Jaga Rambut Semasa Tidur

Hey,

Buat yang tak kenal aku secara mendalam, aku ni sebenarnya seorang gadis bertudung, bukan seorang gadis berambut biru. Tapi itu tak bermakna aku tak ambik berat perihal mahkota kedua aku tu. Aku jaga dia sama jugak macam perempuan free-hair jaga rambut mereka. Ada jugak suara sumbang yang mengatakan buat apa lah nak jaga rambut lawa-lawa tapi pakai tudung, bukan ada sapa nampak pun? Bagi aku pakai tudung tu sebab nak tutup aurat, bukan sebab nak cover rambut yang tak lawa.

Anyway, sebelum ni memang aku lepas bebaskan rambut aku time tido. Tapi sejak aku terbaca satu artikel tu yang aku tak ingat dekat mana, aku start sanggul rambut time tido. Alah, sanggul serupa perempaun dalam pantang tu, ufufufu. Dan hasilnya? Sangat memuaskan! 

Sanggul dapat membantu memerangkap kelembapan pada rambut. Bila rambut lembab, rambut akan jadi ‘berat’ dan terletak elok. Kalau rambut kering tulah yang buat dia mengerbang. Kelembapan maksud aku kat sini bukalah dari air, tapi dari rambut tu sendiri (dari conditioner/minyak etc). Nanti karang kau pergi sanggul lepas mandi pulak tak pepasal lain jadinya.

Sebelum tidur, sapukan krim/minyak (aku prefer minyak dari Loreal Paghis) then ikat/sanggul rambut ikut keselesaan dan tido. Lagi satu, dengan mengumpulkan semua rambut ke atas kepala, secara tak langsung akan menaikkan akar rambut ke atas semasa kita tido, jadi rambut akan bertambah volum keesokkan harinya. 

Selepas bangun tido, bukak ikatan dan taddaaaaaa! Terlihat seorang gadis berambut ikal mayang mengurai cantik instead of langsuir di hadapan cermin.



Oh, by the way, rambut aku dalam kategori ikal mayang atau wavy hair. Maknanya rambut aku takdelah lurus sangat, ada jugak bengkoknya tapi takdelah kerinting sangat, ada jugak lurusnya pendek kata bagi aku, it just nice. So, kalau kau orang kategori rambut lain, aku tak berani nak jamin hasilnya macamana but it worth a try (wink).

Lelaki pun boleh. Hensem gilos kot lelaki dengan man-bun mereka (emoticon mata love). Aku sebenarnya dalam dilemma ni, bila kawen nanti takkan aku nak sanggul rambut time tido, tak seksilah, kahahahh!


Messy is sexy 

Berkorban

Hai,

Korban.
Aku rasa semua tahu maksud korban.
Tapi berapa ramai yang pernah betul berkorban?
Maksud aku, korban yang mendatangkan manfaat, bukan korbankan diri demi cinta buang emak buang saudara. Itu bagi aku bukan korban, tapi kebodohan.

Berbalik kepada korban.
Seiingat aku sepanjang hidup ni aku tak pernah melakukan apa-apa korban yang signifikan.
Aku tak pernah korbankan kerjaya untuk menjaga emak yang sakit di kampung.
Aku tak pernah korbankan wang ringgit untuk mereka yang lebih memerlukan.
Aku tak pernah korbankan tenaga muda untuk aktiviti kemasyarakatan atau sebarang sukarelawan.
Dan aku tak pernah berkorban apa-apa untuk negara.
Selfish betul seorang aku ini.

Mungkin satu hari nanti aku berpeluang untuk melakukan satu pengorbanan yang bermakna.
Mungkin 'aku tak pernah berkorban' patut aku tukar menjadi 'aku belum berpeluang berkorban'.
Buat masa sekarang biarlah korban aku hanya dari segi ibadah.


Selamat Hari Raya Aidiladha 

Problem Perempuan Petite

Hey guyss,

Rasanya umum mengetahui bahawa aku ini bolehlah dikategorikan sebagai seorang petite.
Bukan plastik, tapi petite yakni seorang yang punya sosok tubuh yang kecik molek, haha.

"Seronoknya badan kecik!"
Itu antara remarks yang selalu aku dapat. Aku rasa diorang seronok sebab badan kurus, bukan sebab kecik. Tapi ada waktu tertentu di mana jadi kecik ini tidak lah begitu mengundang keseronokkan..


Sejak pihak PLUS mengumumkan sistem tol elektronik sepenuhnya di beberapa plaza tol kat kawasan aku ni, aku rasa perlu jugak menabung untuk seketul Smart-Tag. Barulah boleh sail through the toll barrier like a Batman. Tapi tang parking tiket? apa pun tak boleh (nangis bawah meja).


Ini masalah yang di hadapi almost di setiap book-stores. Nak mintak tolong staff, muka memasing macam singa lapar. Dalam pada itu, takde pulak pakwe sesat (tinggi hensem macho) di sekeliling. Gah!


Aku rasa aku saiz S, tapi kekadang saiz S terlalu seksi buat aku. Manakala saiz M pulak terlalu besar. Rasa serupa pakai baju pinjam lah pulak. Agaknya aku perlu beredar ke bahagian pakaian kanak-kanak pulak.. (which I do sometimes.. hoho)


Walaupun kadang rasa tak seronok, tapi aku takdelah mintak nak jadi besar/tinggi atau apa. Syukur.
Sebab tu aku salahkan persekitaran dan bukan diri sendiri, miahahaha.
Betul apa, kesemua yang di atas tu bukan salah aku pun?
Card reader/feeder (or wtf its name) should be reachable..
Every book-store must have at least 10 stool..
Garment maker should consider something between 'small' (S) and 'medium' (M). Name it as 'fit' (F) perhaps?
Hmm...

Sayangi tubuh anda setiap hari. Siapa lagi nak sayang kalau bukan diri sendiri? Orang tersayang? Huh, kosser..


Thats all folks! 

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Hey semua!

Harini aku nak lari sikit dari konsep asal sebab nak masuk satu giveaway:
Tudung Aidijuma Giveaway by ANIES
Untung-untung dapat sehelai bawal Aidijuma free.. kikiki.



Sebenarnya zaman aku study universiti dulu aku lebih kepada shawl-person. Bagi orang lain waktu tu memanglah macam payah je nak berbelit-belit bagai tapi bagi aku shawl pada zaman study sangat mudah dan praktikal. Tak payah suluh cermin pun jadi. Kendian masuk alam pekerjaan aku mula jadi bawal-person. Konon nak nampak matured dan educated, kui kui. Last sekali nampak macam budak sekolah je.

Aku baru tahu fasal bawal Aidijuma ni Aidilfitri tahun lepas, memang aku lembab sikit hal-hal perempuan ni. Itu pun sebab kakak aku hajak gi butik dia dekat satu mall tu. Aku ngikut jelah sebab pada asalnya kakak aku tu yang beriya nak cari tudung raya. Satu sebab utama aku tak rasa teruja nak ke butik Aidijuma ni sebab aku ingat harga dia vas-da-bombTapi rupanya boleh dapat dengan harga serendah RM10 sehelai!





Sampai dekat butik tu, aku jadi serupa orang hilang pedoman pilih corak dekat offer-bin. End-up kakak aku tak beli apa-apa pun aku yang dapat empat helai tudung, huaahaha. Dan, aku sangat lah suka pakai bawal Aidijuma sampai sekarang. Kain dia tak macam bawal lain yang aku beli, tak terlalu licin, tak terlalu stiff, just perfect dan senang dibentuk. Tapi koleksi white-label lah. Label kaler lain aku tak pasti sama ke tak jenis fabriknya.



Berminat untuk join jugak? Boleh lah klik banner segmen di atas yang akan membawak korang terus ke blog Anies. Hope aku dapat menang, berkenan sungguhk dengan Aidijuma kaler biru tu!


Bawal untuk si gadis manis! 

Zyraroxx Diserang Oleh Lanun Ranggi!

Hey,

Amboi nampak gayanya ramai jugak yang meneka watak cosplay yang aku mainkan dalam entri Zyraroxx Main Cosplay itu hari.

Jawapan yang tepat mengikut skema pemarkahan adalah:
The Punisher

Hohoho memang lah kadang Marvel ada tulis Punisher je, tapi rasa macam tak sedap pulak tanpa 'the' macam Si Penghukum tanpa perkataan 'si'.
Apa pun keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Peneka tepat (The Punisher) adalah:
1) Aujinz a.k.a. Lanun Ranggi
2) Afzal Sukasuki (ada ke dia sajes nama alternatif seperti Siti Punisher?)
3) Lee-kun (come back and let me love you!)

Peneka separa tepat (Punisher) pulak:
1) Firdaus M
2) Aiman Mania
3) cErolian (boo!)


Daripada enam orang peneka di atas, hanya seorang je peneka perempuan yang meneka dengan tepat, sayangnya dia terlambat dua komen, huhu. Sebagai seorang manusia yang janjinya ditepati, now aku nak review blog Lanun Ranggi (LR) (wee tabur confetti).



Aku dah kenal dengan blog LR ni sejak di bangku sekolah tahun 2012 lagi. Blog LR bagi aku best sebab blog dia lain dari blog lelaki-lelaki yang lain. Suka untuk aku tekankan kat sini bahawa blog lelaki yang best sangat lah sedikit. Jadi untuk terjumpa dengan blog lelaki yang best itu adalah sangat rare and collectibles gitu. Aku rasa ramai blog milik lelaki-lelaki sekarang lebih terarah kepada blog untuk buat duit. And trust me bebeh, blog untuk buat duit ni sangat bosan.

Selain melanun, Aujinz jugak rajin (ke?) melukis komik. Itu aku rasa salah satu tarikan utama blog LR. Yang aku dengki sekali, dia lebih reti lukis perempuan berhijab dari aku sendiri yang merupakan sejenis perempuan berhijab ini, hnss hnss. Oh ya, sebagai seorang yang agak veteran (kihkih), maka terdapat banyak lah entri-entri yang berkaitan permainan ataupun lifestyle budak dulu-dulu. Kalau baca, hangpa pun akan terimbau nostalgia lama. Tapi kalau engkau generasi Z dediam je situ.

Sebagai seorang lanun yang suka memasak, blog beliau jugak ada menyediakan resipi ringkas masakannya. Aku tak pernah berkesempatan untuk try lagi sebab kesuntukan waktu, ufufu. Blog LR jugak turut diserikan dengan kehadiran Mem Kecik yang sangat comel. Most of his entries berkaitan dengan life beliau, takdelah banyak merapu macam entri-entri aku.

Eik, apesal macam hensem sangat je aku lukis ni??!


Blog LR loading time pun takdelah lama sangat, means blog LR takdelah seberat tuannya, melainkan kelajuan internet engko yang bermasalah. Di samping tu, background blog LR yang putih suci jugak memudahkan pembacaan, takdelah berpinau bijik mata aku. Kalau kau tengok sidebar dia macam takde menda ja kan? Hahaha kau sepatutnya bukak mata sikit sebab segala macam harta karun rampasan perang semua ada dekat dalam menu tab bawah header blog. Bercakap mengenai header, bila nak tukar baru bang? 

Secara keseluruhannya, aku berani jamin korang semua takkan menyesal kalau ke blog LR. Kalau rasa menyesal pun peduli hapa aku? Tapi aku ada sedikit terkilan lah sebab, seperti kebanyakkan blog best yang lain, blog LR ni sangat jarang berupdate. Mungkin atas faktor kesibukkan si Aujinz. Tapi aku harap blog LR tak terus berkubur macam blog awesome yang lain. Sayang woi!

***

Err.. kejap, apesal aku asyik dengar bunyi napas ala Darth Vader je kat belakang aku sejak tadi?
Dalam bebanyak villain, Darth Vader lah yang paling aku takut.
Bunyi napasnya tu menyeramkan dan getting on my nerves gitu.
Hahahahahh!


Lupa pulak aku yang si Firdaus M ni pun bunyik napasnya boleh tahan sebab pakai gas mask taknak tanggal. Aku kurang pasti sebab apa, tapi mungkin untuk elak dari terkena gas pemedih mata yang ditabur pihak berkuasa (fitnah). Sebab bunyik napas yang hampir sama, jadi aku buat keputusan untuk review blog beliau jugak, yey!

Actually blog Firdaus M bernama WHY atau nama penuhnya unter diesem gesichtspunkt. Aku bukan mencarut di situ okey, ayat Jegheman tu bermaksud under this aspect (kot?). Setiap entri dia tu deep betul, sampai tergolek-golek aku ber rolling (get it?). Ada ke patut dia cakap takyah review blog dia, tak sesuai untuk gadis katanya. Siap bagi link untuk ke blog kawannya yang hensem dan kaya sebagai pengganti. Dia ingat aku ni seorang bimbo ke cemana? Ceh.

Bila kau orang masuk blog dia, baca entri dia kau akan rasa cool gila. Yang gadis mungkin akan tertanya-tanya dia ni dah berpunya ke? Tak usah lah kau pasang angan sebab dia dah bertunang pun (kantoi stalk). Kalau kau spesis yang reti ber Tumblr, boleh lah terjah dan follow dia kat sini. Maaflah aku sampai sekarang tak faham bagaimana Tumblr ni berfungsi *batuk-batuk tua*

Tapi aku sangat geram ni. Apesal entah dia disable comment dekat blog. Menggigil-gigil dibuatnya jari-jari aku ni nak menaip komen tapi tak boleh, hahaha. Kalau si lanun tadi kenmain putih berseri, blog WHY ni boleh lah aku ucap welcome to the dark side wahahaa sebab background dia itam legam. Jadi berpinaulah sekejap bijik mata aku kat sini.

Amacam best tak aku punya review? Kalau best nanti kita main teka-teka lagi eik? Kahkah.
(kosser)


I 'lava' you, my blogging friends! 

Perempuan dan Solekan

Heyy,

Perempuan dan solekan ni kalau pun tak macam isi dengan kuku tapi ada jugaklah serupa kuku dengan nail polish.
Aku pun perempuan. Tapi takdelah sampai tahap akan mati kalau kau orang rampas alat solek aku (ada ke?)

Aku baru perasan bahawa industri solekan amatur Malaysia sedang dilanda demam solekan asas kontur.
Ya kontur, bukan kantor.
Ia sejenis make-up base yang terdiri daripada beberapa bedak asas dengan rona berbeza (coklat pekat, coklat cair, bla bla).
Kau kenalah reti dan tahu kat mana nak apply warna-warna tu semua mengikut bahagian-bahagian muka yang tertentu.

Motif?
Kalau kau cerdik pandai dalam bidang ini, muka kau yang bulat/petak/hexagon (atau bentuk lain yang dikategorikan 'unattractive') boleh bertukar menjadi bentuk bujur sirih yang menawan.
Tapi kalau kau tak mahir, aku sarankan kau dediam je kat situ.
Takut end-up nanti jadi rupa beruk pulak.

Sebagai seorang manusia yang suka bereksperimentasi, aku cuba lah buat.
Dan hasilnya?
Err..

*bila entah aku nak berubah menjadi gadis menawan (sigh)



Aku ni sebenarnya kasihan dengan kaum lelaki.
Ada je modal untuk ditipu hidup-hidup oleh kaum perempuan (kecuali aku, hiks).
Padan lah muka, sapa suruh obsess nak perempuan yang cun aje.
Kahkahkah!


Barangsiapa yang tak pernah menonton kartun Thundercats, kau orang memang tak lejen! 


Zyraroxx Main Cosplay

Hey yo,

Aku ni sebenarnya teringin betul nak bermain cosplay ala Jepun dan Barat.
Tapi sebagai seorang muslim, aurat membataskan.
Maaf, aku belum hilang akal lagi untuk beraski lolita berhijab.

Takpelah, aku main kat sini jelah sengsorang.
Piu piu piu!

Kalau tak nak ditembak, jangan klik!


Nyiahahaha!! tercapai dah hasrat aku nak bercosplay
Kalau hangpa bijak bestari, cuba teka aku tengah menjadi siapa sekarang ni? 
Blogger pertama yang meneka dengan tepat bakal di review secara intim oleh aku. 
Err.. maksud aku review kau punya blog lah. 
Eh, kau orang tak hingin ke nak ada satu entri khas dalam blog aku ni weh?

Actually aku bercosplay ni adalah untuk satu projek bawah tanah. Nak tahu apa? 
Tunggu jelah, penantian tu kan suatu penyiksaan yang manis, kah!

Pergh, boleh tahan penatnya bercosplay ni yek. Kalau macamni lah gayanya, tak hingin lah aku nak bercosplay lagi. 
Rupa-rupanya bercosplay dengan menyarungkan 'seragam' sendiri lagi best dari menyarungkan 'seragam' orang lain.
Apa macam, deep tak ayat aku tersebut? Kahkah!


Bila entah nak kawen, boleh lah bercosplay dengan my other half  

Perempuan Dan Parking

Hai,

Ya, perempuan adalah kaum yang lemah.
Tapi bukan dalam semua bidang.
Sila jangan anggap kami semua sama jika anda (lelaki) tak suka kami (perempuan) anggap anda semua sama.
Hiks.


Done sebarkan kebencian. Off to Shah Alam 

Birthday Owner Deathday Lesen

Hai~

Harini gua nak cerita satu kisah pedoman dan ikhtibar untuk semua. Semoga bermanfaat.
Entri ni sepatutnya dipublish sebelum bulan puasa itu hari lagi, tapi..

***

Pada suatu hari atau lebih tepat lagi pada pukul 9.14 pagi Sabtu, gua dan anak sedagha yang sulung tengah on the way pergi ke sebuah rumah anak yatim.


Kereta dipandu oleh Kakak (panggilan manja kekonon). Seronok jugak sekali-sekala jadi co-pilot, selalu jadi dreba je bosan jugak. Rasa macam nak angkat kaki letak atas dashboard pun ada. Tapi memandangkan itu kereta kakak gua dan bukannya lori balak, gua pun mematikan hasrat.


Sampai di pertengahan jalan, Kakak buat satu ayat cemas: "Alamak! Kakak rasa lesen Kakak dah mati sebab birthday Kakak dah lepas 2 minggu.."

Now, kalau gua merupakan seorang ibu saudara yang prihatin dan concern terhadap persekitaran sekeliling, gua pastinya terus melompat bangun, minta Kakak berhentikan kereta di bahu jalan dengan serta-merta, dan gua sendiri yang akan sambung drive.

Tapi, gua sejenis ibu saudara yang suka membiarkan budak-budak belajar tentang erti hidup, the hardest way possible, muahahahahahahh! Sebab gua sayangkan depa lah gua buat begitu.



Lalu gua pun menjawab: "Rileks, Maksu kan ada.."
Kakak: "Nasib baik ada Maksu, wee!"

Just a moment..

Kalau birthday dia di bulan Mei dah lepas selama dua minggu, birthday gua di bulan April pulak macamana? Lalu purse di ribaan gua selak perlahan sambil mengharapakan tahun yang tercatit adalah 2016. Deng, lesen gua jugak turut meninggal dunia lebih sebulan yang lalu. Mayatnya pun dah naik busuk dan mereput.



"Err.. Kakak? Lesen Maksu pun dah arwah...."

Lalu kami pun berHAHAHAHAHAHAHAHA sepanjang perjalanan sambil berharap tiadalah abiang-abiang polis mahupun JPJ yang rajin membuat sekatan jalan di pagi nan syahdu itu. Sebagai seorang law-abiding citizen, tetiba terus rasa insecure nak memandu.

Mujur jugak gua bukan seorang ibu saudara yang prihatin dan concern terhadap persekitaran sekeliling, yang pastinya terus melompat bangun, minta Kakak berhentikan kereta di bahu jalan dengan serta-merta, dan gua sendiri yang akan sambung drive. Sebab perlakuan tersebut hanya akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Sejak dari itu gua kembali terfikir, apakah masih relevan ucapan birthday seperti:
HAPPY BIRTHDAY! SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI BLA BLA

Sepatutnya ditukar ke:
HAPPY BIRTHDAY! JANGAN LUPA RENEW LESEN!


Marry me puh-lease
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape