math.

Bila aku habiskan ratusan ringgit untuk puluhan novel fiction ada kawan cakap aku gila. But when they spend RM10 untuk 2 biji macaroon, adakah mereka kelihatan waras? Heck, buku aku boleh baca, boleh learn something, boleh simpan sampai bila-bila aku suka (provided tak dimamah serangga atau dijilat api/air).

Tapi macaroon? You pop it in your mouth, you munch, you swallow, send it to your digestive systems, become poops, and you flush it down the toilet (kalau kau jenis yang flush lepas guna lah), the end of your RM10. Hmm, I wonder.. adakah golongan yang tak flush toilet ni baru lepas makan makanan mahal, so they intentionally left their 'expensive poops' for showing-off purposes?

Di atas adalah bookish point of view, aku tak tahu macamana pulak sweet-tooth point of view. Maybe it worth every penny, memandangkan macaroon antara dessert yang penyediaannya jatuh dalam kategori level advanced. Kalau kau baru level beginner, jangan bazirkan masa dan bahan untuk mencuba, kahkah!

Level advanced or not, bagi aku rasa dia tak sedap. Mungkin tekak aku bukan tekak Peghancis. Atau lebih tepat, tekak aku tekak murah rakyat marhaen kais pagi makan pagi.
There, dramatik sikit.



Geli dengan mengkarung 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape