Resolusi Tahun 2015

Zeraroks ni bukan sejenis manusia yang suka pasang azam di tahun baru, walaupun agak selalu pasang angan-angan Mat Jenin.

Tapi bila sana-sini orang sibuk memasang azam tahun baru sempena tahun 2015 serupa pasang lampu kelip-kelip sempena hari raya, gua pun nak pasang jugak lah. Harap berseri sikit 'rumah' gua nanti, hihi.

Gua taknak berazam untuk kuruskan badan (dengan berat 40 kilo nak kurus hapa lagi?)
Gua taknak berazam untuk gemuk (metabolisma tinggi sangat)
Gua taknak berazam untuk jadi Menteri Pembagunan Wanita & Masyarakat
Gua taknak berazam jadi penulis novel yang berwibawa
Gua taknak berazam untuk jadi terkenal dalam YouTube

Tapi gua nak berazam supaya gua dapat nurturing the positive thoughts dalam palahotak gua ni :)
Berazam untuk belajar bersangka baik dalam setiap perkara tanpa ada side sarcasm, hihi.
Berazam untuk menjadi hamba-Nya yang sabar, baik hati, penyayang dan comel (maaf, belum bulih dapat buang lagi side perasan)

Doakan gua! >,<





P.S. Umur gua dah naik level advance  T_T

Trend Nama Anak Panjang Berjela

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif

Cukuplah nama-nama di atas menjadi mukadimah entri kali ni, itu pun dah kira satu perenggan apa. Memang agak semput jugak kalau nak melafazkan nama-nama diatas dengan sekali napas. Itu belum lagi dia punya pronunciation, sebutan dan makhrajnya lagi, phew!

Gua tak salahkan bapak, apatah lagi ibu yang mengandung, tapi gua salahkan surat beranak JPN yang baru. Sapa suruh sedia ruang panjang-panjang? (Sila refer gambarajah 1.1)







Tengok pulak surat beranak dolu-dolu (sila refer gambarajah 1.2 pulak), seciput je ruang untuk nama anak. Tapi tak tahulah pulak kalau-kalau zaman tersebut jika nak letak nama anak panjang-panjang kena guna lampiran berasingan, kuikui.




Gua sarankan kepada bakal ibubapak sekalian supaya pertimbangkan dulu situasi-situasi berikut sebelum letak nama anak panjang-panjang serupa beras Faeza Herbaponni TajMahal:-

1. Anak lambat belajar tulis nama sendiri;

2. Sesi suai kenal menjadi panjang dan hambar;

3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;

4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)

4. Anak menjadi keliru sebab di sekolah cikgu panggil Zahra, kawan baik panggil Mia, kawan biasa panggil Farzana, jiran sebelah panggil Nasuha etc.;

5. Menjelang peperiksaan, kawan-kawan dah menjawab soalan nombor sebelas, tapi anak anda masih terkial-kial menulis nama sendiri (belum masuk bin/binti lagi tu);

6. Jika anak anda perempuan, mungkin menyukarkan proses akad nikah sebab sukar untuk melafazkan nama anak anda dengan sekali lafaz (belum campur darah gemuruh lagi). Kalau cinta tak kuat, mungkin pengantin lelaki lari akibat tension; dan

7. Satu perlakuan yang sia-sia bila orang panggil anak anda dengan nama singkatan (yang tak membawa makna dalam Islam). Lebih malang lagi bila anak anda diberi nickname seperti Chiko (apa guna letak nama sampai lapan perkataan?!)

Ada jugak kebaikkan nama panjang ni sebenarnya, iaitu dapat masuk dalam Malaysian Book of Records wahahaha, glemer tu. Orang kita kan suka glemer-glemer.



P.S: Entri ni terbit hasil dari ketidakpuasan hati penulis terhadap abang beliau yang meletakkan nama anak barunya Nur Safiyya (sahaja). Penulis ingin menambahkan Nur Zara Safiyya supaya penulis boleh memanggilnya Zara tetapi direjek oleh abang beliau. Namun begitu, penulis berazam untuk memanggil anak buah barunya itu sebagai Safiyya dan bukannya Piya, Piah, Safi Rania atau sebagainya.

P.S 2: Amboi panjangnya P.S

Ujian Ramadhan

Allahuakbhar.



Ujian datang bertimpa-timpa. Please, jangan give-up berdoa.

Honk! Jika Anda Di Penang

Salam Ramadhan yang ke-18 hari. Maaf la ye, dah lapanbelas hari baru nak ucap selamat. Sibuknya kalah menteri kewangan, ahahaii.

Mungkin ada yang dah sedia maklum gua bermukim di Penang, pulau mutiara (walau gua tak pernah jumpa mutiara di jual macam kat Sabah). Tapi gua bukanlah berasal dari sini walaupun plat kereta berkepala 'P'. Harini gua bukan nak cerita fasal makanan Penang yang femes, mahupun street art Penang yang menjadi tumpuan. Tapi fokus kat driver Penang.

Traffic di Penang sangat mencabar. Jalan kecik, kenderaan besar dan banyak. Jalan dua lane boleh jadi lima lane, only in Penang hokey. Drivers di Penang di cop sebagai drivers terteruk di Malaysia (termasuk gua ke? *sedih) dan insyaAllah kalau lu amik lesen di Penang, lu boleh survive mana-mana jalan seantero Malaya, kah! Contohnya gua. Amik lesen di Penang di kala umur dah nak masuk senja. First time pegang stereng rasa macam first time nak pegang babi (sumpah gua belum pernah pegang), nebesnya lain macam. Seminggu lepas dapat lesen, gua lah champion, hokhok #truestory.

Sudah, tinggalkan bab perasan dan lesen. Gua nak bercakap fasal salah satu trademark femes drebar di Penang: main hon. Tak kisah lah pemandu lori ke, bas ke, kereta ke, motor ke, even basikal pun gua rasa punyai cita-cita untuk install hon kat beskal. Bayangkan, dekat lampu isyarat tengah kaler merah. Serentak dengan lampu bertukar hijau serentak tu jugak hon berbunyi. Nasib lah kan kalau kereta kat depan tu berusia lebih dari 30 tahun dan manual pula... Maunya bermacam-macam jenis hon yang mempunyai pelbagai pitching kedengaran.




Kalau kat kampung gua time lampu dah hijau, kereta yang kat depan tu boleh sikat rambut, sembur pewangi mulut, texting, makan cekodok, check gigi kat cermin mahupun berselfie dahulu sebelum bergerak jalan, takda sapa yang nak hon hatta walau lambat bergerak setelah seminit lampu hijau bernyala. 

Gua peratikan hon ada beberapa fungsi di Penang, iaitu:-

1. Penunggang motor suka bunyikan hon dari belakang supaya memberikan beliau laluan untuk melintas, so dreba kereta sila beri laluan dan brek mengejut jika perlu. amboi mulianya engko jahh.

2. Kereta suka bunyikan hon even lu dah 5 minit bagi signal untuk masuk ke lane beliau. Gua rasa dia ni jenis pantang di potong. Gua sunatkan baru tahu.

3. Hon jugak digunakan sebagai tanda mengorat. Gua hampir gugur jantung kat tepi jalan bila di hon oleh dreba trailer yang tersengih-sengih melambai-lamabi. Haram jadah betui.

4. Dan yang paling obvious, sebagai tanda marah kalau lu terlambat bergerak, walaupun selama 0000.0000.0001 saat.

Suatu masa dulu pernah diterbitkan buku yang berjudul "Honk! If You Are Malaysian". Tapi kenapa? Kenapa rakyat Penang ni senang sangat picit hon? Agaknya depa drive sambil ibu jari atau telapak tangan siap siaga di punat hon masing-masing. Pernah ada motor yang tiba-tiba menuggang secara merbahaya depan keta gua, gua baru teraba-raba, baru nak hon mamat tu dan 5 kilometer di depan. Punya janggalnya gua dengan hon.

Sebabnya yang pertama, orang Penang ni sentiasa kalut dan pantas, tapi keadaan geografinya kecik cinonet. Bukan nak bersikap racist atau apa tapi dari pemerhatian gua, yang selalu main hon ni orang cina. Mungkinkah hon ada kaitan dengan ong (tuah)? Jengggg... Kadang rasa sakit hati jugak, kita tak buat apa-apa pun kena hon hanya sebab lambat 1 saat. Logik tak? Memang la masa itu emas tapi takpayah lah nak kalut tahap esok nak meninggal. Makan cepat, berjalan cepat, nak drive cepat-cepat, bersenggama pun nak cepat jugak tak uncle?

Yang kedua, selfish. Bukan selfie ye abang kakak, tapi selfish, sikap pentingkan diri. Pernah terjadi motor terbalik time nak naik feri dan berlakulah sedikit kesesakkan, motor-motor di belakang bukan nak tolong angkat, tapi tolong bunyikan hon bertalu-talu secara berjemaah yang membingitkan telinga. Apa lu rasa kalau lu yang jatuh motor tu? Kadang gua jalan tepi jalan, dah atas rumput, pun kena hon dengan apek longsi sebab mungkin gua ni menganggu 'pemandangan' beliau, habis nak gua jalan dalam longkang?

Yang ketiga, ramai driver kereta atau penuggang motor yang dah masuk tahap 8 series dan veteran. Selalu sangat gua jumpak apek yang terketar-ketar bawak motor, hon sana sini sebab nak lalu dan supaya orang sekita sedar kewujudannya. Gua bukan tanak hormat orang tua, tapi dia sendiri buat salah langgar lampu merah, dia nak hon dan marah-marah kereta yang ikut lampu hijau. Bila dah veteran, depa rasa tak selamat bila di jalanan, tu yang sikit-sikit hon sikit-sikit hon. Dan menggalakkan orang lain hon depa bila drive dengan kelajuan 15km/j.

Sungguh tak dinafikan ada jugak melayu Islam yang suka jugak tekan hon tak bertempat ni, jenis nak cepat, kalut, kalau untuk ke masjid gua tak kisah, tapi kalut nak ke kedai nasik kandaq bersidai lepak minum kopi itu gua begang. Mungkin kampung gua tak ramai orang kafir, lebih bersabar dan berlapang dada dalam pemanduan, sebab tu jarang sangat dengar bunyi hon. Kalau ada yang tekan hon pun akan malu sendiri bila kena pandang semacam.

Jadi, apa yang membezakan kita, orang Islam dengan mereka orang kafir? Jawapannya #SABAR

Seperti bait-bait lagu 'Sifat Mahmudah' dari kumpulan Hijjaz:

Sabar itu, sedikit berbeza.. Ujian yang menimpa sakit dirasa, tapi dapat ditahan perasaannya, hanya bermain di dalam sahaja, di luar tidak nampak terang nyata..

Ketahuilah bahawa gua menaip rangkap di atas sambil mengalunkan nasyid yang sungguh merdu, tsk tsk :p 

Jadi motifnya di sini, sebagai seorang muslim, sila banyakkan bersabar supaya kita berbeza dengan orang kafir. Gua buat pesanan ni untuk diri sendiri dan jugak untuk lu semua yang membaca, sebab gua sayang lu, muah. Moh le kite ke arah lebihkan sifat mahmudah berbanding mazmumah. Yukk!

Gua tak pasti akan update ke tak sempena raya nanti, jadi di sini gua hulur sepuluh jari memohon maaf jika gua banyak merapu sampai lu meluat atau sakit hati. Sungguh, bukan itu niat murni gua, sobsob. Sambutlah raya dengan penuh kesyukuran.

Selesaikan Masalah Jerawat Untuk Selama-lamanya

Ehem, ingat gua lagi?

Nyiahaha lama gilos gua tak update entri. Bukan hilang ingatan kepe, tapi gua bizi sejak akhir-akhir ni. Cari nafkah untuk sara anak-anak gua ni ha, terutamanya anak tekak. Melampau betul beliau, asyik nak mencekikkkk je kejenya siang malam pagi petang. Berat badan tetap jugak 40kg, maigaddd. Next entri ah gua cerita rahsia gua kurus kering, kuhkuh. Gua rasa kalau terus begini dalam masa setahun, harus jugak gua diisytiharkan muflis.

Erm, cari nafkah tu isu lain. Sekarang gua nak cakap isu masalah harian. 

Jerawat. 

Setakat harini gua tak pernah lagi jumpak manusia yang sukakan jerawat, semua benci jerawat. Kalau gua jadi jerawat, mesti dah selalu kena jumpa pakar sakit jiwa akibat tekanan melampau. Muka gua jugak tak terkecuali dari menjadi tempat jerawat melepak. Rasa remaja pulak bila dah tua bangka gini pun jerawat masih sudi singgah, kahkah! Erm, tapi still tak suka jugak -_-



Dah banyak krim disapu, tak ilang. Dah banyak petua dibuat, tak hilang jugak. Kagum betul gua dengan semangat jerawat, pinjam semangat sikit boleh? Tapi buat rileks bro, takdak benda tak boleh setel. Apakata mulai esok, lu pegi beli eyeliner. Tak kisah lah kalau lu jantan sekalipun, beli jugak. Dan lakukan seperti berikut.

Lu hitamkan je jerawat-jerawat tu semua dan taraaaa! Kan dah jadi tahi lalat. Heh, dah macam rupa Saripah Aini time memuda pun ada. Gua percaya takdak sapa yang akan syak apa-apa. Lebih-lebih lagi kalau jerawat lu tumbuh di sekitar bibir, awhh manis gitu.


Gua dah cuba.

Zyraroxx Sebelum Masihi


Harini bukan hari ulangtahun blog ini tetapi hari ulangtahun tuan blog, yakni gua lah. So harap maklum akan ketidakhadiran doodle roxx pada entri kali ni, hekhek. Ulangtahun yang keberapa Tak perlu lah gua ucap sebab umur dah banyak, yang pasti masih belum sebanyak ratu rock ella, eh.

Menjadi anak bongsu bukan satu perkara mudah dan indah dalam kes gua. Tambahan pula bila anak bongsu dari sembilan adik-beradik (4 abang 4 kakak). Ya, satu keluarga besar. Sebagai anak bongsu, expectation terhadap diri gua memang tinggi, baik dari segi pencapaian akademik mahupun sahsiah diri (kenmain, dah macam teks ucapan MB). 

Lewat 80an. Emak mengadungkan gua, anaknya yang kesembilan dan harapnya zuriat yang terakhir. Kandungan emak waktu tu bukan kandungan biasa, mana taknya, emak mengandungkan gua ketika umurnya sudah pun mencecah angka 45 tahun! Ya, satu umur yang sangat bahaya untuk hamil menurut para pengamal perubatan. Komplikasi mendapat anak sindrom-down, atau mungkin nyawa anak dan ibu bakal terancam. Tapi emak lebih percaya pada qada dan qadar Allah dari teori sains manusia.

Sana-sini emak pergi disambut dengan pandangan sinis, terkejut, simpati dari orang sekeliling. Emak hanya tersenyum kelat. Tak kurang juga dijerkah doktor saat melakukan pemeriksaan (belum lahir lagi orang dah tak suka gua, sobsob). 

Tanggal 2 April, emak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin. Waktu tu tengahari, seisi keluarga sedang menikmati lunch (sebab tu gua kuat makan? hekhek). Abang gua entah yang mana meluru memberitahu bapa saudara yang kemudiannya menghubungi ambulan. Lewat 80an, kawasan luar bandar pula, komunikasi bukan sepantas sekarang. Abang gua yang no. 2 ditugaskan menunggu ambulan di depan jalan masuk ke kampung. Dia masih ingat cemana ambulan tu break secara mengejut macam dalam cerita aksi kerana hampir terlepas jalan.

Memang takdirnya kelahiran gua bukan disambut oleh tangan doktor. Pukul 2.20 petang, seorang bayi perempuan yang comel (sampai sekarang *batuk² kecil*) seberat 3.7kg (boleh tahan berat gua) selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. Alhamdulillah, yang penting sihat dan sempurna kata emak yang tak pernah putus mengucap syukur. Kalut dengan kehadiaran orang baru, ayah sampai lupa menjemput kakak gua yang bongsu dari asrama (yang kemudiannya menumpang seorang jiran). 

Susurmasa dalam tahun-tahun awal hidup gua menyaksikan bermacam episod. Macamana gua dah pandai meniarap sedangkan emak masih dalam pantang, bagaimana gua dah betah berlari sedangkan sepupu yang setahun tua dari gua masih dalam dukungan, bagaimana gua terjatuh ke dalam telaga dan hanya berpaut pada rumput sehingga ditemui oleh kakak sulung, bagaiman gua terjatuh dari 12 anak tangga rumah, meninggalkan parut di atas kepala yang jelas terlihat saat rambut disisir ketika basah. Semua tu berlaku ketika gua belum pun mencecah umur 4 tahun!

Dan sekarang, emak dah tiada, ayah, terlebih dulu lagi pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya those memories. Gua seorang fighter sejak belum tahu apa-apa dan akan terus fighting selagi masih bernyawa, dengan izin-Nya.


Happy birthday to me. Have a blast Zyra.

Spisis Kawan Yang Femes

Kawan, bermacam kawan. Silap sedikit, riuh sekampung (diolah dari lagu Jalil Hamid: Ayam). hekhek. Kawan. Satu benda yang tak asing lagi bagi manusia yang hidup bermasyarakat. Tapi kawan jugak ada banyak jenis, sama macam ayam dalam lagu tersebut.

Gua malas nak kupas jenis-jenis kawan ni, nanti karang ada yang taknak berkawan terus sama gua (sobs). Gua ambik yang femes je dan yang kerap gua rasai. Sesapa kawan gua yang baca, mohon terasa. kahkah! 

Spisis Chipsmore - Dah nama pun chipsmore: sekejap ada sekejap takdak. Tenggelam timbul gitu ha. Kejap kita tertanya eh si polan ni hidup lagi ke idokk? Tetiba beep, dapat mesej dari dia. Pastu senyap pulak selama beberapa tempoh masa, lalu timbul pulak sesuka hati.



Bersangka baik: Mungkin dia sibuk dengan rutin dia, life orang kita tak tau cemna so jangan sebok cakap orang itu ini. Atau dia sengaja nak buat lu rindu dendam padanya, kahkah.


Spisis Maggi - Lu makan megi bila? time dah kopak kan? Eleh tayah nak kencing gua. Kalau time duit berkepuk-kepuk takdenya lu cari megi, paling koman lu mesti cari kepsi takpun mekdi. Begitula perihal kawan spisis ini. Time tengah susah, tersepit, terkehel baru teringat kat kita. Gua pernah terima panggilan tefon berselang seli esak tangis dari kawan yang dah 3 tahun lost kontek. Rupanya ada masalah dengan boipren, dengan famili, terlanjur tapi tadak duit nak kawen. Ohh.. Tapi ampun maaf dipinta sebab gua time tu pun tengah makan megi, maklum la, masih di tahun ke-dua jadi budak unibesiti, tsk tsk.





Bersangka baik: Mungkin dia lama tak kontek sebab taknak ganggu kita, takda menda nak dibual. Tiba dapat masalah, terpaksa tebalkan muka kontek kita. Actually kita patut bangga sebab dicari time dia susah. Bukti kita ni spisis kawan yang boleh pakai. Tapi bukan untuk dipijak yeaa, no no no no no.



Hahahaii kalau la kawan-kawan gua ni betul sekut dengan mi, dah lama gua gemuk tahu?

Manusia Panda: Kesan Produk Pemutihan

Panda memang sejenis hewan yang comel. Tapi konsepnya berbeza bila manusia pulak 'dipandakan', dari comel jadi comot. Maksud gua di sini bukan mata panda (still considered comel) akan tetapi kulit panda. Kulit panda?? Wadehekk

Manusia panda terjadi bilamana kawasan kulit muka dan leher cerah berseri manakala kulit kawasan tangan dan yang sama waktu dengannya adalah gelap. Fenomena ni banyak terjadi sekarang. Gua rasa ini salah produk kecantikkan jugak, sebab bagi arahan 'sapu dan ratakan ke seluruh wajah dan leher'. Patut buat penambahan kat ayat tersebut: serta ke kawasan tangan dan seleruh tubuh. Hokhok!




Jangan tak tahu sekarang orang laki-laki sudah pandai perati. Kalau dalam Twitter tu kaoo, golongan depa yang paling banyak bash manusia panda gini, memacam gelaran diberi. Tu belum masuk bash hijabister yang kurang hajar. Nampak tak perubahan tu? Bukti depa dah makin terel menilai pompuan! Bukan takat pandang fizikal dah sekarang, tapi tahap mental jugak.

Jadi, tak usahlah nak pakai merkuri sangat ke muka kasi putih kilat bak porcelain (sejenis seramik licin, ala macam pinggan tu). Apakata kita bentuk peribadi tu dulu kasi chantek sebab peribadi tu yang kita akan bawak selama-lamanya. Porcelain itu boleh 'retak atau pecah'. Kesimpulannya, tak usah plastik sangat. Sila konpiden dengan diri seniri.

Lagi satu gua nak pesan kat lu dan gua sendiri, jaga kesehatan dan kecantikkan tapi jangan sampai guna/telan menda-menda yang bakal memudaratkan kulit dan badan dalam jangka masa panjang. Elakkan guna kosmetik yang tinggi kandungan mercury, paraben atau bahan marabahaya yang lain. Pastikan ada kululusan JAKIM KKM dan punyai list ingredients untuk tatapan umum. Ini tak, krim jenama 99 yang datang tah dari memana pun tempek ke muka.


Chantek dalam, chantek luar, chantek sana-sini.

Beri Baju Terus Clash?

Selamat petang. Ya, tajuk entri ni ditaip dan dideraf pada waktu petang, publishnya tu entahkan pagi entahkan senja. Yang pasti, anggap je petang.

Kisahnya kawan gua ni tengah buntu mikir nak belikan apa hadiah thorbaik untuk tunang beliau lalu menanya pendapat gua. Perfume? dah, henfong? dah, kuda? mahal sangat, lalu gua pun mensajeskan beliau supaya memberi sehelai baju. Simple.


Tak semena-mena di jerkahnya gua yang mulus ini: "Hang gila nak bagi baju??? Putuih ikatan kami satgi!"


Mendengar ayat tu, gua tunduk membelek ibu jari kaki. Kejadahnya baju dan clash, macam tak bersenandung je. Saintis pun gua syak tak reti nak mula dari mana untuk buat kajian saintifik depa. Persoalannya disini: kita nak percaya kuasa Allah ke kuasa baju?

Jodoh pertemuan, ajal maut semua urusan Dia. Bagilah hadiah banglo atau keta perari pun kalau tak berjodoh putus jugak. Baju itu hanya alasan, accessory.



Ukuran baju di badan sendiri.

Nasib Bun KFC

Dalam sepinggan lengkap KFC snack plate mahupun dinner plate, gua rasa bun lah item yang paling dipandang sepi (bagi gua). Salah KFC jugak, time gua kekecik dulu gua cukup suka akan bun mereka, lembut dan liat. Bukan macam sekarang, kering dan berongga kasar, tak sedap.

Acap kali jugak gua perati nasib bun-bun ni yang salu kena tinggal dalam pinggan di restoran kepsi dan kemudiannya masuk dalam perut tong sampah. Kadang gua cuba jugak habiskan bun tu dengan cicahkannya dengan kentang putar, tapi terkadang gua biarkan bun tu jadi makanan tong sampah jugak. Erm, tetiba terasa syaiton menepuk-nepuk belakang gua mengucap syabas. Sob.

So sekarang, gua cari alternatif lain dengan jadikan bun tersebut sebagai appetizer, yakni gua makan bun tu dulu yang gua convert menjadi baby burger, sebelum gua meratah ayam KFC semahu-mahunya, hekhek. Kalau gua ratah ayam dulu nescaya bun tersebut pasti dipandang sepi seperti selalu :3 




Jom elakkan pembaziran dengan penuh bergaya.


taraaa! sebiji beger comel. bulih jadi apetizer, dessert atau bawak balik kasi adik lu
 

Atau gua sorang je blogger yang punya habit tinggal bun? :3

Port Paling Menarik Untuk Bergambar


Sedang gua meluru laju untuk melepaskan hajat, dari jauh gua nampak sederet gadis di depan cermin besar tandas awam sebuah mall. Dalam likungan 11 orang kesemuanya. Argh, gua dah la nak terberak ramai pulak orang. Sampai ke dalam tandas, gua lega. Rupanya depa tengah beratur untuk bergambar, bukan untuk berak.

Gua tak pasti mengapa fenomena selfie ni harus terjadi dalam tandas. Asal bergambar dalam tandas je muka jadi cun. Gua syak pasti ada kena mengena dengan penataan cahaya ataupun kerana tandas merupakan tempat jajahan takluk geng syaiton. Entahlah.


Emak: "Bersiap cencomel ni nak ke mana?"
Anak: "Nak ke tandas, snap gambar untuk DP baru"

Tindik Telinga Guna Senapang

Pada suatu hari, gua ke sekolah dan melakukan rutin harian seperti kekanak umur lapan tahun yang lain. Belajar kenal apa itu darab, bahagi, mewarna, berfoya-foya dan melanggar peraturan sekolah.

Balik dari sekolah, selesai mandi makan, gua berlari terlompat-lompat nak keluar bermain dengan Diah, setahun muda dari gua. Dalam hati tengah dok berkira-kira nak main apa, masak-masak? cikgu-cikgu? power rangers? tiba-tiba


Mak: Harini toksah keluaq main, pi bersiap
Gua: Awat, nak pi mana mak?
Mak: Kita pi Simpang Empat
Gua: Yeyy! 


Sememangnya sejak dari dulu gua suka betul keluar berjalan, tak kisah dekat atau jauh. Pekan Simpang Empat bukanlah macam Pavilion yang menerujakan remaja sekarang. Ia cuma pekan koboi yang kecik namun bagi gua cukup lengkap segala segi dengan kedai-kedai apek yang menjual bermacam jenis barang yang tak sama dengan kedai kampung.

Sampai di pekan, gua perasan abang gua parkir motor depan sebuah kedai emas. Dah nak raya ke fikir gua, atau mungkin mak nak usha rantai? Gua mencongak sendiri dalam hati. Gua menonong ikut mak masuk kedai. Seorang nyonya menegur


Nyonya: mau apa, ada emas mau tukar ka
Mak: Nak tebuk telinga anak ni
Gua: Ahh? (telan liur yang rasa kesat)


Sungguh! Gua tak ready lagi untuk semua ni. Dada rasa berdebar-debar kencang. Boleh tahan mak gua punya seprais. Saat genting cenggitu jugaklah gua teringat perbualan dengan sepupu beberapa bulan lepas..


Wani: Orang tebuk telinga ni sakit wooo 
Gua : *melopong 
Wani: Depa tembak telinga guna senapang..
Gua: * makin bulat mata dan mulut melopong




Beginilah sedikit sebanyak imaginasi gua mengenai tindik telinga time tu (-_-)'



Suara nyonya kedai emas tu mematikan ingatan gua. Gua cemas dan kaget, rasa cam nak lari keluar kedai, tapi nak ke mana? Karang tahu dek orang kampung atau rakan sekelas rosaklah reputasi gua. Tetiba gua didudukkan atas satu bangku depan display case, rambut gua kat telinga diselitkan belakang cuping. Apek yang mungkin suaminya si nyonya sengih-sengih pandang gua. “Manyak berani woo ini budak kecikkk”. 

Mak hanya senyum (oh mak, help!).

Nyonya tu ambik sebatang pen kaler biru berjenama Kilometrico. Fuh, detail sungguh ingatan gua di saat-saat genting begitu. Dia buat titik di telinga gua kiri dan kanan guna pen tu. Entahlah center ke tidak, gua tak peduli lagi, gua tengah nervous menuggu senapang dikeluarkan nih

Siap semua apek tu datang menghampiri gua dengan memegang satu benda. Cuping telinga gua dicalit sesuatu, sejuk. Lalu dia keluarkan sesuatu yang pada gua tak ubah macam sebiji stapler saiz besar. “Tahan sikit naa adik, sikittt saja” lalu tikk! telinga gua di 'stapler'. Tikk, sebelah lagi, serentak itu gua rasa bagai tercucuk jarum, tak sakit sangat cuma lebih kepada terkejut. Siap!

Gua meraba cuping. Telinga terasa panas akibat disentuh jari gua yang sejuk gara-gara takut. Gua masih melopong time tengok cermin yang dipegang apek. Mata gua aje yang terkelip-kelip tengok subang berbatu merah delima. 

Esoknya gua melangkah bangga ke sekolah. Mana taknya, gua dah level up! (namun tak bertahan lama sebab tak boleh pakai subang ke sekolah, lalu ia digantikan dengan lidi, hmph tak vogue langsung)

Tapi dalam hati masih menggerutu tak puas hati dengan kazen gua. Hehh, Guna SENAPANG lah sangat!



Kini, bertindik bukan hanya di telinga

Ubah Perspektif

Sebenarnya kan, gua pun tak tahu apa makna tajuk entri kali ni. Gua sebenarnya dapat mimpi tadi malam suruh taruh tajuk tersebut, hekhek

Em, kita salu nak kaya macam orang tu, nak cun macam orang ni, nak fofular macam artis tu, nak comel macam gua.. ehh hekhek (dalam satu entri takleh ke kalau takdak statement mintak kaki?). Kalau sebagai pencetus semangat untuk berjaya gua syak tak salah kita nak jadi macam orang tu. Tapi kalau banyak sangat tengok orang yang 'atas' daripada kita sampai terlupa toleh sat kat orang yang 'bawah' dari kita, punnn tak boleh jugak.


dua manusia tipikal: si asia nak kulit puteh manakala si barat nak kulit tanned/gelap

sementara itu, manusia yang kurang beruntung sedang menikmati hidup sepenuhnya.


Benda ni salu jadi kat orang pompuan macam gua. Maklum, napsu ada semilan katanya, hokhok. Bila pandang cermin asik tak puas hati, macam nak tumbuk muka seniri, mana taknya sebab asik dok compare kan diri dengan nora danish, dengan artis korea yang gebu mulus tulus lurus kurus sempurna. Sesekali tu cuba compare kan fizikal dengan oprah winfrey jugak.








Kadang kita sibuk nak penuhi tuntutan kehendak sampai terlupa syukuri nikmat yang dok ada depan mata. Teringat bait lirik lagu too phat feat ahli fiqir - "jangan kufur nikmat yang diberi percuma.."


agak deep pulak rasa.

Cakap Tak Serupa Bikin

Cakap. Semua orang boleh cakap, semua orang bisa ngomong. Tapi nak nak buat apa yang kita cakap tu yang agak problematik kan kan? 

Contoh paling senang: Ahli politik. Cakap-cakap depa sebelum dan selepas pilihanraya ibaratnya macam Doraemon dengan Spongebob. 



Tapi,



Bukan ahli politik je yang cakap tak serupa bikin, kita golongan marhaen ni pun tak terkecuali...




kejadian di atas adalah rekaan palotak gua semata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi tak kembali.



Cakap tak serupa bikin ni kekadang mengundang lawak jenaka. Bulih buat rasa nak tergelak tak kena tempat. Kahkah. Tapi jaga jaga jugak kadang cakap tak supa bikin ni boleh bikin panassz.

Nasihat bila kita bagi kat orang memang berbunga-bunga, sedap mata memandang, sejuk perut ibu mendengar tapi bila sesuatu musibah kena toinggg dekat batang hidung, boleh hilang ingatan sat kat nasihat-nasihat yang diri sendiri bagi kat orang.

Biasa bro, tak kena kat diri memang sedap bagi nasihat, sekali kena kat diri sendiri tak pepasal terus Alzheimer. So bila kita bagi nasihat tu make sure kita pun ternasihat sekali, jangan suma nasihat kasi kat orang sampai habis untuk diri seniri, kehkeh

Gua sebenarnya tak reti bab-bab nasihatkan orang ni. Kawan gua frust nonggeng gua diam, kawan gua terlebih nakal gua diam, kawan gua alami krisis kewangan / percintaan / kekeluargaan punnn gua diam, gua memang tak reti! Tapi dalam hati dok menconggak-congak nasihat yang harus diberi, tapi tak terkeluar ikut mulut, bimbang nanti kena kat gua, gua takleh handle macam yang gua nasihat, ufufufu.


lets walk the talk

Kejadian Tragis Di Kawasan Parking

Wah lama betul gua tidur dari blogging ni, bangun-bangun udah 2014 dong. Kahkah.

Err..

Bila lama tak menulis ni rasa janggal la pulak, rasa macam newbie jeee, macam comey jeee, macam nak kena lempang jeee.

*krikk krikkk

Err.. Ekhem, kita tinggal part awkward dan kita terus ke tajuk utama jelah. 


Semua dah sedia maklum bahawa kejadian kidnap, rompak, rugul, vandalisma, bunuh, dsb boleh terjadi di kawasan parking, lebih-lebih lagi kawasan parking yang sunyi. Tapi gua taknak cakap fasal kisah-kisah sadis tu semua, gua nak cakap tentang perkara yang selalu jadi kat kawasan parking yang meriah dan padat.

Agak boleh tahan lah kisahnya. Boleh dijadikan tauladan dan ikhtibar.


Kes #1 - Harapan Palsu

Gua rasa kejadian begini sering dialami penduduk tempatan tanpa mengira kaum. Hati mana yang tak girang kalau tiba di kawasan parking yang padat, ketat, sendat, tetiba muncul satu parking space yang kelihatan available. Rasa serupa mahu jerit: "lihatlah donia!"

Tapi sayang nam million kali sayang, ku sangka panas hingga ke petang, tapi rupanya kacil di tengah parking! Deng. Tak kisah lah kancil ke, viva ke, swift ke, mengapa mesti parking masuk sehingga ke hujung dunia? Gua teringin nak tanya dengan pemilik kenderaan sedemikian yang parking secara begitu. Apa motif dan modus operandi parking cemtu, untuk rasa selamatkah? atau memang sengaja nak troll driver lainkah? Sesungguhnya ampa dah berjaya troll gua sebanyak lapanbelasjuta kali, sobsob.

So far, gua pernah jumpa sekali, di ulang suara: SEKALI sahaja keta kancil yang parking dengan memperlihatkan bontot beliau dikhalayak ramai, so orang dapat tahu, ooooo ada keta di situ. Otomatiknya, takdela pasang angan setinggi gunung!







Kes #2 - Bikin Panaszz

Kahkah, pehal dah macam rancangan Melodi je ni. Ok, abaikan. Lu bayangkan begini: Lu dan patbelas kali ronda kawasan parking untuk cari space kosong. Tetiba nampak seseorang menju ke ketanya dengan hasil rompakkan, err hasil belian di mall. Lu rasa teruja, terus kasi signal tunggu dorang masuk keta dan nyah keluar dari situ.

Akan tetapi, (ni kisah benar yang berlaku kat gua di sebuah pasaraya time dekat nak raya) dia tak semudah itu berlalu pergi. Lu tau dia buat apa? Hari itu hari tanpa beg plastik dan gua rasa makhluk tu bukan jenis bawak beg kitarsemula. Dia belek satu persatu barang yang dibeli time transfer dari troli ke bonet keta. Lu bayangkan kalau item yang dibeli berjumlah 79 items, mau berasap gua kat situ. Dan yang lebih sadis lagi, dia boleh dok baca label kicap, ya.. BACA LABEL KICAP. . 2 minit dia belek botol kicap tu. WTF sangat.

Bukan apa der, please be considerate la. Waktu tengah sesak, kau pulak buat-buat rajin mengeja tiap label barang yang dibeli dah kenapa? Gua kalau time camtu, tambah pulak orang tengah tunggu, gua memang main campak semua barang dan cepat-cepat nak keluar. Bukan nak cakap gua bagus ke hapa tapi gua memang tak suka buat orang menunggu

DAN

gua taknak jadi manusia annoying.


Kes #3 - Itik Pulang Petang

Ini kes bila nak parking. Memandangkan gua ni suka parking hulur bontot dulu makanya mestila kena me-reversekan gear. Time tengah bajet-bajet nak masuk space tu laaa ada yang melenggang lenggok lalu belakang keta gua dengan aksi slow motion yang superb. Ingat sorang, ok tunggu, sabaq sat. Rupanya anak beranak lagi berderet kat belakang dalam adegan slow motion yang sama.

Amboi, sakit pulak hati kite ni menuggu keluarga itik ni melintas. Sememangnya keadaan ini bukan salah siapa-siapa. Tapiii bila tengok orang tengah terhegeh-hegeh parking tu, tak boleh ke lalu ikut lain? Ada laluan pejalan kaki kot kat situ. Kalau pun nak lalu tak boleh ke jalan cepat? Sakit urat ye? Penah satu kali time gua seronok reverse tetiba ada orang ketuk keta gua, gua kaget, rupanya itu isyarat dia nak lalu. Zzzz.

Kes #4 - Baik Punya Cilok

Kes ni jadi kat kawan gua, nasib bukan gua, fuhh. Diriwayatkan, kawan gua tu memang dah hangit mencari parking, at last ada pun kereta yang nak keluar. Dia pun kedepan sikit sebab dia pun spisis parking reverse, lalu signal pun dinyalakan.

Namun begitu, sebaik keta tu keluar, zasssss! sepantas kilat keta lain mencilok masuk. Kawan gua hanya mampu terkebil-kebil kat situ. Tuan kereta yang mencilok tu keluar sambil bersiul-siul. Lagi la bakar line beb! Memandangkan kawan gua ni bukan gengster atau pernah membintangi filem gengster, dia pun blah jela dari situ, balik umah makan kuaci lagi bagus, tambahnya lagi.

Tammat.

Gua percaya banyak lagi kisah menyayat hati yang berlaku di tempat letak kereta. Manusia annoying makin ramai, ayuh jangan jadi sebahagian daripada statistik. 



kurangkan melukis, banyakkan menulis (pun annoying?)
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape