Hikayat Seekor Kucing Bernama Moo

Hey guys.

Tahun lepas aku dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing tak bertuan.
Seekor bapak kucing yang dah tua.
Sebab bulu dia warna putih bertompok hitam, terus aku namakan ia Moo.
Tolong jangan mempersoalkan kebolehan aku menamakan binatang.

Anyway, Moo dah tua.
Bernapas pun dah semput. Sebatu lagi dah boleh dengar dia punya wheezing.
Pemalas tu jangan cakaplah. Dah hilang energy menikus. Meownopos.
Ia selalu ada time aku balik, time aku nak keluar dari pagar.
Diberi makanan tak makan. Mungkin nak kasih sayang? Tapi bila aku nak belai lari pulak.

Satu hari, aku berhajat nak baca buku di taman (pengaruh drama).
Keluar je dari pagar, Moo dah setia menanti.
Aku sapa Moo dengan suara comel yang dibuat-buat. Moo sekadar memejam mata tanda meluat.
Kemudian Moo mengekoriku. Aneh. Selama ni dia tak pernah peduli pun.
Aku biar je. Tapi lama-kelamaan aku rasa kasihan pulak dengar bunyi nafas semput Moo.
Jadi aku putuskan untuk duduk kat bangku depan rumah je.

Dan sejak itu, Moo jadi peneman setia aku bila datang mood nak membaca kat luar.
Secara tak langsung aku rasa selamat.
Aku membayangkan kalau tiba-tiba ada penjahat yang datang menyerang aku.
Moo takkan menyalak, apatah lagi menggigit penjahat tu.
Moo mungkin hanya akan pandang dengan muka bosan, atau join penjahat tu menyerang aku.
Tak kisah, aku tetap rasa selamat.

Hinggalah di suatu hari.
Moo tiba-tiba mengiau perlahan. Sumpah aku tak pernah dengar Moo mengiau sebelum ni.
Aku letak buku dan perhati Moo. Aku perasan riak muka Moo sedikit sedih.
Aku hulurkan tangan cuba mengusap kepala Moo, dan buat pertama kalinya diizinkan.
Buang tebiat ke Moo ni?
Mak aku cakap dulu, kucing kalau nak mati memang lain macam perangainya.

Esoknya waktu pulang dari kerja, takde Moo yang setia menanti kat pagar.
Hari minggu berikutnya, takde Moo yang ikut aku ke bangku baca buku.
Bila terdengar bunyi desahan angin, aku tertinjau-tinjau.
Mungkinkah bunyi nafas Moo? Tapi hampa.
Aku kembali pandang buku. 
Ada titik-titik hujan di situ.

Oh Moo..
Walau bulu kau berdebu, walau muka kau grumpy selalu, walau nafas kau berbau.
Kau tetap kucing paling comel bagi aku, yang akan kurindui selalu.
Terima kasih, Moo.

***


Baru-baru ini aku ternampak Moo.
Sedang menikmati makanan di bawah porch jiran tanpa rasa bersalah.
Cis, dengan kucing pun kena game.


I hate you Moo 

BlogTalk #2 - Background Entri

Hey guys,

Bertemu lagi kita dalam segmen #BlogTalk edisi minggu ini.
Ada gaya pengacara rancangan Nona tak?
krikk krikk

Okey, harini aku nak membebel fasal warna background entri. Background blog tu hak individu kau nak letak apa pun lantak lah asal kau bahagia. Tapi tolong lah bagi penekanan sikit dekat background entri sebab ia melibatkan readers.

Background atau latar belakang entri yang paling sesuai mengikut firasat aku adalah putih. Bahan bacaan sering dicetak atas kertas putih, atau warna-warna pastel cair. Kenapa? Mata kita lebih rileks sebab warna latar yang cerah akan menaikkan lagi tulisan dalam tu. Kalau membaca tulisan halus-halus di atas latar hitam, mata terpaksa bekerja keras. Begitu jugak dengan blog. Kalau nak orang baca entri, kenalah berbuat sesuatu yang dapat menarik perhatian pembaca.



Lagi pulak, ada readers yang macam aku ni yang berpinau bijik mata bila baca entri yang berlatar hitam pekat. Ibarat melihat secara terus ke arah matahari atau gerhana tanpa memakai perlindungan mata. Mood nak membaca terus jadi suram. Siapa suka kalau sakit mata bila membaca? Kalau suka jugak warna hitam/gelap, tolonglah jadikan warna tersebut sebagai latar blog sahaja. Untuk latar entri, pilih lah variasi warna yang lebih cerah. Aku mohon!

Blog kau jadi suka hati kau lah. Aku bagitahu benda betul je. Kalau nak berubah bagus lah, tapi kalau taknak pun takpe. Nanti aku gi blog kau sambil pakai sunglasses. Cool. 


Hitam mata biruku 

Keutamaan

Hey guys.

Setiap individu punyai keutamaan atau priority dalam membuat pilihan. Bergantung kepada faktor ekonomi, sosial, demografi, upbringing etc.


Aku masih seperti gadis-gadis kebanyakkan.
Masih reti memasak, masih punya taste dalam fesyen, masih apply mekap walau jarang-jarang.
It just.. I got 'things' with books. Mungkinkah uri aku dulu tertanam bersama buku? (Bad joke)

Merenung kembali susur galur keluarga, aku mewarisi 'kegilaan' membaca dari arwah emak.
Emak sangat suka membaca. Walaupun hanya dalam tulisan jawi.
Pilihan membaca emak terdiri dari kitab, buku agama, tafsir al-Quran, Hadis.
Tapi aku, anak bertuahnya ini? (guilty conscience)
Kerana suka membaca, emak sometimes baca paper harian tulisan rumi, walau mengeja dengan perlahan-lahan.
Sebab tu aku sangat kagumi emak. Emak punyai kegemaran yang tinggi terhadap pembacaan.
Masa kecik dulu aku cuba baca paper jawi emak dan hanya mampu satu artikel sebelum give-up.

Bukan aku seorang yang mewarisi minat arwah emak.
Boleh dikatakan semua anak emak minat membaca.
Eh, perlu tak aku tulis macamana aku terdorong untuk membaca novel Inggeris?
Tak perlu Zyra, it would be long and boring and nobody cares.

Jadi, apa pulak keutamaan anda?


I am Fictionista 

Siapa Nak Komik Percuma?!

Hey guys.

Aku percaya ramai yang belum move-on ekoran kegagalan mereka untuk mendapatkan Komik Buasir Otak secara gratis dalam segmen ZyraRoxx's Mini Giveaway Buasir Otak the Komik yang lalu.

Oleh itu..


maaf gambar kitar semula :3


Kali ini dengan gilang-gemilangnya, pemilik Blog Buasir Otak iatu Prince of Noob pulak nak bagi komik secara free of charge. Bukan bagi 2 buah je macam si Zyra kedekut tu, tapi tujuh (7) buah kesemuanya! (Bersempena dengan Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya barangkali).

Sebelum kena baling dengan botol, suka untuk aku bagitahu yang korang tak perlu buat entri, tak perlu tempek banner, tak perlu follow sapa-sapa, malah tak perlu ada blog pun! Pricking-up your ears? Tanpa berlengah sila baca syarat-syarat penyertaan yang tersangat lah mudah seperti makan kacang ini:-

1) Mempunyai akaun Facebook sendiri.
2) Like Fanpage INI, kemudian Like + Share post INI kat Faceook korang bagi kawan-kawan korang tau.
3) Tag seberapa ramai kawan-kawan Facebook korang kat ruangan komen kat bawah post tu. 
    Tips: Lagi ramai kawan korang tag, lagi cerah peluang korang nak dapat buku komik free.
4) Berdoalah mana tahu korang akan terpilih dapat komik percuma.
5) Tarikh tutup: Tepat jam 12 malam hari Sabtu, 23 Januari 2016.

5 orang bertuah akan dipilih dengan hadiah-hadiah seperti berikut:
Kedua-dua buku BO:TK (RELOADED) & (REVOLUTION) x 2 pemenang
Salah satu naskah antara BO:TK (RELOADED) & (REVOLUTION) x 3 pemenang

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kot-kot korang ingat aku menipu dan memberikan harapan palsu, boleh baca post di Blog Buasir Otak kat SINI. Dan jangan risau, blogger yang join mini GA aku haritu pun boleh join lagi, jadi aku tak paham apa yang korang tunggu lagi kat sini?!


Tetiba aku pun rasa nak join sekali 

Ip Man 3 in High-Definition (HD)

Hey guys.

Maaflah kepada yang datang ke sini dengan niat nak memuat-turun filem Ip Man 3 sebab high-definition yang dimaksudkan di atas adalah dari pandangan 'mata baru' aku, wahahaha! Padan muka.

gambar sekadar hiasan, takde kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.


Sebenarnya dari tahun 2015 aku asyik nak nak nak nak nak buat cermin mata baru. Kali terakhir aku buat cermin mata semasa zaman sekolah menengah dulu. Masa berlualu, daun berguguran dan mata aku pun dah power-up, jadi kenalah buat yang baru. Tahun baru haritu aku tekadkan azam ajak sorang kawan pergi buat. Selain faktor malas, faktor takde design yang berkenan di hati juga menjadikan aku bertangguh untuk buat glasses. Kawan aku cadangkan aku pilih bingkai dekat kedai optik O.W.L sebab situ designnya up-to-date.




Aku tahan diri dari buat glasses sebab berhajat nak cari bingkai 'ol skul' yang tebal kat atas, bawah takde bingkai tu. Memang ada pilihan macam tu dekat O.W.L tapiiii bila aku try, mak aihh terus jadi serupa nenek kebayan si bongkok tiga lalu terus termati hasrat. Lepas puas tawaf satu kedai dan try segala macam jenis bingkai (termasuk round-frame ala Harry Potter dan John Lennon), akhirnya aku tergerak hati nak try bingkai yang pada firasat aku sangat tak menarik. Sekali try terus eh, sesuai pulak dengan muka aku. Terus ambik. Pengajarannya, jangan pandang sebelah mata pada orang sekeliling (motif?)

Dua hari kemudian aku pergi ambik glasses baru yang dah siap dan wallah, terang berderang dunia aku. Ibaratnya seperti dari TV1 arial bercabang bertukar ke saluran Astro MAYA HD piring satelit, hoho. Muka manusia yang dulunya flawless rupanya ilusi optik semata-mata. Setiap biji jerawat, jeragat, parut, kedut semua kini terlihat jelas, huahahah! Aku kemudian terus menuju ke panggung wayang dan beli tiket Ip Man 3. Dan itulah hari di mana aku menikmati wayang gambar dengan pandangan HD tanpa perlu mengkecikkan mata baca subtitle.


jangan kecam pilihan hati saya!


Aku bukanlah fans cerita kantonis ni sangat, Tapi memandangkan aku dah tengok Ip Man 2 dulu jadi terasa lah nak tengok Ip Man 3 ni pulak. Di samping hero filem si Donnie Yen yang aku kira sebagai lelaki yang tak hensem tapi sangat hot dan hubby-material (blush). Punyalah ignorance aku dulu, bila kawan tunjuk poster filem Ip Man aku cakap cerita apa tu? Ai Pi Man? (sebutan macam dalam Bat'man'). Dan terus kena gelak tanpa belas kasihan.

Aku sejenis manusia yang pakai glasses on-off yang sedang mengumpul kekuatan untuk lasik (ouch, sebut 'lasik' pun dah seriau bijik mata).


Ke arah masa depan yang lebih jelas 

BlogTalk #1 - Widget Followers

Hey guys.

Mulai harini setiap hari Isnin insyaAllah aku akan post apa-apa perkara berkenaan dengan blog dalam label #BlogTalk. Tapi bukan setiap minggu lah, ikut nasib, hahahaha. Jangan kecam aku pulak bila kau datang hari Isnin dan mendapati takde entri BlogTalk sebaliknya hanya entri sendu.

Aku mula berblog pada tahun 2011. Baru 5 tahun. Dan aku masih belum layak nak bagi tips and tricks tapi aku pandai mengkritik, kahaha. Harini aku pilih tema followers sebab aku rasa followers sangat penting dalam dunia blog. Dengan adanya followers takdelah kau rasa bercakap sorang-sorang dan bertemankan si cengkerik. Oh ya, blogger yang mencari followers bukan 'batak followers'. 'Batak followers' bagi aku adalah blogger yang NAK orang follow blog dia tapi dia TAK NAK follow blog orang ATAU dia follow blog orang lepastu unfollow. There, itulah batak followers yang sebenar.

Aku percaya ramai yang lost followers bebaru ni. Well, team Google tengah menghapuskan semua profil akaun non-Google. Oleh itu, semakin ramai followers kau yang follow blog tanpa menggunakan google account, maka semakin ramai lah followers yang akan hilang. Aku lost seramai 80+ orang (sobs). Anyway, lets move on. Perkara penting dalam meraih followers adalah widget followers. This is based on my personal experiences/opinions.

1) Google+ Followers (g+)
Jangan salah sangka bahawa ini merupakan pengganti kepada Google Friend Connect (GFC)-widget followers yang aku guna. Google+ ni adalah widget untuk follow (add in circle) blogger BUKAN blog. Macamnilah. Katakan kau guna g+ kau untuk upload gambar, makan jadilah ia serupa Instagram. Kalau kau guna g+ kau untuk menulis status jiwa-jiwa, jadilah ia serupa Twitter, its entirely up to you. Aku ada guna g+ ni untuk ping entri dan aku rasa tiada sapa peduli, hahahh!


2) Google Blogger Account (GBA)
GBA ni digunakan oleh blogger yang tak mahu ada widget followers dalam blog tapi nak orang follow blog mereka. Lazimnya mereka selalu letak 'butang follow' di atas header blog. Selalunya menjadi pilihan blogger kategori minimalis. Aku faham sesetengah blogger tak suka layout/design blog yang serabut tapi kalau nak orang follow please letak widget followers. Tapi sayang seribu kali sayang, GBA hanya mengehadkan setiap blogger untuk follow 300 blog SAHAJA. Jadi mintak maaf aku tak dapat follow blog kau sebab kuota aku dah penuh sejak 2012.


3) Google Friend Connect (GFC)

THIS IS THE RIGHT CHOICE. Tak seperti GBA, GFC membolehkan kau follow blog tanpa had, its unlimited bebeh. Disebabkan Blogger dah bertukar interface, mungkin ada blogger baru yang tercari-cari mana dia widget GFC? jadi di sini aku nak bagitau cecara tambah widget GFC:

Add a Gadget > pilih tab "more Gadgets" > scroll sampai bawah sekali, pilih widget "Followers" > add

* * *
Demikian lah pandangan aku mengenai tiga widget pilihan blogger. Kesimpulannya, kalau kau nak followers yang ramai, gunalah widget yang memudahkan mereka untuk follow. Ini kadang tu aku sampai kena menggeledah segala macam jenis widget untuk cari GFC. Hmm.. bila menulis entri ni aku macam mendapat satu ilham untuk buat 'Segmen ZyraRoxx Follow Google Friend Connect'. Adakah kejayan ZyraRoxx Blogbuster yang lalu akan berulang? *dengkur


Buatlah pilihan bijak 

5 Pesanan Kepada Zyra 2016

Hey,

Susulan dari kes pembaziran masa secara melampau dalam tahun 2015, jadi sempena tahun baru ni aku (Zyra 2015) nak ajak kau (Zyra 2016) bermuhasabah mengenai 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

Masa muda ni lah kau perlu gunakan sebaiknya untuk melakukan perkara yang dah tak akan dapat kau buat bila tua. Beranak misalnya. Tapi itu di luar bidang kuasa kau. Jadi apa yang kau boleh buat sekarang adalah jaga kesihatan, jaga kesihatan tulang dan oral mulai dari sekarang sebab bila dah tua nasik dah jadi bubur, rebung dah jadi buluh betong apa pun tak boleh (kata nak jadi tua dengan penuh bergaya?). Explore nature more, go hiking like you used to do.

Jangan nak jadi sedara syaiton sangat, jangan membazir, jangan boros, beli bila perlu. Dan tolonglah faham bahawa semua duit gaji yang kau dapat tu bukan 100% milik kau. Selain milik bank dan lain-lain, ada peratusan dalam tu yang milik orang susah dan asnaf. Banyakkan lah sedekah. Tak luak pun, percayalah rezeki Allah. Belum ada lagi yang jadi muflis sebab bersedekah ni.

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Takde pun tulis dalam tu "Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kemisikinan". Jadi? Apa masalahnya sekarang?

Jangan suka menangguh lagi. Tangguh filing dokumen, tangguh tulis entri (eh?), tangguh itu ini, enough. Mulai harini kau buat semua benda on the spot. Dapat dokumen terus filing tanpa perlu tunggu ia menimbun, rasa nak tulis entri terus tulis tanpa perlu datang mood (eh lagi). Sebab kau tak tau bila akan datang masa sempit yang akan membuatkan kau menggelabah dan depressed.

Sewaktu entri ni ditulis tekanan darah kau adalah 111/120 (darah rendah), kandungan gula dalam darah adalah 4.2/7.0 (okey belum tahap potong kaki) manakala kandungan kolestrol pulak 4.7/5.0 (do something!). Jadi jangan ingat dengan berat kau yang 43kg tu kau boleh melahap macam harimau kumbang. Jaga pemakanan (well, hello oats!). Aku tahu ia susah, dah lebih 2 dekad kau hidup dengan memakan semua makanan tanpa sebarang kompromi. Tapi cuba lah, you can do it! Again, kata nak jadi tua dengan penuh bergaya? 

Semasa hayat di kandung badan ni lah kau nak berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dunia hanya persinggahan. Jangan pernah lupa tu. Kalau harimau mati meninggalkan belang, kau buatlah sesuatu supaya bila kau mati at least kau ada tinggalkan sesuatu yang berguna. Tinggal hutang je nak buat apa. Buat wasiat. Maksud aku bukan wasiat harta juta-juta macam dalam drama, tapi wasiat simple je. Jadi waris kau takdelah tenggelam punca nak buat apa. Senaraikan sekali segala macam email dan password media sosial kau tu bagi memudahkan aktiviti memadam akaun.

Thats it. Hujung tahun 2016 ni kalau kau masih hidup, kau datang balik ke sini dan tolonglah cakap yang kau dah buat at least 76% dari kesemua yang disebutkan di atas. Kalau masih tak buat? Itu bermakna kau telah mensia-siakan tahun 2016 jugak!


Ini self-reminder, terima kasih lah kau orang turut terbaca sama, kah! 

Melukis Secara Tradisional Versus Moden

Hi, Salam tahun baru lagi.

Untuk kesekian kalinya aku nak bagitahu aku melukis dengan menggunakan mouse dalam aplikasi Paint Tool SAI. Bukan aku nak membongkak kat sini tapi ramai sangat orang yang selalu tanya dalam shoutbox tanpa mengambil inisiatif 'search this blog'.

Sejak melukis secara 'softcopy' ni, aku dah jarang sangat nak melukis secara tradisional yakni melukis di atas kertas menggunakan alatan melukis pensil/pen. Sehinggalah aku dapat request berikut dari rakan blogger, Plain83:-

"Lukis secara traditional di atas kertas guna pensel atau pen, lepas tu scan atau snap pics sikit, lepas tu lukis benda yg sama pakai mouse (your usual style)".

Boleh tahan macam seorang pencungkil bakat jugak lah komen dia, hehehe. Lalu aku pun korek balik buku dan pen yang entah kat mana-mana dan mula melukis. Apabila selesai melukis secara tradisional dan moden, dapatlah aku simpulkan bahawa:-


1) The struggle is real sebab tak berupaya nak tekan butang ctrl + Z (undo) bila melukis secara tradisi. Hasilnya lukisan Zyraroxx tersebut bermulut pita pelekat disebabkan aku salah lukis mulut, huahahah, ampun.
2) Time consuming. Yelah bila kau masih amatur, melukis guna pensel, dan kemudian trace balik lukisan tersebut menggunakan pen. Bagi aku macam melukis dua kali, hahaha pemalas.
3) Aku ingat nak warnakan sikit lukisan atas kertas tu, tapi entah berapa kali aku menguap hanya bila memikirkan macamana nak warnakan, sedangkan kalau melukis dalam SAI, aku boleh guna kaedah 'tin tumpah cat' aje, wahahahha pemalas lagi.

Tapi tak dinafikan, feeling melukis di atas kertas tu lain beb. Stroke terasa lebih 'lembut' yelah macam barangan buatan tangan yang lain, lebih halus hasilnya berbanding barangan yang dibuat dengan menggunakan mesin. Dan lebih tinggi pula nilai estetikanya.

Disebabkan sekarang musim orang main tag-tag. Dikesempatan ini aku nak tag dua orang rakan blogger untuk lukis Original Character (OC) aku iaitu Zyraroxx si rambut biru tersebut dengan gaya tersendiri. Be sporting and draw me like one of your French girls.. (posing maut). Kahkah! Mereka yang ditag adalah Plain83 dan cEro.

sebab gua rasa Conan comel sangat bila panggil Ran-neechan, wahahaha ampun P!




sebab saya rasa ciku dan lipas itu comel (err..)


Dua orang blogger di atas juga merupakan antara pengkarya di dalam Buasir Otak: The Komik Revolution dan Buasir Otak: The Komik Reloaded. Untuk melihat dengan lebih mendalam hasil lukisan mereka termasuk lukisan aku, apakata dapatkan komik ini sekarang!

KLIK SINI UNTUK MEMBELI

Dalam komik ni ada bermacam jenis style lukisan. Yang guna pen, yang guna mouse, yang guna graphic tablet, hahaha jangan tak tau yang guna Microsoft Paint pun ada tahu? So kepada yang selalu sangat bertanya macamna nak melukis boleh jadikan komik kami ni sebagai inspirasi, hee.


Uwaaah I'm exhausted 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape